Talian Kecemasan Polis 09-3122222/09-3122204, Bomba 09-3124444/09-3121539. Hospital 09-3123333, APM Lipis 09-3122999/09-3101710
Halaman
▼
Sabtu, 24 September 2011
Khamis, 22 September 2011
Dato Seri Anwar Ibrahim akan berceramah di Lipis
Penceramah : Dato’ Seri Anwar Ibrahim
: Sdr Zakaria Abd Abdul Hamid
(Ketua KeAdilan Cabang Lipis)
: Dr Hamzah Jaafar
(Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang)
: Koh Boon Heng
(Naib Pengerusi DAP Pahang)
: Dr Nilam Abd. Manap
(Setiausaha PAS Raub)
: Sdr. Rizal Jamin
(Setiausaha AMK Malaysia )
Tarikh : 25 September 2011 (Ahad)
Masa : 8.45 Malam hingga 11.45 Malam
Tempat : Bilik Gerakan Pakatan Rakyat Kampung Terap, Budu.
(Sebelah Sekolah Menengah Panglima Garang Abd Samad - SMPGAS)
SEMUA DIJEMPUT HADIR
Khamis, 15 September 2011
Pertandingan Memancing : Juara RM 20,000.00
Pertandingan Memancing : Juara RM 20,000.00 |
Pertandingan Memancing Kolam Sempurna Sejati
Tempat : Kampung Beletik, Lubuk Kulit Kuala Lipis Pahang
Tarikh : 25 Sep 2011 (Ahad)
Masa : 0900 Pagi - 0100 Petang.
Juara : RM 20,025.09
Kedua : RM 8,025.09
Ketiga : RM 2,025.09
1 Joran RM 100
200 t shirt bagi pendaftar awal.
Keterangan Lanjut Hubungi : Hisham 014 - 2118289, 014 -5378589 Midi 019 - 3430427 Hamidan 014 - 2118279
Selasa, 13 September 2011
Kuala Lipis bukan lagi kawasan terpencil.
foto Kuala Lipis |
oleh alberangque
Hampir sebulan tiada kiriman, sibuk sikit dan kekurangan idea. Sesekali teringat beberapa peristiwa silam. Semasa aku masih seorang guru sekolah di Kuala Lipis khususnya di Padang Tengku. Terdapat beberapa orang guru dari Kuala Lumpur atau Selangor yang ditempatkan di SMK Padang Tengku tidak datang melapur diri. Namanya sampai dalam senarai penempatan tetapi orangnya tiada.
Persoalannya mengapa mereka tidak datang? Kuala Lipis bandar hulu, bandar jalan mati, the end of the road. Memang betul 30 puluh tahun dahulu!! Kuala Lipis bandar kelahiran Mohd Najib Tun Abdul Razak (57 tahun yang lalu) adalah bandar jalan mati. Satu-satunya jalan yang menghubungkan Lipis dengan Jerantut atau Raub ialah “Pahang Trunk Road” (Jalan Belalai Pahang). Maka tak pelik orang tak nak datang ke Lipis ketika itu. Selain jalan raya Lipis juga dihubungkan keluar melalui keretapi. Keretapi dari Gemas ke Tumpat melalui stesyen Keretapi Kuala Lipis. Apa-apa hal pun itu sudah menjadi sejarah. DS Najib Razak, walau pun lahir di Lipis tetapi tak beri pun perhatian untuk memajukan Lipis.
Bermula tahun 80′an satu jalan keselamatan yang menghubungkan Kuala Lipis dengan Gua Musang mula dibina. Sekitar tahun 1987 jalan itu sudah boleh dilalui. Aku masih ingat dimusim hari raya banyak kereta yang hendak ke Kelantan singgah di Balai Polis Kuala Lipis mengambil permit untuk menggunakan jalan Kuala Lipis – Gua Musang. Jalan keselamatan itu sudah di up grade dari masa ke semasa. Kini laluan Kuala Lumpur ke Kota Bahru melalui Kuala Lipis sentiasa sibuk. Kalau masa cuti sekolah atau cuti hari raya atau nak pilihan raya jalan menjadi sangat sibuk. Pernah berlaku “jem” di kampung aku sewaktu hampir raya puasa. Kuala Lipis bukan lagi bandar mati, no more dead town!! Setiap hari lebih 60 buah bas akan melalui laluan ini sehala dari KL ke KB. Kalau dua hala kiralah sendiri.
Kalau dulu nak ke Jerantut melalui jalan raya terpaksa melalui pekan Benta tetapi dalam tahun 90′an satu jalan pintas telah siap dari Jerantut melalui Kuala Tembeling, Mela dan Kerambit terus ke Kuala Lipis. Oleh itu perjalanan ke Temerloh atau Kuantan sudah dapat di percepatkan.
Beberapa bulan yang lalu satu lagi jalan dari Kuala Lipis terus ke Cameron Highlands telah boleh digunakan. Dari Bandar Lipis ke Tanah Rata (CH) hanya memakan masa satu jam empat puluh minit sahaja. Laluan yang diikuti ialah Bandar Lipis, Kampung Berchang, Felda Sungai Koyan, Betau, Ringlet dan Tanah Rata. Hujung minggu yang lalu jalan Kuala Lipis ke Padang Tengku kelihatan sibuk daripada biasa. Banyak kereta dari Kuantan, Temerloh serta Jerantut menuju ke Tanah Rata menggunakan laluan yang baru ini.
Baru-baru ini aku menggunakan jalan ini ke Kedah (Kuala Pegang, Baling). Dari rumah aku sehingga ke Ringlet (1 jam 20 minit) seterusnya ke Tapah (1 jam) dan mengambil lebuh raya PLUS sehingga Kuala Kangsar dan mengambil jalan ke Grik terus ke Baling. masa yang aku ambil ialah kurang dari enam jam.
Oleh itu suka aku mengatakan bahawa Kuala Lipis bukan lagi kawasan terpencil. Kedudukannya ditengah-tengah Semenanjung Malaysia menjadi tempat strategik kepada laluan dari utara ke selatan dan dari timur ke barat. Sekian TK. : Dari blog Wadah Orang Kampung.
Ahad, 4 September 2011
Hobi selepas Raya
akuarium |
‘Baffle filters’ |
Saya diberi sebuah akuarium oleh jiran. Akuarium tersebut 18” x 36” inci, besar juga… tak tahu berharga yang dia beli. Untuk menarik dan memuatkan ikan saya telah menambah aksesori dengan membeli ‘Baffle filters’ bersama ‘Aquarium Water Pumps’ berharga RM 90 bersama penutup/lampu berharga RM 85.
Selepas itu, saya membeli beberapa ekor ikan emas berharga RM 6.00 x 6 dan beberapa ekor ikan kecil. Semasa di kedai ikan hiasan saya bertemu dengan ‘hamba allah’(tak tahu nama) yang mencerita serba sedikit cara-cara membela ikan hiasan dan bagaimana hendak memasang ‘Baffle filters’ supaya air boleh tahan selama 6 bulan tanpa dibuang. Kalau nak beli anak ikan kelah RM 25, ikan kelisa besar RM 1000 memang tak beli pun.
Komen
Siapa ada maklumat berkenaan dengan cara-cara, petua membela ikan hiasan boleh kongsi bersama.