Jalaraya dari Kuala Lipis - Jerantut: melalui Kg Tanjung Bunggor |
Kampung2 di tempat lain berubah dan maju seiring peredaran zaman dan kemajuan Negara, namun kampung saya Kampung Tanjung Bungor hari ini hampir-hampir tinggal nama sahaja; sepi, sespi-sepinya. Rumah-rumah tradisional dan rumah2papan usang kebanyakannya terbiar kosong tanpa waris, sebahagian lagi rebah menyembah bumi dilitupi pohon2 buah yg telah tua dan sudah merajuk tak mahu berbuah lagi juga ulan dan semak samun lain. Sungai Jelai yang mengalir di sebelah "laut"(tebing) juga sepi dan "berhantu".
Lokasi
Sungguhpun KTB terletak dalam Mukim Cheka, Daerah Lipis, namun jaraknya ke bandar Lipis tidak kurang 30 Kilometer. Bandar terhampir adalah bandar Jerantut yang hanya 17 kilometer keselatan (kira-kira 15-20 minit memandu melalui jalan "rollercoaster"). Jadi KTB adalah kampung yang paling hilir dalam daerah Lipis jika mengikut aliran sungai Jelai. Pekan yg terhampir adalah Pekan Kuala Tembeling (2 KM) di sebelah Jerantut dan Pekan Mela (4 KM) menghala ke Kuala Lipis. Perkhidmatan bas ke Bandar yang melalui KTB adalah bas Jelai (Transnasional) dan Pahang Ling Siong. Bagi perkhidmatan kereta api, tren henti-henti dari Jerantut - Lipis ada singgah di pekan Mela. Kampung-kampung jiran terutamanya yg terletak diseberang sungai Jelai menghadapi nasib yg sama dengan KTB...tinggal nama...seperti Kampung Paya Bo, Kampung Chagah, Kampung Gemuncur, Kampung Gelugur, Kampung Talus dan lain-lain. Penghijrahan besar-besaran penduduk ke tanah-tanah rancangan Felda pada awal tahun 1970an meninggalkan kampung sehingga lengang. Sebahagian lagi berhijrah dengan membina kerjaya di luar dan enggan pulang apabila pencen. Banjir yang melanda pada tahun 1971 & 1990 (yg saya ingat) melemah kan semangat anak kampung untuk menetap dan membina rumah di KTB.
Masyarakat
Penduduk yg tinggal di kampung saya KTB adalah bersifat turun temurun, jadi hampir kesemua penduduk mempunyai tali persaudaran antara satu sama lain. Sebahagian lagi adalah penduduk yg berhijrah dari negeri jiran -Kelantan yg pada mulanya untuk menoreh getah penduduk asal kg ini. Namun lama kelamaan, sudah dianggap sebagai saudara sendiri. Masjid, surau dan balai-raya merupakan tempat untuk masyarakat berkumpul dan menjalankan pelbagai aktiviti. Ketua masyarakat KTB digelar Tok Empat (Ketua Kampung). Seingat saya Tok Empat dari saya kecil sampai sekarang ada 4 kesemuanya ; Pak Andak Haji (arwah), Tok Empat Pak Cik Keria @Zakaria (Arwah), Tok Empat Abdul Manan (Arwah) dan sekarang Tok Empat Kamarulzaman (Abg. Kamal). Hari ini, semaklum saya, tidak sampai pun 10 rumah yg berpenghuni di KTB.
Kenduri Kenara
Zaman kecil saya dulu..masa orang kawin di KTB memang meriah, kendurinya bukan hari nikahnya sahaja tetapi berhari-hari, Hari Merembat (membina pelantar, pelamin dan kemah tempat makan) sahaja sudah meriah. kami budak2 suka membuat sibuk dan "havoc". Juadahnya biasanya yg simple2 aja dan mudah didapati seperti gulai lemak rebung atau nangka muda atau labu ikan kering dan ikan kering goreng. Lepas itu hari membuat Nyor Gula (Kerisik), hari menyembelih (biasanya Kerbau menjadi pilihan sebab dagingnya banyak) sebelum majlis pernikahan berlansung. Malamnya ada persembahan Kugiran (Kumpulan Gitar Rancak) bagi menghibur warga KTB yang menyiang daging dan memasak di "sabak". Arwah Mak dan arwah Apak dan Arwah Uwan saya turut serta membantu orang memasak dan menyiang daging (saya pun misti turut serta...tapi menyibuk aja). dagingnya ada daging yg dipotong kecil untuk dimasak kari dan daging yg dipotong besar untuk "gulai besar"(rendang). Hari kenduri memang "happening" siap ada orang berniaga aiskrim dan kacang lagi. Dulu ada majlis beratur dan bersanding, pengantin diarak dengan paluan gendang dan gong (bukan kompang macam yg biasa kita tengok hari ini). ada kalanya pengantin lelaki akan di tandu diatas bahu. Berberapa das tembakan senapang patah akan dilepaskan keudara menandakan ketibaan pengantin lelaki. Wow...memang grand. Yg uniknya majlis kawin dulu di KTB tak ada pun budaya "salam kerup". So tuan rumah memang dah set in mind...ini nak bagi tetamu makan. Saudara mara dan jiran terdekat biasanya menghantar beras, barang2 utk dimasak bah kan Kerbau (biasanya bapa saudara pengantin yg berada) kepada tuan rumah sebelum majlis bermula. Sekarang.......semua tu tinggal dalam memory visual (saya sorang yg boleh akses). Nonaka & Takauchi (1995) katagorikan itu sebagai Tacit Knowledge...Saya sealiran dengan Polanyi (1958) its really uncodified...just exist in knowers mind. (berfalsafah lah pulakk...)
