TELANG ialah nama sebatang Sungai. Terdapat beberapa kampong diperairan sungai tersebut hingga ianya menjadi sebuah ‘mukim’ yang dikenali sebagai MUKIM TELANG yang lokasinya dalam Daerah Lipis Pahang Darul Makmur.
|
Kelas dewasa 1962 guru kelas tersebut
Wan Rahim bin Wan Abdullah |
Gelaran nama TELANG menurut penelitian yang ada sekarang adalah diambil daripada nama salah satu spesies bunga, iaitu BUNGA TELANG. Bunga itu dikatakan tumbuh meliar dengan banyak. Bunga Telang berwarna unggu ddan tumbuh secara merayap. Daripada nama bunga ini dipadankan kepada nama kampung Telang itu. Dikemudian hari ini, bunga ini digunakan sebagai pewarna untuk membuat nasi kerabu. Ada pun terdapat juga kisah daripada orang tua Telang berasal perkataan Telan iaitu pada masa dahulu terdapat seekor ular besar yang selalu memakan dan menelan binatang ternakan seperi anak kerbau, kambing, ayam dan itik. Oleh kerana pihak ‘orang puteh’ (British) tidak boleh menyebut ‘Telan’ mereka lebih senang mengunakan perkataan TELANG.
|
Peta Mukim Telang |
Siapa yang membuka kampung Telang..? Tidak ada dokumen bertulis yang dapat mengesahkan tokoh mana yang bertanggungjawab membuka kampung tersebut. Namun begitu, daripada cerita lisan, kawasan itu sudah mula didiami sekitar penghujung 1570-an lagi. Ada beberapa nama yang disebut terlibat membuka kampung Telang. Antaranya ialah Wan Semaun bin Wan Abdul Latif bin Tun Abdul Samad membuka kampung ini. Ini berlaku apabila abangnya Wan Muhamad bin Tun Abdul Latif menjadi Seri Maharaja Perba Jelai, adik beradiknya seperti Wan Hasan, Wan Husin dan Wan Semaun meminta untuk membuka kampung sendiri. Wan Hasan bernikah dengan Tok Inah binti Tok Kaya Chandak dan tinggal di Terap Budu, Kuala Lipis. Wan Husin juga bergerak ke Budu. Sementara Wan Semaon bergerak ke Telang.
Setelah berlalu waktu yang panjang, Mukim Telang dihuni oleh ramai orang daripada beberapa jalur keluarga. Selain penduduk asal yang turun dari Bukit Kota, penghijrahan awal daripada kalangan panglima Tok Perba dan pedagang menetap di sini.
Nama Kampung dalam Mukim Telang:
Kg. Ulu Teris, Kg.Behrang, Kg.Bapung, Kg.Relong, Kg. Berchang, Kg. Selendang, Kg. Kuala Telang, Kg. Seberang Jelai, Kg. Tanjung Jambu, Kg. Tembeling, Kg. Kuala Lambar, Kg. Kuala Wau, Kg. Lubuk Kulit, Kg. Sungkai, Kg. Berchang Baru, Kg. Pamah Aur, Kg Jambu. Kg. Beletik, Kg. Temperah, Kg. Tengka Jeram, Kg. Timur, Kg. Chematu, Kg. Barus, Kg.Sungai Padi, Kg Tanjung Besar Tenggelan,
|
Sultan Abu Bakar sampai di Telang
gambar ini rakam di Telang; |
Antara keluarga besar penduduk di Mukim Telang itu ialah keluarga:
