Halaman

Rabu, 27 Mac 2019

Allahyarham Lt Adnan

Gambar rare. Pada 1937. Sebelum perang dunia kedua meletus. Ketika ini Lt Adnan berpangkat CQMS (“Company Quartermaster Sergeant”). Sebelah beliau merupakan Bintara Muda Mohamed Bin Haji Yunos, Navy British berpangkalan di Singapura.

Mereka merupakan insan istimewa yang terpilih untuk menghadiri majlis pertabalan King George VI di England di mana sekarang merupakan ayahanda kepada Queen Elizabeths.

Pada petang hening, 14 Februari 1942. Sekujur tubuh kaku kelihatan tergantung di sebatang pokok di atas puncak Bukit Chandu, Singapura.

Mayat yang memakai uniform Askar Melayu ini ditikam bertubi-tubi tanda balas dendam dan marah kerana anak muda berpangkat Leftenan inilah yang mengetuai barisan gagah, ampuh, berani dan hanya maut yang membuatkan mereka berhenti dari mempertahankan Bukit Chandu, pertahanan terakhir British di Singapura sebelum ditawan Jepun.

Lehernya dikelar, dan isi perutnya terburai dimamah bayonet Tentera Jepun. Mayatnya dilarang diturunkan, buat pengajaran untuk para penentang Maharaja Jepun.

Terima kasih atas jasa kalian berjuang habis-habisan hingga ke titisan darah terakhir. Al-Fatihah buat Allahyarham Lt Adnan dan pasukan.-MalDef-

Operasi Menangkap Haiwan Ternakan




Majlis Daerah Lipis turut bersama menyertai Operasi Menangkap Haiwan Ternakan Yang Berkeliaran yang dijalankan oleh PMajlis Daerah Lipis turut bersama menyertai Operasi Menangkap Haiwan Ternakan Yang Berkeliaran yang dijalankan oleh ejabat Veterinar Daerah Lipis pada 21 Mac 2019.

Operasi dijalankan di sekitar Kg Bukit Kota sehinggalah ke kawasan Felda Sungai Koyan.
Penternak seharusnya lebih bertanggungjawab memastikan ternakan diletakkan di satu kawasan yang sesuai dan tidak dibiarkan berkeliaran dan boleh membahayakan pengguna jalan raya.

Sabtu, 23 Mac 2019

Buaya Sungai Pahang


Saban tahun sungai Sarawak ada korb4n buaya akan tetapi, kenapa buaya sungai Pahang tak makan orang? Pernah tak kita terfikir, sejak dari dulu hingga kini sungai Pahang sentiasa dikunjungi terutama pada musim kemarau Mac 2019 ni, siap berpesta cari etak2 di air yang cetek. Memang ramai netizen yang terserempak buaya tapi tak mengganggu orang pun.

Kalau zaman dulu, memang banyak buaya boleh ditemui di sungai-sungai di Pahang. Misalnya, buaya di sungai Triang, saiznya MasyaAllah amatlah besor, tapi yang paling menghairankan, ia tak menganggu dan membaham manusia. Bukan buaya di sungai pahang tak suka makan daging orang, cume buaye2 neh sebenarnye telah di larang keras sama sekali untuk memakan orang (dengan izin Allah) Siapakah yang melarangnye?? Adakah ia kebetulan atau….Wallahuallam.

Kehebatan ilmu orang dulu-dulu dalam bab mistik dan paranormal adelah amat menakjubkan. Kisah Pawang-pawang yang hebat pada zaman peperangan jepun dan komunis misalnya. Pawang Kader,seorang tokoh yang disegani, namanye amat dikenali di Pahang terutama sekali di kawasan Bera, Temerloh, Jerantut dan lain-lain.

Haji Abdul Kadir bin Haji Awang. Ibunya bernama Fatimah binti Haji Pin. Lahir pada tahun 1907 di Kampung Guai, Temerloh/Bera. Meninggal dunia pada tahun 1987 sewaktu berusia 80 tahun. Dari cerite lisan, beliau adelah seorang pawang besar.

Kebolehannye menjinokkan dan mengarahkan buaya-buaya adelah amat diluar logik akal manusia. Jasa beliau dalam hal keselamatan nyawa penduduk kampung mahupun orang asli di sepanjang sungai Pahang adelah tidak dapat disangkalkan lagi. Pernah terjadi seorang Orang asli di tasek Chini telah dibaham buaye dan sempat menyelamatkan diri, kemudian pawang kader telah memanggil buaye itu (dengan cara tertentu) dan kemudian yang amat menghairankan lagi buaya itu datang dan beliau menghukum buaye tersebut kerana bertindak agresif terhadap manusia.Peristiwa ini disaksikan oleh orang ramai yang menyaksikan kejadian pelik itu,termasuklah mangse yang digigit buaye tersebut.

Nama-nama seperti Pawang Kader, Pawang Nong, pawang Ismail dan ramai lagi pawang di pahang ini mungkin tidaklah segah nama pahlawan-pahlawan terbilang yang lain. Tetapi jasa mereka kepada agama dan bangsa melayu terutamanye tak sepatutnye kite lupekan. Kisah mereka juge patut dibukukan supaye nama-nama mereka terus segar dalam ingatan sebagai orang-orang yang pernah berjasa kepada kita.

Semuga Allah tempatkan mereka-mereka semua ini bersama orang-orang yang beramal soleh dan mendapat rahmat Allah hingga ke hari kiamat.Sama-sama kita hadiahkan Al fatehah buat roh mereka….al fatihah.

Sumber

Kucing Hitam

Rabu, 20 Mac 2019

Suara Orang Asli



Kesedaran dikalangan Orang Asli semakin terasa sejak berlakunya insiden blockade' di Gua Musang. Semangat mempertahankan tanah adat mereka mula merebak diseluruh negara dan dengan bantuan media sosial, suara-suara mereka sudah mula didengari.

Di Adun Jelai, Batin Ramli dari Pos Lenjang adalah salah seorang yang lantang bersuara tanpa rasa takut lagi kerana menyedari bahawa sebahagian besar daripada masyarakat Orang Asli sudah mula berani.

Permasalahan di Jelai semakin hari semakin kronik.Penduduk di Pos Lanai sudah dipindahkan ke Pantos untuk projek Empangan Telom. Pos Lenjang juga terkesan kerana air Sungai Jelai akan disalurkan ke Empangan Telom dan ini akan mengubah persekitaran kampung-kampung Orang Asli.