Halaman

Ahad, 26 Februari 2012

Kilang LYNAS di Pahang





1. Kilang Lynas sudah pun 95% dibina di Gebeng Kuantan. Keluasan menyamai 140 buah padang bola atau 100 hektar tanah. Kedudukan Kilang Lynas diapit oleh Polyplastic dan Projek Fasa 1 Kluster Industri Minyak Kelapa Sawit yang juga berhadapan dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan bersebelahan dengan BASF Petronas Chemicals. Juga tercatat papan tanda LAMPSON atau Lynas Advanced Material Plant (LAMP) antara Lynas Malaysia Sdn Bhd dan UGL Resources. UGL Resources adalah syarikat utama yang berpengkalan di Australia dalam bidang Pengurusan Aset dan Projek dengan jumlah kakitangan sekitar 42,000 orang. Mereka telah dianugerahkan Kontrak Pengurusan Projek Pembinaan Lynas di Gebeng pada 22/2/2010 dengan nilai kos pengurusan projek di sekitar RM96.8 juta. UGL Resources bertanggunjawab di dalam urusan rekabentuk kejuruteraan kilang Lynas. Kos infrastruktur Lynas di Gebeng dianggarkan sekitar RM700 juta.

2. 100% milik Lynas Australia.

3. Dijadual untuk disiapkan Suku-3 2011 (September). Tarikh asal dikatakan pada Suku-1 2011 (March).

4. Lesen untuk dibina diberi pada tahun 2008.

5. Peluang Pekerjaan hanya untuk 350 orang sahaja.

6. Akan menghasilkan 22 ribu tan ‘rare earth oxide ‘ setahun.

7. Nilai eksport dianggarkan pada nilai RM8 Billion setahun.

8. Bebas Cukai selama 12 tahun.

9. China merupakan pembekal ‘rare earth’ atau nadir bumi terbesar di dunia sebanyak 95%. Dijangka berlaku penurunan export nadir bumi atau ‘rare earth’ China dari 72% kepada 37% pada tahun 2011.

10. Harga satu tan pada RM364, 800.

11. Pembeli terbesar adalah dari Jepun, Amerika dan Eropah untuk keperluan industri berteknologi tinggi (Magnet Prestasi Tinggi) seperti Kabel Fiber Optic, Monitor LCD, Komputer, Lensa Kamera, Mentol Lampu, Smartphone, Alatan Ketenteraan dan Kereta Hybrid.

12. Lynas dijangka akan menjadi pengeluar 1/3 daripada keperluan ‘rare earth’ atau nadir bumi dunia selepas 2 tahun beroperasi.

13. Proses menghasilkan ‘rare earth’ atau nadir bumi secara umumnya:

a) Ore dilombong di Mount Weld Australia.

b) Ore tersebut kemudiannya akan dikeringkan dan proses pengasingan akan dilakukan. Di sini ‘rare earth concentrate’ akan dihasilkan.

c) Di Gebeng Kuantan, proses seterusnya ialah menghasilkan ‘rare earth compounds’ dimana rawatan dengan menggunakan bahan kimia akan dilakukan untuk proses pengasingan seterusnya.

d) ‘rare earth compounds’ tersebut akan seterusnya diproses dengan menggunakan kuantiti bahan kimia yang berbeza bergantung kepada jenis ‘rare earth’ atau nadir bumi itu, sama ada ia ringan atau berat untuk menghasilkan ‘ rare earth oxides’ di mana ia kemudiannya dihantar atau dieksport semula ke kilang pengeluar produk.

e) Di kilang pengeluar produk berteknologi tinggi, ‘rare earth oxides’ ini akan diproses sekali lagi juga menggunakan teknik ‘solvent extraction’ untuk menghasilkan ‘rare earth metal’ yang akan digunakan secara langsung atau dicampurkan dengan bahan lain untuk menghasilkan produk berteknologi tinggi itu.

