responsif teks foto

Ahad, 7 Januari 2018

Temuduga Terbuka Tentera Darat Malaysia

Sy menyeru 'Anok- anok Lepeh' yang  tiada pekerjaan.. Jika benar-benar kalian sayangkan Tanahair yang tercinta ini.. Jika tak dapat kerja yang sesuai di tempat lain.. Jangan didengar hasutan & usah diikut dakyah jahat.. Ayuhlah semua..! Join Angkatan Tentera Malaysia..!


Kitalah bangsa yg sepatutnya menjaga serta pertahankan kesucian Islam & kedaulatan Tanah Tumpah Darah kita..!

Sesungguhnya pekerjaan sbg Tentera amatlah mulia.. Bayangkan betapa ATM akan lebih hebat & berdaya saing pabila disertai oleh golongan cendekiawan & intelektual seperti anda semua..
Musuh2 yg ingin ambil kesempatan akan bertambah gerun bila kita lebih Kuat!
Kita Jaga Negara Kita..!

Temuduga Terbuka Tentera Darat Malaysia Siri 186/44 Tahun 2018 | Berita gembira kepada seluruh Belia Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk menyertai Tentera Darat Malaysia anda diperlawa untuk hadir beramai-ramai bagi sesi pemilihan awal di Pusat-pusat pemilihan yang telah ditetapkan seperti berikut:-
Selamat Datang


Temuduga Terbuka Tentera Darat Malaysia Siri 186/44 Tahun 2018

Perajurit Muda Lelaki dan Wanita

Syarat asas kelayakan

Warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada tarikh angkat sumpah.
Taraf Perkawinan:
Lelaki : Bujang/Kahwin/ Duda
Wanita: Bujang
Bebas daripada sebarang kes jenayah/dadah dan juwana.
Lain-lain syarat pelantikan sila rujuk pada lampiran yang kami telah sediakan dibawah.

Syarat Kelayakan Akademik

Mempunyai sekurang-kurangnya SPM dan Lulus subjek bahasa Melayu/English /Matematik/Sains (BIO/FIZIK/KIMIA). Lulus sejarah bagi SPM 2013 keatas.
Atau mana-mana kelayakan yang setaraf atau lebih  sila rujuk pada lampiran kami telah sediakan dipautan dibawah untuk maklumat lanjut.

Masa Pendaftaran :

Calon dinasihatkan untuk datang awal pada hari sesi temuduga dan waktu pendaftaran bermula dari : 0800 sehingga 1500

Pakaian:

Lelaki : –
– Baju Kemeja putih berkolar lengan panjang seluar slack dan berkasut dan sarung kaki.
– Rambut dipotong kemas

Wanita:
– Baju kurang atau kasual dan kasut tertutup

Sila semak maklumat penuh permohonan jawatan di lampiran dibawah:-


#TanahAirKuMalaysia
#TanahMalaya

#ThePromiseLand

2 ulasan:

Nan Zul berkata...

Sy nak bagi tahu Askar telah dipertingakat gred bukan gaji macam dulu-dulu, Awak berkerja selama 22 tahun, kalau masuk umur 18 umur 40 tahun dah pencen, kalau pangkat PW 1 gred 38, awak pencen RM 4000 sebulan, 22 bukan lama fikir-fikirkan......"

Unknown berkata...

Bulan 7 ni ada pendaftaran tak dekat area melaka mohon penjelasan

AddToAny