Sabtu, 12 Ogos 2017

Siapa Tun Mahathir.... ?

Ruangkan masa 5 minit untuk kenali
Tun Mahathir
siapaTun Mahathir

Catatan Khas: Buat Yang Tidak Tahu dan Yang Terlupa

1. Ramai dalam kalangan generasi muda hari ini tidak tahu berkenaan episod hitam krisis Perlembagaan Negara yang berlaku pada tahun 1988 ketika era pemerintahan Tun Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.
Mereka yang pada hari ini berusia 28 tahun ke bawah belum pun lahir ke dunia pada ketika krisis itu termasuklah saya yang menulis ini.
Namun, ia bukanlah penghalang untuk kita mengimbau dan merungkai sejarah lama ini sebagai pengajaran bersama.

2. Apa sebenarnya yang berlaku pada tahun 1988.?
Untuk memahami kisah tersebut, lebih mudah ianya ditulis dalam bentuk kronologi peristiwa kerana setiap yang berlaku itu saling berkait sehinggalah krisis tersebut mencapai kemuncaknya iaitu pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas pada 08 Ogos 1988.

3. Catatan ini akan menunjukkan bagaimana ketika Tun Mahathir berkuasa, beliau telah meruntuhkan institusi kehakiman (judisiari) yang sepatutnya berfungsi dalam konsep "separation of power" seiring badan Legislatif (Parlimen) dan Eksekutif (Kerajaan).
Apabila pihak Kehakiman dengan beraninya membuat keputusan yang tidak menyebelahi pihak Kerajaan, lalu Tun Mahathir bertindak menggunakan pelbagai cara bagi memastikan para Hakim tunduk kepada Kerajaan.

4. Kisah ini bermula apabila;

26 September 1986: Tun Mahathir, PM ketika itu turut memegang jawatan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri telah menggantung permit pengedaran The Asian Wall Street Journal (AWSJ) selama tiga bulan dan dua orang wartawan AWSJ yang bertugas di Kuala Lumpur, John Peter Berthelsen dan Rafael Roy Pura diusir keluar dari Malaysia kerana penerbitan rencana mendedahkan skandal salahlaku kewangan yang berlaku dalam Kerajaan.
Mereka berdua memohon di Mahkamah Tinggi agar perintah usir itu diketepikan.
Hakim Tan Sri Harun Hashim meluluskan permohonan Pura tetapi menolak permohonan Berthelsen.

11 November 1986: Mahkamah Agung menerima rayuan Berthelsen dan mengetepikan keputusan kerajaan membatalkan permit kerja Berthelsen dengan alasan bahawa peluang untuk didengar harus diberikan kepada wartawan itu.

24 November 1986: Dalam satu wawancara Majalah Time, Tun Mahathir mengkritik keras institusi kehakiman kerana Hakim mentafsir undang-undang tidak mengikut kehendak Parlimen yang membuat undang-undang.

11 Disember 1986: Lim Kit Siang memfailkan kes terhadap Tun Mahathir yang menghina Mahkamah sepertimana yang tersiar dalam wawancara Majalah Time.
Hakim Tan Sri Harun Hashim menolak permohonan itu, namun beliau ada berkata bahawa Perdana Menteri keliru dengan konsep pemisahan kuasa dan keperluan badan kehakiman yang bebas dalam sistem demokrasi.

24 April 1987: Tun Mahathir menang tipis iaitu majoriti hanya 43 undi mengalahkan Tengku Razaleigh Hamzah dalam perebutan jawatan Presiden UMNO.
Dalam Pemilihan UMNO tahun 1987, berlakunya pertembungan yang amat sengit antara Team A yang dipimpin oleh gandingan Tun Mahathir dan Tun Ghafar Baba ditentang oleh Team B yang dipimpin oleh gandingan Tengku Razaleigh dan Tun Musa Hitam.
Keputusan pemilihan ini akhirnya berpihak kepada Team A.

Oleh kerana Team B tidak berpuas hati dengan kekalahan dalam pemilihan tersebut, UMNO 11 (sekumpulan ahli UMNO)  yang pada asalnya 12 orang telah memfailkan kes di Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan pengisytiharan pemilihan UMNO dibatalkan dan dibuat pemilihan baru kerana wujudnya 'pengundi hantu' iaitu 78 orang perwakilan daripada cawangan yang tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

25 Ogos 1987: Mahkamah Agung telah membenarkan rayuan Lim Kit Siang untuk menghalang United Engineers (M) Berhad (UEM), daripada menandatangani satu perjanjian dengan Kerajaan Malaysia untuk pembinaan dan pengswastaan Lebuh Raya Utara Selatan.

02 Oktober 1987: Dalam ucapan di Kota Bharu, Kelantan, Tun Mahathir telah menyamakan Badan Kehakiman dengan cawangan perkhidmatan Kerajaan seperti pihak Tentera dan Perkhidmatan Awam.

05 Oktober 1987: Hakim V C George menolak permohonan prosiding oleh UEM dan Kerajaan bagi mengenepikan  injunksi interlokutori yang diberi oleh Mahkamah Agung.
Kes ini dibicarakan kembali di Mahkamah Agung dengan keputusan majoriti 3 lawan 2 bahawa Plaintif, Lim Kit Siang, tidak mempunyai locus standi dengan UEM oleh itu, saman tersebut tidak dapat diteruskan.

03 Disember 1987: Tun Mahathir membentangkan Rang
Undang-undang Mesin Cetak dan Penerbitan (Pindaan) 1987 bagi memperkukuhkan kawalan Kerajaan terhadap media.
Akta ini juga mengatakan dengan jelas bahawa “sebarang keputusan Menteri untuk menolak memberi atau membatalkan atau menggantungkan sesuatu lesen atau permit adalah muktamad dan tidak boleh dicabarkan oleh mana-mana Mahkamah atas apa juga alasan.”

RUU ini telah muncul sebagai tindak balas serta merta kepada
keputusan Hakim Tan Sri Harun Hashim dalam kes Persatuan Aliran Kesedaran Negara v Minister of Home Affairs di mana Yang Arif Hakim telah memutuskan bahawa budi bicara Menteri untuk menolak sesuatu permohonan untuk lesen penerbitkan satu majalah yang diterbitkan dua minggu sekali tertakluk kepada semakan kehakiman.

04 Februari 1988: Dalam keputusan yang amat mengejutkan banyak pihak, Hakim Tan Sri Harun Hashim dengan beraninya memutuskan beliau tiada pilihan melainkan mengisytiharkan UMNO sebagai pertubuhan yang tidak sah kerana wujudnya beberapa cawangan yang tidak didaftarkan dan dianggap tidak sah di bawah Akta Pertubuhan 1966. UMNO pun diharamkan.
Namun, UMNO 11 tetap membuat rayuan kepada Mahkamah Agung kerana mereka bukannya mahu mengharamkan UMNO tetapi mahu pemilihan UMNO dibuat semula.

Dua minggu selepas itu, Team A pimpinan Tun Mahathir mendaftarkan parti 'UMNO Baru' manakala Team B pimpinan Tengku Razaleigh menubuhkan parti Semangat 46 iaitu merujuk tahun penubuhan UMNO asal pada 1946.
Tun Mahathir berjaya mengambilalih UMNO asal dan membuang perkataan 'Baru' pada nama parti baru yang didaftarkannya.

09 Mac 1988: Hakim Peh Swee Chin telah membenarkan
permohonan untuk habeas corpus dan memerintahkan supaya Karpal Singh dibebaskan dan dilepaskan dari tahanan ISA dengan serta merta.
Karpal Singh ditahan dalam Ops Lalang yang dilancarkan pada 27 Oktober 1987. Dalam operasi ini, seramai 106 ahli politik ditahan tanpa bicara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

17 Mac 1988: Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan dibentangkan oleh Tun Mahathir di Parlimen.
Dalam ucapan pembentangan, beliau meneruskan siri serangan terhadap institusi Kehakiman Negara.
Pindaan Perkara 121 (1) Perlembagaan inilah yang telah menyebabkan Institusi Kehakiman Malaysia kehilangan kuasa.
Sebelum pindaan itu, Perkara 121(1) Perlembagaan menyatakan, kuasa kehakiman Persekutuan terletak pada mahkamah.

Pindaan yang baru ini menyatakan kuasa kehakiman Persekutuan adalah setakat mana yang ditentukan oleh undang-undang Perlembagaan dan hal ini menjadikan mahkamah seperti berada di bawah Parlimen.
Maka, prinsip utama negara demokrasi iaitu 'Independence of Judiciary' dan 'Separation of Power' telah dilanggar secara nyata oleh Tun Mahathir.

25 Mac 1988: Rentetan daripada itu, 20 orang Hakim Mahkamah Agung dan Mahkamah Tinggi telah bermesyuarat untuk mencari jalan mengatasi ketegangan antara badan Kehakiman dan Eksekutif.
Dalam mesyuarat tersebut dipersetujui sebulat suara supaya Tun Salleh Abas sebagai Ketua Hakim Negara menulis surat kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memaklumkan tentang adanya ketegangan antara badan Kehakiman dengan Eksekutif.
Surat keramat bertarikh 26 Mac 1988 itu turut dihantar salinannya kepada sekalian Ahli Majlis Raja-Raja Melayu.
Antara isi surat tersebut ialah;
 “All of us (the judges) are disappointed with the various comments and accusations made by the Prime Minister against the judiciary not only outside but inside Parliament.”