14. ‘Rare earth ore’yang dilombong di Mount Weld mengandungi beberapa mineral utama dan diantaranya ialah monazite. Monazite adalah bahan radioaktif. Di dalam bahan mineral monazite ini terdapat thorium, cerium dan lanthanum. Monazite kaya dengan Thorium dan Thorium ini juga adalah bahan radioaktif yang tinggi dan boleh digunakan untuk menggantikan uranium dalam menghasilkan tenaga nuklear.

15. ‘Rare earth concentrate’ yang diimport dari Australia untuk diproses di Gebeng Kuantan ketika itu dianggarkan mengandungi 0.0029% Uranium dan 0.16% Thorium for every metrik tan.

16. ‘Rare earth concentrate’ yang diimport akan diproses untuk dijadikan ‘rare earth oxide’ di Gebeng Kuantan. Daripada komen yang disampaikan oleh CEO Lynas sendiri, kandungan Thorium adalah pada nisbah 55:10,000 metrik tan dan dari 22 ribu tan setahun ‘rare earth oxide’ yang dihasilkan dari kilang Lynas atau LAMP di Gebeng Kuantan itu, sisa buangan Thorium yang dianggarkan akan dihasilkan dalam tempoh setahun adalah sebanyak 121 metrik tan bersamaan dengan 121 buah lori 1 tan atau 24 buah lori 5 tan SETAHUN!

17. Maklumat berkenaan Thorium dan kesannya kepada manusia persekitaran seperti yang dilaporkan oleh Agensi Perlindungan Persekitaran Amerika Syarikat (EPA) adalah seperti berikut:

a) Thorium-232 mempunyai jangka hayat 14 billion (14×109) tahun.

b) Thorium-230 dan Thorium-228 mempunyai jangka hayat 75,4000 tahun.

c) Pencemaran Thorium boleh merebak dengan lebih meluas melalui air dan udara.

d) Mereka yang tinggal berdekatan tempat yang menghasilkan sesuatu bersama Thorium berkemungkinan terdedah kepada bahaya Thorium.

e) Manusia boleh dijangkiti atau terdedah dengan Thorium melalui sedutan udara, makanan dan air.

f) Thorium yang dihidu atau disedut melalui udara akan kekal untuk jangka masa yang lama pada salur pernafasan. Thorium yang masuk ke salur darah akan juga tinggal di tulang pada jangka masa yang lama.

g) Risiko Kanser di tekak, tulang dan pankreas kesan dari hiduan sisa Thorium.

18. Kes 1: Syarikat Mitsubishi Chemical yang terlibat dalam industri pemprosesan ‘rare earth’ di Bukit Merah dikaitan dengan 8 kes Leukimia dan 7 kes kematian. Telah ditutup pada tahun 1992 dan kerja-kerja pembersihan sisa masih berjalan sehingga ke hari ini (Hampir 20 Tahun) dan telah menelan belanja lebih RM300 juta.

19. Kes 2: Kebocoran radiasi di Fukushima selepas bencana Gempa Bumi dan Tsunami mendesak kerajaan negeri Jepun yang dikatakan cukup maju dalam pengurusan bencana untuk melebarkan kawasan evakuasi dari 16KM kepada hampir 40KM termasuk mengisytiharkan tahap 7 kebocoran radiasi, sama seperti yang dialami di Chernobyl Ukraine pada tahun 1986 yang telah meragut hampir 200,000 ribu kematian akibat kanser seperti yang dilaporkan oleh Greenpeace ketika itu.

20. Kes 3: Kesan toxic dan radioaktif dari industri ‘rare-earth’ di Baotou Mongolia. Setiap proses ‘rare-earth’ bermula dari perlombongan ‘ore’ ke ‘rare earth oxide’ atau ‘rare-earth metals’ banyak menggunakan bahan asid dan kimia. Malah ketika perlombongan ‘ore’, bahan asid akan dimasukkan ke lubang yang digali. Sisa buangan radioaktif khususnya Thorium juga dihasilkan ketika melalui semua proses itu. Kebocoran bahan asid, kimia dan sisa radioaktif ini yang banyak berlaku di Baotou terbukti telah menyebabkan kemusnahan kepada hasil pertanian dan kesihatan seperti kerosakan hasil tanaman, gigi tercabut dan rabut putih atau beruban diawal usia muda sekitar 20-an. Malah kematian disebabkan kanser juga direkodkan walaupun lokasi penempatan penduduk berada 10KM dari kawasan penyimpanan sisa buangan radioaktif itu.