Hari Raya
Dulu (sebelum lahir Proton Saga - Terima kasih Tun, saya bangga... mat saleh betul2 appreciate proton cars) tak ramai yg berkereta, jalan dalam KTB pun seingat saya hujung tahun 1980an sahaja baru di turap (dah tak ada kereta buat apa nak turap). Waima yg berkerja Cikgu pun guna bas dan taksi sahaja utk balik kampung. Anak-anak dibawak sekali naik bas dan teksi yg perempuan bersetokin panjang sampai kepaha. Yg lelaki pun tak kurang juga berkasut kulit. Saya budak kampung dok perati sahajalah. Biasanya abang dan kakak saya yg sulong (Kak Long @ sekarang anak2 saya panggil Mak Wa) akan belikan dan jahitkan baju "gombang"(baju melayu lah tu..) untuk saya. Abang saya yg tua berkerja di Johor pada masa itu dan selalu juga balik membawa, "cekelat"(gula-gula), buah-buah (yg jarang2 jumpa) seperti apple, pear (sekarang belakang rumah saya bersepah...nanti next summer boleh petik), orange, lai (china pear), anggur (terkenang memetik anggur bersama wife di Adelaide semasa di Australia dulu) dan......Mercun + bunga api. Penuh juga lah boot keretanya walaupun masa tu masih bujang.
Tiap2 rumah warga KTB masing2 sibuk menyiapkan kuih muih hari raya. Yg popular mestilah Dodol (yg paling prestej), bahulu (saya suka yg cop ikan) dan mestilah lemang. kuih-kuih tradisional lain seperti putu, kuih loyang disamping kuih-muih "post modern" seperti kuih siput, kuih gunting dll. Persediaan membuat kuih tu yg paling best. Arwah apak suruh saya cari sabut nyor untuk membakar bahulu. Nanti kena pukul telor guna pemukul ber-spring tembaga. apinya mesti lebihkan yg diatas..baru masaknya sekata. Nak makan, makan yg "reject" dulu, yg elok di simpan dalam tin biskut. Mengukur nyor lagi satu hal...bukan senang...manual je..bukannya ada mesen. Nyor guna banyak pulak tu, apa ke tidaknya...dodol sahaja dah berapa puluh biji, lemang lagi, rendang lagi... huh (bulan puasa pulak tu...bestnya kalau berbuka nanti dapat minum air batu). Masa hari raya macam ni..dah tak ingat kawan dah maklumlah abang kakak yg jauh semua balik. Jumpa kawan nanti kat masjid masa hari raya. Hari raya lah peristiwa yang paling seronok dan dinanti-nanti.
Musim Buah
Buah-buah kampung menjadi tak tentu masa, kekadang "ripe"masa musim panas, kekadang musim hujan. So kalau musim hujan biasanya buah-buah lebih segar dan besar tapi kalau nasib tak baik kuranglah manisnya. Di KTB sekitar 80an-90an buah buah yg menjadi tumpuan yag pertama ialah durian lepastu barulah bedara (mata kucing), langsat (dukong belum popular), rambai dan pastinya rambutan. Musim ni ramailah anak kampung dari luar yg balik (jika kebetulan musim sekolah lagilah ramai) untuk menikmati buah-buahan segar dari bumi KTB. Ada orang2 tua yg menyimpan buah2 seperti durian yg gugur dua tigi biji untuk anak2 yg jauh (dengan harapan mereka balik) buah rambutan disimpan di pokok sahaja (jika tidak simpan untuk kera sahaja lah..). Kalau tak balik juga simpankan tempoyak sahaja lah...Buah2 yg banyak selalunya tak kan habis dimakan, jadi sebahagiannya akan di jual. Saya sendiri pernah menjual buah durian di tepi jalan dan di Batu Langguk (Jeti Kuala Tembeling) tempat pelancung menaiki bot ke Taman Negara. Yg membeli biasanya pelancung warga tempatan ataupun pemandu bot sendiri. Antara pelanggan saya yg tidak saya lupa ialah Tan Sri Azman Hashim (Arab Malaysian Bank) sekeluarga dan pembantu2. Sekali dia beli semua buah-buahan yg saya jual terus saya tak berniaga hari tu..Tutup kedai untuk hari tu...(Saya rasa saya suka berniaga....tapi...). Saya bisik dalam hati...satu hari saya akan jadi sehebat Tan Sri..