17 Mei 1988: Tun Salleh Abas pulang dari luar negara atas urusan menjalani rawatan dan menunaikan umrah.

24 Mei 1988: The Lord President (Ketua Hakim Negara), Tun Salleh Abas memutuskan korum penuh panel 9 Hakim Mahkamah Agung akan mendengar rayuan kes UMNO 11 pada 13 Jun 1988.

25 Mei 1988: Tun Mahathir menulis surat kepada Yang di-Pertuan Agong menasihatkan Baginda supaya Tun Salleh dipecat kerana "salah laku". Kemudian dicadangkan juga penubuhan sebuah Tribunal untuk membicarakan Tun Salleh. Yang di-Pertuan Agong bersetuju atas nasihat Perdana Menteri.

27 Mei 1988: Tun Salleh dipanggil bertemu Tun Mahathir di Pejabat PM. Dalam pertemuan itu Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghaffar dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sallehuddin Mohammed turut hadir juga.
Tun Mahathir meminta Tun Salleh meletakkan jawatan dengan sendiri, jika enggan beliau akan dihadapkan di Tribunal untuk dipecat. Tun Salleh enggan berundur lalu beliau pun digantung tugas.
Ketua Hakim Malaya, Tan Sri Hamid Omar dilantik sebagai Pemangku Ketua Hakim Negara.

28 Mei 1988: Tun Salleh mengutus surat kepada PM menyatakan kesediaan beliau meletakkan jawatan Ketua Hakim Negara  dan menghabiskan cuti berkuatkuasa serta merta.
PM menyatakan persetujuan terhadap permohonan Tun Salleh.

29 Mei 1988: Tun Salleh berfikir semula dan menarik kembali surat perletakan jawatan beliau.
Dalam satu wawancara media BBC, beliau mendedahkan bahawa PM mengarahkannya meletakkan jawatan atas tuduhan berat sebelah dalam kes UMNO.
Beliau turut mengeluarkan kenyataan media rasmi pada hari yang sama.

03 Jun 1988: Tun Salleh mendesak agar Tribunal yang ditubuhkan bagi membicarakan beliau itu terdiri daripada sekurang-kurangnya sama taraf kelayakan kehakiman dan perbicaraan seharusnya dijalankan secara terbuka.

11 Jun 1988: Penubuhan secara rasmi Tribunal Pertama setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Pengerusi: Tan Sri Abdul Hamid Omar (Pemangku Ketua Hakim Negara)
Ahli:
a) Tan Sri Abdul Aziz Mohamed Zain  (bekas Hakim Mahkamah Persekutuan)
b) T.S. Sinnathuray (Hakim Mahkamah Agung Singapura)
c) Tun Mohd Zahir Haji Ismail  (Yang di-Pertua Dewan Rakyat),
d) Justice K.A.P Ranasinghe Hakim Besar Sri Langka
e) Tan Sri Lee Hun Hoe (Hakim Besar Borneo)

21 Jun 1988: Raja Aziz Addruse, Peguamcara bagi pihak Tun Salleh telah menulis surat kepada Setiausaha Tribunal Pertama menyuarakan perasaan tidak puas hati mereka atas komposisi Tribunal Pertama.
Hal ini kerana mereka akan membicarakan Ketua Hakim Negara sedangkan ahli tribunal itu berpangkat lebih rendah daripadanya.
Tan Sri Abdul Hamid Omar mempunyai konflik kepentingan kerana beliau yang akan dilantik menjadi Ketua Hakim Negara yang baru apabila Tun Salleh disingkirkan.
Tun Zahir adalah Speaker Dewan Rakyat, ini bercanggah dengan prinsip pemisahan kuasa.
Tan Sri Abdul Aziz pula menjalankan perniagaan dan seterusnya memiliki Sijil Amalan Guaman sebagai Peguambela dan Peguamcara.

28 Jun 1988: Tiada maklumbalas daripada pihak Tribunal Pertama terhadap surat peguamcara Tun Salleh.
Maka, Tun Salleh membuat keputusan untuk memfailkan permohonan ke Mahkamah Tinggi bagi memperolehi Perintah Penggantungan prosiding untuk menahan Tribunal Pertama
daripada meneruskan siasatan dan mengemukakan laporan dan cadangannya.
Prosiding ini telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan ditetapkan untuk pembicaraan pada 1 Julai 1988.

29 Jun 1988: Tribunal Pertama menolak penangguhan prosiding Tun Salleh dan tidak mengendahkan berkenaan pemfailan prosiding penggantungan di Mahkamah Tinggi.

30 Jun 1988: Tribunal Pertama selesai menjalan prosiding.
Terdapat empat pertuduhan yang dikenakan terhadap Tun Salleh;
a) Ucapan beliau di Universiti Malaya pada 1 Ogos 1987,
b) Ucapan beliau di Universiti Malaya pada 12 Januari 1988,
c) Penangguhan kes Teoh Eng Huat v Kadhi Pasir
Mas yang melibatkan pilihan agama seorang di bawah umur
d) surat Tun Salleh kepada Yang di-Pertuan Agong bertarikh 26 Mac 1988

02 Julai 1988: Persidangan Khas Mahkamah Agung yang terdiri daripada 5 orang Hakim telah sebulat suara membenarkan permohonan Tun Salleh untuk penggantungan terhad yang menahan Tribunal Pertama daripada  mengemukakan Laporan, cadangan dan nasihatnya kepada Yang di-Pertuan Agong sehingga perintah seterusnya.
Lima orang Hakim yang bersidang tersebut adalah;
a) Tan Sri Wan Suleiman bin Pawanteh
b) Datuk George Edward Seah
c) Tan Sri Mohd. Azmi bin Kamaruddin
d) Tan Sri Eusoffe Abdoolcader dan
e) Tan Sri Wan Hamzah bin Mohd. Salleh.

05 Julai 1988: Pemangku Ketua Hakim Negara Tan Sri Hamid Omar telah berunding dengan Perdana Menteri kemudian membuat cadangan secara bertulis kepada Yang di-Pertuan Agong  untuk menyingkirkan kelima-lima hakim yang menganggotai korum bagi perbicaraan pada 2 Julai 1988.

06 Julai 1988: Kelima-lima hakim Mahkamah Agung yang terbabit dalam perbicaraan 2 Julai  digantung tugas.
Hal ini menyebabkan Mahkamah Agung tidak dapat berfungsi kerana 6 daripada 10 hakimnya telah digantung tugas.

07 Julai 1988: Tribunal Pertama menghantar Laporan kepada Yang di-Pertuan Agong dan mencadangkan pemecatan Tun Salleh.

08 Ogos 1988: Surat rasmi pemecatan jawatan diterima oleh Tun Salleh

12 Ogos 1988: Penubuhan secara rasmi Tribunal Kedua  setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong bagi menyiasat 5 Hakim Mahkamah Agung.
6 orang Ahli Tribunal Kedua itu ialah;
a) Pengerusi: Tan Sri Hashim bin Yeop Sani, Hakim Mahkamah Agung
b) Mark Damian Hugh Fernando, Hakim Mahkamah Agung Sri Lanka
c) Tan Sri Edgar Joseph Jr, Hakim Mahkamah Tinggi Malaya
d) P. Coomaraswamy, Hakim Mahkamah Tinggi Singapura
e) Datuk Haji Mohd Eusoff bin Chin, Hakim Mahkamah Tinggi Malaya
(e) Dato’ Lamin bin Haji Mohd Yunus, Hakim Mahkamah Tinggi Malaya

30 Ogos 1988: Setelah dibantah, Pengerusi Tribunal Kedua, Tan Sri Hashim menarik diri lalu diganti oleh Tan Sri Edgar Joseph. Tribunal diteruskan dengan korum 5 orang.

23 September 1988: Tribunal Kedua menyerahkan laporan kepada Yang di-Pertuan Agong. Mereka berpendapat Tan Sri Wan Suleiman dan Datuk George Seah bersalah dan wajar dipecat manakala Tan Sri Azmi, Tan Sri Eusoffe Abdoolcader dan Tan Sri Wan Hamzah tidak bersalah dan dikembalikan jawatan asal mereka.

5. Begitulah kronologi titik hitam yang tidak akan dapat dipadam daripada rekod sejarah sistem kehakiman negara ini.
Pada 17 April 2008, Perdana Menteri ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi  telah menyatakan kekesalan kerajaan dan mengumumkan pembayaran ex-gratia kepada Tun Salleh dan 5 Hakim yang terbabit.
Ironinya, si pelaku utama kisah ini iaitu Tun Mahathir tidak pun pernah meminta maaf atas kesilapan itu.
Apa yang beliau tahu, hanyalah menyalahkan pihak lain iaitu pemecatan Tun Salleh atas aduan daripada Yang di-Pertuan Agong ketika itu Almarhum Sultan Iskandar.

Mungkin Tun Mahathir menyangka kita semua Melayu Mudah Lupa, tidak ingat apa yang beliau telah lakukan semasa 22 tahun memerintah Malaysia.?

6. Tun Salleh Abas, mangsa utama penganiayaan ini masih ada dan sudah pun mencecah usia 88 tahun. Beliau merupakan anak kelahiran Besut, Terengganu.
Tun Salleh pernah bergelar  Exco Kerajaan Negeri Terengganu (Pengerusi Jawatankuasa Hisbah dan Tugas-Tugas Khas) pada era pemerintahan PAS tahun 1999 hingga 2004.
Beliau ada menulis sebuah buku yang berjudul May Day For Justice terbitan Magnus Book bagi menceritakan secara terperinci episod hitam 1988.