21. Kes 4: Kajian yang dilakukan oleh Kolej Perubatan Jiangxi di China dari sample darah dan ujian IQ pada kanak-kanak mengemukakan kesimpulan bahawa kanak-kanak di sekitar umur 7-10 tahun yang tinggal berdekatan dengan kawasan ‘rare-earth ore’ berkemungkinan mempunyai IQ atau kecerdasan akal yang lebih rendah berbanding mereka yang tinggal jauh atau yang tinggal di kawasan yang terkawal.

22. Kesannya kepada sumber ekonomi negara khususnya kegiatan ekonomi rakyat di sekitar Kuantan dan Kemaman:

a) Sektor Perlancongan khususnya di Cherating Pahang (dalam Jarak 18-20 KM dari lokasi Kilang Lynas).

b) Sektor Perikanan di Kuantan adalah antara yang terbesar. Terdapat 390 nelayan laut dalam yang berdaftar.

c) Sektor Industri Kecil dan Sederhana (IKS) khususnya makanan laut (Keropok Lekor, keropok, ikan bakar dan sebagainya).

d) Nilai hartanah akan merudum kerana tiada siapa yang mahu membeli tanah atau kediaman di sekitar Kuantan dan di Kemaman.

e) Ancaman kepada syarikat berdekatan khususnya Petro-Kimia seperti Kaneka, MTBE, Petronas BASF dan BP Chemicals. Kerugian yang besar jika operasi mereka terganggu dengan insiden kebocoran sisa radioaktif yang boleh menjejaskan kesihatan pekerja mereka.

f) Pelabur baru dari luar negeri dan dari luar negara tidak akan berminat untuk melabur kerana ancaman sisa radioaktif daripada Lynas. Risiko terlalu tinggi.

23. Pertikaian rakyat khususnya rakyat setempat adalah berkenaan:

a) ‘Public Consultation’ atau Konsultansi dari pihak awam tidak pernah berlaku malah sebelum lesen untuk dibina dikeluarkan pada tahun 2008.

b) Laporan penuh Jabatan Alam Sekitar tidak dikongsi kepada rakyat, hanya Ringkasan Eksekutif yang dipaparkan di halaman web.

c) Lokasi yang terlalu dekat dengan kawasan kediaman. Jarak 2 KM dari Balok dengan kepadatan penduduk seramai 16700 orang. Jika diambil kira keluasan evakuasi di Fukushima dalam jarak 40KM dari Gebeng Kuantan, kebocoran sisa radioaktif akan melibatkan keseluruhan penduduk di Kuantan, Gambang, Cherating malah Kemaman di Terengganu sekalipun. Jumlah penduduk yang mungkin terlibat boleh mencecah hampir 800 hingga 900 ribu secara keseluruhannya dengan Kuantan sahaja di sekitar 600 hingga 650 ribu orang. Syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Australia adalah minima 35KM dari kawasan penempatan penduduk.

d) Cadangan untuk membawa masuk ‘rare earth concentrate’ dari Mount Weld Australia ke Malaysia sebagai bahan bukan radioaktif dari pelabuhan Kuantan.

e) Menteri Western Australia, Hon Norman Moore memaklumkan sisa buangan radioaktif itu adalah milik Malaysia dan tidak akan diterima balik oleh Australia.

f) Sisa buangan radioaktif dari ‘rare earth’ boleh dibuang sama seperti sampah domestik.

g) Percanggahan kenyataan bahawa Mount Weld ‘ore’ yang dilombong di Austalia adalah jenis lanthanide dan bukan monazite.

