Halaman

Selasa, 27 Mac 2012

PERPISAHAN UNTUK PERSAHABATAN



Lee Kuan Yew mengiringi Tunku ke Kuala Lumpur pada Ogos 1962
 setelah Tunku berjaya dalam rundingannya dengan pihak British di
London untuk melaksanakan penubuhan Malaysia
Apabila Tunku mengumumkan keputusannya memisahkan Singapura daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965, Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew sebak dan menangis di Singapura dihadapan para wartawan selama 20 minit.
Lelaki cina tidak boleh menangis di depan umum, ini menunjukan kelemahan. Lee Kuan Yew meminta supaya pegawai akhbarnya memberitahu semua media agar tidak menyiarkan gambarnya sedang menangis di dalam sidang akhbar yang dirakam terlebih dahulu.
Bagaimanapun Lee Kuan Yew menyatakan dalam buku ‘The Singapore Story’ pegawainya itu bernama Raman telah menentang arahannya kerana katanya ”semua media tetap akan melaporkan dengan membuat gambaran sendiri yang lebih memburukkan”.
Babak Lee Kuan Yew yang tidak dapat mengawal perasaan itu telah disiarkan oleh Radio dan Televisyen Malaysia di Kuala Lumpur.
Lee merasa amat kecewa karana cita-cita Malaysian Malaysianya hancur.  Inilah yang menyebabkannya menitis air mata.
Katanya, “saya merasa saya telah mengecewakan harapan berjuta rakyat Malaysia, orang cina, india dan Eurasian malah sebilangan kecil orang melayu.
“Saya telah membangkitkan harapan mereka dan mereka telah menyertai rakyat Singapura untuk menentang kepimpinan Melayu”.
Katanya lagi dia malu kerana terpaksa meninggalkan penyokong-penyokongnya untuk berjuang bersendirian.
Keputusan menyinkirkan Singapura itu berlaku dengan begitu dramatik, mengemparkan Malaysia dan dunia.
Suatu usul pindahan Pelembagaan Malaysia (Singapura Amendment), Rang Undang-undang 1965 dikemukakan oleh Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak di dewan Rakyat Malaysia pada hari Isnin jam 10.00 pagi.  Tunku membuat bacaan pertamanya. Perbahasan tamat pada jam 1.30 petang dan kemudian dihantar ke Dewan Negara yang meluluskannya pada jam 4.30 petang.
Sri Paduka Yang di-Pertuan Agong memberikan persetujuannya pada hari yang sama dan dengan itu Singapura terkeluar dari Malaysia.
Bagaimanapun di Malaysia, terutamanya golongan yang disebutkan oleh Lee Kuan Yew sebagai ‘Ultra Melayu’ tidak senang dengan keputusan penyingkiran Singapura itu.
Mereka mahu Tunku menangkap Lee Kuan Yew, gantung Perlembagaan Singapura dan Kuala Lumpur mentadbir Singapura sehingga krisis dapat dipulihkan.
Setiausaha Agung UMNO Malaysia, Tan Sri Syed Jaafar Albar yang merupakan musuh utama Lee Kuan Yew meletak jawatan sebagai menunjukan bantahan.
Bagaimanapun kata Tunku dalam ‘Looking Back’  setelah memikirkan segala-galanya pemisahan dengan Singapura adalah polisi yang lebih baik kerana pada masa akan datang ketua Negara tetap akan dapat bekerjasama dengan semangat persahabatan dan muhibah untuk kebaikan Asia Tenggara.
Tunku berkata keputusan yang dibuatnya di atas katil sakit di hospital di London tetap benar hingga ke hari ini.

Rujuk:
ZAM - Wira tak didendang 2006

Ahad, 25 Mac 2012

Berapa Bajet Perkahwinan Anda...?

Raja Sehari
Merancang bajet perkahwinan merupakan perkara paling utama yang perlu disempurnakan bagi memastikan perjalanan majlis, baik sebelum mahupun selepas berjalanan dengan baik. Tanpa perancangan yang rapi, tidak mustahil akan berlaku keciciran dan akhirnya memberi akibat buruk terhadap kewangan anda. Jangan ambil mudah soal perancangan kewangan kerana ia melibatkan masa depan anda berdua. Dalam soal membina ikatan perkahwinan, ramai pasangan muda terutamanya, kurang mengambil berat soal kewangan selepas berkahwin. Mereka seolah-olah terlalu alpa mengejar majlis yang meriah dan gembilang tanpa menyedari perbuatan tersebut akan menjerat kehidupan mereka kelak. Demi tampak gah di mata orang, golongan ini sanggup berhutang dan berbelanja tanpa kawalan. Perkahwinan boleh diibaratkan sebagai membuka satu lembaran baharu dalam kehidupan berkeluarga. Bagi memastikan ekonomi anda berdua terus kekal, stabil, seeloknyan rancangan bajet perkahwinan anda dengan bijak. Tidak salah untuk melansungkan sebuah perkahwinan berdasarkan impian, namun biarlah ia berpadanan dengan kemampuan anda. Berapa bajet yang bakal dikeluarkan? Bagaimana untuk merancang kesempurnaan majlis mengikut bajet…? Dimana untuk mendapat perkidmatan perkahwinan yang bersesuaian dengan bajet..? Jawapan ini hanya anda sahaja yang boleh menjawabnya. Apa yang penting, anda harus berbelanja mengikut bajet yang telah ditetapkan. Bagi memudahkan anda merancang perbelanjaan perkahwinan, gunakan jadual di muat turun di bawah dengan menyenaraikan berapakah bajet anda bagi setiap perkara yang disenaraikan. Kemudian, gunakan panduan tersebut ketika berbelanja. Dengan cara ini anda boleh mengenalpasti kos perbelanjaan yang berlebihan, sekali gus meyelamatkan anda daripada terus leka berbelanja. Belanja Kahwin