Jumaat, 25 Ogos 2017

Misteri Wanita Dukung Anak Di Kem Batu Lima, Mentakab Pahang



Oleh : Nenek Kebayan

Perkara ini berlaku kira kira pada tahun 1984 yang lalu. Suami saya merupakan seorang pegawai tentera yang ditugaskan di Kem Batalion 2 Melayu DiRaja Malaysia. Ketika itu, saya dan suami duduk di sebuah Kem di Batu Lima, Mentakab Pahang. Kalau tak silap saya kem itu masih lagi wujud namun Batalion 2 Melayu DiRaja telah pun dibubarkan.

Pada waktu itu, komunis masih lagi bertapak di Malaysia. Maka selalunya anggota Batalion 2 Melayu ini akan ditugaskan untuk menjaga kawasan Hutan Lanchang, kawasan Mancis dan juga sekitar kawasan Bukit Mas, Pahang serta banyak lagi tempat yang lain. Para anggota perlu membuat rondaan memandangkan saki-baki komunis ada di kawasan tersebut.
Namun kali ni suami saya tidak terlibat dengan operasi membanteras saki-baki komunis yang berada di sekitar hutan di negeri Pahang. Suami saya berada di barisan belakang dengan seorang pegawai doktor, tugas mereka adalah untuk menjaga kem, kebajikan isteri dan anak-anak anggota yang ditinggalkan suami kerana terlibat dalam operasi membanteras saki-baki komunis. Sebenarnya kami hidup dalam ketakutan kerana komunis ada di kawasan berdekatan tetapi anggota kami sentiasa siap-sedia sebilang masa.
Rumah pegawai dan rumah anggota lain-lain pangkat diasingkan. Disebabkan suami saya seorang pegawai tentera berpangkat Leftenan Muda pada waktu itu, kami ditempatkan di sebuah rumah jenis banglo. Manakala anggota lain-lain pangkat pula ditempatkan di rumah flat dan ada yang duduk di rumah kayu kita panggil rumah hijau atau rumah papan. Rumah itu adalah peninggalan tentera British dahulu.
Suami saya tidak boleh meninggalkan kem begitu juga dengan pegawai doktor yang berpangkat Mejar itu tadi. Dipendekkan cerita, si doktor ini baru saja berkahwin, isterinya pula masih belajar di sebuah universiti yang terletak di Kuala Lumpur. Mereka hidup secara berasingan. Jadi dia terpaksa menjemput isterinya menumpang di rumah saya, sewaktu itu saya sedang mengandung 2 bulan, doktor menginap di rumah saya ketika itu.
Pada awalnya dia merancang mahu menumpang selama seminggu tetapi tak jadi kerana pada keesokan harinya, isteri doktor mahu balik ke Kuala Lumpur sebab ketakutan. Sebab kenapa beliau ketakutan, saya akan ceritakan di sini. Pada satu malam, kebetulan pula malam itu adalah hari Khamis malam Jumaat. Kami berempat sedang makan malam, saya, suami, doktor dan isteri doktor. Selepas makan kami bersantai sambil menonton televisyen.
Tiba-tiba datang sebuah Landrover tentera di hadapan rumah, saya membuka tingkap nak tengok siapa yang datang. Rumah saya ini jenis banyak tingkap, bayangkan saja rumah banglo peninggalan tentera British. Rumah kami berjauhan antara satu rumah dengan rumah yang lain dalam lebih kurang 100 meter ke 300 meter. Bukan itu sahaja, rumah saya juga terasing dengan rumah orang lain kerana di belakang rumah saya terdapat anak sungai kecil yang memisahkan rumah kami dengan gudang peluru.
Berbalik kepada cerita tadi, saya mendengar suara anggota memberi salam dan saya menjawab salam tersebut. Kemudian seorang anggota berpangkat sarjan bertanya, “Assamualaikum puan, ini rumah Tuan A ke?”. Saya jawab ya. Suami saya kemudiannya menghampiri tingkap dan bercakap sendiri dengan sarjan berkenaan. Anggota itu berkata, “Tuan kami difahamkan bahawa Doktor K, ada kat rumah tuan”. Suami saya mengiakan pertanyaan tersebut.
Mendengar namanya disebut, doktor menghampiri suami saya di tingkap dan terus bertanya, “Ada apa hal sarjan?”. Sarjan itu menjawab, “Saya baru saja meronda kawasan dan kami berdua terjumpa seorang isteri anggota bersama anak kecil”. Doktor tanya, “Pimpin atau dukung?”. Jawab sarjan, “Dukung. Kami tanya nak ke mana, dia kata nak datang ke sini ke rumah Tuan A”.
Saya, suami dan isteri doktor memandang antara satu sama lain. Doktor berkata lagi, “Jadi dia bukan cari saya la ye?”. Sarjan menjawab, “Saya ada tanya dia doktor, dia kata dia nak jumpa doktor. Dia kata dia tahu doktor ada kat rumah Tuan A”. Doktor memberi arahan kepada sarjan dan pemandu untuk pergi ambil perempuan tadi dan bawa ke resat (klinik), nanti dia akan menyusul kemudian.
Jadi anggota tadi pergi semula ke tempat yang dia bertemu dengan perempuan tadi. Iaitu di pondok menunggu bas. Tidak berapa lama kemudian, sarjan tadi menelefon rumah saya untuk bercakap dengan doktor, suami saya jawab doktor sudah bergerak ke klinik. Suami saya sempat bertanya pada sarjan tadi tentang perempuan bersama anak kecil itu tapi sarjan jawab dia tak tahu perempuan itu sudah pergi ke mana.
