Halaman

Selasa, 22 Ogos 2023

Hari Ladang Kelompok Jagung Kampung Binjai

 


Jom Sertai

Tarikh  : 28 OGOS 2023 (ISNIN)

Lokasi : DEWAN ORG. RAMAI KG. BINJAI

Masa : 8.30PG-1.00PTG
  • KURSUS PES MAKANAN
  • KURSUS PENYAKIT TANAMAN JAGUNG
  • PENYAMPAIAN HADIAH PEMENANG KEBUN CANTIK
  • PAMERAN JABATAN/AGENSI
  • JUALAN JAGUNG
  • JUALAN USAHAWAN IAT
 10 CABUTAN BERTUAH MENANTI ANDA 
 TEKA ULAS JAGUNG


Kursus Durian Harga Rahmah

 


Kursus Asas Penjagaan dan Penanaman Durian 2023
Akan diadakan pada 2 September 2023, Hari Sabtu, 8.30 Pagi.
Tempat Kampung Pulau Badak Kuala Medang.

Kursus anjuran Pertubuhan Peladang Kawasan Jelai , Kolej Komuniti Lipis , Fahmi Ahmad Agri Business .

JOM DAFTAR SEGERA....!!!!!
TEMPAT ADALAH TERHAD..!!!!

YURAN: RM 100

10 tempat percuma untuk 10 ahli Peladang Kawasan Jelai pertama....!!!

Jangan lepaskan peluang keemasan ini!

Untuk perdaftaran dan maklumat lanjut, Sila Hubungi/ WhatsApp: Fahmi : 017-950 7156



Jumaat, 18 Ogos 2023

Kursus Tanaman Durian 2023



Tarikh : 24 Ogos 2023 

Pendaftaran Kursus 09-3121231


Pertandingan Durian Kampung 2023


Tempat : Pejabat Pertanian Daerah Lipis.

Tarikh : 24 Ogos 2023 (09.30 pagi- 10.20 pagi)

 

Khamis, 17 Ogos 2023

Sebab kapal terbang jatuh menjunam

 



Kapal terbang, atau kapal terbang, boleh mengalami kemalangan dan kemalangan disebabkan pelbagai faktor. Beberapa faktor yang boleh menyebabkan pesawat terhempas termasuk:

Kegagalan Enjin atau Sistem: Masalah dengan enjin pesawat atau sistem lain seperti sistem hidraulik, elektrik atau avionik boleh menyebabkan pengurangan prestasi pesawat atau kehilangan kawalan sepenuhnya.

Keadaan Cuaca Buruk: Cuaca ekstrem seperti ribut, kabus tebal, guruh atau gelora kuat boleh menjejaskan keupayaan juruterbang untuk mengekalkan kawalan pesawat. Turbulensi yang kuat juga boleh menyebabkan pergerakan pesawat secara tiba-tiba dan ganas.

Ralat Manusia: Ralat juruterbang, sama ada dalam navigasi, operasi pesawat atau membuat keputusan, boleh menjadi faktor penting dalam kemalangan pesawat. Salah komunikasi antara juruterbang dan kru darat atau antara juruterbang dan kawalan trafik udara juga boleh memberi kesan negatif.

Masalah Struktur atau Penyelenggaraan: Kerosakan pada struktur pesawat atau isu penyelenggaraan yang tidak dikesan atau dikendalikan dengan betul boleh menyebabkan kegagalan sistem semasa pesawat berada di udara.

Pengabaian Prosedur Keselamatan: Pengabaian prosedur keselamatan, sama ada oleh juruterbang atau syarikat penerbangan, boleh mengakibatkan risiko kemalangan yang lebih tinggi.

Faktor Manusia Lain: Selain daripada kesilapan juruterbang, faktor manusia lain seperti keletihan, tekanan, atau gangguan lain dalam prestasi kru penerbangan juga boleh menjejaskan keselamatan penerbangan.

Perbuatan Jenayah atau Keganasan: Perbuatan jenayah seperti rampasan atau tindakan pengganas boleh menyebabkan nahas kapal terbang.

Faktor Teknikal dan Reka Bentuk: Kadangkala, masalah dalam reka bentuk pesawat atau komponen teknikalnya mungkin timbul selepas tempoh operasi pesawat yang panjang.

Ketidakcukupan Struktur: Jika pesawat mencapai umur atau bilangan jam penerbangan tertentu tanpa penyelenggaraan dan pembaikan yang mencukupi, struktur pesawat boleh menjadi lemah dan menyebabkan kegagalan di udara.

Adalah penting untuk ambil perhatian bahawa punca nahas kapal terbang selalunya adalah gabungan faktor di atas. Industri penerbangan secara berterusan menjalankan penyiasatan dan analisis yang mendalam setiap kali kemalangan berlaku untuk memahami puncanya dan mencegah kejadian serupa pada masa hadapan.

Selasa, 15 Ogos 2023

Kisah Anak FELDA

 


Dahulunya Ayah & Mak memohon masuk Ke Tanah Rancangan Felda adalah disebabkan Faktor Kemiskinan kerana ketika itu Felda ditubuhkan dengan niat membasmi kemiskinan terutamanya bagi orang-orang Melayu.

Tahun 1985 Ayah & Mak diterima untuk masuk ke salah sebuah Tanah Rancangan Felda dan Faktor diterima adalah kerana Kemiskinan dan melengkapi syarat2 yang diminta ketika itu. Alhamdulillah.

Hari ni saya perlu ingatkan diri saya yang saya memang lahir dari sebuah keluarga yang miskin dan membesar dengan serba kekurangan di dalam Tanah Rancangan Felda ketika itu.

Nasi digaul telor dilimpahi kicap menu yang paling sedap ketika itu, kalau sekarang sedapnya macam makan nasi kukus ayam berempah lah kan. Kerana masa tu,itu je yang mampu dan itu lah makanan paling sedap masuk dalam mulut ni.

Sekarang saya dah besar panjang pun,dah berkeluarga saya perlu ingat detik itu, detik pasang lilin je malam2, detik tunggu orang blok start enjin baru boleh tengok Gaban, tu pun tengok ramai2 kat rumah kawan2 yang ada televisyen. Ingat lagi jenuh tepuk juga televisyen tu nk bagi muncul gambar tak bergaris-garis..hahaha.

Ayah seawal pagi dah ke ladang ketika itu, kalau cuti sekolah, kita ikut ayah kutip biji lerai,ayah cakap untung biji lerai ni bahagi dua (ayat pancing dia) hahaha.. tak tahu lah untung ke,paling banyak upah 20sen je dapat. Banyak dah waktu tu,kumpul2 beli pistol yang boleh tempak keluar cebis api tu, tu pun kena pow peluru kawan2 sebab bajet tak ramai mana nak tangung peluru,bunyi dimulut je lah akhirnya...pam pam pam..





Kalau kena hujan sehari sebelum,kutip cendawan, balik mak goreng tepong,10 kali lagi sedap pada udang goreng tepong,sebab memang tak jumpa lah udang goreng tepong waktu tu kan.

Itu 20-30 tahun dahulu punya story mory, hari ni dah banyak perubahan, ayah pun jarang sangat ke ladang dah yang 10 ekar tu. Dah ada FTP kan, so ayah dah jadi bos. Tanya kat ketua blok je, amacam ladang aku? Kalau ke ladang pun anak2 je lah jenguk seketika.

Cukup bulan, ayah minta adik pergi pejabat,.pergi ambil sara hidup, bagi mak simpan. Ayah pun dah ada kereta sendiri, ke sana sini selamber je drive, dulu mula2 masuk Felda motosikal pun tumpang2 sampai mak nak bersalin along pun ayah anta naik motosikal je. Masa tu mana ada jalan raya, jalan balak lama tu lah ayah cakap dia rempit..hahaha.

Alhamdulillah, hari ni aku kena kenang balik semua tu, hari ni dah jauh beza, motorsikal pun sampai sesak jalan kadang2 dalam Felda ni punyalah banyak, kereta kalau ada 2 biji kat rumah tu..dah jadi biasa dah. Rumah papan lagilah, payah nak jumpa.

Aku kena ingat,Ayah dan Mak dulu miskin baru dapat masuk Felda ni, aku ni lahir daripada keluarga miskin, tak lah aku kaya hari ni, tapi cukup bersyukur aku ada kereta,ada keluarga..walau kadang2 belanja aku short tu, biasalah..salah aku jugak,makan nak sedap sangat,rokok sehari sekotak..dah nama gaya hidup aku kan,kenapa aku nak salahkan orang lain. Aku sendiri kena usaha lebih..hahaha.

Kalaulah dulu Ayah dan Mak tak masuk Felda, hari ini, ada kah pendapatan Ayah dan Mak, ada kah Rumah..adakah ladang..adakah tanah?

Aku dah jadi generasi Felda sekarang, sampai masa aku pula kena menyumbang dalam Felda, aku tak kaya pun, tapi kalau panggil aku bersihkan kubur,gotong royong dan lain2 yang boleh bagi manfaat pada orang lain..aku akan cuba pergi utk bantu.

Maafkan aku jika aku tersasar..

Maafkan aku jika aku terkasar..

Kerana terkadang aku lupa, Asal Usulku.

Syukur Ya Allah.

Kredit FB : Mohd Norazwa Mohd Noor (Generasi Felda)

Khamis, 10 Ogos 2023

Aplikasi Lipis EZ Park





Assalamualaikum dan salam sejahtera warga lipis.disini pihak Majlis Daerah Lipis telah melancarkan aplikasi Lipis EZ Park untuk memudahkan pembayaran parkir di seluruh Majlis Daerah Lipis. Penggunaan aplikasi ini telah beroperasi pada 08 Ogos 2023 dan boleh dimuat turun di:

ios : http://lipisezpark.mabsmartpark.com/ios

android : http://lipisezpark.mabsmartpark.com/android

huawei : http://lipisezpark.mabsmartpark.com/huawei

Sila nantikan perkembangan aplikasi ini bagi kemudahan bersama dari semasa ke semasa

FB : Majlis Daerah Lipis