responsif teks foto

Rabu, 16 Mei 2018

Anak Lipis dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri Melaka.

selepas majlis angkat sumpah
Siapa sangka 'Anak Lepeh' yang dikenali sebagai Sofi yang selalu membantu arwah ayahdanya menarik ‘pegawai’ di bangsal titik untuk membuat sebilah parang, mendayong perahu panjang mencari ikan baung di Sungai Telang, Kampung Lubuk Kulit untuk dijual di pekan sari Padang Tengku telah dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri Melaka sebentar tadi.

Beliau mendapat dididkan awal di Sekolah Kebangsaan Lubuk Kulit 1976-1980, Sekolah Menengah Jengka 18, 1981 -1983 seterus ke sekolah Menengah Clifford Kuala Lipis 1984 -1985 Matrikulasi Sekolah Menengah Sains Sultan Muhamad Jiwa Sungai Petani 1986 -1987 dan USM Pulau Pinang 1993.

Merupakan seorang yang suka merendah diri, komited, gigih berusaha dalam parti atau pun bidang perniagaan. Pada PRU ke-14 baru-baru ini beliau telah bertanding di N9 Durian Tunggal atas tiket PKR- AMANAH mengalahkan penyandang PRU ke-13 Datuk Ab. Wahab Ab Latif (BN) dengan Majoriti 763.

Biodata ringkas beliau adalah seperti berikut:

NAMA : SOFI WAHAB

UMUR : 49 tahun

PENDIDIKAN Ijazah Sarjana Muda Teknologi Industri dengan Kepujian dari USM, P.Pinang - 1993

KELAYAKAN PROFESSIONAL Lead Assessor/Auditor - International Register of Certificated Auditors (IRCA)
PEKERJAAN SEKARANG  Ahli Politik Sepenuh Masa

PENGALAMAN KERJAYA

Perunding (Consultant) Sistem Pengurusan Kualiti Aeroangkasa AS9100 - 2016-2017
Pengurus di Jabatan Khidmat Sokongan UST Sdn Bhd (anak Syarikat CTRM Sdn Bhd) - 2011-2016
Jurutera Kanan (Senior Engineer) Kualiti di CTRM AC Sdn Bhd - 2001-2010
Pensyarah Matrikulasi UKM di Kolej UNIKEB Jengka - 1998-1999
Jurutera Kualiti di beberapa syarikat multinasional - 1993 - 1997
Pensyarah (Sambilan) Universiti Terbuka Malaysia (OUM) Cawangan Melaka - 2003
Pensyarah (Sambilan) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Jengka -1999
Pensyarah (Sambilan) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam - 1998

PENGALAMAN KEPIMPINAN UNIVERSITI

Pengarah Pilihanraya Kampus KBI USM - Sessi 1990/91, 1991/92, 1992/93
Exco Majlis Perwakilan Pelajar USM (MPPUSM/PMUSM) - Sessi 1991/1992
Setiausaha Sosial dan Budaya Majlis Perwakilan Pelajar USM (MPPUSM/PMUSM) Sessi 1991/1992
Pengarah Jawatankuasa Politik dan Pilihanraya KBI USM - 1990-1993

PENGALAMAN & SUMBANGAN KEPADA KEMASYARAKATAN DAN SEKTOR KORPORAT

Mengendalikan lebih dari 100 audit, kursus, workshop kepada syarikat-syarikat korporat dan kilang-kilang dalam bidang Sistem Pengurusan Kualiti khususnya Aeroangkasa di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand.

Mengendalikan kursus-kursus motivasi pelajar dan pembangunan manusia
PENGALAMAN POLITIK

Naib Pengerusi HARAPAN Melaka
Timbalan Pengerusi Parti AMANAH Negara, Negeri Melaka
Ketua Parti AMANAH Negara, Kawasan Parlimen Bukit Katil (Hang Tuah Jaya)
Berpengalaman selama 30 tahun dalam politik pembangkang.




 UCAPAN PENANGGUHAN SOFI WAHAB DURIAN TUNGGAL PADA SIDANG DUN MELAKA 26 NOV 2019

Tiada ulasan:

AddToAny