Dia ada cari juga di sekitar kawasan pondok menunggu bas namun tidak jumpa. Hairan dia macam-mana perempuan boleh berjalan cepat sangat sambil bawa anak kecil, waktu malam pula tu. Kalau dia jalan dah tentu kita di sini nampak, sarjan beritahu pada suami takkan dia jalan ikut hutan kerana ini satu-satunya jalan yang ada.
Sebenarnya saya dah pernah mendengar cerita tentang perempuan kendong anak sedang menunggu di pondok bas dan berjalan pada waktu malam. Selalu anggota yang bertugas malam terserempak dengan perempuan berkenaan. Tetapi saya takut nak beritahu pada suami dan isteri doktor ketika itu, sebabnya malam itu ialah malam jumaat tambahan pula saya sedang mengandung masuk 2 bulan anak pertama.
Sebenarnya suami saya pun tahu tentang cerita itu tetapi dia sengaja buat macam biasa sebab rumah kami ada tetamu. Tidak berapa lama selepas itu, kami mendengar bunyi kereta doktor masuk ke kawasan laman rumah, dia masuk saja ke rumah terus kami bertanya, “Macam-mana doktor, ada ke perempuan yang sarjan bagitau tadi?”. Doktor berkata, “Tak ada, tapi tak apa dah pesan kat budak-budak tadi tu kalau ada terus telefon saya”.
Selepas itu, suami saya pun membuka cerita tentang perempuan kendong anak berkenaan. Alangkah terperanjatnya doktor apabila mendengar cerita itu. Doktor terus bertanya suami saya, “Memang betul ke ada benda itu kat sini?”. Suami saya menjawab, “Aku pun tidak tahu sebenarnya betul ke tidak tapi aku ada dengar. Bukan sorang je yang bercerita pasal itu. Tapi yang aku peliknya, macam mana dia tahu kau ada kat sini?”.
“Itulah yang aku fikirkan dari tadi sebab isteri aku tengah mengandung tu,” kata doktor. Sekarang, saya dah rasa seram sangat kerana isteri doktor rupa-rupanya baru sahaja mengandung. Usia kandungannya baru masuk sebulan. Kami kemudiannya membuat keputusan batalkan menonton filem di televisyen yang kami sedang tengok. Masing-masing masuk ke dalam bilik untuk tidur. Sedang kami tidur, kira-kira dalam anggaran pukul 2 lebih pagi rumah saya mula diganggu.
Mula-mula bunyi telefon berdering, suami saya bangun pergi ke ruang tamu untuk angkat telefon. Namun selepas telefon itu diangkat, tidak ada suara yang menjawab. Selepas itu, suami saya meletak telefon dan masuk ke bilik semula. Tidak lama kemudian, telefon itu berdering lagi tapi kali ini doktor pula yang angkat telefon. Seperti tadi juga, tidak ada orang pun yang bersuara di sebalik panggilan telefon itu.
Saya berbisik kepada suami, “Agaknya benda itu?”. Tetapi suami saya cuba menafikan, katanya dah nak masuk waktu subuh ni mana ada. Tak berapa lama selepas itu, ada yng mengetuk pintu rumah saya. Pintu rumah saya jenis besar ada cermin dan berbingkai kayu. Jadi kami terpaksa gantung langsir supaya tidak nampak orang di bahagian luar pintu rumah. Suami saya bangun lalu dia mengendap dari daun pintu bilik kami. Dia curi-curi tengok di sebalik kain langsir pintu. Suami saya kata dia nampak seorang perempuan bertudung kain batik di kepala, tetapi tak nampak mukanya sebab perempuan itu menghadapkan mukanya ke tempat rak kasut.
Suami saya kata memang confirm benda itu. Mungkin kerana tidak ada yang membuka pintu, tidak berapa lama selepas itu, mahkluk itu seolah-olah marah. Rumah kami yang dikelilingi dengan pokok mangga tiba-tiba macam ada angin kencang. Tingkap merata-rata macam ada orang ketuk. Tingkap rumah kami diketuk kuat dari satu tingkap ke satu tingkap. Rumah saya dahlah banyak tingkap, semua tingkap kaca bingkai kayu jenis lama. Kami yang berada di dalam rumah ketakutan dan masing-masing hanya diam membisu.
Yang paling takut, kami dengar di mana-mana, kami sendiri tidak pasti sama ada di depan rumah atau di belakang rumah atau mungkin di atas pokok ada suara perempuan menjerit menangis-nangis, diselang-seli dengan suara bayi yang menangis dengan kuat. Kami berempat terus mendiamkan diri sambil berdoa dan membaca apa-apa ayat yang kami ingat sampailah hilang bunyi itu.

Selasa, 22 Ogos 2017

Tahniah...Khairul Hafiz Jantan


catatan  masa 10.38 saat

Khairul Hafiz Jantan menamatkan penantian emas 14 tahun buat Malaysia dalam acara pecut 100 meter di temasya Sukan SEA apabila memenangi perlumbaan riben biru itu di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Atlet 19 tahun itu mencatat 10.38 saat, di depan pemenang emas Singapura 2015 dari Filipina, Eric Cray (10.43s) manakala pelari Thailand, Kritsada Nasuwun (10.43) di tempat ketiga.



