Kampung Tanjung Besar mula dibuka pada tahun 1722 bermula dari Perlong yang terletak di Kampung Kemahang Hilir. Pembukaan kampung ini diketuai oleh Tok Hamid yang berasal dari keturunan Tun Ibrahim dan pengikut-pengikutnya dimana pada masa tersebut beliau turut dibantu oleh seorang kaum asli sebagai pemandu arah yang bernama Kutek semasa dalam perjalanan dari Lechok menuju ke Sungai Kong.
Semasa perjalanan ini, beliau dan para pengikutnya telah mengambil masa selama tujuh hari sebelum kembali semula ke Perlong setelah kehabisan bekalan makanan yang dibawa. Beliau dan para pengikut seterusnya selama empat hari empat malam meneruskan perjalanan semula menuju ke Sungai Kemesar. Mengikut perkiraan beliau terdapat syarat-syarat yang harus diambil kira sekiranya ingin membuka sebuah kampung dan tanah paya iaitu keadaan tanah dan tumbuh-tumbuhan iaitu dari sebesar-besar pokok tualang sehinggalah sekecil-kecil tumbuhan renek.
Setelah syarat-syarat ini diambil kira, maka beliau dan para pengikutnya bersetuju untuk meneroka kawasan yang terletak di Kemesar ini untuk dijadikan sebuah perkampungan. Nama kampung Kemesar ini diambil sempena nama sejenis pokok iaitu pokok kemesar yang banyak terdapat di bahagian hulu sungai ini.
Asal usul nama Tg. Besar pula adalah nama yang dicadangkan oleh Ahmad Ketot bin Abdul Rahman seperti yang terdapat di dalam buku yang dikarang oleh beliau kerana merasakan nama asal kampung ini kurang sesuai iaitu "Sawa Besar" yang diambil sempena spesis seekor ular iaitu ular sawa yang sangat besar yang ditemui semasa pembukaan kampung . Ular sawa yang besar ini ditemui oleh penduduk kampung ketika sedang berkubang pada musim panas di sebuah tasik Danau Asah yang terletak di bawah kaki bukit tersebut. Ular Sawa yang besar ini berlingkar disepanjang sungai Rengai sehinggalah ke sungai Kepung iaitu disepanjang tanjung yang terdapat di sungai-sungai tersebut. Maka setelah bersepakat mereka bersetuju untuk menamakan kampung tersebut sebagai “Tanjung Besar".

askum tuan blogger,
BalasPadammaaf kalau saya tersalah. rasenye tak ade keturunan Tun Ibrahim yang bernama Tok Hamid. sila rujuk salasiah Tun Ibrahim dan buat kajiselidik semula.. terima kasih.
Terima Kasih,
BalasPadamMaaf, kalau salah saya hanya mengambil maklumat dari http//tgbesar.idesa.net.my/sejarah.html Perpustakaan Desa Kampung Tanjung Besar.
Terima kasih,
BalasPadaminsyallah saya akan menghubungi mereka untuk kesahihan sejarah ini. walaubagaimana pun terima kasih kerana saya mendapat maklumat baru dari saudara mengenai Ahmad Ketot. saya ade terjumpa nama Tok Ketot adik kepada Tok Kema dan kedua-duanya anak Panglima Gantang Syed Abdul Rahman, mungkin Tok Ketot dan Ahmad Ketot adalah orang yang sama. wassalam..
Salam - jika ada maklumat baru tentang sesuatu penulisan sejarah jika ada sumbernya - maka maklumat itu boleh sahaja diketepikan - tetapi jikabelum ada pencerahan - terpaksalah guna sumber yg ada itu. Yang penting kita masing2 berperanan menggali dan mencerahkan yg kabur,
BalasPadamMengenai SALASILAH TUN IBRAHIM BIN TUN MUHAMMAD - boleh dirujuk blog : psmkawasanlipis.blogspot.com - wallahualam.
Ada sesiapa yg tahu tak maklumat tok Mansor bugis
BalasPadam