1. TOK LINGGI@RAJA AHMAD (LEMBAH BAMA@KG RELONG) Tahun 1795
2. TOK UTIH BOMO (BERCANG)
3. MENTERI LEBEH BIN MENTERI SELAMAT (LUBOK KULIT) Tahun 1895
4. TOK MUDA YUSOF BIN TOK KASSIM BIN WAN SEMAUN Tahun 1888
5. WAN LELA BIN WAN LAUT (Penghulu Telang 3 - TELANG)
6. WAN PERANG BIN WAN PAHANG (TELANG)
7. ADAM (Sg. TANUM)
8. TOK MUKIM BIDIN (SEBERANG JELAI)
9. TOK MUKIM MAT PIAH
10. TOK PAWANG DAUD (SEBERANG JELAI)
11. YAAKUB (LANGGAR SAIH)
12. WAN ALI BIN OKIMPJ DATO' WAN CHIK (Penghulu Telang 4 - TELANG) tahun 1932
13. WAN ABDULLAH DATO OKIMPJ WAN CHIK (Penghulu Telang 5 - TELANG) tahun 1955
14. MD JOHARI (Pedagang Kampar - TELANG)
15. TOK YUNUS (TG BETONG)
16. TOK GURU HAJI ISMAIL BIN MOHD AKIL (KECAU TUI)
17. TOK MERU (BUKIT BETONG)........
18. TOK MADUN (SELINDANG)
19. TOK SIAK EMBONG (SELINDANG)....
|
Salasilah Tok Linggi Relong |
20. IBRAHIM (SEBERANG JELAI)
21. WAN YAAKUB BIN WAN MAJID (TELANG)
22. MAMAT (TELANG)
23. MOHD AMIN (TELANG
24. AKI PAWANG SELAT (TELANG)
25. AKI SAID (TG BETONG)
26. WAN IDRIS DATO' WAN TANJUNG (TELANG)
27. WAN KAMARIAH - TELANG
28. AWANG AMINULLAH MAT AKHIR (TELANG)
29. KASSIM BIN MAT AKHIR (TELANG)
30. AKI AKOB (TELANG)
31. WAN YUSOF BIN WAN DE (TELANG)
|
Geran Tanah Menteri Lebeh bin Menteri Selamat
22 Jully 1911 |
Apabila Sultan Raja Bendahara Wan Ali menyusun pemerintahan sekitar 1856, penghulu-penghulu mukim dipilih di kalangan penduduk yang rapat dengan pembesar tempatan. Maka pada ketika itu dilantik Tok Kopak bin Tok Muda Yusof bin Tok Kassim bin Wan Semaun menjadi Penghulu yang pertama. Sesudah Tok Kopak meninggal dunia, dilantik pula adiknya Awang Chik bin Tok Muda Yusof menjadi Penghulu Kedua. Pemerintahan Awang Chik ini tidak lama. Inggeris masuk memerintah Pahang. Oleh kerana pada waktu itu Hugh Clifford berkehendak seorang pemandu kereta berbangsa Melayu, maka segera Awang Chik memohon jawatan itu dan meletakkan jawatan sebagai penghulu.
Setelah Awang Chik meletakkan jawatan sebagai Penghulu Telang, jawatan Penghulu itu diserahkan kepada kerabat Seri Maharaja Perba Jelai. Maka Wan Lela bin Wan Laut dilantik menggantikan kedudukan Awang Chik. Gaji penghulu pada waktu itu cumalah 240 ringgit setahun. Sesudah itu kedudukan Penghulu Telang dilantik di kalangan keluarga Seri Maharaja Perba.
Senarai Penghulu Telang mengikut urutan seperti berikut:
1. TOK KOPAK BIN TOK MUDA YUSOF TOK MUDA YUSOF BIN TOK KASSIM BIN WAN SEMAUN
(Penghulu Telang 1, TELANG)
2. AWANG CHIK BIN TOK MUDA YUSOF (Pengulu Telang 2 - TELANG) tahun tahun 1895
3. WAN LELA BIN WAN LAUT (Penghulu Telang 3 - TELANG)
4. WAN ALI BIN OKIMPJ DATO' WAN CHIK (Penghulu Telang 4 - TELANG) Tahun 1932
5. WAN ABDULLAH DATO OKIMPJ WAN CHIK (Penghulu Telang 5 - TELANG) Tahun 1955
|
Wan Abdullah bin Wan Chik |
6. WAN MOKHTAR BIN WAN ABDULLAH (Penghulu Telang 6 - TELANG)
7. WAN ABDUL RAHIM BIN WAN ABDULLAH (Penghulu Telang 7 - KG RELONG)
Selepas Penghulu WAN ABDUL RAHIM WAN ABDULLAH - sistem penghulu dinegeri Pahang di bawah lantikan JABATAN PERKHIDMATAN AWAM NEGERI PAHANG.