Jumaat, 28 Jun 2013

Karnival Pelancaran Sekolah Pintar TM




KARNIVAL PELANCARAN SEKOLAH PINTAR TM

TARIKH : 28-30 JUN 2013
TEMPAT : SMK ORANG KAYA HAJI
DIRASMI : YAB MENTERI BESAR PAHANG

28 JUN 2013(JUMAAT)
Ø  SAMBUTAN HARI KOPERASI
Ø  CERAMAH CEGAH JENAYAH (EN KAMAL EFENDI)
Ø  SAMBUTAN HARI GURU DAERAH Rasmi : YB Dato’ Abdul Rahman
Ø  HARI TERBUKA ASRAMA
Ø  FORUM PERDANA DAN PERSEMBAHAN NASYID Ustaz Ridhuan Tee, Dr Ruziah
29 JUN 2013(SABTU)
Ø  GOTONG ROYONG BERSAMA TM
Ø  PUTSAL
Ø  PERTANDINGAN TARIAN TRADISIONAL DAN KOMPANG FORMASI
Ø  PERTANDINGAN PAKAIAN BERAGAN DAN PAKAIAN TRADISIONAL
Ø  PERTANDINGAN BINTANG KECIL DAN PERSEMBAHAN SILAP MATA
30 JUN 2013(AHAD)
Ø  MAJLIS PELANCARAN DIRASMIKAN OLEH YAB MENTERI BESAR PAHANG.
Ø  PERTANDINGAN KARAOKE TERBUKA
Ø  MEWARNA DAN MELUKIS
Ø  MEMASAK, GUBAHAN BUNGA DAN HATARAN(TUALA)
Ø  PERMAINAN TRADISIONAL
Ø  MALAM KEBUDAYAAN Dikir Barat Kumpulan Pantai Suri(tumpat) Vs Kumpulan Bukit Puteri(Lipis)



Sabtu, 22 Jun 2013

Misi Mencari Menyelamat(SAR) 'King Ghaz'

Tun Ghazali Shafie 1922-2010 Ahli Parlimen Lipis 1974 -1982
Pada 10 Januari 1982, pesawat Cessna 206 (9M-AVI), kepunyaan Kelab Penerbangan Selangor (KPS), dengan 3 POB (Persons On Board), iaitu Tan Sri Ghazali (Menteri Dalam Negeri), ASP Charon Daam, ADCnya dan juruterbang Vergis Chacko, telah berlepas dari Sempang (TUDM KL) pada jam 0855 menuju ke Benta di Kuala Lipis, Pahang. Apabila beliau tidak tiba di destinasi pada waktu yang dijangkakan, operasi 'SAR (Search & Rescue)' pun dilancarkan
Tugas ini dipertanggungjawabkan kepada TUDM. Aset yang diaturgerak ke Janda Baik ialah tiga buah Nuri, sebuah Alouette 111 (No 10 Skn) dan No 103 Skn (HANDAU). Kol (U) Tunku Jaafar, Pegawai Memerintah TUDM Kuatan, mengetuai misi ini dan Lt Kol (U) Agil, Ketua No 10 Skn turut terlibat bersama. 'Ground search party' dipertanggungjawabkan kepada anggota HANDAU dibawah OC Sknnya, Kapt (U) Mior Rosli. Chalet kepunyaan syarikat 'Carpet Malaysia' dijadikan 'base camp'.

Pada lewat petang, Alouette telah berjaya mengesan Cessna tersebut di rabung gunung Kg Sum-Sum Ulu, Janda Baik, bersempadan Selangor. Sebuah Nuri telah dihantar ke lokasi nahas. Menurut Mior '.... saya menyediakan dua kumpulan penyelamat yang diketuai oleh Lt M (U) Ismail Maluri (sekarang Kol) dan satu lagi diketuai oleh arwah Sarjan Yahaya (Pak Ya - xRGK).Hari dah jam 1830 dan sudah mulai gelap. Juruterbang hanya mampu menurunkan, melalui kaedah 'winching', satu kumpulan dua orang sahaja di atas dua buah bukit yang berasingan tanpa 'support equipment' dan radio. Juruterbang terpaksa meninggalkan mereka kerana hari sudah gelap (last light). Ini telah membuat saya sangat marah apabila lain-lain anggota saya tidak dapat diturunkan, dan kembali dengan semua peralatan SAR mereka ke base camp. Ini kerana mereka yang tinggal di hutan hanya dilengkapi dengan senjata persendirian sahaja. Dua orang bagi satu bukit. Saya bimbang kemungkinan mereka diserang oleh anggota PKM.' Keadaan ini sangat membimbangkan beliau kerana, menurut taklimat perisikan, kawasan itu adalah kawasan hitam - kawasan CPM Chong Chor.
 

