Jumaat, 25 Januari 2019

Besok... PRK Cameron Highland

Mohd Sani Royan
Oleh : Mohd Sani Royan

Siapa kata China DAP musuh Melayu? Benarkah DAP anti Melayu? Mengapa DAP ambil Melayu menjadi ahli? Demi selamatkan Negara dari ’Sanction’/sekatan ekonomi antarabangsa Melayu UMNO dan ISLAM PAS perlu sokong PH/DAP dalam PRK CH (Cameron Highlands). Dan Sejauh manakah Bahayanya jika BN/Najib kembali berkuasa?

Saya terpanggil untuk mengulas fenomena serangan UMNO terhadap DAP kerana UMNO tahu DAP adalah ancaman kepada hegemoninya sejak sekian lama. Kini jelas kesepakatan DAP , PKR, PPBM dan Amanah (PAN), telah melumpuhkan UMNO dan menghancurkan kekuasaannya yang dinikmati lebih 60 tahun yang lalu. Jadi adakah benar-benar DAP adalah memusuhi Melayu? Atau hanya memusuhi UMNO Kleptocracy dengan tingkahlakunya yang menyeleweng dalam mengendalikan politik domestic negara tercinta ini.

JIka benar DAP memusuhi Melayu mengapa pula mereka menerima keahlian dari kaum Melayu? Kebanyakkan mereka pula adalah terdiri dari intelek Melayu. Tidakkah DAP juga sanggup berkongsi kuasa bersama parti dominan Melayu seperti Amanah dan PKR dan suatu ketika dahulu PAS? Apa yang menjadi persoalan yang lebih besar adalah mengapa orang kuat dan penyokong DAP tegar seperti Robert Kuok dan Vincent Tan membantu kerajaan PH yang rata-rata adalah parti dominan Melayu malah lebih besar dari BN yang hanya di dominasi oleh satu parti Melayu iaitu UMNO dan BN sebenarnya di dominasikan oleh parti-parti bukan Melayu seperti MCA, MIC dan Gerakan yang rata-rata adalah bukan parti Melayu.

Robert Kuok yang kita tahu pernah memulakan perniagaan perkapalan MISC yang bertaraf MNC (Multi-national Corperation) atau TNC (Trans-national Corp) diwaktu orang Melayu masih belum mampu untuk memimpin sebuah Syarikat bertaraf dunia dan kemudiannya menyerahkan pengurusan MISC kepada orang Bumiputra Melayu dengan bimbingan kerajaan Melayu dan bukankah itu suatu petunjuk jelas bahawa China DAP ini yang kerap difitnah oleh UMNO adalah parti yang bukan anti-Melayu malahan DAP yang dikatakan jahat inilah yang membantu Melayu dalam perniagaan.

Maka di PRK Cameron Highlands (CH) yang kini mencalonkan Manogaran dari parti DAP untuk menjadi calon bagi PH tidak patut di hina dan difitnah oleh UMNO dan PAS sehingga menjatuhkan maruah dan imej DAP dikalangan Masyarakat Melayu Islam (UMNO dan PAS) di sekitar CH. Adakah wajar Pemimpin PAS dan UMNO menggunakan Hadith mengatakan Islam tidak boleh mengundi Kafir sedangkan mengundi Manogaran juga adalah mengundi ketuanya Tun Dr Mahathir PM seorang Melayu dan Islam? Dari segi ethikanya UMNO dan PAS telah menyalahgunakan agama untuk kepentingan politik mereka sedangkan taktik muslihat yang mengancam dan menakutkan pengundi seperti ini tidak pernah diajar oleh Nabi ya Kareem. UMNO dan PAS seharusnya tidak menjadi Desperado menyalahgunakan Alquran dan Hadith dalam kempennya. Berselindung dibelakang Agama Islam adalah suatu perbuatan yang tidak bermoral dan beretika dan membawa bahana dosa yang amat ditakuti / pedih azabnya.
Najib disambut  pempinan PAS setempat


Seperkara lagi yang mungkin berlaku di PRK CH ini adalah ‘’Kidnap’’ atau kuarantin Tok Batin di Pos Betau dan lain-lain Pos berhampiran Pos Pantos (Namun Tok Batin Pos Pantos sahaja yang mudah di dekati) contoh kg adalah di Kg Kerayong 1 dan 2, Kg Tual, Kg Jerangok dan berbelas-belas Kampong orang asal yang tidak diketahui kemana perginya Tok Batin mereka beberapa hari yang sudah. Adakah benar dakwaan YB Fuziah Salleh ini? Mungkinkah ini suatu kebetulan?