Khairul meletakkan namanya sebaris dengan pemenang emas negara dalam acara tumpuan itu, termasuk Tan Sri Dr M Jegathesan (1965), G Rajalingam (1967) dan Nazmizan Muhammad (2003).

Sabtu, 12 Ogos 2017

Siapa Tun Mahathir.... ?

Ruangkan masa 5 minit untuk kenali
Tun Mahathir
siapaTun Mahathir

Catatan Khas: Buat Yang Tidak Tahu dan Yang Terlupa

1. Ramai dalam kalangan generasi muda hari ini tidak tahu berkenaan episod hitam krisis Perlembagaan Negara yang berlaku pada tahun 1988 ketika era pemerintahan Tun Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.
Mereka yang pada hari ini berusia 28 tahun ke bawah belum pun lahir ke dunia pada ketika krisis itu termasuklah saya yang menulis ini.
Namun, ia bukanlah penghalang untuk kita mengimbau dan merungkai sejarah lama ini sebagai pengajaran bersama.

2. Apa sebenarnya yang berlaku pada tahun 1988.?
Untuk memahami kisah tersebut, lebih mudah ianya ditulis dalam bentuk kronologi peristiwa kerana setiap yang berlaku itu saling berkait sehinggalah krisis tersebut mencapai kemuncaknya iaitu pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas pada 08 Ogos 1988.

3. Catatan ini akan menunjukkan bagaimana ketika Tun Mahathir berkuasa, beliau telah meruntuhkan institusi kehakiman (judisiari) yang sepatutnya berfungsi dalam konsep "separation of power" seiring badan Legislatif (Parlimen) dan Eksekutif (Kerajaan).
Apabila pihak Kehakiman dengan beraninya membuat keputusan yang tidak menyebelahi pihak Kerajaan, lalu Tun Mahathir bertindak menggunakan pelbagai cara bagi memastikan para Hakim tunduk kepada Kerajaan.

4. Kisah ini bermula apabila;

26 September 1986: Tun Mahathir, PM ketika itu turut memegang jawatan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri telah menggantung permit pengedaran The Asian Wall Street Journal (AWSJ) selama tiga bulan dan dua orang wartawan AWSJ yang bertugas di Kuala Lumpur, John Peter Berthelsen dan Rafael Roy Pura diusir keluar dari Malaysia kerana penerbitan rencana mendedahkan skandal salahlaku kewangan yang berlaku dalam Kerajaan.
Mereka berdua memohon di Mahkamah Tinggi agar perintah usir itu diketepikan.
Hakim Tan Sri Harun Hashim meluluskan permohonan Pura tetapi menolak permohonan Berthelsen.

11 November 1986: Mahkamah Agung menerima rayuan Berthelsen dan mengetepikan keputusan kerajaan membatalkan permit kerja Berthelsen dengan alasan bahawa peluang untuk didengar harus diberikan kepada wartawan itu.

24 November 1986: Dalam satu wawancara Majalah Time, Tun Mahathir mengkritik keras institusi kehakiman kerana Hakim mentafsir undang-undang tidak mengikut kehendak Parlimen yang membuat undang-undang.

11 Disember 1986: Lim Kit Siang memfailkan kes terhadap Tun Mahathir yang menghina Mahkamah sepertimana yang tersiar dalam wawancara Majalah Time.
Hakim Tan Sri Harun Hashim menolak permohonan itu, namun beliau ada berkata bahawa Perdana Menteri keliru dengan konsep pemisahan kuasa dan keperluan badan kehakiman yang bebas dalam sistem demokrasi.

24 April 1987: Tun Mahathir menang tipis iaitu majoriti hanya 43 undi mengalahkan Tengku Razaleigh Hamzah dalam perebutan jawatan Presiden UMNO.
Dalam Pemilihan UMNO tahun 1987, berlakunya pertembungan yang amat sengit antara Team A yang dipimpin oleh gandingan Tun Mahathir dan Tun Ghafar Baba ditentang oleh Team B yang dipimpin oleh gandingan Tengku Razaleigh dan Tun Musa Hitam.
Keputusan pemilihan ini akhirnya berpihak kepada Team A.

Oleh kerana Team B tidak berpuas hati dengan kekalahan dalam pemilihan tersebut, UMNO 11 (sekumpulan ahli UMNO)  yang pada asalnya 12 orang telah memfailkan kes di Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan pengisytiharan pemilihan UMNO dibatalkan dan dibuat pemilihan baru kerana wujudnya 'pengundi hantu' iaitu 78 orang perwakilan daripada cawangan yang tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

25 Ogos 1987: Mahkamah Agung telah membenarkan rayuan Lim Kit Siang untuk menghalang United Engineers (M) Berhad (UEM), daripada menandatangani satu perjanjian dengan Kerajaan Malaysia untuk pembinaan dan pengswastaan Lebuh Raya Utara Selatan.

02 Oktober 1987: Dalam ucapan di Kota Bharu, Kelantan, Tun Mahathir telah menyamakan Badan Kehakiman dengan cawangan perkhidmatan Kerajaan seperti pihak Tentera dan Perkhidmatan Awam.

05 Oktober 1987: Hakim V C George menolak permohonan prosiding oleh UEM dan Kerajaan bagi mengenepikan  injunksi interlokutori yang diberi oleh Mahkamah Agung.
Kes ini dibicarakan kembali di Mahkamah Agung dengan keputusan majoriti 3 lawan 2 bahawa Plaintif, Lim Kit Siang, tidak mempunyai locus standi dengan UEM oleh itu, saman tersebut tidak dapat diteruskan.

