responsif teks foto

Selasa, 3 Oktober 2017

Pusat Tahanan ATM

Dera dalam pusat tahanan bukan budaya ATM - PAT

oleh : Halim 019 5740858

Kita biasa dengar tahanan mati di dalam lokap2 polis...pelbagai tanggapan dan alasan yg diberikan...kebanyakkannya tidak terbela...siasatan dr SUHAKAM pon dah dibuat....pelbagai janji utk penambahbaikkan telah dilagukan baik dr Menteri berkaitan mahu pon Ketua Polis Negara...tetapi yg sahnya si mati terus dilupakan sehingga lah kematian baru terjadi...

Sekarang perkara yg lebih keji telah berlaku di dalam perkhidmatan ATM...mangsa yg hanya melakukan kesalahan Tidak Hadir Tanpa Cuti (THTC) telah mati di dalam pusat tahanan ATM...mereka bukan perompak...bukan perogol...bukan pula pengedar dadah...nyawa mereka melayang di tangan kawan2 yg seuniform dgn mereka...amat menyedihkan...

Ini mmg kejam dan amat menghinakan...tetapi kita tak bole menyalahkan secara mutlak kepada ATM...ada kelalaian yg berlaku...ambil mudah...tak peka...dan sentiasa percaya pada unit naungan...
Pusat Tahanan Sg Wangi Tentera Laut Di Raja Malaysia ni letaknya terlalu jauh dr Pangkalan Utama TLDM di Lumut Perak...diletakkan di dalam kawasan Pusat Komunikasi TLDM tetapi pemerintahannya di bawah kawalan Pegawai Memerintah yg pejabatnya di LUMUT...amat pelik bukan...tp inilah hakikatnya...sebagai contoh anak2 tinggal makan minum di Bukit Bintang tetapi ayahnya tidur terlentang di Shah Alam...lalu si abg memukul si adik smp mati...tetapi ayahnya tak tahu sehingga lah si kakak menelefon ayah memberitahu adik dah mati kena jentik telinga oleh si abg...

Masyarakat tak tahu perkara ini...apakah sbb tiada idea dr pemerintah tertinggi TLDM utk mengkaji semula perkara ini...satu pusat tahanan yg jauh dr pusat pemerintahan dan yg lebih buruk lg tiada Pegawai Bertauliah yg bertugas di situ 24 jam...hanya di pantau dr Pangkalan TLDM di Lumut...lawatan hanya di buat pada jam 2000H...apa yg jd di pusat tersebut mmg di luar pengetahuan pegawai PROTELA TLDM....kalau ditipu pengawal hidup2 pon takkan diketahui ceita sebenarnya...smo bila perkara ni akan berlanjutan...nah kita serahkan kepada Panglima Tenteral Laut utk menjawabnya...

Tp syg Panglima Tentera Laut hanya berani menjawab di depan wartawan sahaja...tanya lebih2 trus jawab tak mahu ganggu siasatan polis...kenapa Tan Sri tak hadirkan diri sewaktu mangsa kekejaman di dikebumikan???sibuk sgt ke???setakat nak bg pingat pada vateran bole wakilkan saja pada Panglima Wilayah...amik tanggungjawab tu...jumpa waris2 mangsa...bukan bercakap dpn wartawan Utusan/berita harian/tv3 aje...

Satu keperluan bg perkara ini utk dipanjangkan trus pada SUHAKAM agar lawatan mengejut dibuat di smua pusat2 tahanan di bawah ATM...lebih2 lg PTAT...dr situ maka seluruh rakyat Malaysia akan mengetahui standard sebenar pengoperasian pusat2 ini....

Tahanan2 ini hanya melakukan kesalahan THTC...di waktu aman...mereka tidak berminat lg dgn perkhidmatan...so lepaskanlah mereka...biar mereka memulakan hidup baru di luar dgn lebih berjaya...ada di antara mereka sudah mempunyai keluarga...masa depan mereka di dalam Mahkamah Tentera diputuskan oleh mereka yg cuma berpangkat Mejar/Lt Kdr TLDM...tak bole menjawab...mengaku salah aje...yg jd Ahli.Mahkamah pon masih lg huru hara dlm perkhidmatan...Akta Angkatan Tentera 1972 dilaksanakan oleh ahli2 ni yg kebanyakkannya tak tahu langsung ttg kitab keramat ATM ni...dgar aje dr Pegawai Berkuasa Sidang trus jatuh hukum...mana keadilannya???

Sudah tiba masanya agar tatacara kendalian Mahkamah Tentera dikaji semula...sudah tiba masanya Akta Angkatan Tentera 1972 dikaji semula dengan penambahbaikkan yg bersesuaian....WAKE UP CALL kepada ke semua Panglima Perkhidmatan....anda smua berkhidmat di bawah panji2 SPB Yang Di Pertuan Agong...ratusan ribu anggota mengharapkan tindak tanduk anda yg telah diberikan kuasa memerintah...jgn nampak hebat di depan parti politik yg memerintah...jgn disebabkan lepas pandang dr anda smua membuatkan lebih ramai lg golongan balu dan anak2 yatim lahir di dalam kem2 tentera...bukan sebab tewas di medan perang...bukan sbb gugur dlm menjalankan tugas mempertahankan negara...tetepi terkorban dek kerana ada kepincangan dan kezaliman di dalam perkhidmatan yg sungguh mulia ini....

1 ulasan:

Zackarun berkata...

Memang suka2 jer belasah orang.. ditamatkan perkhidmatan tanpa diberi peluang membela diri..

AddToAny