7. Jikalau hari ini ramai yang bersungut mengenai pemerintahan PM Najib yang bertindak pelbagai cara bagi menutup skandal 1 MDB, ianya tidaklah begitu menghairankan sebenarnya kerana PM Najib hanya mengikut apa yang pernah dibuat oleh sifunya dulu, Tun Mahathir.
PM Najib membersarakan awal Peguam Negara, Tun Mahathir dulu memecat Ketua Hakim Negara.
PM Najib menggugurkan Tan Sri Muhyiddin daripada jawatan TPM, Tun Mahathir dulu mempunyai 3 TPM yang bersilih ganti dan Anwar merupakan TPM yang dipecat atas tuduhan rasuah dan salahsaku seks.
PM Najib ada skandal 1 MDB, Tun Mahathir pula ada skandal FOREX Bank Negara yang menyebabkan kehilangan berpuluh bilion pada awal tahun 1990-an dulu.

8. Dulunya, sekalian pemimpin PKR, DAP dan PAN siang-malam, pagi-petang mengecam Tun Mahathir bahkan sehingga digelar Maha Firaun, Bapa Perosak Negara, Diktator Tua dan bermacam lagi.
Kini, siang-malam mereka menjunjung pula Tun Mahathir bagaikan wira- permata bagi menyelamatkan negara. Mereka pula kini mengikut telunjuk Tun Mahathir yang memimpin Pakatan Harapan.

Sungguh geli hati ini apabila membaca berita janji PH untuk menghadkan jawatan PM kepada 2 penggal dan janji hendak beri royalti.
Bukankah Pengerusi PH, Tun Mahathir dulu berkuasa selama lebih 20 tahun sebagai PM.?
Bukankah Pengerusi PH, Tun Mahathir yang merampas royalti  Terengganu sebagai hukuman kepada rakyat yang memilih PAS untuk memerintah pada PRU 1999 dulu.?
Bukankah Pengerusi PH, Tun Mahathir ketika berkuasa dulu telah mengkayakan anaknya sehingga menjadi jutawan, mengamalkan kronisme, berlakunya penyelewengan dan kerugian dalam deretan kes BMF, Perwaja, Maminco,UEM, Renong, Bank Bumiputera, PKFZ, Maika Holding, MAS, Petronas, Tabung Haji, KWSP, IWK dan banyak lagi.

9. Adakah akan menjadi trend kebiasaan selepas ini, mana-mana pemimpin yang sudah tidak berkuasa dapat menyucikan dosa salahlaku pemerintahannya apabila menyertai Pakatan Harapan.?
Tidak mustahil suatu hari nanti, PM Najib pula yang dijunjung oleh PH sebagai wira mereka apabila PM Najib sudah tidak lagi berkuasa.

10. PAS tidak lupa dan sentiasa ingat siapa Tun Mahathir dan PM Najib.?
Oleh sebab itu, perjuangan PAS tidak pernah terhenti kerana PAS bukan hanya menentang individu semata-mata.
PAS mahu mengubah dasar acuan pemerintahan negara agar kembali kepada Islam kerana apa yang berlaku hari ini hanyalah mata-rantai dan pengulangan episod lama, hanya watak sahaja yang berbeza.

Jemaah Siber

Rabu, 9 Ogos 2017

Turunnya Salju Di Tanah Arab

"Bukti Kebenaran Hadits Rasul SAW, Salju Turun di Saudi Tanda Hari Akhir Kian Dekat"


 Turunnya salju di Tanah Arab jadi fenomena yang membuat banyak netizen bertanya-tanya. Tanah Arab yang memiliki cuaca panas bisa diguyur salju. Turunnya salju bahkan diidentikkan dengan tanda kiamat.

Mengapa? Karena tanda kiamat atau akhir zaman satu di antaranya Tanah Arab yang subur. Turunnya salju mengguyur Tanah Arab yang gersang. Akun bufaizbudi memposting foto salju di Arab.

“Salju turun di jazirah Arab, Imam Masjidil Haram Syaikh Al-Sudais mengatakan, salju merupakan komponen utama dalam pembentukan sungai dan tanaman. Turunnya salju di Jazirah Arab membuktikan kebenaran dari hadits Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam.”

“(Tidak akan tiba hari kiamat hingga tanah Arab kembali hijau penuh dengan tumbuhan dan sungai-sungai). Nampak jelas dari hadits tsb bahwa negeri2 Arab akan dilimpahi dgn air yg banyak, sehingga menjadi beberapa sungai, tumbuh di atasnya berbagai macam tumbuhan sehingga menjadi padang rumput, kebun dan hutan2. Wallahu a’lam.

“Dunia sudah di penghujungnya. Mari kita persiapkan perbekalan sebaik-baiknya. Salju adalah merupakan sumber komponen utama bagi terbentuknya tumbuhan, sungai di dunia.”

“Saat ini berdasarkan penelitian sains, di jazirah tanah tandus arab tidak terkecuali di tabuk, palestina bahkan di gurun sahara sudah mulai dipenuhi dengan tumbuhan hijau dengan turunnya hujan salju.”

“Hari Akhir tidak akan datang kepada kita sampai dataran Arab sekali lagi menjadi dataran berpadang rumput dan dipenuhi dengan sungai-sungai (HR Muslim)“

“Berdasarkan penelitian Profesor Alfred Kroner, seorang ahli geologi terkemuka dunia, dari Department Ilmu Bumi, Institut Geosciences, Johannes Gutenburg University, Mainz, Germany – dia mengatakan bahwa Era Salju Baru (New Snow Age) saat ini telah dimulai.”

“Sekarang salju di kutub Utara sedang merangkak/bergeser perlahan-lahan ke arah Semenanjung Arab, pada saat itu iklim dataran Arab berubah dan menjadi salah satu daerah yang paling subur dan hijau di muka bumi. Ini merupakan fakta sains yang tidak bisa dibantah.”

“Syaikh Syuraim – Imam Masjidil Haram mengatakan, salju merupakan komponen utama dalam pembentukan sungai dan tumbuhan.”

“Berjatuhannya salju di Jazirah Arab membuktikan kebenaran Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Dalam sebuah hadits.”

“Rasulullah bersabda, “Hari Kiamat baru akan datang setelah negeri Arab kembali menjadi padang yang hijau dan sungai-sungai.”

“Beliau juga menyebutkan bahwa baru-baru ini salju telah turun di daerah Tabuk. Hal itu mengingatkan sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam kepada Muadz saat perang Tabuk.”

“Kalau umurmu panjang, maka engkau akan melihat tempat ini penuh dengan kebun-kebun.” Wallahu a'lam..
Ya Allah, ampunilah  dosaku, dosa ibu bapa ku, keluarga ku,saudaraku dan setiap orang yang meng-klik Suka, share & berkomentar "aamiin"  dan jangan Engkau cabut nyawa kami saat tubuh kami tak pantas berada di SurgaMu. Aamiin...
.
Sobat sekarang anda memiliki dua pilihan ,
1. Membiarkan sedikit pengetahuan ini hanya dibaca disini
2. Membagikan pengetahuan ini kesemua teman facebookmu , insyallah bermanfaat dan akan menjadi pahala bagimu. Aamiin..

Rabu, 2 Ogos 2017

Wang tdak dituntut

Pejabat Akauntan Negara
WANG TIDAK DITUNTUT
====================
Lokasi Setiap Negeri Untuk Semak Wang Tak Dituntut

Dibawah ini adalah lokasi setiap negeri bagi menyemak wang tidak dituntut. Anda boleh lihat senarai di bawah.

Jabatan Akauntan Negara Malaysia
@ Negeri Sembilan
Tingkat. 10,Wisma Persekutuan,
Jalan Dato´ Abdul Kadir,
70990 Seremban,
Negeri Sembilan

Jabatan Akauntan Negara Malaysia
@ Melaka
Aras 5, Menara Persekutuan,
Jalan Persekutuan, Ayer Keroh,
75450 Melaka

Jabatan Akauntan Negara
Tingkat 42, Menara Maybank
100, Jalan Tun Razak
50050 Kuala Lumpur.
Tel.: 03-2034 1850
Fax: 03-2072 5707/03-2026 7430
Website: www.anm.gov.my

Jabatan Akauntan Negara Malaysia,
Aras 1-8, Kompleks Kementerian
Kewangan, No. 1, Persiaran Perdana,
Presint 2, 62594 Putrajaya,
Putrajaya, Wilayah Persekutuan,
Malaysia

Lobi Kementerian
Sumber Asli dan
Alam Sekitar
Putrajaya

Jabatan Akauntan Negara Malaysia@Sabah
Tingkat 6 & 7, Wisma Perindustrian,
Jalan Istiadat, 88594 Kota Kinabalu,
Sabah, 88400 Kota Kinabalu

Jabatan Akauntan Negara Malaysia@Perlis
Tingkat 3, Bangunan Persekutuan,
Persiaran Jubli Emas, 01000 Kangar,
Perlis, Taman Pekeliling,
01000 Kangar, Perlis

Jabatan Akauntan Negara Malaysia@Labuan
Tingkat 5, Blok 4, Ujana Kewangan, Jalan Bukit Timbalai, 87016 Labuan,
Sabah, 87000 Labuan, Labuan Federal Territory

Jabatan Akauntan Negara Malaysia@Johor
Tingkat 5-6, Kompleks Tun Abdul Razak,
80990 Johor, Jalan Wong Ah Fook,
Bandar Johor Bahru,
80000 Johor Bahru, Johor

Jabatan Akauntan Negara Malaysia@Kelantan
Tingkat 1-2, Blok A, Bangunan Persekutuan,
Bandar Kota Bharu, 15200 Kota Bharu,
Kelantan

Jabatan Akauntan Negara Malaysia@Perak.
Jalan Sultan Idris Shah, Taman Jubilee,
30300 Ipoh, Perak.

