Halaman

Sabtu, 20 April 2013

Hari Penaman Calon Lipis PRU-13

Calon dari Barisan Nasional

Calon dari Pakatan Rakyat dan Bebas
Suburkan demokrasi kalah menang dalam pertandingan perkara biasa berkempen secara berhemah 05 Mei sama-sama kita membuang undi.

Pic Nostalgia : Penamaan Calon Lipis PRU

Dato' Omar Osman, Dato Amiramzah 
Senarai Ahli Parlimen Lipis Sejak PRU Pertama:
PRU1 (1959) Tuan Mohamed Sulong Bin Mohd. Ali (Perikatan)
PRU2 (1964) Tuan Abdul Razak Bin Haji Hussin (Perikatan)
PRU3 (1969) Tuan Abdul Razak Bin Haji Hussin (Perikatan)
PRU4 (1974) Tan Sri Haji Muhammad Ghazali Bin Shafie (BN)
PRU5 (1978) Tan Sri Haji Muhammad Ghazali Bin Shafie (BN)
PRU6 (1982) Tan Sri Haji Muhammad Ghazali Bin Shafie (BN)
PRU7 (1986) Encik Wang Choon Wing (BN)
PRU8 (1990) Dato' Chan Kong Chong (BN)
PRU9 (1995) Dato Haji Abu Dahari Bin Osman (BN)
PRU10 (1999) Tuan Haji Amihamzah Bin Ahmad (BN)
PRU11 (2004) Dr. Muhamad Shahrum Bin Osman (BN)
PRU12 (2008) Dr. Muhamad Shahrum Bin Osman (BN)
PRU13 (2013) Anda tentukannya 5 Mei 2013
Mungkinkah sejarah bakal dicipta pada PRU13 ini nanti, apabila parlimen lipis tidak dapat kepada BN setelah memilikinya sejak PRU1 lagi. Ataupun calon wanita menjadi pilihan pengundi kali ini? Sama-sama kita nantikan jawapannya.


Bandingan keputusan PRU lepas

Keputusan PRU 2004

(1)           UMNO (BN)                                                           -               13,870 (67.12%)

(2)           PAS                                                                         -               6,246 (30.25%)

(3)           Undi Rosak                                                              -               528 (2.55%)

(4)           Jumlah Keluar Mengundi                                          -               20,644 (73.51%)

(5)           Majoriti                                                                    -               7,624

Keputusan PRU 2008

(1)           UMNO (BN)                                                           -               12,611(58.3%)

(2)           PAS                                                                         -               8,474(39.2%)

(3)           Undi Rosak                                                              -               561(2.5%)

(4)           Jumlah Keluar Mengundi                                           -               76.55 %

(5)           Majoriti                                                                     -               4,137     


Keputusan PRU 2004 berbanding PRU 2008,  BN Kehilangan 1,259 manakala PAS meningkat 2,228 undi, ini menyebabkan BN merosot majoriti 2008 berbanding 2004.  Bolehkah kita katakan 1,259 telah pergi kepada PAS.  Sama-sama kita tunggu 5 Mei ini sama ada undi PAS meningkat atau sebaliknya. Atau BN berjaya mengekalkan kemenangan seperti PRU 2004 berkat usaha Dato’ Najib atau usaha akar umbi.

Selasa, 16 April 2013

Calon Wakil Rakyat Lipis PRU-13


P79 LIPIS

Datuk Abdul Rahman bin Mohamad (UMNO-BN) 
Datuk Abdul Rahman bin Mohamad

Penyandang Datuk Mohamad Shahrum majoriti 4,137

VS

Aishato Abu Bakar (BEBAS)

VS

 Mohd Mahyuddin bin Ghazali@Razali (PAS)

Ustaz Mahyuddin Lebai Ghazali 













N3 PADANG TENGKU

Datuk Mustapha Long (UMNO-BN) (Muka Baru)
 Datuk Mustapha Long.

Penyandang Datuk Abdul  Rahman Mohamad(UMNO-BN) majoriti 1,188

VS

Roslan  bin Zainal(PAS)
Roslan bin Zainal









N4 CHEKA

Datuk Fong Koong Fuee(MCA) Penyandang-majoriti  1,280
Datuk Fong Koong Fuee

VS

Tuan Hj Abbas bin Hj. Awang (PKR)
Tuan Hj Abbas bin Hj Awang












N5 BENTA

Datuk Mohd. Soffi Abdul Razak (UMNO-BN)Penyandang-majoriti 1,358
Datuk Mohd Sofi Abdul Razak

VS

Rizal Jamil  (PKR) 
Rizal Jamil












P 78 CAMERON HIGHLAND

N2 JELAI

Datuk Wan Rosdy Wan Ismail (UMNO-BN) Penyandang- majoriti 2,621
Datuk Wan Rosdy
VS
Tuan Hj. Abdul Karim bin Noor (PAS)
Hj Abdul Karim bin Noor

Isnin, 1 April 2013

Berkelah di Pulau Chekas


"batu belah, batu bertangkup..."
 

 Terletak lebih kurang 40 km dari Bandar Lipis, 31 km dari Bandar Raub dan hanya beberapa kilometer dari Kampung Tradisional Pamah Kulat, perjalanan menaiki kenderaan menyusuri jalan kampung berturap hanya mengambil masa kira-kira 15 minit. Pulau Chekas mendapat namanya apabila sebuah daratan terbentuk di tengah laluan air sungai atau dikenali sebagai pulau. Laluan air sungai yang terbahagi dua ini adalah keunikan Pulau Chekas. Di sebelah kanan dataran Pulau Chekas ini, terdapat alur sungai berbatu dengan air yang mengalir sederhana deras. Di sebelah kiri dataran Pulau Chekas ini pula, alirannya lebih tenang dan kurang berbatu sesuai untuk kanak-kanak bermain. Di sini, di sediakan kemudahan seperti tandas awam, bilik menyalin pakaian, pentas mini, ruang untuk berkhemah dan berkelah, dan dataran kecil untuk aktiviti kekeluargaan. Untuk kanak-kanak, terdapat sebuah papan gelunsur yang berakhir dengan sebuah kolam buatan di hujungnya. Kolam ini di bentuk daripada aliran sungai yang telah diempangkan.