03 Disember 1987: Tun Mahathir membentangkan Rang
Undang-undang Mesin Cetak dan Penerbitan (Pindaan) 1987 bagi memperkukuhkan kawalan Kerajaan terhadap media.
Akta ini juga mengatakan dengan jelas bahawa “sebarang keputusan Menteri untuk menolak memberi atau membatalkan atau menggantungkan sesuatu lesen atau permit adalah muktamad dan tidak boleh dicabarkan oleh mana-mana Mahkamah atas apa juga alasan.”

RUU ini telah muncul sebagai tindak balas serta merta kepada
keputusan Hakim Tan Sri Harun Hashim dalam kes Persatuan Aliran Kesedaran Negara v Minister of Home Affairs di mana Yang Arif Hakim telah memutuskan bahawa budi bicara Menteri untuk menolak sesuatu permohonan untuk lesen penerbitkan satu majalah yang diterbitkan dua minggu sekali tertakluk kepada semakan kehakiman.

04 Februari 1988: Dalam keputusan yang amat mengejutkan banyak pihak, Hakim Tan Sri Harun Hashim dengan beraninya memutuskan beliau tiada pilihan melainkan mengisytiharkan UMNO sebagai pertubuhan yang tidak sah kerana wujudnya beberapa cawangan yang tidak didaftarkan dan dianggap tidak sah di bawah Akta Pertubuhan 1966. UMNO pun diharamkan.
Namun, UMNO 11 tetap membuat rayuan kepada Mahkamah Agung kerana mereka bukannya mahu mengharamkan UMNO tetapi mahu pemilihan UMNO dibuat semula.

Dua minggu selepas itu, Team A pimpinan Tun Mahathir mendaftarkan parti 'UMNO Baru' manakala Team B pimpinan Tengku Razaleigh menubuhkan parti Semangat 46 iaitu merujuk tahun penubuhan UMNO asal pada 1946.
Tun Mahathir berjaya mengambilalih UMNO asal dan membuang perkataan 'Baru' pada nama parti baru yang didaftarkannya.

09 Mac 1988: Hakim Peh Swee Chin telah membenarkan
permohonan untuk habeas corpus dan memerintahkan supaya Karpal Singh dibebaskan dan dilepaskan dari tahanan ISA dengan serta merta.
Karpal Singh ditahan dalam Ops Lalang yang dilancarkan pada 27 Oktober 1987. Dalam operasi ini, seramai 106 ahli politik ditahan tanpa bicara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

17 Mac 1988: Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan dibentangkan oleh Tun Mahathir di Parlimen.
Dalam ucapan pembentangan, beliau meneruskan siri serangan terhadap institusi Kehakiman Negara.
Pindaan Perkara 121 (1) Perlembagaan inilah yang telah menyebabkan Institusi Kehakiman Malaysia kehilangan kuasa.
Sebelum pindaan itu, Perkara 121(1) Perlembagaan menyatakan, kuasa kehakiman Persekutuan terletak pada mahkamah.

Pindaan yang baru ini menyatakan kuasa kehakiman Persekutuan adalah setakat mana yang ditentukan oleh undang-undang Perlembagaan dan hal ini menjadikan mahkamah seperti berada di bawah Parlimen.
Maka, prinsip utama negara demokrasi iaitu 'Independence of Judiciary' dan 'Separation of Power' telah dilanggar secara nyata oleh Tun Mahathir.

25 Mac 1988: Rentetan daripada itu, 20 orang Hakim Mahkamah Agung dan Mahkamah Tinggi telah bermesyuarat untuk mencari jalan mengatasi ketegangan antara badan Kehakiman dan Eksekutif.
Dalam mesyuarat tersebut dipersetujui sebulat suara supaya Tun Salleh Abas sebagai Ketua Hakim Negara menulis surat kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memaklumkan tentang adanya ketegangan antara badan Kehakiman dengan Eksekutif.
Surat keramat bertarikh 26 Mac 1988 itu turut dihantar salinannya kepada sekalian Ahli Majlis Raja-Raja Melayu.
Antara isi surat tersebut ialah;
 “All of us (the judges) are disappointed with the various comments and accusations made by the Prime Minister against the judiciary not only outside but inside Parliament.”

17 Mei 1988: Tun Salleh Abas pulang dari luar negara atas urusan menjalani rawatan dan menunaikan umrah.

24 Mei 1988: The Lord President (Ketua Hakim Negara), Tun Salleh Abas memutuskan korum penuh panel 9 Hakim Mahkamah Agung akan mendengar rayuan kes UMNO 11 pada 13 Jun 1988.

25 Mei 1988: Tun Mahathir menulis surat kepada Yang di-Pertuan Agong menasihatkan Baginda supaya Tun Salleh dipecat kerana "salah laku". Kemudian dicadangkan juga penubuhan sebuah Tribunal untuk membicarakan Tun Salleh. Yang di-Pertuan Agong bersetuju atas nasihat Perdana Menteri.

