responsif teks foto

Sabtu, 6 Januari 2018

Saham LTAT dan Wang Tidak Dituntut

1. Saham LTAT 

Syarat untuk jualan balik dana unit amanah Lembaga Tabung Angkatan Tentera(LTAT)

Soalan Lazim
Apakah syarat untuk membuat jualan balik dana unit amanah LTAT?
Jualan balik dana unit amanah hanya boleh dilakukan selepas anda tamat perkhidmatan dengan
LTAT

Saya telah bersara dan bercadang untuk jualan balik dana unit amanah LTAT. Apakah yang
perlu saya lakukan?
Jualan balik dana unit amanah LTAT boleh dilakukan di mana-mana cawangan Affin Bank atau
Affin Hwang AM yang terdekat. Dokumen-dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:
Surat Pemberian Unit Amanah daripada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT)
Buku Bank atau Penyata Akaun Bank (akaun dimana wang penebusan hendak disalurkan)
Salinan Kad Pengenalan Awam
Quick Form (boleh diperolehi di semua cawangan Affin Bank atau Affin Hwang AM)

Tempoh pemprosesan mungkin mengambil masa selama dua (2) minggu selepas pihak Affin
Hwang AM menerima semua dokumen yang tertera diatas.

Bolehkah saya mengemaskini butiran perhubungan peribadi saya sebelum bersara?
Boleh. Sebarang penukaran/ kemaskini butiran peribadi sebelum persaraan haruslah dibuat di
cawangan LTAT sahaja.

Apakah cara untuk membuat semakan dana unit amanah LTAT?
Melalui e-kiosk LTAT




  
Saya masih berkhidmat/ tidak pernah membuat jualan balik sebelum ini, namun saya gagal
untuk membuat semakan baki dana unit amanah saya melalui pautan/ laman web Affin
Hwang AM.
Sila semak semula dengan menukarkan Bin/Binti seperti contoh di bawah :-
Azlan Bin Jamal > Azlan B. Jamal atau Azlan B Jamal
Fatimah Binti Abu > Fatimah Bte Abu atau Fatimah Bt Abu

Berikut adalah maklumat lanjut mengenai dana unit amanah yang diberikan oleh LTAT.
Sama ada tuan/ puan adalah pencarum wajib/ sukarela semasa berkhidmat sebagai anggota
tentera, sebahagian caruman tuan/ puan adalah di dalam bentuk dana unit amanah. Bergantung
kepada prestasi kewangan semasa LTAT, bonus khas berbentuk dana unit amanah juga
diberikan kepada tuan/ puan sebagai faedah pencaruman. Affin Hwang AM merupakan syarikat
pengurusan dana unit amanah yang dilantik oleh LTAT untuk menguruskan dana unit amanah
ahli-ahli LTAT. Dana unit amanah tersebut dilaburkan ke dalam portfolio pelbagai yang terdiri
daripada ekuiti, sekuriti berpendapatan tetap, dan asset-aset lain sepertimana yang digariskan
di dalam surat ikatan serta Garis Panduan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Syarikat pengurusan
dana unit amanah adalah tertakluk kepada Surat Ikatan, Akta Pasaran Modal dan Perkhidmata

Apakah perbezaan di antara invois cukai dengan penyata akaun?
Cukai dikeluarkan setiap kali LTAT membuat caruman untuk anda manakala penyata
akaun dikeluarkan oleh AHAM setiap enam (6) bulan sekali. Penyata akaun akan memaparkan
semua maklumat pelaburan dana unit amanah LTAT anda.

Mengapakah jumlah jualan balik yang tertera di dalam surat pemberian LTAT tidak sama
dengan jumlah jualan balik yang disalurkan ke dalam akaun saya?
Jumlah jualan balik yang tertera di dalam surat pemberian LTAT adalah dalam bentuk unit
jualan balik, manakala jumlah jualan balik yang disalurkan ke dalam akaun anda adalah dalam
bentuk nilai pasaran (Unit x Harga Pasaran pada Hari Jualan Balik).

Apakah manfaat dana unit amanah?
Dana unit amanah merupakan satu instrumen pelaburan yang ideal, terutamanya untuk para
pelabur yang tidak mempunyai kemahiran ataupun masa untuk melakukan penyelidikan dan
analisis pasaran pelaburan sendiri. Melalui dana unit amanah, pelaburan akan diuruskan oleh
sekumpulan pengurus dana profesional yang bertanggungjawab untuk melakukan penyelidikan
ekonomi dan korporat yang mendalam serta mengenal pasti peluang-peluang pelaburan, supaya
para pelabur seperti anda boleh melabur tanpa sebarang kebimbangan.

Bolehkah saya melakukan pindaan/jualan balik dana unit amanah LTAT tertentu dan
menyimpan unit amanah yang berprestasi baik?
Pindaan/ jualan balik dana unit amanah LTAT hanya boleh dilakukan selepas persaraan anda. Ia
boleh dilakukan di mana-mana cawangan Affin Hwang AM. Anda juga diberi pilihan
untuk meneruskan pelaburan anda untuk simpanan hari tua. Sila hubungi pejabat Affin Hwang AM
untuk maklumat lanjut.

###Saya adalah waris kepada anggota / persara yang telah meninggal dunia. Apakah yang perlu
dilakukan untuk melakukan tuntutan pelaburan?
Pewaris boleh melakukan tuntutan di mana-mana cawangan Affin Hwang AM yang berhampiran.

Dokumen-dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:
Sijil Kematian
Surat Kuasa daripada Amanah Raya/ Pejabat Tanah/ Mahkamah Tinggi
Kad Pengenalan Pewaris
Buku Bank/ Penyata Akaun Bank Pewaris
Borang untuk membuka akaun dengan Affin Hwang AM
Borang Transaksi Affin Hwang AM (untuk tujuan penebusan)
Surat Indemniti Pentadbir






2. Wang Tidak di Tuntut.



Maklumat Wang Tidak Dituntut yang terdapat dalam laman portal JHEV ini merangkumi wang-wang yang dikembalikan oleh bank atau agensi-agensi luar disebabkan oleh perkara-perkara berikut:
  • Lebihan potongan pinjaman perumahan oleh LPPSA;
  • Akaun bank tidak aktif/tutup/tidak sah;
  • Pencen Skim B yang telah luput kerana tidak ditunaikan di bank dalam tempoh 3 bulan; atau
  • Cek/waran yang tidak ditunaikan dalam tempoh 3 bulan

Maklumat seterusnya : Klick Link Sekarang






Tiada ulasan:

AddToAny