Halaman

Isnin, 20 Ogos 2018

Kemalangan Maut



Empat maut selepas Perodua Viva dinaiki mereka bertembung dengan treler dalam kemalangan di kampung Selindang kilometer 19 Jalan Lipis-Merapoh, Padang Tengku, dekat Kuala Lipis, hari ini
Kejadian dipercayai berlaku jam 9.40 pagi 20 Ogos 2018  dan kesemua mangsa iaitu tiga wanita dan seorang lelaki meninggal dunia di tempati kejadian.

Sabtu, 18 Ogos 2018

Sorotan Aksi Perlawanan Malaysia 2 - 1 Korea Selatan




Sejarah tercipta apabila Malaysia mencatat kemenangan keatas Korea Selatan dalam perlawanan peringkat kumpulan, acara bolasepak Sukan Asia 2018...Tahniah Malaysia.

Selasa, 14 Ogos 2018

"Tolak LGBT"


Akhir-akhir ini, isu LGBT semakin hangat diperkatakan. Bukan hanya di Malaysia, malah di luar negara.

Sebagai umat Islam, kita menentang sekeras-kerasnya budaya LGBT ini. Saya meminta agar pihak bertanggung jawab memainkan peranan supaya memantau dan menangani gejala itu di negeri ini.

Perbuatan-perbuatan berkaitan LGBT adalah haram di sisi agama Islam dan bertentangan dengan adat resam yang kita amalkan.

Umat Islam seharusnya tidak melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak bermoral ini dan mengambil iktibar daripada peristiwa yang menimpa kaum Nabi Luth AS.

Marilah kita bersama-sama berdoa agar Allah SWT merahmati negeri ini dan menjauhi kita daripada segala wabak dan bala, Amin.

YAB Dato’ Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail
MB Pahang

#TolakLGBT
#MajuTerusPahang

Sabtu, 11 Ogos 2018

Hujan Batu






Pada hari Jumaat, semalam 10 Ogos 2018, kejadian hujan batu sebesar duit sepuluh sen berlaku di Lipis, Pahang, Hujan pada jam 6.30 petang itu air hujan sangat sejuk jarang belaku di Lipis dan ianya  pernah terjadi di Jerantut pada tahun 2009 menyebabkan banyak bumbung zink berlubang-lubang, pokok dan tiang elektrik tumbang. Pernah juga terjadi di Sungai Buloh pada tahun 2007.


Khamis, 9 Ogos 2018

Kertas Cadangan bina semula FELDA


Kertas Cadangan Penambahbaikan Bina Semula FELDA dari Majlis Permuafakatan NGO FELDA.

1. Mengkaji dan menilai semula akta, dasar dan isi perjanjian antara KERAJAAN, FELDA serta Peneroka termasuk Akta GSA, Perjanjian Asal dan Perjanjian Tanam Semula.


2. Penambahbaikan masalah pengurusan urus tadbir ladang yang gagal oleh FELDA dan mengkaji kedudukan Felda Technoplant Sdn Bhd (FTPSB) yang telah mengakibatkan pendapatan merosot dan hutang Peneroka FELDA meningkat.

3. Menilai, mengkaji dan mengaudit semula Akaun Penyata Hutang Peneroka yang gagal dimuktamadkan serta nilai-nilai kos operasi ladang yang dimasukkan kedalam akaun Peneroka yang meragukan.

4. Tabungan melalui potongan dari pendapatan Peneroka FELDA termasuk Tabung Tanam Semula, Tabung Jalan Pertanian dan Tabung Pemulihan Ladang perlu diaudit dan disemak status penggunaan dan perbelanjaan duit tabungan yang terkumpul.

5. Meningkatkan Kadar Perahan Asas (KPA) Yang Menurun dan Penentuan Nilai Kadar Perahan Gred (KPG) Yang Tidak Telus serta Kadar Getah Kering (KGK) yang terus berada pada tahap yang rendah.

6. Menstruktur Organisasi Pengurusan Komuniti JKKR/JKKK, GPW, keahlian JCC, Jawatan Kuasa Perunding Peneroka (JKPP, Ketua Peneroka) dan lain-lain organisasi didalam komuniti FELDA serta melantik Ketua Peneroka FELDA sebagai senator di Parlimen.

7. Menilai semula projek Perumahan Generasi Baru FELDA (PGBF) dan lain-lain program perumahan FELDA samada terbengkalai atau telah siap agar dapat diduduki oleh Generasi FELDA serta menyediakan kemudahan infrastruktur untuk Tanah Lot Generasi FELDA.

8. Meningkatkan kecekapan perkhidmatan kakitangan FELDA diperingkat rancangan dengan memperkasa kebajikan, menaiktaraf fasiliti dan kemudahan lain yang diperlukan.

9. Mencipta pendapatan alternatif kepada Peneroka, Generasi dan FELDA melalui pembangunan ekonomi setempat dikawasan rancangan FELDA.

