Khamis, 26 Januari 2017

Banjir di Lipis terus meningkat

Jalan depan Institut Pertanian 

Jalan Depan Pejabat Pertanian Lipis
 Jumlah mangsa banjir di daerah Lipis terus meningkat ke 1,799 orang membabitkan 439 keluarga sehingga jam 11 pagi ini.
Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah, Datuk A Rahman Hamzah berkata, kesemua mangsa tersebut telah ditempatkan di 27 pusat penempatan banjir sekitar daerah Lipis.
Menurutnya, sejumlah 273 mangsa dari 77 keluarga telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Chegar Perah diikuti 264 mangsa membabitkan 73 keluarga di SK Clifford dan Dewan Terbuka Kampung Serau iaitu 128 mangsa dari 29 keluarga.
Sementara itu, tinjauan Sinar Harian di sekitar bandar Lipis mendapati beberapa laluan utama masuk ke bandar dan kawasan perumahan telah dinaiki air dan ditutup kepada semua kenderaan.
Antara laluan yang ditutup ialah di hadapan Dataran Orang Kaya Haji dan jalan masuk ke Taman Desa Perwira serta Taman Pertama ekoran kenaikan paras air sungai di hadapan Institut Pertanian Lipis.
 

Selasa, 24 Januari 2017

Hujan Berterusan

Hujan yang melanda di beberapa tempat di negara ini, dijangka berterusan sehingga esok.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, beberapa tempat telah menunjukkan amaran peringkat merah (hujan lebat) iaitu di negeri Johor (Daerah Segamat, Kluang dan Mersing) dan Pahang (Daerah Rompin dan Pekan).

"Ianya dijangka berterusan sehingga Rabu, 25 Januari 2017," petik kenyataan itu hari ini.

Amaran peringkat jingga, (hujan sederhana kadangkala lebat) yang sedang berlaku di negeri Sembilan (Daerah Jempol dan Tampin), Melaka (Daerah Jasin), Johor (Daerah Tangkak , Muar, Batu Pahat, Kota Tinggi, Johor Bahru dan Kulai), Pahang (Daerah Bera dan Kuantan) dan Terengganu (Daerah Kemaman) dijangka berterusan sehingga esok.


Sementara amaran hujan berterusan pula bagi Negeri Sembilan (Daerah Jelebu, Kuala Pilah dan Rembau) dan Melaka (Daerah Alor Gajah dan Melaka Tengah) dijangka berterusan sehingga awal pagi, esok.
Jalan kuala kenong putus hubungan
Temerloh 
26 Jan 2017 Dataran Orang Kaya Haji

Lipis tak terkecuali



Ahad, 22 Januari 2017

Gift Card Petronas

Salah satu faedah mempunyai kad kredit adalah bahawa anda boleh menggunakannya untuk membayar di pam petrol. Bermakna anda tidak perlu berjalan kaki ke juruwang untuk membayar dan
kemudian kembali ke kereta anda untuk mengisi. Yang agak mudah untuk sibuk penduduk bandar setiap hari. Tetapi bagaimana jika anda tidak mempunyai kad kredit seperti saya? Pasti saya boleh memohon kad debit sebaliknya tetapi membayar di pam, mereka biasanya akan menolak RM2.00 ringgit tambahan dari akaun anda dan membayar balik mereka beberapa hari kemudian. Jika anda berjimat cermat seperti saya, anda tidak mahu apa-apa itu. Itulah sebabnya Gift Card Petronas yang besar bagi orang-orang yang tidak mempunyai apa-apa kad kredit tetapi ingin membayar di pam petrol (dan juga kaunter jika anda mahu).


Honda Malaysia telah menghadiahkan kepada saya Gift Card Petronas dengan kredit RM100 untuk digunakan di mana-mana stesen Petronas. Sebelum ini saya tidak tahu kad ini wujud. Kad  hadiah  ini boleh menggunakan untuk membayar petrol atau diesel atau membeli apa-apa di kedai Mesra Petronas .Setelah hadiah ini telah habis digunakan, anda boleh menambah nilai kad di kaunter mana-mana jumlah yang anda suka. Di sini anda boleh mempunyai kemudahan membayar seperti kad kredit.

Ahad, 15 Januari 2017

Pahang 1888


Foto terawal dirakam di negeri Pahang sewaktu lawatan Sir Clementi Smith ke Pekan untuk Mengadap Sultan Ahmad Muazzam Shah pada Jun 1888.

Duduk di bawah: Wakil British_______?, Wakil Pahang_______?, Wakil British_______?, Frank Swettenham, Tok Panglima Dalam Hitam Abdullah dari keturunan Pengiran Bagauddin Brunei yg merantau ke pahang, Wakil Pahang_______?