Mior mengumpul anggota HANDAU untuk diterbangkan ke lokasi nahas. Tetapi '...kumpulan penyelamat telah dipaksa keluar dari pesawat untuk VVIP dan media terbang yang mahu melihat bangkai pesawat dari udara. Setelah bertegang leher dengan VVIP dan media, barulah kami dapat balik dua buah Nuri untuk abseil turun ke tapak kemalangan tetapi Tan Sri tiada ada dalam pesawat yang terhempas.' Mior bersyukur kerana kesemua anakbuahnya selamat apabila 'reinforcement' tiba pada waktu tengah hari. Setelah mencari, '...anggota handau terjumpa Tan Sri duduk di bawah batu yang besar di bawah bukit berkenaan'.
 

Menurut Tan Sri, beliau telah menendang pintu pesawat dan terjun apabila pesawat terlalu hampir dengan pokok-pokok setelah terkeluar dari awan. Beliau jatuh dirumpun buluh dan kesan 'cushioning' ini telah menyelamatkannya. Beliau perpaksa minum air embun walaupun sungai hanya berhampiran saja. Ini kerana beliau takut dikesan oleh pengganas komunis.
 

Ini adalah misi SAR pertama bagi HANDAU semenjak ditubuhkan,Dalam masa hanya lebih kurang 48 jam, bangkai pesawat telah dikesan dan mangsa-mangsa nahas diselamatkan.



Kredit: MEJAR (B) NOR IBRAHIM http://xnuripilot.blogspot.com/ — with Nor Ibrahim Sulaiman.
Kredit Kedua: Che Hasrullah


Isnin, 17 Jun 2013

Cengkerang berusia 260juta tahun

Fosil kerang cengkerang spesies Brakiopada yang ditemui
Kuala Lipis 16 Jun - Seorang Ahli Paleontologi dari Institut Geologi Malaysia (IGM) menemui fosil cengkerang berusia 260 juta tahun di Sungai Yu, berdekatan Merapoh di sini.
Penemuan itu membuktikan hasil kajian fosil berkenaan lebih tua usianya berbanding fosil ditemui di Taman Emas, bandar Kuala Lipis berusia 230 juta tahun yang dibuat pada 2011.
Ahli Paleontologi IGM, Ahmad Rosli Othman berkata, daerah ini mempunyai banyak kawasan yang mengandungi fosil atau tinggalan hidupan purba dari zaman pra-sejarah.
"Fosil cengkerang ditemui pada satu singkapan batuan di sepanjang projek menaiktaraf jalan raya Merapoh ke Kuala Lipis yang sedang dalam pembinaan berdekatan Sungai Yu.
"Fosil itu terletak lapisan batu lumpur merupakan jenis Brakiopoda yang lazimnya hidup di persekitaran laut cetek," katanya kepada pemberita di Sungai Yu di sini hari ini.
Menurutnya, antara spesies Brakiopoda yang dapat dikenal pasti di kawasan sama iaitu Leptodus sp.,Transennatia sp. dan Spyridiophora sp.
Beliau yang juga penyelidik dari Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (Lestari), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, menerusi penyelidikan itu bahawa Merapoh berada di dasar lautan antara 250 hingga 260 juta tahun lampau dan menjadi habitat hidupan laut purba yang primitif.
"Haiwan primitif ini berenang bebas di lantai lautan yang relatifnya agak dalam dan beriklim panas. Kemudiannya, apabila mati akan tertimbus oleh enapan keladak kekal yang menjadi batu dalam tempoh beratus juta tahun lamanya," ujarnya.
Katanya, haiwan purba itu hidup pada zaman sebelum berlakunya kepupusan masa di muka bumi iaitu kira-kira 252 juta tahun lampau.
Menurut beliau, menerusi proses geologi dasar laut berkenaan timbul ke permukaan bumi dan menjadi daratan serta membentuk topografi atau bentuk muka bumi seperti yang wujud di Merapoh.
Justeru, katanya, apabila terdapat projek pembangunan seperti pembinaan jalan raya di sini, bumi yang menyimpan banyak rahsia alam akan terungkai menerusi penemuan fosil cengkerang di lokasi berkenaan.
"Berdasarkan kajian paleontologi, hidupan primitif ini pernah hidup di sekitar 260 juta tahun lampau atau secara saintifiknya berada dalam tempoh zaman Lopingian dan Permian," jelasnya.
Katanya, kawasan Merapoh diumpamakan 'kitab sejarah bumi' yang memaparkan fenomena kehidupan sebelum wujudnya manusia di muka bumi ini kira-kira 200,000 tahun lalu - Utusan Malaysia