Jabatan Akauntan Negara Malaysia@Terengganu.
Tingkat 11, Wisma Persekutuan, Jalan Sultan Ismail,
20594 Kuala Terengganu, Terengganu,
20200 Kuala Terengganu,
Terengganu.

Jabatan Akauntan Negara Malaysia@Kedah
Tingkat 4, Zon C, Wisma Persekutuan,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
Jalan Sultanah, 06550 Alor Setar, Kedah,
Kampung Anak Bukit, 06550 Alor Setar,
Kedah

Jabatan Akauntan Negara Malaysia@Pulau Pinang
42, Jalan Ooi Kar Seng, 10000, Pulau Pinang,
14300 Nibong Tebal, Penang

Jabatan Akauntan Negara Malaysia @ Sri Aman.
Tingkat 2 & 3, Blok 3, Wisma Persekutuan,
Fasa 2, Jalan Polis, 95000 Sri Aman,
Sarawak, 95000 Sri Aman, Sarawak

Jabatan Akauntan Negara Malaysia@ Pahang
Tingkat 4 & 5, Bangunan BSN, Jalan Bank,
25000 Kuantan,
Pahang.

Selasa, 1 Ogos 2017

Peria Katak 'insulin tumbuhan'

1 Ogos 2017

Peria katak ialah pokok herba menjalar yang mempunyai batang lembut dan memanjat dengan melilit menggunakan sulur paut. Tingginya sehingga 5 meter. Pokok ini mempunyai akar tunjang serta juga akar sisi berserabut yang berkembang luas di kawasan sekeliling. Daun-daunnya berselang-seli, dengan lebar sebanyak 4-12 sentimeter. Setiap daun yang berwarna hijau mempunyai 3 hingga 7 cubing yang ketara.Pokok ini mempunyai bunga berwarna kuning, dan menghasilkan bungaj antan dan bunga betina yang berasingan. Buahnya mempunyai kulit yang menggerutu dan berwarna hijau muda ketika mentah. Bentuknya memanjang (17-23 sentimeter), dengan berat antara 300-600 gram sebiji. Rasanya pahit dan seringnya dimakan ketika masih mentah. Bagaimanapun, buah ini juga boleh dimakan ketika masak dan berwarna kekuning-kuningan atau jingga merah. Biji buah mentah berwarna putih, tetapi menjadi merah ketika masak.

 Dalam Perubatan

Dalam perubatan Ayurveda India, Peria Katak sering diperlihatkan sebagai sejenis "insulin tumbuhan" dan oleh itu, amat disyorkan untuk pesakit kencing manis. Di Filipina, teh peria katak digunakan dengan amat berjaya untuk merawat kencing manis dan kawalan gula darah bagi orang miskin. Rasa pahit peria katak datangnya daripada kandungan kuinin yang tinggi dan secara kebetulan, telah dianggap oleh orang-orang Asia, serta Panama dan Columbia, sebagai bahan untuk mencegah dan merawat demam malaria.

Isnin, 31 Julai 2017

PERHIMPUNAN VETEREN 2017



*MENSYUKURI NIKMAT,,ENAM INSENTIF BARU,UNTUK VETERAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM) DIUMUM YAB PM, 31 JULAI 17*

01: BANTUAN BAKTI NEGARA (BBN); Bayaran khas RM 1200 setahun,selagi hayat dikandung badan,bagi veteran ATM TIDAK BERPENCEN yang berkelayakan,,akan dijadikan sebagai bantuan permulaan. KHAS dari kerajaan bagi menghargai jasa dan pengorbanan mereka.kerajaan utamakan dahulu bantuan kpd golongan veteran TIDAK BERPENCEN kerana mereka adalah golongan yg tiada pendapatan tetap dan lebih utama untuk dibantu,,dibandingkan golongan veteran berpencen ,yg punya pendapatan tetap bulanan ,dimana pencen mereka akan sentiasa meningkat dari masa ke semasa apabila kerajaan membuat semakan utk menaikan kadar gaji seluruh kakitangan awam,, ini bukanlah bermakna krjaan melupakan golongan berpencen, mereka tetap dlm perhatian kerajaan berdasarkan kemampuan keewangan kerajaan utk menaikan gaji/ pencen kakitangan awam

02: Penambahbaikkan SKIM PERKHIDMATAN ATM yang akan dikenali sebagai SKIN ANUITI VETERAN (SAVe).skim ini menjadikan semua anggota Atm yg berhenti awal (10,12, atau 15 tahun dalam perkhidmatan)akan tetap mendapat pendapatan bulanan mereka setiap bulan berdasarkan caruman yg telah dibuat sepanjang perkhidmatan,, skim baru ini bila dilaksanakan,tidak akan melahirkan lagi golongan veteran ATM tidak berpencen pada masa hadapan

03: Penambahbaikkan Skim Pencen Hilang Upaya bagi veteran ATM dan bekas anggota Wataniah sepenuh masa yang berkhidmat KURANG dari 10 tahun DAN TIDAK MENERIMA pencen perkhidmatan . Kenaikan antara 300-800 peratus,, golongan veteran kurang upaya ini bakal menerima elaun khas bulanan antara rm 500 hingga rm 2000 sebulan, sepanjang hayat mereka ,kadar bayaran dibuat berdasarkan keadaan kecederaan yg dialami semasa dlm perkhidmatan yg ditentukan oleh " medical board",, sebelum ini jumlah yg diterima golongan ini hanyalah antara rm 60 hingga rm 600 shj sebulan

04: Bagi mereka yang mengalami kelainan upaya selepas bersara :
a: PVATM mewujudkan insentif Veteran Kelainan Upaya RM500 setahun dari kutipan Tabung Hari Pahlawan.
b: RM500 lagi ditambah oleh PM daripada peruntukan kerajaan menjadikan sejumlah RM1000 setahun utk diberikan kpd veteran hilang upaya,,satu lagi sumber bantuan kpd para veteran yang berhak menerimanya

05: Kouta Haji bagi Veteran ATM ditambah sebanyak 400 org setahun mulai 2017 berbanding 100 org sebelum ini.

06: PM Menyalurkan RM5 juta untuk Tabung Pahlawan 2017.Tabung Pahlawan adalah sumber bantuan tambahan kpd para veteran yg memerlukan , satu lagi sumber bantuan keewangan bagi para veteran yg bakal menerimanya setiap tahun,

Hendaklah diingat, PM dan Menteri pertahanan telah menegaskan dlm ucapan mereka semasa perhimpunan veteran 2017,,bahawa bantuan kpd para veteran ATM samaada yg berpencen atau yg tidak berpencen , sesungguhnya tidak akan BERHENTI setakat pengumuman ini shj,, ia akan sentiasa meningkat dari masa kesemasa berdasarkan kemampuan kerajaan untuk memenuhinya,, apa yg PM umumkan pada hari ini ,sebenarnya tidak pernah wujud pun sebelum ini, tetapi atas keperihatinan PM kpd para veteran beliau tetap meneruskan agenda beliau untuk membantu para veteran,, teruskan sokongan kita terhadap usha usha Kerajaan ini,,sesungguhnya pemimpin juga mengharapkan kesyukuran kita di atas apa yg mereka sumbangkan,telah terbukti sebelum ini,bahawa krjaan tidak pernah berhenti untuk mewujudkan pelbagai skim dan insentif  baru saban tahun ,demi untuk membantu para veteran ,,bersabar dan bersyukurlah,,apatah lagi ALLAH SWT,,yg telah berfirman dalam al quran ;

“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (QS. Ibrahim [14]: 7)

#SelamatHariPahlawan
#AlFatihah bagi pahlawan yang telah gugur mempertahankan kedaulatan tanahair.

Ahad, 30 Julai 2017

PM Najib Pulang Ke Lepeh

PM Dato' Najib bin Tun Razak disambut meriah setibanya
di Lepeh
Kehadiran Ahli Jawatankuasa PAS Lipis, Mahyudin Ghazali, pada majlis perasmian mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lipis di sini, hari ini mendapat perhatian Datuk Seri Najib Razak

Ketika berucap pada majlis berkenaan, Presiden UMNO berkata, tidak pernah berlaku dalam sejarah apabila pemimpin PAS menghadiri majlis perasmian mesyuarat UMNO.

Difahamkan, Mahyudin hadir ke majlis berkenaan atas kapasiti sebagai Imam Masjid Kampung Tempoyang yang menerima peruntukan RM1.5 juta untuk tujuan baik pulih selepas menerima permohonan Ketua UMNO Bahagian Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad.

Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan mesin pengimbas bagi kegunaan Hospital Lipis.

"Saya begitu tersentuh apabila bersalam dengan beberapa perwakilan, mereka menyebut 'selamat pulang Datuk Seri'.

