responsif teks foto

Khamis, 11 Januari 2018

Tengku Hassanal

Yang Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Tengku Abdullah diputerakan pada 17 September 1995 di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang merupakan anakanda pertama dan putera sulung kepada pasangan diraja Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Ibni Sultan Ahmad Shah dan Duli Yang Teramat Mulia Tunku Puan Pahang dengan Tunku Azizah Maimunah Iskandariah Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Baginda mendapat didikan Sekolah Rendah Sherburne 2002-2007, Sekolah Menengah St Thomas 2008-2012, University of Nottingham.

Tengku Hassanal Shah diputerakan dalam sebuah kerabat bangsawan yang merupakan kerabat diraja Pahang dan Johor. Baginda merupakan cucu kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan Almarhumah Tengku Ampuan Afzan. Dari sebelah bondanya pula baginda merupakan cucunda kepada Sultan Johor ke 24, Almarhum Sultan Iskandar dan Enche Besar Hajjah Kalsom.

Tengku Hassanal mempunyai dua orang adinda lelaki dan dua orang adinda perempuan. Adinda lelaki ialah Tengku Ahmad Shah dan Tengku Ismail Muadzam Shah. Adinda perempuan pula ialah Tengku Putri Afzan Hafizatullah dan Tengku Putri Jihan Khalsom Athiyatullah.



Lawatan Tumpang Sambil Belajar

Tengku Hassanal meninjau keindahan hulu Pahang

Sebagai keluarga diraja yang akan mewarisi tahta kesultanan Negeri Pahang tidak lengkap kalau baginda tidak menjejak kaki mencemar duli meninjau keindahan hulu Pahang. Pada 11 Jan 2018 bersama YB Dato Hj Abdul Rahman Mohamad Ahli Parlimen Lipis/Ketua UMNO Bhg Lipis dan beberapa pemimpin tempatan lain, baginda telah mengikuti aktiviti di Gua Harimau, Kg. Teluk Gunung Merapoh dan Majlis Ramah Mesra bersama Anak-anak Yatim PKAYIA Lipis.
 


Baginda bersama-sama rombongan


Pandangan dan Nasihat YM Tengku Hasannal Ibrahim Alam Shah ibni Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Alhaj berkaitan lawatan ke Gua Merapoh


Seterusnya pada 12 Jan 2018 Program Ramah Mesra YM Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Tengku Abdullah Bersama-sama Masyarakat Orang Asli Pos Betau, Baginda disambut oleh Dato’ Wan Rosdy nin Wan Ismail Exco Kerajaan Negeri Pahang/ADUN Jelai.





 

Sebelah petang selepas sembahyang jumaat Tengku Hassanal bersama rombongannya  pergi melihat sendiri cara memproses Gula Kabung di Kampung Peruang Benta, yang merupakan tempat yang terkenal dalam penghasilan  produk tersebut,  baginda diiringi oleh Dato’ Abdul Rahman dan Dato’ Sofi  ADUN Benta.



Tengku Mahkota Pahang

Tengku Panglima Besar Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah telah dilantik menjadi Tengku Mahkota Pahang pada 29 Januari 2019 Setelah ayahanda beliau Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ditabal sebagai Sultan Pahang, Istiadat pemasyhuran tersebut telah diadakan di Balairung Seri Istana Abu Bakar Pekan.

Tengku Hassanal 


. #DaulatTuanku


Tiada ulasan:

AddToAny