h) Panel bebas yang dilantik oleh Kerajaan Malaysia iaitu IAEA atau Agensi Tenaga Atom Antarabangsa tidak bebas dan berat sebelah kerana mereka bukan ‘regulator’ atau pembuat undang-undang yang tiada berkepentingan dalam sumber tenaga itu tetapi mereka adalah ‘promoter’ atau pihak yang menyokong penggunaan sumber tenaga itu.

i) Panel bebas harus diwakili dan dilantik oleh rakyat yang berkepentingan dalam isu ini.

j) Kelulusan untuk beroperasi tidak boleh diberi selagi mereka tidak memenuhi piawaian yang dicadangkan oleh Molycorp Minerals (California).

k) Piawaian negeri China yang berkait dengan Perancangan Pengurusan Pemprosesan dan Sisa Buangan tidak seharusnya digunakan. Sebagai contoh Menggunakan piawaian China GB9133-S3 dimana sisa buangan dengan aktiviti khusus yang kurang daripada 74Bq/g diklasifikasikan sebagai bukan sisa radioaktif dan boleh disimpan di kemudahan simpanan sisa biasa.

l) ‘Proof of Concept (POC)’ atau Bukti Konsep seharusnya dibuat oleh Panel Pakar yang bebas dan ujian konsep ini seharusnya dilakukan di Mount Weld Australia sendiri.

m) Cadangan membawa ‘rare earth’ bukan sahaja dari Australia tapi juga dari Malawi. Berkemungkinan ‘rare earth’ dari negara lain akan dibawa ke Gebeng Kuantan. Gebeng Kuantan berkemungkinan akan menjadi pusat serantau Asia malah dunia dalam penyimpanan sisa radioaktif dari perlombongan ‘rare earth’.

n) Denda RM50 juta seperti yang termaktub di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom Perenggan 59 (1) untuk setiap bencana kepada Lynas dilihat cukup ringan berbanding hasil RM8 Billion setahun LAMP. Hanya satu bencana yang melibatkan sisa radioaktif memadai untuk menjadi ancaman yang serius dan kekal lama kepada semua.

KOMEN
“Buruknya lebih banyak dari kebaikan, kaya macamana pun tapi kesihatan terjejas tak berguna. Mengejar kekayaan hasil tersebut tapi anak cucu hidup menderita dikemudian hari tak berguna juga. Maka kita orang Pahang fikir-fikir lah  kerana di Kuantan tu banyak sangat saudara mara kita...”



Sumber Seterusnya : klick


Netbook Satu Malaysia

Pelajar-pelajar yang menerima netbook tersebut
Majlis Perasmian yang disempurnakan oleh Dato' Shahrom
Pada 25 Feb 2012 pukul 3.00 petang telah diadakan satu  majlis penyerahan netbook kepada pelajar Sekolah Menengah Daerah Lipis yang disempurnakan  oleh YB Dato' Dr. Shahrom ahli Parlimen Lipis di Dewan Sekolah Menengah Clifford.  Seramai 500 pelajar Sekolah Menengah Orang Kaya Haji termasuk pelajar anak Orang Asli menerima netbook tersebut.

"Apabila mendapat netbook tersebut  kita perlu mengakses kepada jalur lebar(internet)  yang kita langgani, kita perlu mempunyai kemahiran untuk menapis segala maklumat yang kita terima dari internet tersebut.  Banyak cerita kita dengar dari penyalahanguna internet ini, contoh SMS ugutan, penyalahanguna Facebook, dan melihat perkara-pekara yang tidak berfaedah. Ibubapa perlu memantau penyalahanguna internet ini oleh anak mereka". Ujar Dato' Shahrom di dalam ucapan perasmian majlis tersebut.   