Mungkin BN boleh membuli orang asal di CH, atau mereka boleh mengelirukan mereka namun perbuatan mereka ini adalah bertentangan dengan ajaran Islam yang syumul. BN gagal menerapkan budaya dan amalan penerapan nilai Islam dalam menguruskan ‘’good governance’’ amal makruf nahi mungkar. Maka seharusnya BN tidak layak lagi memimpin negeri Pahang Darul Makmur dan seharusnya menyerahkan Negeri Pahang kepada PH demi untuk kesinambungan pemerintahan Melayu Islam yang cemerlang. Orang asal Pos Pantos sendiri mengatakan bahawa ‘Apa yang mereka dapat setelah 60 tahun bersama BN? Malah mereka telah dihalau dari Pos Lanai ke Pos Pantos. Mereka tidak di benarkan bercucuk tanam di pantos malahan untuk menanam padi mereka terpaksa mengharungi sungai dengan modal minyak bot 5 gelen untuk ke Lanai mencari rezeki sesuap nasi. Mereka bukan malas tetapi tidak dibenarkan bercucuk tanam di pos pantos kerana dikatakan tanah keliling sudah menjadi milik orang. Mengapakan begitu kejam Kerajaan BN menganiaya mereka? Benarkah ini semua?
sambutan ke atas Najib

Suatu perkara yang menakutkan di PRK CH ini adalah ancaman dari usaha bekas ketua Kleptocracy terbesar negara dan Dunia. DSNajib dilihat begitu aktif walaupon telah dikaitkan dalam banyak baggage penipuan dan penyamunan asset negara. Percubaannya untuk menjadi PM kali kedua seperti Tun M dan kembali berkuasa menjadikan PRK CH bahaya kepada negeri Pahang dan Negara Malaysia. Kemenangan BN akan merangsang kepada kembalinya kuasa Kleptocracy yang tidak disukai oleh kuasa dunia, maka yang jelasnya kuasa dunia seperti AS, Jepun, UK, German dan lain-lain major power besar kemungkinan akan mengambil tindakan ‘’sanction’’/sekatan ekonomi terhadap negara ini. ‘’Sanction’’ akan hanya memberi kesan yang sangat buruk terhadap rakyat miskin dan sederhana. Lihat saja hasil ‘’sanction’’ terhadap Syria, Yemen, yang kesannya puluhan ribu bayi mati kelaparan dan kurang nutrian dan kurang ubat-ubatan tidak kira mangsanya Melayu, China, India, dan Orang Asli. Masihkah kita mahu pemimpin sebegini?

Sebagai Veteren Pejuang Negara dan juga Penggerak Veteren Tentera (GVET) saya menyeru semua tentera dan bekas tentera temasuk Komando Polis VAT69 DAN Gerak Khas , serta kaum Melayu peneroka Felda, kaum orang Asli dan orang asal marilah bersama kami memberi undi dan kemenangan kepada PH/Harapan yang Bersih di PRK CH. Insyallah secebis pangkah anda akan menyelamatkan negara kita dari ‘’Sanction’’ antarabangsa yang bakal memberi kesan yang amat dahsyat kepada negara dan rakyat keseluruhannya. Semoga Alah melindungi kita semua. Amin.

Pertembungan antara Parti



Najib hanya cari sempati

Sabtu, 12 Januari 2019

Tengku Abdullah Sultan Pahang Keenam

Majlis Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang yang bersidang semalambersetuju bahawa Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang keenam.

Keputusan itu diumumkan oleh Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, Pekan, hari ini.

Majlis pemasyhuran Tengku Abdullah sebagai Sultan Pahang akan diadakan di Istana Abu Bakar Pekan pada 15 Januari ini.
Tengku Abdullah
Tunku Azizah Aminah Maimunah 
Tengku Abdullah

Sultan Pahang dipilih Agong ke-16

Pada  24 Jan 2019  Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah Shah hari ini dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baharu bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 31 Jan 2019.

Pemilihan Seri Paduka Baginda dibuat pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-251 (Khas) di Istana Negara hari ini.

Baginda menggantikan Sultan Muhammad V yang meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 berkuatkuasa 6 Jan lalu selepas memegang tampuk pemerintahan negara sejak 13 Dis 2016.

Mesyuarat tersebut turut memilih Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh sama, menurut kenyataan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad hari ini.

Kerajaan Negeri Pahang telah mengumumkan bahawa 31hb Januari 2019, merupakan CUTI PERISTIWA sempena Istiadat Menandatngani Sumpah Jawatan sebagai Yang Di Pertuan Agung Ke 16 oleh KDYMM Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah 



Khamis, 10 Januari 2019

Pilihanraya Kecil P.78 Cameron Highland.

