responsif teks foto

Jumaat, 3 November 2017

Dr Mohamad Abdul Khalid

The Colours of Inequality 
Nama Dr.Muhammed Abdul Khalid tiba-tiba meniti di bibir ramai warga Malaysia selepas pandangan beliau dalam sebuah rancangan wawancara yang disiarkan di TV3 pada hujung Oktober lalu. Dengan loghat utara yang pekat, Dr.Muhammed Abdul Khalid menjawab soalan pertama panel dengan penerangan yang cukup mudah, sesuatu yang menjadi identiti beliau sekian lama.

 Walaupun bergelar seorang akademik yang mempunyai pengetahuan tinggi, kelebihan Dr.Muhammed Abdul Khalid yang dikagumi adalah keupayaan beliau menafsirkan sesuatu dalam cara yang mudah difahami tanpa memerlukan penggunaan perkataan bersifat 'mumbo-jumbo' yang kerap mengangkiti ramai cendekiawan di negara kita.

 Ramai pasti mengenali beliau sebagai penulis dan penyelidik kepada buku 'The Colours of Inequality : Ethnicity, Class, Income and Wealth in Malaysia.' Buku tersebut secara konsisten terletak dalam senarai buku terlaris penjual-penjual buku dan kandungan buku tersebut ditulis sama seperti bagaimana Dr.Muhammed Abdul Khalid menerangkan tentang sesuatu perkara.

 Anak kelahiran Pulau Pinang, Dr.Muhammed Abdul Khalid adalah seorang ahli ekonomi Melayu yang boleh dikatakan muda. Belajar di Universiti of Southern California dalam jurusan kewangan, beliau melanjutkan pengajian peirngkat sarjana di Universiti Malaya dalam bidang ekonomi.

 Selepas itu, beliau menambah koleksi kelulusan sarjana beliau dengan melanjutkan pengajian di Paris Institute of Political Studies dalam bidang Hubungan Awam sebelum bergelar Doktor Falsafah melalui Institusi yang sama pada tahun 2010.

 Kajian beliau sejak dulu dapat disimpulkan dalam 3 isu besar yang menyebabkan ketidak seimbangan ekonomi di Malaysia.

 Berpengalaman luas dalam bidang ekonomi, Dr. Muhammed Abdul Khalid mempunyai kemahiran berbahasa Inggeris dan Perancis dengan lancar. Kini beliau berkhidmat sebagai Pengarah Urusan dan Ahli Ekonomi kepada DM Analytics, sebuah badan yang bertanggungjawab mengkaji realiti sebenar kesan dasar ekonomi pada golongan peringkat bawahan. Turut bersama beliau adalah dua orang lagi ahli ekonomi terkenal Malaysia, Tan Sri Professor Kamal Salih dan Dr. Muhammad Ikmal Mohd. Said.

Pengalaman yang beliau perolehi juga bukan calang-calang. Beliau pernah berkhidmat sebagai Juruanalisis bersama Institut of Strategic and International Studies (ISIS) kemudian berhijrah ke Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sebagai Pengarah Ekonomi. Kejayaan beliau di situ membolehkan beliau dipancing oleh Khazanah Research Institute sebagai Pengarah Penyelidikan sebelum mengasaskan DM Analytics ketika ini.

 Dr. Muhammed Abdul Khalid banyak memberikan ceramah dan pandangan yang membuatkan banyak pihak tidak senang duduk, bukan sekadar pihak pemerintah, malahan kepada kumpulan individu dan peniaga yang kerap mengambil kesempatan ke atas ketidak seimbangan ekonomi ini. 

Bagi mereka yang berminat untuk mendalami pandangan Dr. Muhammed Abdul Khalid dengan lebih halus, selain daripada buku karangan beliau, anda juga boleh memuat turun dua tesis beliau yang bertajuk 'Discrimination of high degrees: race and graduate hiring in Malaysia' yang telah diterbitkan dalam Journal of Asia Pacific Economic pada tahun 2016 dan 'Household wealth in Malaysia:

Composition and inequality among ethnic groups' yang terbit dalam Jurnal Ekonomi Malaysia pada tahun 2011. Kami kongsikan pautan di bawah.

 Untuk yang berminat membaca lebih lanjut selepas khatam buku 'The Colours of Inequality : Ethnicity, Class, Income and Wealth in Malaysia', kami mencadangkan kepada anda untuk mencari buku 'Income Inequality and Poverty in Malaysia' karya Shireen Mardziah Hashim yang membawakan isu sama yang diperjuangkan Dr. Muhammed Abdul Khalid dalam bentuk lebih berat.

Sebab apa Sebab apa harga barang naik...?
 Tahun lepas baget pendidikan dan kesihatan dipotong
 Perbelanjaan pembangunan kita hutang

Apa itu B40 dan M40…? Ramai juga yang bertanya, apa maksud kedua istilah tersebut? Kumpulan B40 sebagai isi rumah dengan pendapatan bulanan sehingga RM3,855, manakala Kumpulan M40 (kumpulan berpendapatan 40 peratus sederhana) berpendapatan antara RM3,860 dan RM8,319. Rujuk Bajet 2016

Tiada ulasan:

AddToAny