"Memang tiada tempat lain kerana di Lepih (Lipis) inilah saya balik kampung pada 23 Julai 64 tahun lalu, di rumah Setiausaha Kerajaan Negeri di Bukit Bius.

"Sejak itu, bermulalah perjalanan insan bernama Najib Razak," katanya.

Isnin, 24 Julai 2017

Jangan Lupa Sejarah

PERINGATAN BUAT PENGUASA ISLAM SERTA PARA PENGAMPUNYA YANG LUPA SEJARAH....
Tatar

Kerajaan Bani ‘Abbasiyyah selepas pemerintahan Bani Umaiyyah yang diasaskan oleh Abu ‘Abbas as-Saffah bertahan selama 508 tahun, dari tahun 750 hingga 1258 Masihi. Namun dalam tempoh 400 tahun terakhir, pemerintahannya hanya tinggal pada nama sahaja. Ia menjadi lemah dan terus merosot, akhirnya tumbang digempur oleh tentera Mongol dibawah pimpinan Hulagu Khan, cucu Genghiz Khan yang kejam pada tahun 1258 Masihi.

Para khalifah ‘Abbasiyyah pada zaman terakhir pemerintahan, mereka lebih mementingkan kepentingan peribadi serta kehidupan yang mewah tanpa mempedulikan rakyat dibawah pemerintahan mereka. Penyebab utama kejatuhannya berpunca dari kelemahan Khalifah al-Mu’tasim Billah sendiri. Beliau hanya mendengar nasihat dari pengampu kerajaan, sedangkan pengampu tersebut mempunyai seribu satu muslihat untuk menjatuhkan pemerintahannya.

Walaupun mempunyai kemahiran dalam bidang al-Quran dan as-Sunnah, tetapi Khalifah al-Mu’tasim Billah merupakan seorang yang kurang cerdik. Semua nasihat Ketua Tentera kerajaan ‘Abbasiyyah bernama Rukunuddin Ad-Daudar ditolak, dan sebaliknya amat mempercayai memanda Wazir, juga penasihatnya yang bernama Umayiduddin Muhammad Al-Aqami, dari puak Syiah.

Umayiduddin mencadangkan kepada khalifah supaya diadakan hubungan perpaduan dengan Hulagu Khan, walhal ketika itu tentera Hulagu Khan sudah bersiap sedia untuk melakukan serangan terhadap pusat pemerintahan kerajaan ‘Abbasiyyah di Kota Baghdad. Sebagai habuan, Umayiduddin dijanjikan jawatan raja oleh Hulagu Khan jika tenteranya berjaya menguasai Baghdad. Dengan segala kecerdikan yang ada, Umayiduddin memperdayakan Khalifah sehingga tentera Mongol berjaya masuk ke kota Baghdad tanpa sebarang kepayahan.

Pada tahun 1258 Masihi Baghdad telah jatuh ke tangan bangsa Mongol. Kejatuhan ini bukan sahaja mengakhiri kekuasaan Khilafah Bani ‘Abbasiyyah di sana, tetapi juga menjadi petanda awal kemunduran politik dan peradaban Islam, kerana Baghdad merupakan pusat kebudayaan dan peradaban Islam yang sangat kaya dengan khazanah ilmu pengetahuan ketika itu, sebelum ianya dimusnahkan oleh tentera Mongol.

Dalam kejadian itu, digambarkan Hulagu Khan menyerang Baghdad dengan pasukan tentera yang sangat besar berjumlah kira-kira seramai 200 000 orang yang tidak mampu ditentang oleh tentera ‘Abbasiyyah, lalu lari berkurung di dalam kota. Tentera Mongol terus mengepung kota Baghdad selama 10 hari. Akhirnya, kota Baghdad jatuh.

Tentera Mongol memasuki kota Baghdad dan membunuh sesiapa sahaja yang mereka temui. Segala peradaban Islam yang terbina di Baghdad ratusan tahun telah dihancurkan. Segala kitab yang dihasilkan oleh sarjana2 Islam telah dikumpulkan dan dibuang ke dalam Sungai Dujlah sehingga airnya menjadi hitam (kerana dakwat daripada tulisan kitab-kitab itu). Saya dapat bayangkan jika ribuan khazanah kitab2 Islam ini tidak musnah, tentunya wajah tamadun Islam hari ini berbeza.

Setelah terkepung, dan atas nasihat Wazir, khalifah keluar bersama beberapa orang pengikut dengan membawa mutiara, permata dan hadiah2 berharga untuk diserahkan kepada Hulagu Khan. Keberangkatan khalifah juga disusul para pembesar istana terdiri dari ahli fiqh dan orang2 ternama serta keluarganya. Hadiah2 itu dibahagi2kan Hulagu kepada para panglimanya, selepas itu khalifah dan lain2, termasuk wazir sendiri, dibunuh dengan leher dipancung secara bergilir2. Mayat Khalifah terakhir Kerajaan 'Abbasiyyah diheret oleh kuda mengelilingi Kota Baghdad.
         
Pada zaman awal pemerintahan Kerajaan ‘Abbasiyyah merupakan sebuah kerajaan yang kaya. Dana yang masuk lebih besar dari yang keluar sehingga Bait al-Mal penuh dengan harta. Sumber pendapatan Kerajaan ‘Abbasiyyah adalah daripada hasil kutipan cukai wilayah dan pertanian. Kemudiannya merosot disebabkan berlakunya rusuhan rakyat sehingga para pedagang tidak lagi berkunjung ke Baghdad. Dana yang tersimpan di Baitulmal juga berkurangan berpunca daripada kehidupan para khalifah yang semakin mewah dan mementingkan diri sendiri.

Era kerajaan ‘Abbasiyyah merupakan era keemasan dan kegemilangan Islam. Ketika itu kedaulatan umat Islam sampai ke kemuncak kemuliaan, baik dari segi kekayaan, kemajuan atau kekuasaan. Ketika ini juga telah lahir pelbagai cabang ilmu yang penting yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Arab. Selain itu, sumbangan umat Islam untuk peradaban dunia juga hasil cetusan minda para cendikiawan besar dan hebat yang lahir ketika era kerajaan ‘Abbasiyyah.

Namun begitu, terdapat pengajaran penting yang perlu diberi perhatian dalam kita menghayati dan menyelusuri sejarah sepanjang tertegaknya kerajaan ‘Abbasiyyah yang telah menguasai dunia berabad-abad lamanya. Pengajarannya ialah umat Islam jangan mudah terlena dengan kekuasaan yang dimiliki, kerana apabila leka dibuai mimpi indah dan hidup dalam keadaan bermegah-megah akan menyebabkan kita tersasar dari ajaran Allah SWT yang telah disampaikan melalui utusannya Nabi Muhammad SAW.

Pun begitu,  menurut sunnatullah, setiap yang bermula pasti akan berakhir. Begitulah juga yang terjadi kepada sebuah kerajaan yang agung seperti kerajaan Bani ‘Abbasiyyah. Hanya dengan beberapa isu kontroversi, kerajaan ini berakhir dengan serangan tentera Mongol di bawah pimpinan Hulagu Khan pada tahun 656 H bersamaan 1258 M.

Sejarah ini sepatutnya menjadi pemacu kepada umat Islam kembali bangkit untuk mencapai kembali kegemilangan Islam seperti yang pernah diraih ketika era kerajaan ‘Abbasiyyah.

SEKADAR PERINGATAN KEPADA YANG MASIH SAYANG KEPADA KEWUJUDAN TAMADUN BANGSA, NEGARA DAN AGAMA ISLAM....

Khamis, 6 Julai 2017

Rock Melon



Rock Melon mula cambah pada 10 Jul 2017

20 Julai 2017


31 Julai 2017
9 Ogos 2017

10 Ogos 2017
18 Ogos 2017




Sabtu, 1 Julai 2017

Tanam Getah

Sudah 3 bulan mula makan baja  Julai 2012


9 bulan bersama kekacang tutup bumi Jan 2013





  11 bulan baru tabur baja 15:15:15  Mac 2013



  1 tahun 1 bulan (13 bulan) 2013


1 Tahun 9  bulan  (21 bulan) 2013

  


   2 tahun 9 bulan(33 bulan) 2014




3 tahun 6 bulan (42 bulan) 2015



 4 tahun  (48 bulan) 2016
  


5 Tahun (60 bulan)   Mei 2017
  


Ukur lilit melebihi 45 cm boleh mula buka penel torehan  pada 21 Mei 2017

belajar buka penal torehan


  Pendapatan pertama 65 kg, menoreh selama 1 jam 100 pokok yang terpilih shj, selama 15 hari 
harga 1 Julai 2017 RM 2.40 sekilo bersamaan RM 156.00.

harga 29 Julai 2017 RM 2.30, 10 hari menoreh dapat 77 kg bersamaan
RM 177.10.


Sabtu, 10 Jun 2017

Qatar dimusuhi


Tulisan yang bagus:

KENAPA ARAB MEMUSUHI HAMAS DAN IKHWAN MUSLIMIN?