10. Mengkaji semula status hakmilik pajakan, pindah milik dan pembahagian harta pusaka/perwarisan berkenaan tanah Peneroka FELDA.

11. Memperkasa dan menstruktur semula Koperasi-koperasi disetiap rancangan FELDA dan Koperasi Permodalan FELDA(KPF).

12. Mengkaji dan menilai semula kedudukan Pelaburan FELDA melalui FIC dan anak-anak syarikatnya agar lebih kompetitif dan berdaya maju dalam meraih keuntungan yang bermanfaat kepada FELDA.

13. Menstruktur bayaran hasil Peneroka secara harian atau mingguan serta menghentikan wang tahanan dan Bayaran Kembali pada setiap pembayaran. Bayaran Sara Hidup yang lambat juga menyebabkan Peneroka tertekan.

14. Mewujudkan Universiti FELDA atau kolaborasi bersama institusi pendidikan sedia ada dengan subjek khas berkenaan bidang didalam FELDA.

15. Meningkatkan dan mengatasi masalah kemudahan pengangkutan awam disetiap rancangan FELDA serta menaiktaraf jalanraya dari bandar ke kawasan rancangan FELDA.

16. Membenarkan Peneroka memiliki Lesen Menjual dan Membeli hasil ladang sawit dari MPOB.

17. Menilai masalah sosial dan kekeluargaan termasuk gejala dadah melibatkan generasi FELDA, nasib ibu tunggal, kadar perceraian, kecurian dan lain-lain yang melibatkan komuniti dalam rancangan FELDA serta kebajikan kakitangan FELDA.



Sabtu, 4 Ogos 2018

KEMBARA KERJAYA PAHANG

Ada sape2 yang nak jadi orang terawal dalam bisnes baru ni x? bisnes mudah dan tiada risiko.. Jika berminat boleh lawati link dibawah ini dan daftar secara PERCUMA.


Temududa Terbuka

Dewan Majlis Daerah Jerantut  10 Ogos 2018
Dewan Majlis Daerah Lipis 11 Ogos 2018 


Dewan Majils Perbandaran Bentong 12 Ogos 2018

Masa  : 9.00 Pagi - 4.00 Petang

KERJA KILANG : PEKERJA AM



TEMUDUGA TERBUKA DI MELAKA

Pihak CTRM akan mengadakan sesi Temuduga Terbuka 2018 pada ketetapan berikut:
a) Tempat: *CTRM Aero Composites Sdn. Bhd. (berdekatan Lapangan Terbang Antara Bangsa Melaka, Batu Berendam, Melaka*
b) Masa: *Jam 0900 pagi - 1200 tengah hari*
c) Tarikh: *15 September 2018 (Sabtu)*
Sila bawa bersama dokumen-dokumen yang dikehendaki pada hari Termuduga Terbuka tersebut seperti:
- *Salinan sijil akademik atau kemahiran*
- *Salinan kad pengenalan sendiri*
- *Resume atau CV terbaru*
- *Gambar terbaru berukuran paspot*
Ini untuk kemasukan *SEGERA* dan sila hubungi *06-3319000 sambungan 1201/1202/1203* untuk keterangan lanjut.
*JUMPA ANDA DI SANA* dan sila sebarkan kepada mereka yang sedang mencari pekerjaan.
Terima kasih

TEMUDUGA  TERBUKA TENTERA DARAT SIRI 188/2018



Jumaat, 3 Ogos 2018

Penurunan kuasa berkaitan tanah di Pahang dikuatkuasa

Dato' Seri Wan Rosdy bin Wan Ismail - MB Pahang
KUANTAN - Kerajaan negeri melaksanakan penurunan kuasa pihak berkuasa negeri kepada pentadbir tanah dan pendaftar bagi kelulusan kebenaran pindah milik, gadaian serta pajakan tanah, berkuat kuasa semalam.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pelaksanaan itu membolehkan kelulusan diperoleh dalam tempoh satu ke dua hari atau 10 hari, bergantung kepada kategori pindahan, berbanding tiga bulan sebelum ini.

"Penurunan kuasa ini akan menyelesaikan banyak kes pindahan tertunggak kerana kita memudahcarakan dan mengurangkan birokrasi dalam permohonan, asalkan permohonan dibuat secara lengkap.

"Sebagai contoh, permohonan kebenaran pindah milik dan gadaian bagi maksud kasih sayang iaitu antara suami isteri, waris qadim seperti anak, adik-beradik dan cucu serta waris bukan qadim iaitu saudara terdekat kini boleh dilakukan pentadbir tanah dengan kelulusan antara satu ke dua hari.

“Ini bermakna permohonan dikemukakan di pejabat tanah dan dipertimbangkan oleh pentadbir tanah, berbeza sebelum ini iaitu pejabat tanah perlu mengemukakan permohonan kepada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) sebelum dihantar ke pejabat Menteri Besar," katanya ketika ditemui di sini, hari ini. - Bernama