responsif teks foto

Sabtu, 22 Jun 2013

Misi Mencari Menyelamat(SAR) 'King Ghaz'

Tun Ghazali Shafie 1922-2010 Ahli Parlimen Lipis 1974 -1982
Pada 10 Januari 1982, pesawat Cessna 206 (9M-AVI), kepunyaan Kelab Penerbangan Selangor (KPS), dengan 3 POB (Persons On Board), iaitu Tan Sri Ghazali (Menteri Dalam Negeri), ASP Charon Daam, ADCnya dan juruterbang Vergis Chacko, telah berlepas dari Sempang (TUDM KL) pada jam 0855 menuju ke Benta di Kuala Lipis, Pahang. Apabila beliau tidak tiba di destinasi pada waktu yang dijangkakan, operasi 'SAR (Search & Rescue)' pun dilancarkan
Tugas ini dipertanggungjawabkan kepada TUDM. Aset yang diaturgerak ke Janda Baik ialah tiga buah Nuri, sebuah Alouette 111 (No 10 Skn) dan No 103 Skn (HANDAU). Kol (U) Tunku Jaafar, Pegawai Memerintah TUDM Kuatan, mengetuai misi ini dan Lt Kol (U) Agil, Ketua No 10 Skn turut terlibat bersama. 'Ground search party' dipertanggungjawabkan kepada anggota HANDAU dibawah OC Sknnya, Kapt (U) Mior Rosli. Chalet kepunyaan syarikat 'Carpet Malaysia' dijadikan 'base camp'.

Pada lewat petang, Alouette telah berjaya mengesan Cessna tersebut di rabung gunung Kg Sum-Sum Ulu, Janda Baik, bersempadan Selangor. Sebuah Nuri telah dihantar ke lokasi nahas. Menurut Mior '.... saya menyediakan dua kumpulan penyelamat yang diketuai oleh Lt M (U) Ismail Maluri (sekarang Kol) dan satu lagi diketuai oleh arwah Sarjan Yahaya (Pak Ya - xRGK).Hari dah jam 1830 dan sudah mulai gelap. Juruterbang hanya mampu menurunkan, melalui kaedah 'winching', satu kumpulan dua orang sahaja di atas dua buah bukit yang berasingan tanpa 'support equipment' dan radio. Juruterbang terpaksa meninggalkan mereka kerana hari sudah gelap (last light). Ini telah membuat saya sangat marah apabila lain-lain anggota saya tidak dapat diturunkan, dan kembali dengan semua peralatan SAR mereka ke base camp. Ini kerana mereka yang tinggal di hutan hanya dilengkapi dengan senjata persendirian sahaja. Dua orang bagi satu bukit. Saya bimbang kemungkinan mereka diserang oleh anggota PKM.' Keadaan ini sangat membimbangkan beliau kerana, menurut taklimat perisikan, kawasan itu adalah kawasan hitam - kawasan CPM Chong Chor.
 

Mior mengumpul anggota HANDAU untuk diterbangkan ke lokasi nahas. Tetapi '...kumpulan penyelamat telah dipaksa keluar dari pesawat untuk VVIP dan media terbang yang mahu melihat bangkai pesawat dari udara. Setelah bertegang leher dengan VVIP dan media, barulah kami dapat balik dua buah Nuri untuk abseil turun ke tapak kemalangan tetapi Tan Sri tiada ada dalam pesawat yang terhempas.' Mior bersyukur kerana kesemua anakbuahnya selamat apabila 'reinforcement' tiba pada waktu tengah hari. Setelah mencari, '...anggota handau terjumpa Tan Sri duduk di bawah batu yang besar di bawah bukit berkenaan'.
 

Menurut Tan Sri, beliau telah menendang pintu pesawat dan terjun apabila pesawat terlalu hampir dengan pokok-pokok setelah terkeluar dari awan. Beliau jatuh dirumpun buluh dan kesan 'cushioning' ini telah menyelamatkannya. Beliau perpaksa minum air embun walaupun sungai hanya berhampiran saja. Ini kerana beliau takut dikesan oleh pengganas komunis.
 

Ini adalah misi SAR pertama bagi HANDAU semenjak ditubuhkan,Dalam masa hanya lebih kurang 48 jam, bangkai pesawat telah dikesan dan mangsa-mangsa nahas diselamatkan.



Kredit: MEJAR (B) NOR IBRAHIM http://xnuripilot.blogspot.com/ — with Nor Ibrahim Sulaiman.
Kredit Kedua: Che Hasrullah


1 ulasan:

Idris berkata...

Satu pengajaran yg dapat kita ambil dari episod ini ialah: jgn panik ketika berhadapan dgn krisis. Ini mungkin mudah utk dicakap tapi susah utk diamalkan. Apapun, kita kena belajar untuk tidak panik. Allahyarham Tun Ghazalie mempunyai kelebihan di sini kerana beliau mempunyai pengalaman luas dalam menangani krisis negara. Siapa boleh melupakan Rundingan Bangkok mengenai tuntutan Filipina terhadap Sabah di mana Tun memainkan peranan amat penting sebagai ketua delegasi Malaysia. Beliau yg pada masa itu merupakan Ketua Setiausaha Kemeterian Luar terpaksa berhadapan dgn ketua delegasi Filipina yang agresif dan sangat angkuh. Begitu juga dengan krisis Tentera Merah Jepun yg menawan Kedutaan Amerika di bangunan AIA di KL dalam tahun 1975. Sekali lagi Tun yg pada waktu itu ialah Menteri Dalam Negeri memainkan peranan penting dan berjaya menyelesaikan krisis tersebut.

Idris Mamat

AddToAny