Sabtu, 15 Jun 2013

Program sehari bersama Anak-Anak Lipis



Program sehari bersama Anak Anak Lipis, untuk memudahkan pihak penganjur membuat pentadbiran majlis dan penempahan baju,  pihak penganjur memohon kerjasama kepada yang mengesahkan kehadiran untuk membuat pembayaran awal. Pembayaran sebanyak RM50/pax dan rm15 untuk kanak 12 tahun kebawah boleh di buat melalui
1.Terus ke akaun bendahari akaun Maybank 5642 1230 2122 (Nazri Sudin) (0196220083)
2.Secara tunai Penolong Bendahari Puan Kamariah idris Qamarunnisa Ali (0129514334)
Sekiranya membuat pembayaran secara terus ke akaun bendahari sila maklumkan melalui SMS atau email nazri@eztech-software.com
Pastikan anda mendapat resit sebagi bukti pembayaran
Perincian majlis adalah seperti berikut:

Tempat: Dewan Jubli Kuala Lipis
Tarikh: 29 Jun 2013
Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 malam
Bayaran : RM50/pax dan RM15 bagi kanak kanak 12 tahun kebawah
Berbagai acara menarik menanti anda

Nazri Sudin
Bendahari

Khamis, 13 Jun 2013

Mesyuarat PBTM Cawangan Lipis

 Mesyuarat Agung PBTM Cawangan Lipis kali ke-38


Tarikh : 19 Jun 2013 (Rabu)
Masa : 8.30 Pagi
Tempat :  Dewan Residen, Kuala Lipis

Rasmi : Dato’ Ir Mohd Sofi bin Tan Sri Razak (Exco Kerajaan Negeri Pahang)

Khamis, 6 Jun 2013

Borang Dividen Koperasi Tentera 2012 : Download


Wisma Koperasi Tentera

Kepada Anggota Tentera atau Pesara yang masih menjadi Ahli Koperasi yang aktif boleh memohon borang pengeluaran dividen 2012 di bawah.

 Permohonan pengeluaran dividen ini mestilah sampai ke pejabat Koperasi Tentera pada atau sebelum 30 Jun 2013(tarikh Mesyuarat Agung Tahunan KT ke 48).

Permohonan yang tidak lengkap tidak diterima dan dividen akan hanya dikreditkan ke akaun Simpanan Khas anggota pada bulan Ogos 2013.

 Permohonan yang sampai ke Ibu Pejabat atau Pejabat Cawangan Koperasi Tentera selepas 30 Jun 2013 tidak akan diproses dan hanya akan dikreditkan ke akaun Simpanan Khas anggota dalam bulan Ogos 2013.

 Dividen yang kurang RM 25.00 tidak akan dikeluarkan dan akan dikreditkan ke dalam akaun Simpanan Khas anggota secara automatik dalam bulan Ogos 2013.

 Anggota tidak layak menerima dividen sekiranya:

 -  Menarik diri sebelum 1 Januari 2013.
 -  Mempunyai yuran tertunggak.
 -  Mempunyai pembiayaan tertunggak atau terbengkalai.


Untuk maklumat Ahli Koperasi Tentera Dividen 14 peratus akan dibayar pada 15 Ogos 2013. Untuk maklumat lanjut SMS Koperasi ; RM 0.30 taip KT DIV send 39777 itu pun setelah nombor telefon anda didaftar pada KT.

Isnin, 3 Jun 2013

Pahang sasar bina rumah mampu milik setiap daerah

Kerajaan Pahang menyasarkan pembinaan projek perumahan mampu milik di setiap daerah di negeri
Dato' Wan Rosdy b. Wan Ismail
itu, bagi memastikan lebih ramai golongan sasar memiliki rumah sendiri.


Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perbandaran Negeri Datuk Wan Rosdy Wan Ismail berkata pejabat daerah dan tanah telah diarah mengenal pasti kawasan yang sesuai, sama ada di dalam atau di pinggir bandar, bagi tujuan berkenaan.

"Kerajaan negeri menyasarkan sekurang-kurangnya 15,000 unit rumah mampu milik akan dapat dibina dalam tempoh lima tahun mulai tahun ini bagi memenuhi keperluan tersebut.

"Sebagai permulaan, sasaran sebanyak 3,000 unit rumah mampu milik akan mula dibina tahun ini dan pembinaan berikutnya akan dibina sebagaimana jadual ditetapkan," katanya kepada Bernama di Kuala Lipis, semalam.

Katanya kerajaan negeri akan menentukan kadar harga rumah berkenaan pada satu mesyuarat yang dijadualkan dalam masa terdekat.

Anggota Dewan Undangan Negeri Jelai itu juga berkata sehingga kini kerajaan negeri menerima lebih 50,000 permohonan rakyat untuk mendapatkan rumah.

Dalam perkembangan berkaitan, Wan Rosdy meminta mereka yang menyewa atau membeli perumahan rakyat daripada kerajaan agar menjelaskan bayaran tunggakan yang kini berjumlah lebih RM13 juta.

"Bayaran tunggakan itu perlu dilangsaikan bagi membolehkan kerajaan melaksanakan pembinaan projek perumahan seterusnya," katanya.

-Bernama