Sungai Jelai
Bekalan air paip kerumah tak silap saya hanya ada pada tahun 1982. Sebelum itu memang mengharapkan sepenuhnya air hujan di kolah (ada rumah yang membeli pre-cast round culvert yg diubahsuai) dan air Sungai Jelai. Mandi, membasuh, erk..erk..erk semuanya di sungai. Pelantar terapung diperbuat dari batang kayu yg hanyut semasa musim banjir dan dicantum menjadi seumpama rakit dan diikat di pokok (supaya tidak hanyut) di panggil "Jamban". Disitu ditambatkan perahu. Perahu panjang yg ditempah dari tukang diperbuat daripada daripada sebelah batang balak yang di bentuk menirus di depan dan dibelakang manakala di tengah-tengah di korek bagi membolehkan ianya terapung. Selain memudah kan pengagkutan ke sebarang sungai (untuk ke kebun atau berkunjung ke kampung seberang seperti Paya Bo, Kg Chagah, Kg. Gemuncur, Kg Talus dan lain-lain),perahu panjang ini juga digunakan untuk menangkap ikan. Kaedah menangkap ikan yg diamalkan pada masa itu adalah seperti Menahan "aran", "taut", mencandik, menjala, manahan jaring dan jaring hanyut. Rasanya dulu banyak betul ikan sungai yg boleh diperolehi setiap hari seperti ikan Lawang (patin buah), Patin Muncung, Jelawat, batu hulu, Kerai pasir, kerai kunyit, belida, baung, lampam, tapah, kenerak (my favourite sebab taxture isinya yg kenyal, manis dan berlemak, warna isinya kuning seakan-akan salmon). Ikan bernilai tinggi seperti patin dan jelawat jarang sekali dimakan dan biasanya di jual. Saya sendiri hanya sekali semasa kecil saya menikmati kelazatan patin sungai Jelai (I'm really missed Gulai Masam Tempoyak).
Sungai Jelai sentiasa meriah terutama pagi dan petang bila orang kampung turun mandi. Lagi best bila musim kemarau tatkala air surut sehingga pasir timbul di tengah-tengah sungai dan membentuk pulau. Fuhh memang best mandi air Lebai Mamat yg dingin mengalir dari puncak Cameron Highland di hulunya.
Penutup
Saya tetap bangga menjadi warga KTB walaupun KTB tidak seperti dulu. Kepada anak saya selalu saya sebutkan tatkala berkesempatan melewati KTB "Danial, Aleya...ni lah kampung Abah" dengan bangganya. Walaupun kedua orang tua saya telah kembali ke rahmatullah, insyaallah saya akan tetap pulang mengunjungi KTB, tempat saya dilahirkan, tempat saya dibesarkan, tempat ibu-bapa, datuk nenek dan ahli keluarga saya di semadikan, tempat dimana bermulanya perjalanan yang jauh dan mencabar ini..............
Nota: KTB pernah dikunjungi oleh YAB Dato' Seri Najib Tun Razak pada sekitar tahun 1982(jika tidak silap ingatan saya) untuk merasmikan mesyuarat UMNO cawangan Tanjung Bungor, Lipis, ketika beliau menjawat jawatan MB Pahang.
Diambil dari http://kampungtanjungbungor.blogspot.com
KOMEN
Saya ambil cerita di atas kerana kebanyakan kampung tradisonal yang terdapat dalam daerah Lipis sama seperti yang dicerita oleh anak Kg Tanjung Bungor. Kebanyakan anak cucu tidak lagi menetap di kampung tersebut kerana berhijrah ke tanah rancangan (FELDA) dan berkerja dibandar. Rumah lama kian usang dimamah anai-anai, sesekali sahaja perantau menjenguh kampung.
Ada juga penduduk kampung merungut kerana kampung mereka tidak dihirau oleh kerajaan tapi tak mengapa mereka faham nak membangun perkampungan di pendalaman yang penduduk telah berkurang dan tanah berbukit memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Pembangunan seperti jalanraya sudah cukup bagi penduduk kampung mereka bersyukur dan berterima kasih pada kerajaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ulasan