“Musuh Israel ialah musuh Amerika, manakala musuh Amerika ialah musuh Arab – Tetapi Arab pula bukanlah sahabat Israel”

Mengapa Hamas dan Ikhwan Muslimin lebih dimusuhi sebahagian negara Arab berbanding Israel?  Mengapa Qatar yang melindungi dan membantu kedua-dua gerakan ini ditekan sebegitu hebat sekali? Sedangkan Israel lebih dahsyat ancamannya pada waktu ini dengan menduduki tanah Palestin secara haram dan besar-besaran? Ada tiga jawapan yang saling berkait iaitu: menjaga hubungan dengan Amerika yang memberi pulangan ‘petroDollar’ kepada negara Arab; memelihara proksi Arab Saudi di Timur Tengah; dan menyekat potensi pesaing kepada kepimpinan Arab Saudi pada masa hadapan.

Krisis Qatar memasuki episod baru apabila Arab Saudi memberi amaran agar Qatar segera memutuskan hubungan dengan Hamas dan Ikhwan Muslimin.  Sama sekali bukan rahsia bahawa Hamas ialah benteng yang menghalang Palestin daripada dijajah Israel sejak sekian lama.  Ikhwan Muslimin pula bukan sekadar pernah membantu perkembangan pendidikan di dunia Arab yang dahulu dibelenggu buta huruf yang kritikal, tetapi juga dalam sektor perniagaan, kesihatan dan kesukarelawanan.  Ikhwan Muslimin mempunyai sejarah panjang yang cukup berpengaruh dalam peta dunia Arab hari ini.  Malah Hamas di Palestin sebenarnya ialah cawangan Ikhwan Muslimin yang ditubuhkan oleh As-Syahid Sheikh Ahmed Yassin.

Membezakan Ikhwan Muslimin dengan gerakan politik lain ialah doktrin fundamentalnya dengan Islam, termasuklah berkenaan menolak hegemoni Amerika Syarikat dan penjajahan Zionis.  Sebaliknya raja-raja negara Arab memerlukan sistem petrodollar Amerika di mana hasil petroleum mereka yang dilaburkan dalam mata wang Dollar memberi pulangan yang jauh lebih besar berbanding melabur atau menggunakan hasil minyak dalam negara mereka semata-mata.  Berkembangnya pengaruh Ikhwan dalam negara mereka bakal menjejaskan pulangan lumayan petroleum mereka ini bila mana legitimasi politik mereka terhakis lalu menjejaskan hubungan dengan Washington. Umum mengetahui bahawa Washington dipengaruhi kuat para pelobi pro-Israel lantas jika negara Arab ini memberi pengiktirafan kepada Hamas dan Ikhwan yang dianggap sebagai ‘pengganas’ oleh Israel dan Amerika, maka pendapatan lumayan mereka bakal terjejas.  Perlu diketahui pendapatan ini bukan hanya menampung pentadbiran negara mereka, tetapi juga membiayai ‘survival’ atau kelangsungan rejim monarki yang digasak hebat arus pendemokrasian.

Kedua-dua gerakan Hamas dan Ikhwan juga mencabar secara langsung sekutu atau proksi Arab Saudi di dua kawasan berpengaruh iaitu rejim Al-Sisi Mesir dan autoriti Palestin pimpinan Fatah yang direstui Arab Saudi.  Mesir ialah sekutu penting bagi Arab Saudi kerana bukan sahaja jumlah populasinya yang besar, tetapi juga kerana lokasi strategiknya, di samping saiz angkatan tentera kedua terbesar dalam kalangan negara Islam selepas Turki.  Maka apabila Al-Sisi menghapuskan dasar bantuan Mesir kepada Hamas Palestin seperti mana yang dilaksanakan di era Morsi, ia memberi isyarat yang positif untuk bersekutu dengan Arab Saudi yang menjaga kepentingan hubungan baik dengan Amerika, iaitu sekutu Israel.  Fatah pula lebih mudah untuk menjadi pelaksana agenda Arab Saudi di Palestin berbanding Hamas, terutama sekali apabila melibatkan rundingan dengan Israel.  Hal ini dipengaruhi keengganan Hamas untuk berunding sama sekali dengan Israel selagi mana penjajahan dan pendudukan haram Yahudi di tanah Palestin berleluasa.  Sebaliknya pendekatan lunak Fatah bakal memberi laba imej ‘positif’ Arab Saudi di mata Washington – disamping memelihara reputasinya sebagai pemimpin dunia Islam, meskipun rundingan demi rundingan terbukti kurang berhasil tanpa langkah ofensif.

Lingkungan pengaruh Ikhwan yang luas di Qatar, Mesir, dan negara-negara Arab lain turut dianggap sebagai ancaman strategik jangka panjang buat rejim monarki.  Ikhwan bukan semata-mata gerakan politik, tetapi juga ialah gerakan profesional serta dakwah yang tersebar luas yang berupaya mengakumulasi pengaruh dalam kalangan massa.  Maka berbeza dengan iklim politik yang agak terbendung di beberapa negara Teluk, gerakan Ikhwan berupaya untuk bergerak secara aktif dan meluaskan pengaruh dalam sistem berasaskan demokrasi.  Maka jika Turki pada hari ini yang mesra Ikhwan sahaja sudah berupaya untuk menyaingi hegemoni Arab Saudi dalam Dunia Islam, tentu sekali jika lebih banyak negara lain berjaya dikuasai Ikhwan maka pengaruh dan kepimpinan Arab Saudi akan lebih terpinggir.  Lihat sahaja respon Arab Saudi dan sekutunya setiap kali gerakan Islamis dan Ikhwan berjaya selepas memenangi pilihan raya di mana-mana negara, sama ada di Mesir, Turki, Algeria, mahu pun di Palestin sendiri.  Ringkasnya, “Musuh Israel ialah musuh Amerika, manakala musuh Amerika ialah musuh Arab – Tetapi Arab pula bukanlah sahabat Israel”. Soalnya kini, selama manakah hubungan status quo segi tiga secara tidak langsung antara Arab Saudi, Amerika Syarikat, dengan Israel ini akan berkekalan?

Oleh: Abdul Muein Abadi
Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Khamis, 1 Jun 2017

Mungkin Siti Terlupa...."


Masa zaman mudanya dulu..yakni zaman pemerintahan sang idolanya Mahathir Mohamad..setiap jam 4 pagi sudah bangun dari tidur untuk bantu ibunya buat kuih..selepas itu dia terpaksa kayuh basikal keliling kg..terpaksa naik turun tangga kuarters..hanya untuk menjaja kuih muih. Sedangkan ketika itu bapanya adalah seorang anggota Polis berpangkat Koperal.

Barangkali Siti terlupa untuk bertanya kepada arwah ayahnya tentang berapakah gaji seorang Koperal Polis ketika zaman pemerintahan Mahathir idolanya itu hingga memaksa beliau terpaksa membantu ibunya menjual kuih? Tapi masih belum terlambat untuk Siti bertanya kepada ibunya..adakah ketika itu orang2 miskin yg berpendapatan RM3000 ke bawah diberi bantuan wang tunai dari Pemerintah?

Mungkin Siti akan bagitau yg ketika zaman dia membantu ibunya menjual kuih..waktu itu belum ada GST..tetapi Siti mungkin taktau yg jika GST dilaksanakan di zaman mudanya dulu..bahan2 untuk membuat kuih seperti tepung gandum,gula,garam,minyak masak,telur dan gas memasak dikecualikan dari GST. Jadi ibunya tidak akan menanggung sebarang kenaikan kos kerana GST.

Ketika Siti menang pertandingan Bintang HMI di TV1..ketika itu Siti terpaksa berulang alik dari Kuala Lipis ke Kuala Lumpur hanya dengan menaiki bas. Kenapa naik bas? Kenapa tak naik kereta? Jawapannya..walaupun zaman idolanya Mahathir memerintah harga barangan masih murah tapi rakyat tak mampu untuk membeli kereta gaji mereka bukannya tinggi seperti gaji di zaman DS Najib memerintah.

Sekarang ini..Siti sudah kaya..bukan sekadar kaya tapi sudah jutawan. Ditambah pula dapat suami yg juga jutawan. Hidup mewah melimpah ruah. Nampaknya kehidupan Siti daripada terpaksa bangun jam 4 pagi untuk buat kuih lepas itu makin lama semakin senang dan semakin kaya. Bukannya semakin susah atau miskin. Jadi di manakah salah DS Najib sebagai pemerintah hingga sanggup Siti gelar sebagai pemerintah yg zalim yg mesti didoakan agar tumbang?

Adakah DS Najib menzalimi anggota Polis apabila gaji mereka hari ini lebih tinggi berkali ganda dari zaman Mahathir ketika arwah ayah Siti berkhidmat dulu? Adakah kekayaan dan kemewahan Siti pada hari ini berkat dari pemerintahan Mahathir saja? Adakah PM - PM selepas Mahathir telah mengakibatkan Siti jadi muflis hingga Siti benci dan gelar sebagai pemerintah yg zalim?

Yang Ikhlas
Mantan Boipren Siti masa darjah 4 Kenanga

Dari fb~ Samsul Arza~

Credit Sahabat Fb

Jumaat, 19 Mei 2017

Penentuan Piala FA


PAHANG vs KEDAH
2 -     3

TEMPAT : DATARAN UMNO BAHAGIAN CAMERON HIGHLAND SG. KOYAN

TAYANGAN SCREEN BESAR 


KEDAH vs PAHANG
3 - 2
TEMPAT : PERKARANGAN PUSAT KHIDMATAN MASYARAKAT 
ADUN BELANTIK 

Jumaat, 21 April 2017

Cuba Kaji Sejarah

1.   1998 seorang Timb. Menteri Pendidikan bangsa cina mencadangkan supaya PMR bukan jadi penentu naik ke Ting 4. Naik T4 secara "automic promotion". Budak2 MELAYU melompat "kegirangan". Tak payah lulus pun boleh naik darjah.
Akibatnya, PMR dapat SEMUA E pun naik.ke Ting 4.