Ahad, 5 Februari 2012

Catatan Dari Seorang Guru

Pada satu hari aku ke pasar sehari di FELDA Sungai Koyan. Felda Sungai Koyan adalah satu penempatan FELDA yang agak unik kerana beberapa sebab. Pertama, setiap peneroka mendapat 14 ekar tanah ladang sawit, manakala Felda lain hanya menerima 10 ekar ladabg sawit sahaja. Mereka telah menerima geran hak milik tanah semenjak tahun 1994 lagi. Aku pernah hadir mewakili SMK (F) Sungai Koyan ke majlis penyampaian geran hak milik tanah itu.

Sek Men Keb Sungai Koyan 
Kedua, Felda Koyan 2 di teroka oleh 'Bekas Tentera' begitu juga Felda Koyan 3. Manakala Felda Koyan 1, penerokanya adalah orang dari kampung tradisional. 

Ketiga Felda Koyan 2 ada dua kawasan, Koyan 2 A dan Koyan 2 B. Antara kedua-dua kawasan ini diletakkan Felda Koyan 1. Keadaan ini ada sejarahnya yang tersendiri. Aku harap ada dikalangan anak peneroka Felda Sungai Koyan yang dapat menulis tentang perkara ini. 

Keempat, ditengah-tengah tanah Felda ini terdapat tanah geran hak milik yang bukan dipunyai oleh peneroka Felda sebaliknya merupakan bekas kampung tradisional tetapi kini sudah dijual kepada orang persendirian.

Kelima, Felda Sungai Koyan merupakan kawasan ladang sawit, tetapi tiada kilang sawit. Dulu sebelum kawasan ladang dibuat tanam semula, ada kilang sawit. Masa aku mengajar di SMK (F) Sungai Koyan, aku masih ingat setiap pagi kita dapat menghidu bau busuk dari kilang sawit yang tidak jauh dari kawasan sekolah. 

Keenam, pernah satu setika minyak masak tidak dijual dimana-mana peniaga di Felda Sungai Koyan. Pelik bin Ajaib….. Tempat penghasil kelapa sawit tiada bekalan minyak masak yang ditapis dari minyak kelapa sawit.

Hasil  Sungai Koyan 
Negara yang mengeluarkan minyak sawit terbesar di dunia, tidak cukup bekalan minyak masak bagi kegunaan penduduk negara ini, sedangkan minyak masak diproses dari minyak sawit. Inilah gambaran bahawa betapa teruknya pengurusan negara ketika ini. Berbagai dalih bodoh diberikan oleh menteri yang bertanggung jawab. Akhir sekali mereka kata ini fenomena global. Harga barang naik ini berlaku seluruh dunia. Takkanlah barang yang dalam kawalan negara kita, hilang dari pasaran merupakan fenomena global juga… Ini yang sangat celaru!!! Mengapa???


Itu sebabnya pihak pemerintah tak pernah nak jawab kemana perginya duit mengalir keluar negara secara haram sebanyak RM888 billion… Ada mengalir keluar kerana proses rasuah, ada juga yang digurup secara haram dan berbagai lagi… Negara yang dikurnia segala kekayaan oleh Allah SWT tetapi rakyatnya menderita apabila bahan yang dihasilkan oleh negara sendiri tidak dapat dinikmati oleh penduduk setempat…. Fikirkanlah….

Lombong Selising  Koyan 
Ketujuh… Dalam tanah di kawasan Felda Sungai Koyan dikatakan terdapat emas..!!! Bukan sahaja di kawasan ladang tetapi juga di kawasan tapak perumahan… Ini cerita lama!! Dulu dah pernah heboh dalam akhbar. Kini kesah itu sudah sejuk. Kalau sekali sekala kita ke Sungai Koyan kita akan bertemu dengan pekerja dari Syarikat Lombong Emas Selinsing. Selinsing ini adalah satu kawasan lombong yang ditinggalkan oleh British dan kini dibuka semula… Koyan tak jauh dari Selinsing.. Selingsing ada emas, Koyan pun ada emas juga. 

