Selasa, 20 Ogos 2019

Pelepasan Anak Ikan

Disember 2017 paparan berita TV 3 menunjukan air Sungai Telang tercemar teruk hingga berbau disebabkan oleh aktiviti perlombongan di Hutan Simpan Tersang. Dengan tindakan berkesan pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang aktiviti tersebut berjaya dibenteras. Air sungai pun sudah menampakan kejernihan walaupun tidak seratus peratus.


Pada hari ini dengan dengan daya usaha pihak Perikanan Negeri Pahang bersama Pejabat Penghulu dan pihak Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) kampung Lubuk Kulit telah melepaskan anak ikan berbagai spesies ikan darat.  Pihak Jabatan berharap penduduk kampung sama-sama menjaga ikan tersebut dengan melarang aktiviti memancing sepanjang sungai dan meletakan papan tanda ‘Dilarang Memancing’. Tujuannya adalah untuk mendapat keuntungan jangka panjang bagi penduduk kampung.

Majlis hari ini merupakan program kali kedua, oleh kerana ada keberkesanan program pertama dulu maka sekali lagi pihak jabatan memberi peruntukan 400 benih anak ikan disamping memberi sedikit peruntukan anak ikan kepada penternak kolam pesendirian. 



Tiada ulasan: