Halaman

Khamis, 28 Julai 2022

Bantuan Prihatin Pahang (BPP) di Jelai.

 




Seramai 306 orang penerima yang terdiri daripada golongan veteran tentera, bekas anggota polis, ibu tunggal dan penjaja harian dari kawasan Dewan Negeri Jelai dan Parlimen Cameron Highlands menerima bantuan RM200 setiap seorang.
Saya amat menghargai jasa dan pengorbanan bekas anggota tentera dan polis yang telah menabur bakti menjaga keselamatan negara.
 
Begitu juga dengan nasib ibu tunggal dan para penjaja yang setiap hari bertungkus-lumus mencari rezeki untuk kelangsungan hidup keluarga masing-masing.

Mereka semua layak untuk menerima BPP ini yang saya umumkan buat pertama kalinya pada bulan Ramadan lalu.
 
BPP ini dibahagikan kepada 4 kluster utama iaitu Kluster Pelajar dan Anak Muda, Kluster Golongan B40, Kluster Umum dan Kluster Apresiasi yang kita sasarkan seramai 300,000 orang penerima yang melibatkan peruntukan berjumlah RM29.91 juta ringgit.

"Tak ada gunung yang tak dapat didaki, tiada lurah yang tak boleh dituruni." Selagi Barisan Nasional menerajui Kerajaan Negeri, insya Allah kebajikan rakyat dan kestabilan negeri akan dipastikan sebaik-baiknya.

Moga-moga bantuan ini dapat meringankan beban setiap mereka yang memerlukan.

FB : Wan Rosdy bin Wan Ismail 


Jumaat, 22 Julai 2022

Jualan Keluarga Malaysia

 

Makluman Program Jualan Keluarga Malaysia pada  23 & 24 Julai 2022(Sabtu & Ahad) bertempat di KoPKaya Mart Cawangan Relong.

Majlis Pelancaran oleh YB ADUN PADANG TENGKU akan diadakan 

Tarikh :  23 Julai (Sabtu) jam 11.00pagi - 12.30Tengahari 

Tempat : Di hadapan kedai KoPKaya Mart Relong.

  • 10 Hamper untuk pelanggan bertuah menanti anda
  • Dapatkan kupon telur percuma semasa anda membeli di KoPKaya Mart pada 20 hingga 22 Julai  2022 (RABU -JUMAAT) di KoPKaya Mart (TERHAD KEPADA 50 KUPON SAHAJA) Dapatkan segera
  • Tebus kupon telur percuma anda semasa Majlis Pelancaran oleh YB ADUN PADANG TENGKU pada 23HB Julai 2022 (SABTU) Jam 11.00pagi.

Isnin, 18 Julai 2022

Permohonan Rumah PPRT 2022

 


Sekiranya anda ingin membaik pulih atau membina rumah baru untuk diduduki dan memerlukan bantuan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar  telah memperkenalkan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Bagaimana cara untuk membuat permohonan PPRT secara online? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

APA ITU PPRT

Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) diperkenalkan  bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup keluarga miskin tegar dan miskin dengan membina atau membaik pulih rumah bagi menyediakan tempat kediaman yang lebih selamat dan selesa sebagai asas pertumbuhan sesebuah keluarga

KEUTAMAAN BANTUAN PPRT

Permohonan ini diberikan keutamaan kepada:
  • Warga emas
  • Orang kurang upaya (OKU)
  • Ibu/Bapa tunggalyang mempunyai tanggunggan ramai
  • Mangsa bencana yang berskala kecil
  • Keutamaan pelaksanaan program adalah kepada negeri-negeri dan daerah yang mempunyai kadar kemiskinan yang tegar
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN PPRT

Berikut adalah merupakan syarat asas  permohonan yang perlu diikuti:
  • Pemohon adalah Ketua Isi Rumah (KIR) berstatus miskin/miskin tegar yang berdaftar dalam sistem ekasih
  • Diperakukan oleh Jawatankuasa Focus Group Pembasmian Kemiskinan (Pejabat Daerah)
  • Diperakukan oleh mana-mana agensi KPLB seperti KEMAS, JAKOA, Lembaga KEmajuan Wilayah (KESEDAR, KEDA, KETENGAH, KEJORA, PERDA) atau mana-mana agensi Kerajaan yang terlibat dalam bantuan kemiskinan seperti JKM, Baitulmal dan lain-lain.
  • Memiliki tanah sendiri bagi permohonan bina baru. Sekiranya tapak milik orang lain /tanah milik kerajaan, kebenaran guna tanah secara bertulis perlu diperolehi daripada pemilih tanah.
  • Kawasan luar bandar.
 