 Sekian kiriman ini dari blog wadah orang kampong : Celaru de Koyan


95 peratus emas Malaysia dari Lipis

India nak berhenti membeli sawit kita

Sabtu, 4 Februari 2012

BR1M keluar


BR1M di Sungai Koyan 

Apabila BR1M keluar, berderet-deret orang datang. awal-awal pulak tu. Secara sinis pengacara memberi teguran " tuan-tuan/puan-puan tak perlulah berebut-rebut, semua dapat,  masuklah dalam barisan, jangan duduk dalam bulatan. susah nak buat kerja,"


Majlis penyerahan duit tersebut telah disempunakan oleh YB. Dato’ Wan Rosdy bin Wan Ismail - ADUN Jelai di Dewan Orang ramai FELDA Sungai Koyan 2. 


Rabu, 1 Februari 2012

Bahaya kencing manis @ diabetes





Apa itu kencing manis?

Penyakit kencing manis adalah satu keadaan di mana terdapat kadar gula yang berlebihan dalam peredaran darah. Ini terjadi kerana badan kekurangan sesuatu hormon yang dipanggil insulin yang diperlukan untuk menukar gula kepada tenaga dalam badan kita. Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh organ bernama pankreas yang terletak dibawah perut. Badan kita mengeluarkan tenaga untuk menjalankan tugas harian daripada makanan. Dalam perut, makanan berkanji dan bergula yang dipanggil makanan karbohidrat ditukar kepada bahan gula yang dipanggil glukos dan masuk ke dalam saluran darah di mana ia akan digunakan oleh badan untuk menghasilkan tenaga. Glukos adalah punca utama yang memberi tenaga.

Dalam keadaan biasa, insulin membantu gula (glukos) dalam darah untuk memasuki sel-sel badan untuk ditukarkan kepada tenaga. Bagi orang yang mengidap penyakit kencing manis, organ pankreas tidak dapat menghasilkan hormon insulin dengan secukupnya atau insulin yang dikeluarkan tidak dapat bertindak seperti biasa. Akibatnya, glukos atau gula tidak dapat memasuki sel-sel badan. Kadar gula dalam peredaran darah menjadi tinggi. Gula yang berlebihan ini akan disingkirkan oleh badan melalui air kencing. Inilah sebabnya, penyakit ini dikenali sebagai penyakit kencing manis. Tanpa insulin, sel-sel badan tidak menerima bekalan glukos, walaupun kadarnya amat tinggi dalam peredaran darah. Ini menyebabkan badan akan kekurangan tenaga.

Punca Kencing Manis

(Penemuan TERBARU Dalam Dunia Perubatan Oleh Dr. Rais Bin Abdullah)



KEBOCORAN SALUR DARAH UTAMA merupakan punca sebenar penyakit kencing manis. Saluran yang dimaksudkan adalah saluran vena dan aorta yang berfungsi menyalurkan makanan yang telah diproses atau dicernakan terutamanya makanan yang membekalkan tenaga ke seluruh badan.

Oleh sebab kebocoran tersebut, tenaga tidak dapat disalurkan dengan sempurna yang mana tenaga keluar melalui kebocoran tersebut mengakibatkan badan menjadi lemah, urat saraf lemah dan mengecut. Malah, organ pankreas juga tidak mendapat bekalan tenaga yang secukupnya bagi merembeskan insulin dan mengakibatkannya menjadi tidak aktif dan mengecut. (rujuk rajah di atas).

Kegagalan organ pankreas untuk menghasilkan insulin mengakibatkan kita menghidapi penyakit kencing manis, darah tinggi, kegagalan buah pinggang, tenaga dalaman menurun dan mengakibatkan saluran jantung mengecut serta boleh mengakibatkan buta.

Kebocoran yang dimaksudkan berlaku adalah disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan dan bukannya gula yang berlebihan. Asid urik ini datangnya daripada pemakanan tidak sihat yang kebanyakkan amalkan seperti kerap memakan santan, mee kuning, makanan laut, minuman berkarbonat, cili padi dan sebagainya.

Kandungan gula berlebihan dalam badan hanya meningkatkan bacaan ketika membuat pemeriksaan kencing manis dan bukannya punca mengakibatkan kencing manis. Maka, pengambilan ubat-ubatan atau suplemen yang hanya bertindak mengurangkan kandungan gula atau mengaktifkan pancreas adalah bersifat mengawal kerana selagi masalah kebocoran diselesaikan.





Individu Yang Berisiko Tinggi

1. Individu yang mempunyai tabiat pemakanan yang tidak sihat dan gemar mengambil makanan/minuman yang mengandungi asid urik yang tinggi seperti air bikarbonat dan makanan segera serta gemar makan cili padi termasuk bijinya.


2. Berat badan berlebihan atau obesiti. Semakin berat badan anda, semakin tinggi risiko anda menghidap diabetes kerana faktor pemakanan yang tidak terkawal.

3. Latar belakang keluarga yang mempunyai diabetes. Namun begitu ia bukan disebabkan oleh faktor genetik tetapi faktor pemakanan yang dimakan semasa proses pembesaran dalam keluarga tersebut.

4. Berumur 35 tahun atau lebih tua. Semakin tua semakin tinggi risiko anda untuk menghidapi diabetes.

5. Sejarah diabetes pada kehamilan akhir.

6. Gaya hidup yang tidak sihat dan tidak aktif.

7. Tahap lemak atau kolesterol yang tinggi.


Komplikasi Diabetes

Keadaan kecemasan:

i) Hipoglisemia ialah apabila tahap gula dalam darah adalah rendah. Anda akan mengalami sakit kepala, rasa pening, pusing, ketar tangan dan berpeluh. Anda boleh pengsan atau di serang sawan jika kandungan gula anda adalah terlalu renda.

ii) Hiperglisemia adalah apabila tahap gula dalam darah tinggi. Anda akan mengalami mengantuk dan tidak sedar diri.

iii) Diabetes Ketoacidos ialah keadaan serius apabila tahap gula terlalu tinggi. (Ini biasanya bermaksud anda benar-benar kekurangan insulin). Ia juga boleh di hasilkan oleh tekanan, jangkitan kuman, kecederaan, penggunaan ubatan atau kemasukan wad bagi angin ahmar atau sakit jantung. Anda akan mengalami mengantuk dan tidak sedar diri.

Akibat dari kandungan gula yang tinggi dalam darah berlaku berpanjangan, ia kan mengakibatkan :

Mata - Katarak, pendarahan dalam mata dan menyebabkan buta.
Saraf - Kebas atau kehilangan deria rasa pada tangan dan kaki dimana pesakit boleh mendapat kecederaan tanpa disedari. Ini boleh menyebabkan luka pada kaki.
Otak - Angin ahmar (Strok)
Buah pinggang - Kegagalan buah pinggang
Jantung - Sakit jantung
Apakah bahaya kalau penyakit kencing manis tidak dirawat atau dikawal dengan baik?
Penyakit ini akan melarat sehingga mendatangkan akibat-akibat buruk seperti :-

Buta
Kerosakan buah pinggang
Sakit jantung dan penyakit lumpuh
Darah tinggi
Menjejaskan Keupayaan Seksual
Penyakit saraf - Ini boleh mengakibatkan pesakit hilang deria di bahagian kaki dan tangan. Ia tidak dapat merasai sakit, panas dengan itu boleh mencederakan diri sendiri tanpa disedari
Jangkitan yang menyebabkan Gangrene (tisu-tisu mati) yang boleh mengakibatkan kehilangan kaki
Tidak sedarkan diri
Kalau tidak dirawati dengan serta merta, pesakit boleh maut.

Aras Gula

Normal
Puasa (sebelum makan) 4.0 – 6.0 mmol/l
Rawak (bila-bila masa) 5.6 – 8.3 mmol/l
Abnormal
Hiperglisemia ? 11.1 mmol/l
Hipoglisemia ? 2.8 mmol/l

Rujukan: MOH Clinical Practice Guidelines Management of Type 2 Diabetes Mellitus,4th Ed (2009)


Limau kasturi salah satu Ikhtiar hindar Kencing Manis