responsif teks foto

Khamis, 26 Januari 2017

Banjir di Lipis terus meningkat

Jalan depan Institut Pertanian 

Jalan Depan Pejabat Pertanian Lipis
 Jumlah mangsa banjir di daerah Lipis terus meningkat ke 1,799 orang membabitkan 439 keluarga sehingga jam 11 pagi ini.
Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah, Datuk A Rahman Hamzah berkata, kesemua mangsa tersebut telah ditempatkan di 27 pusat penempatan banjir sekitar daerah Lipis.
Menurutnya, sejumlah 273 mangsa dari 77 keluarga telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Chegar Perah diikuti 264 mangsa membabitkan 73 keluarga di SK Clifford dan Dewan Terbuka Kampung Serau iaitu 128 mangsa dari 29 keluarga.
Sementara itu, tinjauan Sinar Harian di sekitar bandar Lipis mendapati beberapa laluan utama masuk ke bandar dan kawasan perumahan telah dinaiki air dan ditutup kepada semua kenderaan.
Antara laluan yang ditutup ialah di hadapan Dataran Orang Kaya Haji dan jalan masuk ke Taman Desa Perwira serta Taman Pertama ekoran kenaikan paras air sungai di hadapan Institut Pertanian Lipis.
 

Tiada ulasan:

AddToAny