2.  1999 Timb. Menteri Pend cina yg sama mencadangkan agar  BM sahaja diperlukan utk LULUS SPM. Sekali lagi budak2 melayu melompat "keseronokan"  dan rasa sangat bertuah. Pengetua2 pun seronok - Results SPM 100% setiap tahun. PPD dan JPN tak.bising pasal percentage lulus sbb Lulus BM, maka Lulus SPM.
Akibatnya, berlambak2 budak Melayu lulus tapi gagal m/pelajaran lain dan melepak, merempit dan jadi pekerja kilang lepas SPM.
Bilangan anak melayu yg masuk.ke aliran sains merosot. Bangsa lain sedar cepat, mereka tidak leka.

3.   Tahun 2002 ada wakil rakyat cina cadangkan agar yuran PMR dan yuran SPM dimansuhkan. PM ke-5 masa tu setuju.
Akibatnya, yuran pemeriksa kertas soalan PMR dan SPM tak naik2. Tiada insentif. LPM kaku...nak beli mesin OMR pun tak ada upaya. Kebocoran kertas soalan berleluasa.
Results melambung2 hebat.
Akhirnya LPM tukarkan PMR kpd PBS? PT3? School-based assessment yg diurus oleh guru2 dan tak.perlu dibayar.
Anak2 melayu "berseronok" lagi. PMR mula tiada harga.

4.  Tahun 2000 Kertas 3 utk Bio/ Kimia/ Fizik diperkenalkan. Anak2. Science dan Math di perkenalkan. Anak2 Melayu sangkut. Bangsa lain tetap di hadapan.

5.  Lepas tu diperkenalkan calculator. Cuba check bila dan siapa bawa usul ini? Siapa menterinya?? Anak melayu seronok sebab tak payah buat kira2 secara congak. Tak payah press otak....

6.  Sekarang, isu hp pulak dibawa. Anak2 melayu "meraung2 bersorak". Check siapa menteri2 dalam education kita.

Saya berada selama 30 tahun dalam LPM - dapat melihat data mentah results anak2 melayu selepas sesuatu POLISI dibuat. memang menyedihkan. Kita si SBP tak nampak benda2 macam ni sbb kita dapat yg " creme de la creme". Tak ramai guru kita yg jadi KETUA PEMERIKSA Subjek2 Sains di LPM.

Ketua Pemeriksa Maths, Kimia, Fizik dan Add Maths Biasanya di pegang oleh orang cina. Mereka beri feedback kpd menteri mereka. Menteri mereka buat strategi bgmn nak lemahkan orang melayu agar pemimpin2 melayu yang lahir lemah dan tiada idea dan mudah dipulas.

Saya mengikuti sejarah perubahan2 dalam sistem pendidikan ini sejak saya jadi guru lagi. Setiap kali, kesannya merugikan orang Melayu. Kita mudah digula2kan dengan keseronokan dan keselesaan.
MELAYU MUDAH LUPA.. memang betul.

SAYA MENCADANGKAN, KALAU NAK FIGHT BENDA NI MESTI PAKAI DATA YG KONKRIT, BUKAN SENTIMEN. KAJI SEJARAH, BUKAN SEKADAR APA YG KITA RASA PATUT DAN APA YG KITA INGIN.  MUNGKIN KENA BUAT KAJIAN IMPAK DI SEKOLAH2 KITA - TAK.PAYAH SEKOLAH HARIAN. DAPATKAN INPUT DARI GURU2 PEMERIKSA KERTAS. SEEK AUDIENCE DGN MENTERI. PROTES TANPA DATA TAK KUKUH.

Perkara ini bukan pasal handphone. Ini berkaitan dengan "SURVIVAL BANGSA MELAYU".

Dalam tempoh 40 tahun, saya terus melihat bagaimana bangsa ku diPERKOTAK-KATIKKAN tanpa disedari.
Inilah yg dikatakan "ethnic cleansing" melalui pendidikan.

Kamaliah.

KAJI KESAN SESUATU POLISI  MENGIKUT KAUM. GUNA DATA.
Jangan terkejut, bangsa kitalah yg paling ghairah menyokong polisi tersebut dan kemudian yg paling kuat melalak apabila nasi dah menjadi bubur.

Jumaat, 14 April 2017

Azizul Hasni Menangi Pingat Emas

Pelumba dengan gelaran ‘Pocket Rocketman’ itu melakukan kayuhan bertenaga menuju garisan penamat, 0.382 saat mengatasi pelumba Colombia, Fabian Hernando Puerta Zapata, yang memenangi perak dan Tomas Babek (gangsa) dari Republik Czech. Pada mulanya dia hanya di kedudukan paling belakang, tetapi dengan strategi & pengalaman yang ada, beliau berjaya merangkul kejuaraan mutlak buatnya. Saksikan sendiri detik mencemaskan bawah ni.


Penantian 10 tahun pelumba sensasi negara, Azizulhasni Awang, untuk bergelar juara dunia berakhir selepas muncul pemenang pingat emas acara keirin Kejohanan Berbasikal Trek Dunia Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) di Hong Kong, malam ini.



Sabtu, 8 April 2017

Karnival Masakan 2017




Jenguk jugeh weh ke Padang Datang Orang Kaya Haji Kuala Lipis  beri sokongan Karnival Masakan Tradisional Lipis 2017.

Othman Wok

Dalam sejarah negara, ramai terlupa tentang antara sebab Singapura berjaya dikeluarkan dari Malaysia. Salah seorang individu yang bertanggungjawab dalam pemisahan tersebut adalah Othman Wok, bekas pengarang akhbar Berita Harian dan Utusan Melayu.

Kerana kuasa politik orang Cinalah Singapura terpaksa dipisahkan dari Malaysia. Othman Wok lah yang paling banyak membantu mempengaruhi orang Melayu Singapura yang kemudiannya dijadikan menteri dalam kerajaan Lee Kuan Yew sebagai ganjaran.

Diantara peranan yang dimainkan oleh Othman Wok pada masa itu ialah melakukan hasutan dan fitnah terhadap isu semasa dan menaikkan kemarahan anak muda terhadap UMNO Singapura. Fitnah dan hasutan ini telah menjadikan anak muda terus menolak UMNO dibawah kepimpinan Tunku Abdul Rahman.

Akhirnya, UMNO tewas ke semua kerusi di Singapura. Sekarang peranan Othman Wok mirip dengan apa yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim mahupun Mat Sabu terus memperdayakan anak muda Melayu agar memberi undi kepada sekutu kuasa politik orang Cina PAP.

Setiap kali dia berceramah, setiap kali itu juga dia mengatakan yang hak-hak keistimewaan orang Melayu dan raja-raja Melayu ini hanya retorik dan mainan Tunku. Kononnya Tunku ada agenda lain, iaitu untuk merampas tanah orang Melayu di Singapura.

Pengkhianatan sedang dilakukan oleh beberapa pemimpin Melayu yang kini berada berasama DAP untuk tujuan yang sama dilakukan oleh Othman Wok terhadap bangsa Melayu dan UMNO di Singapura. Akhirnya bangsa Melayu Islam dan UMNO hilang di persada politik dan menjadikan bangsa Melayu seperti pengemis.


DAP dengan agenda liciknya sedang memporak perandakan dunia Islam di Malaysia. Melalui jaringan yang mantap penuh rahsia. Jalan yang paling mudah ialah menghidangkan hiburan dan mengajak manusia yang bernama Melayu melakukan kerja bodoh dengan berdemo menentang kerajaan yang dipimpin oleh orang Melayu.

Pada awal 70an, Lee Kuan Yew telah mencadangkan agar semua jenazah orang Islam Singapura dibakar kerana kawasan kuburan sangat terhad. Othman Wok yang juga Menteri mewakili orang Melayu membuktikan ketaatannya dengan menyokong pendirian Lee Kuan Yew itu sehingga mencetuskan bantahan MUIS dan seluruh masyarakat Islam.

Tindakan tersebut mempunyai persamaan di mana isu wang zakat, Azan, Kalimah Allah serta banyak lagi isu berkaitan dengan aqidah serta hukum halal dan haram didalam agama Islam yang mahu dianggap sebagai perkara yang remeh dan dicadangkan agar di halalkan segalanya.

Sikap yang ditunjukkan Othman Wok saling tak tumpah dengan sebilangan pemimpin Melayu di Pakatan Rakyat yang sentiasa akur dengan DAP sebagai kata pemutus muktamad. Apakah kita sehingga kini masih lagi dalam keadaan begitu bodoh yang mahu menerima pengkhianat seperti ini dalam politik kita.

Sehingga sekarang ini Othman Wok masih dianggap sebagai pengkhianat Melayu oleh kebanyakan orang Melayu Singapura, kerana hasutan dialah, Lee Kuan Yew mengharamkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura (PKMS aka UMNO Singapura) salah satu sayap UMNO di Singapura.

Cara jalan cerita Othman Wok ini seakan sama dengan jalan cerita yang berlaku sekarang ini di negara kita. Takkan kita orang Melayu di sini ingin jadi seperti orang Melayu di Singapura, ibarat melukut di tepi gantang, merempat di bumi sendiri.


