responsif teks foto

Sabtu, 12 Januari 2019

Tengku Abdullah Sultan Pahang Keenam

Majlis Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang yang bersidang semalambersetuju bahawa Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang keenam.

Keputusan itu diumumkan oleh Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, Pekan, hari ini.

Majlis pemasyhuran Tengku Abdullah sebagai Sultan Pahang akan diadakan di Istana Abu Bakar Pekan pada 15 Januari ini.
Tengku Abdullah
Tunku Azizah Aminah Maimunah 
Tengku Abdullah

Sultan Pahang dipilih Agong ke-16

Pada  24 Jan 2019  Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah Shah hari ini dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baharu bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 31 Jan 2019.

Pemilihan Seri Paduka Baginda dibuat pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-251 (Khas) di Istana Negara hari ini.

Baginda menggantikan Sultan Muhammad V yang meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 berkuatkuasa 6 Jan lalu selepas memegang tampuk pemerintahan negara sejak 13 Dis 2016.

Mesyuarat tersebut turut memilih Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh sama, menurut kenyataan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad hari ini.

Kerajaan Negeri Pahang telah mengumumkan bahawa 31hb Januari 2019, merupakan CUTI PERISTIWA sempena Istiadat Menandatngani Sumpah Jawatan sebagai Yang Di Pertuan Agung Ke 16 oleh KDYMM Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah 



Tiada ulasan:

AddToAny