KATAGORI PPRT

Terdapat 2 kategori bantuan dari PPRT disediakan iaitu:

Bina Baru

Bantuan pembinaan rumah baharu kepada penerima yang tidak mempunyai rumah atau rumah yang didiami terlalu uzur, tidak selamat diduduki dan tidak ekonomik untuk dibaiki.
Syarat bantuan bina Baru:
Tidak mempunyai rumah
Rumah yang didiami terlalu uzur dan tidak selamat didiami
Tidak ekonomik untuk dibaiki
Memiliki tanah sendiri (pemilikan penuh)
Pemilikan tanah sebahagian atau mendapat kebenaran menggunakan tanah daripada Tuan Tanah (tanah atas milik ibu/bapa/adik-beradik/saudara-mara yang mempunyai pertalian darah dengan pemohon atau tanah Kerajaan atau tanah wakaf) dengan mengemukakan

Baik Pulih

Bagi pulih rumah melibatkan 3 element seperti berikut:
Penyelenggaraan
Penambahbaikkan
Requisition
Syarat bantuan baik pulih rumah:
Bantuan diberikan kepada peserta yang mempunyai rumah yang uzur atau rosak disebabkan oleh bencana dan masih ekonomik untuk dibaiki.
Mendapat kebenaran untuk membaik pulih bagi kes menumpang tanah milik orang lain/tanah milik sebahagian/tanah Kerajaan dengan mengemukakan borang kebenaran menggunakan tanah
 
DOKUMEN DIPERLUKAN

Berikut adalah merupakan dokumen yang anda perlu sediakan untuk membuat permohonan:
  • Dokumen berkaitan pemilikan harta/tanah
  • Dokumen pendapatan
  • Gambar kad pengenalan (depan & belakang)
  • Gamabr rumah semasa (sekiranya ada)
CARA PERMOHONAN PPRT

Sekiranya anda memenuhi kelayakan diatas, berikut adalah cara untuk membuat permohonan:

Layari pautan system eSPKR: https://espkr.rurallink.gov.my/v1/online/
Papa paparan utama klik pada Program Perumahan Rakyat Termiskin
Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan
Semak kembali sekiranya betul klik pada Hantar Permohonan
 
MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), anda boleh merujuk:

Talian Helpline: 03-8000 8000
Emai: info@ruralink.gov.my



Bantuan Prihatin Negeri Pahang

 


Satu inisiatif yang baik daripada YAB Dato' Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail MB Pahang dan Kerajaan Negeri

Hari ini YB Dato’ Sri Hj Mohd Soffi Exco Kerajaan Negeri Pahang merangkap ADUN Benta bersama YB Dato’ Mustapa Long dan wakil saya En Mohd Zakwan Abdullah, PTTK YBTM1 sampaikan Bantuan Prihatin Pahang Fasa 2 fasa di Dewan Jubli Perak melibatkan seramai 500 orang penerima.

Difahamkan majlis pada pagi ini melibatkan penyampaian bantuan kepada Veteran ATM, Veteran Anggota Polis, Ibu Tunggal, Penjaja Kecil dan Pemandu Teksi.

Ini adalah bukti kebijaksanaan YAB Menteri Besar Pahang dalam mengurus tadbir kewangan Negeri Pahang serta dibantu oleh barisan Exco Kerajaan Negeri. Hasil yang diperolehi ini dipulangkan kembali kepada rakyat.

Inilah bukti prihatin Kerajaan Negeri Pahang kepada seluruh rakyat Negeri Pahang khususnya dalam Parlimen Lipis.

Saya mohon maaf tak dapat bersama kerana terlibat dalam sesi persidangan Dewan Rakyat dan saya telah mohon sampaikan salam saya kepada DS Soffi dalam majlis sebentar tadi.

Moga Kerajaan Negeri Pahang pimpinan YAB MB Pahang terus memacu Negeri Pahang dan memimpin ke arah negeri yg lebih maju dan berjaya pada masa akan datang.

FB Rahman Mohamad

Selasa, 5 Julai 2022

Kasihan Veteran Tentera, Ramai Hidup Miskin.

 


Dianggarkan 60 peratus veteran tentera di negara ini yang menerima pencen bulanan masih hidup miskin di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).

Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM), Kapten (Bersara) Datuk Sharuddin Omar berkata, daripada jumlah itu, dianggarkan 95 peratus adalah dalam kalangan veteran lain-lain pangkat yang menerima gaji rendah.

"Jadi apabila mereka pencen, mereka masuk dalam kategori kemiskinan. Pencen diterima mereka yang berpencen sebelum 2004 adalah di bawah RM1,000.

"Contohnya seorang pegawai waran yang berpencen pada 1990 hanya menerima pencen antara RM500 ke RM600 sahaja. Macam mana pula yang berpangkat prebet?," katanya pada Majlis Makan Malam Amal 100 tahun Veteran dan Perasmian Penutupan Persidangan Perwakilan PVATM Negeri Sembilan Kali Ke-68, di si

Justeru, beliau berkata, PVATM tidak pernah berhenti berjuang untuk mendapatkan penyelarasan pencen dan dilaksanakan mengikut kaedah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ujarnya, perkara itu sudah dimaklumkan kepada kerajaan sejak 2014, tetapi sehingga kini belum ada sebarang keputusan.

Tambah beliau, seramai 170,000 ahli veteran berusia lebih 60 tahun dan kebanyakannya mengalami masalah kesihatan berpunca daripada aktiviti atau tugas mereka ketika bertugas di dalam ATM

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memaklumkan, PVATM mempergiatkan usaha menjejaki pusara pejuang yang terkorban dalam pertempuran bagi memulihara tempat bersemadi veteran terbabit.

"Kita mula menjejak pusara terbabit untuk dipelihara dan kemudian diletakkan lambang PVATM bagi mengenang jasa ditaburkan," katanya.