27 Mei 1988: Tun Salleh dipanggil bertemu Tun Mahathir di Pejabat PM. Dalam pertemuan itu Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghaffar dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sallehuddin Mohammed turut hadir juga.
Tun Mahathir meminta Tun Salleh meletakkan jawatan dengan sendiri, jika enggan beliau akan dihadapkan di Tribunal untuk dipecat. Tun Salleh enggan berundur lalu beliau pun digantung tugas.
Ketua Hakim Malaya, Tan Sri Hamid Omar dilantik sebagai Pemangku Ketua Hakim Negara.

28 Mei 1988: Tun Salleh mengutus surat kepada PM menyatakan kesediaan beliau meletakkan jawatan Ketua Hakim Negara  dan menghabiskan cuti berkuatkuasa serta merta.
PM menyatakan persetujuan terhadap permohonan Tun Salleh.

29 Mei 1988: Tun Salleh berfikir semula dan menarik kembali surat perletakan jawatan beliau.
Dalam satu wawancara media BBC, beliau mendedahkan bahawa PM mengarahkannya meletakkan jawatan atas tuduhan berat sebelah dalam kes UMNO.
Beliau turut mengeluarkan kenyataan media rasmi pada hari yang sama.

03 Jun 1988: Tun Salleh mendesak agar Tribunal yang ditubuhkan bagi membicarakan beliau itu terdiri daripada sekurang-kurangnya sama taraf kelayakan kehakiman dan perbicaraan seharusnya dijalankan secara terbuka.

11 Jun 1988: Penubuhan secara rasmi Tribunal Pertama setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Pengerusi: Tan Sri Abdul Hamid Omar (Pemangku Ketua Hakim Negara)
Ahli:
a) Tan Sri Abdul Aziz Mohamed Zain  (bekas Hakim Mahkamah Persekutuan)
b) T.S. Sinnathuray (Hakim Mahkamah Agung Singapura)
c) Tun Mohd Zahir Haji Ismail  (Yang di-Pertua Dewan Rakyat),
d) Justice K.A.P Ranasinghe Hakim Besar Sri Langka
e) Tan Sri Lee Hun Hoe (Hakim Besar Borneo)

21 Jun 1988: Raja Aziz Addruse, Peguamcara bagi pihak Tun Salleh telah menulis surat kepada Setiausaha Tribunal Pertama menyuarakan perasaan tidak puas hati mereka atas komposisi Tribunal Pertama.
Hal ini kerana mereka akan membicarakan Ketua Hakim Negara sedangkan ahli tribunal itu berpangkat lebih rendah daripadanya.
Tan Sri Abdul Hamid Omar mempunyai konflik kepentingan kerana beliau yang akan dilantik menjadi Ketua Hakim Negara yang baru apabila Tun Salleh disingkirkan.
Tun Zahir adalah Speaker Dewan Rakyat, ini bercanggah dengan prinsip pemisahan kuasa.
Tan Sri Abdul Aziz pula menjalankan perniagaan dan seterusnya memiliki Sijil Amalan Guaman sebagai Peguambela dan Peguamcara.

28 Jun 1988: Tiada maklumbalas daripada pihak Tribunal Pertama terhadap surat peguamcara Tun Salleh.
Maka, Tun Salleh membuat keputusan untuk memfailkan permohonan ke Mahkamah Tinggi bagi memperolehi Perintah Penggantungan prosiding untuk menahan Tribunal Pertama
daripada meneruskan siasatan dan mengemukakan laporan dan cadangannya.
Prosiding ini telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan ditetapkan untuk pembicaraan pada 1 Julai 1988.

29 Jun 1988: Tribunal Pertama menolak penangguhan prosiding Tun Salleh dan tidak mengendahkan berkenaan pemfailan prosiding penggantungan di Mahkamah Tinggi.

30 Jun 1988: Tribunal Pertama selesai menjalan prosiding.
Terdapat empat pertuduhan yang dikenakan terhadap Tun Salleh;
a) Ucapan beliau di Universiti Malaya pada 1 Ogos 1987,
b) Ucapan beliau di Universiti Malaya pada 12 Januari 1988,
c) Penangguhan kes Teoh Eng Huat v Kadhi Pasir
Mas yang melibatkan pilihan agama seorang di bawah umur
d) surat Tun Salleh kepada Yang di-Pertuan Agong bertarikh 26 Mac 1988

02 Julai 1988: Persidangan Khas Mahkamah Agung yang terdiri daripada 5 orang Hakim telah sebulat suara membenarkan permohonan Tun Salleh untuk penggantungan terhad yang menahan Tribunal Pertama daripada  mengemukakan Laporan, cadangan dan nasihatnya kepada Yang di-Pertuan Agong sehingga perintah seterusnya.
Lima orang Hakim yang bersidang tersebut adalah;
a) Tan Sri Wan Suleiman bin Pawanteh
b) Datuk George Edward Seah
c) Tan Sri Mohd. Azmi bin Kamaruddin
d) Tan Sri Eusoffe Abdoolcader dan
e) Tan Sri Wan Hamzah bin Mohd. Salleh.

05 Julai 1988: Pemangku Ketua Hakim Negara Tan Sri Hamid Omar telah berunding dengan Perdana Menteri kemudian membuat cadangan secara bertulis kepada Yang di-Pertuan Agong  untuk menyingkirkan kelima-lima hakim yang menganggotai korum bagi perbicaraan pada 2 Julai 1988.

06 Julai 1988: Kelima-lima hakim Mahkamah Agung yang terbabit dalam perbicaraan 2 Julai  digantung tugas.
Hal ini menyebabkan Mahkamah Agung tidak dapat berfungsi kerana 6 daripada 10 hakimnya telah digantung tugas.