Duduk dikerusi: Wakil British_______?, Engku Muda Wan Mansur ibni al-Marhum Dato’ Bendahara Paduka Raja Tun Ali, Tengku Mahmud ibni al-Marhum Sultan Ahmad Muazzam Shah (Tengku Besar), Sir Clementi Smith (Pesuruhjaya Tinggi British), Sultan Ahmad Muazzam Shah ibni al-Marhum Dato’ Bendahara Paduka Raja Tun Ali, Hugh Clifford, Tengku Ali ibni al-Marhum Sultan Ahmad Muazzam Shah (Tengku Muda).

Berdiri diantara Sultan Ahmad dan Hugh Clifford adalah Tengku Abdullah ibni al-Marhum Sultan Ahmad Muazzam Shah (kemudiannya Sultan Pahang 1917-1932)

Rujuk
 Koleksi Gambar klasik Pahang

Sabtu, 7 Januari 2017

Rukun solat ada 13



Jom Ulangkaji...penting utk kita bersama...
Rukun Qauli ?
Rukun Qauli dalam solat, WAJIB berlafaz sampai didengari oleh telinga sendiri, tak kira lelaki atau wanita. Berbisik, TAK SAH. suara angin, TAK SAH. baca dalam hati, lagi TAK SAH. Satu huruf tidak terdengar pun al-fatihah tu tak sah. Kecuali kita berada di tempat bising atau speaker masjid kuat sangat.
Rukun qauli tu apa?
Takbiratul ihram, Al-Fatihah, tahiyyat akhir, selawat dan salam pertama. ada 5 sahaja. yang lain rukun fi'li. Niat
rukun qalbi.
Rukun solat terbahagi kepada tiga kategori:
1. Qalbi (diingat dalam hati) ,
2. Qauli (diucap dengan lidah).
3. Fi'li (perbuatan)
Rukun solat ada 13 perkara iaitu:
1. Berdiri bagi yang mampu. [Fi'li]
2. Niat.[Qalbi]
3. Takbiratul Ihram (Allahu Akhbar yang pertama). [Qauli]
Takbiratul Ihram dilafazkan dengan salah. Contohnya, bertakbir dengan lafaz ﭐﷲ di mulut, dan ﺃﻛﺒﺮ di dalam hati. Walhal, lafaz takbiratul ihram adalah RUKUN QAULI, maka, ia WAJIB dilafazkan 100% di mulut tanpa meninggalkan satu hurufpun dalam kalimah ﭐﷲ ﺃﻛﺒﺮ . Selain itu, sekiranya makhraj lafaz takbiratul ihram ini salah, maka ia boleh juga membatalkan solat.
Contohnya, melafazkan takbiratul ihram dengan suara angin (seperti suara orang berbisik).
4. Membaca surah Al-Fatihah. [Qauli]
Al-Fatihah merupakan RUKUN QAULI yang wajib dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul. Sekiranya membaca al-Fatihah dalam hati atau menggunakan suara angin, maka, ia boleh membatalkan solat.
5. Rukuk dengan tama'ninah .[Fi'li]
6. Iktidal dengan tama'ninah. [Fi'li]
7. Sujud dengan tama'ninah. [Fi'li]
8. Duduk di antara dua sujud, dengan tama'ninah. [Fi'li]
9. Duduk Tasyahhud akhir. [Fi'li]
10. Membaca bacaan Tasyahhud / Tahiyat Akhir. [Qauli]
Lafaz tahiyyaat akhir yang salah. Perkara ini merupakan antara kesalahan yang amat biasa dilakukan tetapi ramai yang tidak menyedarinya. Lafaz tahiyyaat wajib disebut dengan makhraj yang betul kerana ia adalah rukun qauli. Sekiranya lafaz tahiyyat itu dilafazkan dengan suara angin juga, ia akan membatalkan solat.
11. Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam Tasyahhud Akhir. [Qauli]
اللهم صَلِّ على سيـّدنا مُحمـّد
12. Mengucapkan salam yang pertama. [Qauli]
Lafaz salam dibaca dalam hati, dilafaz dengan suara angin, atau melafazkan salam dengan makhraj dan huruf yang salah juga boleh membatalkan solat. Lafaz yang tepat adalah ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ (assalaamu’alaikum warahmatullaah). Sekiranya menyebut “asalaamu’alaikum”, “salaamu’alaikum”, menukar huruf ﻉ kepada ﺃ, huruf ﺡ kepada ﻫ, atau apa sahaja sebutan yang selain daripada ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ , ia akan membatalkan solat. Menyebut salam dalam hati juga boleh membatalkan solat, kerana lafaz salam pertama adalah rukun qauli, ia WAJIB dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul.
13. Tertib [Qalbi]
Catitan kuliah