Jangan sampai petualang Melayu seperti Othman Wok ini ada dan hidup membiak di dalam negara kita. Terima Kasih Othman Wok kerana telah ‘mengadaikan’ nasib bangsa sendiri. Mirip siapakah watak Othman Wok di Malaysia? Tepuk dada tanya minda.

Jumaat, 7 April 2017

Pembentangan RUU 355 - YB Marang




Kit Siang Memang Anti Islam Bila Tentang Habis-habisan Pembentangan RUU 355
Semasa sesi Dewan Rakyat ditangguh pada jam 4.00 petang tadi, ahli ahli parlimen pembangkang bertindak biadap menjerit jerit dalam dewan. Paling biadap Tony Pua, Zuraida Mak Lampir dah Khalid Samad.
Khalid Samad boleh mempertikai " islam apa macam ini? " bila dewan ditangguhkan. Tepuk dada tanya diri sendiri dulu Khalid Samad, anda itu di pihak yang bersama Islam atau anti Islam?
Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355) telah dibentangkan di Dewan Rakyat, hari ini dan dibawa oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang buat kali ketiga untuk meminda Seksyen 2 dalam akta berkenaan.
RUU itu bertujuan meningkatkan hukuman sedia ada untuk kesalahan syariah tertentu, daripada maksimum 3 tahun penjara kepada 30 tahun, daripada denda maksimum RM5,000 kepada RM100,000 dan daripada enam kepada 100 sebatan.
Namun sebelum Abdul Hadi memulakan pembentangan, menyedihkan melihat kelakuan pembangkang yang cuba membuat kacau selama 40 minit dengan harapan RUU 355 itu tidak jadi dibentangkan hari ini.
Sikap biadap mereka ini terutama sekali Lim Kit Siang jelas menunjukkan sikap mereka yang anti Islam. Entah kenapa mereka begitu bimbang dengan RUU 355 ini sedangkan ia hanya tertakluk kepada orang Islam sahaja.
Ahli ahli parlimen DAP ini tidak akan masuk pun mahkamah syariah. Kenapa takut sangat? Mungkin berjuang untuk puak puak LGBT, homoseksual, pluralisme dan rakan rakan Siti Kassim di luar sana.
Alasan yang diberikan DAP ialah kenapa RUU 355 diberikan keutamaan, sedangkan kata Kit Siang, rang undang-undang persendirian yang difailkan olehnya telah ditolak oleh speaker.
Untuk menguatkan hujahnya itu, Kit Siang turut mengemukakan Peraturan Mesyuarat kepada Speaker Tan Sri Pandikar Amin sebaik sahaja beliau membenarkan Abdul Hadi membacakan usulnya.
Tujuan Kit Siang berbuat demikian adalah untuk mencuri masa dan mengumpan Ahli Parlimen pembangkang lain yang bukan Islam untuk sama-sama membantah. Selain Kit Siang, tiga lagi Ahli Parlimen pembangkang bukan Islam iaitu Gobind Singh Deo (DAP-Puchong), Dr Lee Boon Chye (PKR-Gopeng) dan Gooi Hsiao Loong (PKR-Alor Setar) turut membantah secara terbuka.
Disebabkan itu, Ahli Parlimen Pendang, Othman Abdul bangun dan berkata: "Makin tua makin gila''. Bila ayat ini keluar, Malaysiakini mulalah putar alam mencari simpati. Inilah hasil provokasi mereka tadi.
Nasib baik Pandikar Amin bertegas dalam isu itu dan mengingatkan Ahli Parlimen yang cuba bangkit untuk membantah akan dihalau keluar.
Tindakan Kit Siang dan beberapa Ahli Parlimen bukan Islam dari DAP dan PKR yang cuba membuat kecoh itu telah menyebabkan Abdul Hadi memberikan amaran.
"Kepada bukan Islam, jangan permain-mainkan agama Islam yang menjadi agama bagi persekutuan,'' kata Abdul Hadi yang turut menyelar ahli Parlimen sama ada Islam atau bukan Islam yang membantah RUU tersebut.
Ia disifatkan Abdul Hadi sebagai petanda buruk terhadap budaya politik perpaduan matang di negara ini.
Sepatutnya tiada apa yang perlu dibimbangkan kerana hukuman yang dicadangkannya bukannya satu penyeksaan kepada pesalah, sebaliknya ia bertujuan mendidik.
Anthony Loke, Ketua Pemuda DAP pun pernah kata kalau tidak buat salah apa hendak takut dengan RUU355. Semalam Kit Siang kata mahu hornati orang Melayu.
Hari ini tengoklah sendiri betapa biaDAP nya mereka ini menghalang undang undang Islam dibentangkan di parlimen. Sikap anti Islam Kit Siang terserlah.
Tulisan :
Beruang Biru
BB370, Khamis
6 April 2017

Ahad, 26 Mac 2017

Malaysia guna Undang-Undang 1956



Bekas Ketua Hakim Negara Tun Dr Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim berkata Malaysia masih menggunakan undang-undang am dari England “common law of England”, tapi undang-undang am yang lapuk yang dimaktubkan pada 1956.
“Punya antiknya undang-undang kita,” begitulah kata-kata Tun Dr Ahmad Fairuz. Malaysia, katanya, walaupun sudah melebihi 50 tahun merdeka tapi undang-undangnya masih di bawah tempurung penjajah.
“Sudah sampai masanya kita memartabatkan undang-undang Islam bukan sahaja dalam perundangan negara, tapi juga perundangan antarabangsa. Apakah tidak sesuai dan wajar common law of English ini digantikan dengan mana-mana sistem sekalipun asalkan perundangan itu difikir sesuai oleh mahkamah demi melaksana dan memberi keadilan,” tegas beliau.
Bukan itu sahaja, beliau juga berpendapat bahawa undang-undang bertentangan sumber utama undang-undang Islam – Al-Quran dan Sunnah – juga akan terbatal.
Mengenai RUU355, Tun Dr Ahmad Fairuz berkata beliau tidak nampak sebab kukuh mengapa orang bukan Islam menentang kerana ia tidak melibatkan mereka tapi pada masa yang sama, orang Islam gembira apabila hukuman Islam dilaksanakan ke atas mereka.
“Mengapa bukan Islam pula yang memperjuangkan kesaksamaan di dalam hal ini? Orang Islam tidak menuntut kesaksamaan di dalam hal ini (hukuman syariah) kerana semuanya tahu orang Islam di negara ini terikat dengan dua undang-undang. Sememangnya Akta 355 tidak melibatkan langsung orang bukan Islam. Apa yang bukan Islam perlu risau?” tambah beliau lagi.
Realitinya undang undang adalah bertujuan menyelesaikan pertikaian dan mencegah kesalahan dam jenayah. Andainya kita telah menyedari bahawa undang-undang yang ada gagal mencapai objektif tersebut, apakah wajar kita meneruskan sistem yang gagal itu - sedangkan natijahnya ialah kegagalan?
Di saat gagalnya sistem ciptaan manusia bagi membina masyarakat yang sejahtera, apakah kita tidak boleh memberi ruang dan peluang kepada sistem yang diturunkan oleh Allah untuk kebaikan manusia dilaksanakan?
Malaysia yang berbangga dengan usaha menerajui sistem perbankan Islam, hub halal dan lain kini mampu menerajui perubahan kepada sistem perundangan Islam sebagai model keharmonian dan kejayaan negara.
Kita perlu mengetepikan rasa curiga yang tidak berasas dan melihat kepada fakta dan pandangan ilmiah.
Tidak dinafikan kecurigaan juga timbul daripada tindak-tanduk segelintir orang Islam yang berkuasa hari ini yang tidak memberikan contoh dan keyakinan yang baik kepada model Islam yang sebenar, akan tetapi kajian sejarah keagungan era pemerintahan Islam di seluruh dunia dan kejayaan membina negara dengam pelbagai bangsa dan agama hidup secara harmoni tidak sepatutnya dilupakan.
Sejarah pertembungan Islam dan Barat dan dendam yang tidak padam terhadap Islam menyebabkan Barat sentiasa mengada-adakan ketakutan dunia kepada Islam, sehingga sanggup mewujudkan dan membiayai kumpulan pelampau di atas nama Islam.
Ketakutan dunia kepada Islam yang ditaja oleh Barat menyebabkan tiadanya usaha untuk memberi peluang kepada apa-apa sistem Islam untuk dilaksanakan. Segala usaha untuk memperkenalkan sistem Islam sentiasa dicurigai dan dicop sebagai gerakan Islamisasi yang perlu diperangi setiap masa.
Namun apakah faedah daripada usaha ini?
Hari ini, dunia bertambah kacau, peperangan dan pembunuhan bertambah ganas dan kekacauan bukan sahaja berlaku di negara umat Islam, sebaliknya keganasan juga mulai tular di kalangan masyarakat bukan Islam di Barat. Apakah semua petaka ini perlu diletakkan bebanannya ke atas bahu Islam?
Islam ialah agama yang menjunjung keamanan. Kini sampailah masa para cendekiawan dari pelbagai bidang dan agama untuk duduk bersama membincang, mencari jalan dengan penuh jiwa besar meneliti sistem Islam samada dalam ekonomi, politik, perundangan dan lainnya sebagai jalan penyelesaian kepada kemelut yang melanda negara kini.