07 Julai 1988: Tribunal Pertama menghantar Laporan kepada Yang di-Pertuan Agong dan mencadangkan pemecatan Tun Salleh.

08 Ogos 1988: Surat rasmi pemecatan jawatan diterima oleh Tun Salleh

12 Ogos 1988: Penubuhan secara rasmi Tribunal Kedua  setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong bagi menyiasat 5 Hakim Mahkamah Agung.
6 orang Ahli Tribunal Kedua itu ialah;
a) Pengerusi: Tan Sri Hashim bin Yeop Sani, Hakim Mahkamah Agung
b) Mark Damian Hugh Fernando, Hakim Mahkamah Agung Sri Lanka
c) Tan Sri Edgar Joseph Jr, Hakim Mahkamah Tinggi Malaya
d) P. Coomaraswamy, Hakim Mahkamah Tinggi Singapura
e) Datuk Haji Mohd Eusoff bin Chin, Hakim Mahkamah Tinggi Malaya
(e) Dato’ Lamin bin Haji Mohd Yunus, Hakim Mahkamah Tinggi Malaya

30 Ogos 1988: Setelah dibantah, Pengerusi Tribunal Kedua, Tan Sri Hashim menarik diri lalu diganti oleh Tan Sri Edgar Joseph. Tribunal diteruskan dengan korum 5 orang.

23 September 1988: Tribunal Kedua menyerahkan laporan kepada Yang di-Pertuan Agong. Mereka berpendapat Tan Sri Wan Suleiman dan Datuk George Seah bersalah dan wajar dipecat manakala Tan Sri Azmi, Tan Sri Eusoffe Abdoolcader dan Tan Sri Wan Hamzah tidak bersalah dan dikembalikan jawatan asal mereka.

5. Begitulah kronologi titik hitam yang tidak akan dapat dipadam daripada rekod sejarah sistem kehakiman negara ini.
Pada 17 April 2008, Perdana Menteri ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi  telah menyatakan kekesalan kerajaan dan mengumumkan pembayaran ex-gratia kepada Tun Salleh dan 5 Hakim yang terbabit.
Ironinya, si pelaku utama kisah ini iaitu Tun Mahathir tidak pun pernah meminta maaf atas kesilapan itu.
Apa yang beliau tahu, hanyalah menyalahkan pihak lain iaitu pemecatan Tun Salleh atas aduan daripada Yang di-Pertuan Agong ketika itu Almarhum Sultan Iskandar.

Mungkin Tun Mahathir menyangka kita semua Melayu Mudah Lupa, tidak ingat apa yang beliau telah lakukan semasa 22 tahun memerintah Malaysia.?

6. Tun Salleh Abas, mangsa utama penganiayaan ini masih ada dan sudah pun mencecah usia 88 tahun. Beliau merupakan anak kelahiran Besut, Terengganu.
Tun Salleh pernah bergelar  Exco Kerajaan Negeri Terengganu (Pengerusi Jawatankuasa Hisbah dan Tugas-Tugas Khas) pada era pemerintahan PAS tahun 1999 hingga 2004.
Beliau ada menulis sebuah buku yang berjudul May Day For Justice terbitan Magnus Book bagi menceritakan secara terperinci episod hitam 1988.

7. Jikalau hari ini ramai yang bersungut mengenai pemerintahan PM Najib yang bertindak pelbagai cara bagi menutup skandal 1 MDB, ianya tidaklah begitu menghairankan sebenarnya kerana PM Najib hanya mengikut apa yang pernah dibuat oleh sifunya dulu, Tun Mahathir.
PM Najib membersarakan awal Peguam Negara, Tun Mahathir dulu memecat Ketua Hakim Negara.
PM Najib menggugurkan Tan Sri Muhyiddin daripada jawatan TPM, Tun Mahathir dulu mempunyai 3 TPM yang bersilih ganti dan Anwar merupakan TPM yang dipecat atas tuduhan rasuah dan salahsaku seks.
PM Najib ada skandal 1 MDB, Tun Mahathir pula ada skandal FOREX Bank Negara yang menyebabkan kehilangan berpuluh bilion pada awal tahun 1990-an dulu.

8. Dulunya, sekalian pemimpin PKR, DAP dan PAN siang-malam, pagi-petang mengecam Tun Mahathir bahkan sehingga digelar Maha Firaun, Bapa Perosak Negara, Diktator Tua dan bermacam lagi.
Kini, siang-malam mereka menjunjung pula Tun Mahathir bagaikan wira- permata bagi menyelamatkan negara. Mereka pula kini mengikut telunjuk Tun Mahathir yang memimpin Pakatan Harapan.

Sungguh geli hati ini apabila membaca berita janji PH untuk menghadkan jawatan PM kepada 2 penggal dan janji hendak beri royalti.
Bukankah Pengerusi PH, Tun Mahathir dulu berkuasa selama lebih 20 tahun sebagai PM.?
Bukankah Pengerusi PH, Tun Mahathir yang merampas royalti  Terengganu sebagai hukuman kepada rakyat yang memilih PAS untuk memerintah pada PRU 1999 dulu.?
Bukankah Pengerusi PH, Tun Mahathir ketika berkuasa dulu telah mengkayakan anaknya sehingga menjadi jutawan, mengamalkan kronisme, berlakunya penyelewengan dan kerugian dalam deretan kes BMF, Perwaja, Maminco,UEM, Renong, Bank Bumiputera, PKFZ, Maika Holding, MAS, Petronas, Tabung Haji, KWSP, IWK dan banyak lagi.