P.078 Cameron Highland

Pakatan Harapan
Pakatan Harapan (PH) mengumumkan M.Manogaran sebagai calon parti itu yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands. Perkara itu diumumkan Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu sidang media di ibu Negara.
Calon PH M.Manogram



Barisan Nasional
Encik Ramli Mohd Noor, 63 tahun dan bekas Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) sebagai Calon Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen (P078). Ianya diumum oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri, Datuk Zamree Hamli, berkata wakil daripada Barisan Nasional (BN) membeli tiga set borang pencalonan, MyPPP dua set borang dan wakil daripada Pakatan Harapan (PH) serta BEBAS pula masing-masing satu set.

Borang pencalonan yang diedarkan ini perlu diserahkan di pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ahmad Shah, Tanah Rata antara jam 9 pagi hingga 10 pagi Sabtu ini.
Calon BN. Ramli Mohd Noor


PRU14.
Pada PRU14 lepas, Sivarajjh memenangi kerusi Parlimen Cameron Highlands yang membabitkan saingan lima penjuru dengan majoriti 597

Sivarraajh memperoleh 10,307 menewaskan Manogaran dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) (9,710 undi); Wan Mahadir Wan Mahmud dari PAS (3,587 undi); Mohd Tahir Kassim dari Berjasa (81 undi) dan B Suresh Kumar dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) (680 undi).

Pecahan mengikut kaum dengan 20% pengundi Orang Asli,  India hanya 14%. Melayu  34% dan Cina 32% .

Penamaan calon PRK Cameron Highlands akan diadakan pada 12 Januari dan pengundian pada 26 Januari ini.

Aktiviti kempen dah pun bermula


Menteri Pertahanan : Mohamad Sabu

Menteri  di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusuf Rawa

Menteri Sumber Manusia :  M. Kulasegaran

Lim Kit Siang

Hari Penamaan Calon 12 January 2019

4 CALON BERTANDING DI PRK CAMERON HIGHLAND

Mereka yang bertanding adalah :

Calon Bebas: Wong Seng Yee
1) Hj Salehuddin Ab Talib - Calon BEBAS, anak tempatan Kg Lubuk Kulit dan  Sg Koyan 1, bekas Pensyarah IPG berkelulusan Master.

2) M. Manogaran - PH, bekas calon PRU14, pemimpin berpengalaman.

3) Ramli Mohd Nor - BN, Bekas Pegawai Polis berpangkat Asisten Komisioner yang juga orang asli dalam suku Semai berasal dari Pos Menson CH..

4) Wong Seng Yee - Bebas
Calon Bebas: Sallehuddin Ab Talib

Calon PRK Cameron Highland
Hari mengundi 26 Jan 2019

Selepas 14 hari berkempen, maka hari ini seramai 31,639 pengundi di Cameron Highlands membuat pilihan siapakah yang akan mewakili suara mereka di Parlimen dalam pilihan raya kecil (PRK)

Semua 29 pusat mengundi dengan masing-masing 17 bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanah Rata, serta 12 lagi di DUN Jelai dibuka tepat pukul 8 pagi ini bagi membolehkan pengundi menunaikan tanggungjawab mereka.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), 29 pusat mengundi itu yang semuanya melibatkan bangunan sekolah akan ditutup secara berperingkat dengan sebuah ditutup pada 1 tengah hari; 5 (2 petang); 9 (3 petang); satu (3.30 petang); 7 (4 petang) dan 6 pada 5.30 petang.

SPR menyasarkan 70% pengundi keluar mengundi hari ini dan menjangkakan keputusan akan diketahui selewat-lewatnya 10 malam.


Intan Safura Ismail Penyelia Pusat mengundi SK Sungai Koyan.

Sumber SPR peratus keluar mengundi


 PRK P078 CAMERON HIGHLANDS

Peratusan Keluar Mengundi Biasa sehingga jam 2.00 Petang:
🕐 Peratus : 63%
Sumber: SPR

Keputusan Rasmi P78 Cameron Highland

keputusan mengikut saluran 

Keputusan Rasmi


Disebalik Kemenangan besar BN



Perasaan ahli Pas Tegar pertama kali mengundi BN di PRK Cameron Highland. Ada yang dalam hidupnya  tidak pernah sesekali mengundi BN tapi kali ini demi arahan peminpin parti, demi Agama dan Bangsa mereka sanggup lakukan.


Analisa pecahan undi PRK Cameron Highland

BN - 12,038
Melayu - 72% - 8667 undi
Cina - 1% -120 undi
India - 2% - 241 undi
Lain2 - 25% (Orang Asal)-3010 undi


PH - 8,800
Melayu - 8% - 704 undi
Cina - 82% - 7216 undi
India - 4% - 352 undi
Lain2 - 6% (Orang Asal) - 528 undi



Maklumat PRU Lepas