Sabtu, 12 November 2016

Harga Getah Melonjak


Pasaran getah Malaysia diunjur meningkat minggu depan memandangkan ringgit yang lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) akan menjadi komoditi itu lebih murah kepada pembeli. 

Peniaga berkata mata wang tempatan yang rendah menjadikan komoditi itu lebih menarik sekali gus mewujudkan permintaan baharu dari pembeli. 

Bagi minggu yang baru berakhir, pasaran getah tempatan pada awalnya mencatat prestasi bercampur-campur namun pada Jumaat ia melonjak ke paras tertinggi, yang pernah dicatat pada Januari 2014.

Berdasarkan mingguan, harga tengah hari Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR 20 meningkat 95.5 sen kepada 709 sen sekilogram dan susu getah pukal menokok 22 sen kepada 524 sen sekilogram. 

Harga penutup tidak rasmi pada 5 petang bagi SMR 20 melonjak 111 sen kepada 726.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal naik 22.5 sen kepada 525.5 sen sekilogram. - BERNAMA

Tiada ulasan: