Halaman

Sabtu, 30 Ogos 2008

Selamat Tinggal Permatang Pauh


Saya telah meninggalkan Permatang Pauh untuk balik ke Lipis semasa hari mengundi kerana cuti sekolah sudah pun tamat. Banyak kenangan dan pengalaman yang saya lihat terutama apabila mendengar ceramah dari Penceramah BN dan KeAdilan.


Isu ceramah BN.

- Mencabar agar DSAI bersumpah mengikut jejak Saiful.

- DSAI agen Yahudi.

- Perjuangan individu yang mahu menjadi PM.

Kehadiran -Hanya rombongan yang mempunyai kereta besar, bergaya dan berpakaian tidak seperti penduduk tempatan.

Isu Ceramah KeAdilan.

- Besok memerintah harga minyak menjadi RM 2.00 seliter.

-.DSAI tidak bersumpah atas nasihat oleh ulamak.

- Pemerintah membolot harta negara untuk kroni.

- Kisah beliau ditangkap pada tahun 1998 dan 2008.

- Negara menghadapi kisis Ekonomi yang membimbangkan.

- Pelabur menjauhi dari melabur di Malaysia.

- Menubuh kerajaan baru pada 16 Sep 2008.

Kehadiran – Mencecah 5000 ke 6000 pada satu sesi ceramah. Terdiri dari berbagai kaum dan jentina.

Analisa – Kerajaan menghadapi perjalanan yang sukar pada pilihanraya akan datang jika golongan muda dan kaum lain memihak kepada Pakatan Rakyat. Saya melihat anak muda lelaki mahupun perempuan disebalik budak sekolah tahun 6 dan tingkatan 1 begitu bangga mengibar bendera KeAdilan. Perkataan yang tidak enak didengar semasa merayu undi seperti “UMNO perompak harta rakyat” ,”UMNO bodoh” dan lain-lain perlu diambil perhartian oleh pemimpin tertinggi UMNO.

Kehadiran KJ disetengah ceramah BN boleh menyebabkan kemerosotan undi bagi BN, kerana beliau tidak pandai bermain isu politik yang lebih matang. (perlu belajar lagi). Menabur CD Sumpah Saiful dan CD membuktikan DSAI ejen Yahudi belum cukup dan sungguh menampakan BN membodohkan pengundi Permatang Pauh yang memang cerdik dari pembuat CD tersebut.

Habuan jutaan ringgit untuk Masjid di dalam DUN Penanti tidak mengabukan mata pengundi Permatang Pauh yang mempunyai pegangan “beri ambil, undi belum tentu”.

Catatan di Permatang Pauh ini tamat disini sahaja, maklumat di atas adalah pengalaman saya di Permatang Pauh. Kalau catatan tersebut menyingung perasaan saya mohon maaf. Download Ceramah DSAI di Guar Jering

Ahad, 24 Ogos 2008

Ceramah KeAdilan


"Kat Lipis Tak Ada Kereta ni"
Malam tadi saya pergi ke Taman Guar Perahu untuk melihat Suasana dan sambutan ceramah KeAdilan. Memang tak dapat nafikan sungguh ramai penyokong Keadilan yang mendengar ceramah dari Dato Harun Din, YB. Azmin Ali dan pengantinnya Dato Seri Anwar Ibrahim walaupun hujan gerimis. Saya anggarkan 5000 ke 6000 ribu manusia yang hadir, jalan raya penuh sesak dipenuhi oleh peminat atau penyokong DSAI. Inti pati ucapan menyentuh isu Liwat, Sumpah Saiful, Harga Minyak, Kerajaan Pakatan Rakyat dan lain-lain umum mengetahuinya.

'Char Koay Tew' Sungai Dua
Saya sebenar telah lama teringin makan 'Char Koay Tew' dan air nira maklumlah tinggal di Lipis tidak ada semua itu. Saya pun mencari makanan tersebut disekitar Permatang Pauh dan terjumpa Char Koay Tew Sungai Dua memang sedap, air nira pula saya terjumpa di Kubang Semang. Disini rupanya ada juga orang Pahang yang datang membantu jentera kempen KeAdilan mereka tinggal di Padang Ibu, Guar Jering.

Sabtu, 23 Ogos 2008

Saya dipermatang Pauh





Pada jumaat baru ni saya sembahyang jumaat di Taman Guar Perahu. Katib yang membaca khutbah pada hari itu menjelaskan kepada makmum berkenaan dengan sumpah mengikut dalam Islam. Katib tidak mengunakan teks seperti ditempat kita.

Pada sebelah malam saya pergi Keceramah Umum KeAdilan sungguh ramai hadirin yang mendengar ceramah jalan raya menjadi sesak hingga saya terperangkap.

Malam sebelum itu saya pergi ke Forum Perdana RTM kerusi banyak tidak dipenuhi kehadiran dianggarkan 30 Orang. Saya ingat ahli penel hanya bercakap seorang.

Begitulah serba sedikit saya diPermatang Pauh. Banyak ceritanya lagi.

Permatang Pauh




Saya sekarang berada di Permatang Pauh semejak budak cuti sekolah. Saya tak mahu menceritakan suasana disini sebab terlalu banyak cerita dari blog lain. terima kasih.

Ubah fikiran

"Pada mulanya saya malas nak tulis apa pun cerita di sini sebab ada kawan kita kat lipis hendakkan cerita dari Permatang Pauh ni, saya tulis juga dan masukan gambar itu pun kalau ada kesempatan.
Blog Suasana Permatang Pauh.

Khamis, 7 Ogos 2008

Berhati-hati warga Lipis




Polis buru 3 Perompak

KUALA LIPIS - Pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Lipis masih menjejaki tiga perompak yang terlibat dalam rompakan kira-kira jam 3 pagi di Kampung Relong di sini, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Abdul Razak Hassan, berkata sejumlah RM3,000 barangan dan wang tunai dicuri termasuk dua telefon bimbit, barang kemas, pemain MP3, mesin pencetak komputer dan wang tunai RM150.

“Mangsa yang juga seorang guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Clifford memberitahu tiga perompak itu memasuki rumahnya melalui pintu depan yang diumpil,” katanya.

Abdul Razak berkata, perompak itu bersenjatakan parang sebelum mengikat mangsa dan isterinya yang juga guru Sekolah Kebangsaan (SK) Gua.

“Manakala tiga anaknya berusia 6, 4 dan satu tahun pula tidak diikat dan selamat kerana tidak membuat bising,” katanya.

Menurutnya, mangsa kemudiannya menggeledah seluruh rumah mangsa sehingga jam 4 pagi sebelum mangsa memaklumkan kejadian tersebut ke Balai Polis Padang Tengku pada jam 5.30 pagi selepas berusaha membuka ikatan perompak tersebut.

“Pasukan polis segera bergegas ke rumah mangsa dan memeriksa seluruh rumah,” katanya.

Abdul Razak berkata, kedudukan rumah mangsa adalah terletak di tepi jalan besar laluan Kuala Lipis - Gua Musang.

“Saya percaya rompakan berlaku kerana keadaan persekitaran gelap kerana mangsa hanya menyalakan lampu bilik di dalam rumah sahaja,” katanya.

Abdul Razak menasihatkan agar orang ramai memastikan kawasan sekitar rumah diterangi cahaya lampu bagi membolehkan sebarang tindakan mencurigakan dilihat orang ramai.

“Semak samun juga harus dibersihkan supaya mewujudkan kawasan lapang dan luas bagi mengekang kejadian ini daripada berleluasa,” katanya.

Sementara itu, Abdul Razak berkata kes tersebut masih dalam siasatan dan beliau mengharapkan kerjasama daripada penduduk setempat untuk melakukan rondaan malam bagi membantu mencegah kegiatan terbabit. - dari : Sinar Harian

Isnin, 4 Ogos 2008

Lawatan Perdana Menteri ke Tanjung Ghai


Pada 05 Ogos 2008 Jam 0830 pagi Dato Seri Abdullah Badawi akan merasmikan Argopolitan Ghai di Kawasan ADUN Jelai Bahagian Cameron Hihgland dalam daerah Lipis. Lawatan PM buat pertama kali di daerah ini sangat dialu-alukan oleh warga Lipis.

Semua dijemput hadir

Cerita sepenuhnya


Pada sebelah malam di Daerah Bentong jiran kepada Raub dan Lipis ada Satu ceramah umum yang akan dihadiri oleh Dato' Seri Anwar bin Ibrahim akan dianjurkan oleh PKR Bahagian Bentong dengan disokong oleh AMK Bahagian Bentong. Perincian ceramah adalah seperti di bawah :


Tarikh : 5hb Ogos 2008 Jam 9 malam
Tempat : Markas PAS Cegar Medang, Benus Bentong (Belakang Restoran Dara Tomyam Jalan
Ketari, Bentong)
Penceramah : 1) Dato' Seri Anwar Ibrahim - Ketua Uumum PKR
2) Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man - Pesuruhjaya PAS Pahang
3) Sdr. Mustafa Kamil Ayub - Naib Presiden PKR
4) YB Choong Siew Onn - Adun DAP Tras

Semua dijemput hadir

Cerita sepenuhnya