9. Adakah akan menjadi trend kebiasaan selepas ini, mana-mana pemimpin yang sudah tidak berkuasa dapat menyucikan dosa salahlaku pemerintahannya apabila menyertai Pakatan Harapan.?
Tidak mustahil suatu hari nanti, PM Najib pula yang dijunjung oleh PH sebagai wira mereka apabila PM Najib sudah tidak lagi berkuasa.

10. PAS tidak lupa dan sentiasa ingat siapa Tun Mahathir dan PM Najib.?
Oleh sebab itu, perjuangan PAS tidak pernah terhenti kerana PAS bukan hanya menentang individu semata-mata.
PAS mahu mengubah dasar acuan pemerintahan negara agar kembali kepada Islam kerana apa yang berlaku hari ini hanyalah mata-rantai dan pengulangan episod lama, hanya watak sahaja yang berbeza.

Jemaah Siber

Rabu, 9 Ogos 2017

Turunnya Salju Di Tanah Arab

"Bukti Kebenaran Hadits Rasul SAW, Salju Turun di Saudi Tanda Hari Akhir Kian Dekat"


 Turunnya salju di Tanah Arab jadi fenomena yang membuat banyak netizen bertanya-tanya. Tanah Arab yang memiliki cuaca panas bisa diguyur salju. Turunnya salju bahkan diidentikkan dengan tanda kiamat.

Mengapa? Karena tanda kiamat atau akhir zaman satu di antaranya Tanah Arab yang subur. Turunnya salju mengguyur Tanah Arab yang gersang. Akun bufaizbudi memposting foto salju di Arab.

“Salju turun di jazirah Arab, Imam Masjidil Haram Syaikh Al-Sudais mengatakan, salju merupakan komponen utama dalam pembentukan sungai dan tanaman. Turunnya salju di Jazirah Arab membuktikan kebenaran dari hadits Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam.”

“(Tidak akan tiba hari kiamat hingga tanah Arab kembali hijau penuh dengan tumbuhan dan sungai-sungai). Nampak jelas dari hadits tsb bahwa negeri2 Arab akan dilimpahi dgn air yg banyak, sehingga menjadi beberapa sungai, tumbuh di atasnya berbagai macam tumbuhan sehingga menjadi padang rumput, kebun dan hutan2. Wallahu a’lam.

“Dunia sudah di penghujungnya. Mari kita persiapkan perbekalan sebaik-baiknya. Salju adalah merupakan sumber komponen utama bagi terbentuknya tumbuhan, sungai di dunia.”

“Saat ini berdasarkan penelitian sains, di jazirah tanah tandus arab tidak terkecuali di tabuk, palestina bahkan di gurun sahara sudah mulai dipenuhi dengan tumbuhan hijau dengan turunnya hujan salju.”

“Hari Akhir tidak akan datang kepada kita sampai dataran Arab sekali lagi menjadi dataran berpadang rumput dan dipenuhi dengan sungai-sungai (HR Muslim)“

“Berdasarkan penelitian Profesor Alfred Kroner, seorang ahli geologi terkemuka dunia, dari Department Ilmu Bumi, Institut Geosciences, Johannes Gutenburg University, Mainz, Germany – dia mengatakan bahwa Era Salju Baru (New Snow Age) saat ini telah dimulai.”

“Sekarang salju di kutub Utara sedang merangkak/bergeser perlahan-lahan ke arah Semenanjung Arab, pada saat itu iklim dataran Arab berubah dan menjadi salah satu daerah yang paling subur dan hijau di muka bumi. Ini merupakan fakta sains yang tidak bisa dibantah.”

“Syaikh Syuraim – Imam Masjidil Haram mengatakan, salju merupakan komponen utama dalam pembentukan sungai dan tumbuhan.”

“Berjatuhannya salju di Jazirah Arab membuktikan kebenaran Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Dalam sebuah hadits.”

“Rasulullah bersabda, “Hari Kiamat baru akan datang setelah negeri Arab kembali menjadi padang yang hijau dan sungai-sungai.”

“Beliau juga menyebutkan bahwa baru-baru ini salju telah turun di daerah Tabuk. Hal itu mengingatkan sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam kepada Muadz saat perang Tabuk.”

“Kalau umurmu panjang, maka engkau akan melihat tempat ini penuh dengan kebun-kebun.” Wallahu a'lam..
Ya Allah, ampunilah  dosaku, dosa ibu bapa ku, keluarga ku,saudaraku dan setiap orang yang meng-klik Suka, share & berkomentar "aamiin"  dan jangan Engkau cabut nyawa kami saat tubuh kami tak pantas berada di SurgaMu. Aamiin...
.
Sobat sekarang anda memiliki dua pilihan ,
1. Membiarkan sedikit pengetahuan ini hanya dibaca disini
2. Membagikan pengetahuan ini kesemua teman facebookmu , insyallah bermanfaat dan akan menjadi pahala bagimu. Aamiin..

Rabu, 2 Ogos 2017

Wang tdak dituntut

Pejabat Akauntan Negara
WANG TIDAK DITUNTUT
====================
Lokasi Setiap Negeri Untuk Semak Wang Tak Dituntut

Dibawah ini adalah lokasi setiap negeri bagi menyemak wang tidak dituntut. Anda boleh lihat senarai di bawah.

Jabatan Akauntan Negara Malaysia
@ Negeri Sembilan
Tingkat. 10,Wisma Persekutuan,
Jalan Dato´ Abdul Kadir,
70990 Seremban,
Negeri Sembilan

Jabatan Akauntan Negara Malaysia
@ Melaka
Aras 5, Menara Persekutuan,
Jalan Persekutuan, Ayer Keroh,
75450 Melaka

Jabatan Akauntan Negara
Tingkat 42, Menara Maybank
100, Jalan Tun Razak
50050 Kuala Lumpur.
Tel.: 03-2034 1850
Fax: 03-2072 5707/03-2026 7430
Website: www.anm.gov.my

Jabatan Akauntan Negara Malaysia,
Aras 1-8, Kompleks Kementerian
Kewangan, No. 1, Persiaran Perdana,
Presint 2, 62594 Putrajaya,
Putrajaya, Wilayah Persekutuan,
Malaysia

Lobi Kementerian
Sumber Asli dan
Alam Sekitar
Putrajaya

Jabatan Akauntan Negara Malaysia@Sabah
Tingkat 6 & 7, Wisma Perindustrian,
Jalan Istiadat, 88594 Kota Kinabalu,
Sabah, 88400 Kota Kinabalu

Jabatan Akauntan Negara Malaysia@Perlis
Tingkat 3, Bangunan Persekutuan,
Persiaran Jubli Emas, 01000 Kangar,
Perlis, Taman Pekeliling,
01000 Kangar, Perlis

Jabatan Akauntan Negara Malaysia@Labuan
Tingkat 5, Blok 4, Ujana Kewangan, Jalan Bukit Timbalai, 87016 Labuan,
Sabah, 87000 Labuan, Labuan Federal Territory

Jabatan Akauntan Negara Malaysia@Johor
Tingkat 5-6, Kompleks Tun Abdul Razak,
80990 Johor, Jalan Wong Ah Fook,
Bandar Johor Bahru,
80000 Johor Bahru, Johor

Jabatan Akauntan Negara Malaysia@Kelantan
Tingkat 1-2, Blok A, Bangunan Persekutuan,
Bandar Kota Bharu, 15200 Kota Bharu,
Kelantan

Jabatan Akauntan Negara Malaysia@Perak.
Jalan Sultan Idris Shah, Taman Jubilee,
30300 Ipoh, Perak.

Jabatan Akauntan Negara Malaysia@Terengganu.
Tingkat 11, Wisma Persekutuan, Jalan Sultan Ismail,
20594 Kuala Terengganu, Terengganu,
20200 Kuala Terengganu,
Terengganu.

Jabatan Akauntan Negara Malaysia@Kedah
Tingkat 4, Zon C, Wisma Persekutuan,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
Jalan Sultanah, 06550 Alor Setar, Kedah,
Kampung Anak Bukit, 06550 Alor Setar,
Kedah

Jabatan Akauntan Negara Malaysia@Pulau Pinang
42, Jalan Ooi Kar Seng, 10000, Pulau Pinang,
14300 Nibong Tebal, Penang

Jabatan Akauntan Negara Malaysia @ Sri Aman.
Tingkat 2 & 3, Blok 3, Wisma Persekutuan,
Fasa 2, Jalan Polis, 95000 Sri Aman,
Sarawak, 95000 Sri Aman, Sarawak

Jabatan Akauntan Negara Malaysia@ Pahang
Tingkat 4 & 5, Bangunan BSN, Jalan Bank,
25000 Kuantan,
Pahang.

Selasa, 1 Ogos 2017

Peria Katak 'insulin tumbuhan'

1 Ogos 2017
25 Ogos 2017
Peria katak ialah pokok herba menjalar yang mempunyai batang lembut dan memanjat dengan melilit menggunakan sulur paut. Tingginya sehingga 5 meter. Pokok ini mempunyai akar tunjang serta juga akar sisi berserabut yang berkembang luas di kawasan sekeliling. Daun-daunnya berselang-seli, dengan lebar sebanyak 4-12 sentimeter. Setiap daun yang berwarna hijau mempunyai 3 hingga 7 cubing yang ketara.Pokok ini mempunyai bunga berwarna kuning, dan menghasilkan bungaj antan dan bunga betina yang berasingan. Buahnya mempunyai kulit yang menggerutu dan berwarna hijau muda ketika mentah. Bentuknya memanjang (17-23 sentimeter), dengan berat antara 300-600 gram sebiji. Rasanya pahit dan seringnya dimakan ketika masih mentah. Bagaimanapun, buah ini juga boleh dimakan ketika masak dan berwarna kekuning-kuningan atau jingga merah. Biji buah mentah berwarna putih, tetapi menjadi merah ketika masak.

 Dalam Perubatan

Dalam perubatan Ayurveda India, Peria Katak sering diperlihatkan sebagai sejenis "insulin tumbuhan" dan oleh itu, amat disyorkan untuk pesakit kencing manis. Di Filipina, teh peria katak digunakan dengan amat berjaya untuk merawat kencing manis dan kawalan gula darah bagi orang miskin. Rasa pahit peria katak datangnya daripada kandungan kuinin yang tinggi dan secara kebetulan, telah dianggap oleh orang-orang Asia, serta Panama dan Columbia, sebagai bahan untuk mencegah dan merawat demam malaria.