Halaman

Sabtu, 28 Februari 2009

Cabaran buat Barisan Nasional



Memenangi hati Kaum Cina. BN akan berdepan dengan masyarakat cina yang sudah pandai menilai pemimpin BN yang berpura-pura. Generasi baru cina sudah terdedah dengan media baru seperti Blog, Web, SMS dan mereka yakin bahawa BN tidak banyak membantu masyarakat cina dan mereka menganggapan BN menjadikan mereka masyarakat kelas kedua ini dibuktikan dengan kenyataan Ketua Bahagian Bukit Bendera semasa pilihanraya permatang Pauh. BN dikatakan banyak menyekat peluang-peluang perniagaan masyarakat cina mereka merasa “untuk berniaga pun susah” dan tiada kemudahan seperti orang-orang melayu terutama ahli UMNO seperti Tekun, MARA dan lain-lain. Ini merupakan cabaran bagi BN untuk menerang kepada masyarakat Cina permasaalah tersebut. Zaman era Tun Dr Mahathir masyarakat cina menghormati beliau kerana beliau mempunyai pemikiran perniagaan yang serupa dengan masyarakat cina. Dasar-dasar beliau sangat diterima oleh semua lapisan masyarakat terutama masyarakat cina. Buktinya PRU 11 tahun 1999 orang melayu telah menolak Tun Dr Mahathir tetapi masyarakat cina tetap menyokong beliau dan BN masih mendapat majority di parlimen.

Menenangi hati kaum India. Sebab apa masyarakat India menolak BN dan menyokong satu pertubuhan haram Hindraf. Masyarakat ini masih lagi miskin di negara ini walaupun ada yang berjaya. Golongan elit India tidak banyak membantu masyarakat ini, pemimpin menperkayakan korni-korni dan bersetongkol dengan kerajaan dan tidak banyak membantu golongan yang tinggal di estet-estet. Bayangkan pekerja estet kaum India yang sudah berkerja hampir 55 tahun tidak mempunyai rumah jika mereka meninggalkan estet. Keluhan mereka tidak didengar oleh pemimpin masyarakat India. Gula-gula pemberian semasa menghadapi pilihanraya seperti mesin jahit, jalan raya, baju sekolah, basikal, kasut sekolah sebenar sudah basi kadang-kadang mereka merasa malu menerima habuan tersebut. Pegangan “ambil tak apa pangkah belum tentu” telah menjadi pegangan golomgan ini.

Menenangi hati golongan muda Melayu. Orang muda melayu masih tidak menjiwai Umno, sikap untuk berkorban memang tiada langsung. Ini masalah besar kerana apabila mereka bergerak, mereka akan minta habuan. Masalah pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) juga menjadi isu jika tidak ditangani. Jika dulu orang pelajar dapat biasiswa, tetapi sekarang mereka dapat pinjaman sama macam bank. Pinjam dengan kerajaan atau pinjam dengan bank sama saja dan tetap kena bayar faedahnya. Macam mana orang muda nak dekatkan diri dengan BN kerana berasa terhutang dengan kerajaan. Sekitar 1960-an dan 1970-an, orang tua mempengaruhi orang muda tetapi sekarang sudah terbalik, orang muda yang mempengaruhi orang tua. Apabila orang muda dari Lembah Klang balik mengundi di kampung, mereka boleh mempengaruhi undi ahli keluarga. Kalau katakan ada 30 peratus orang muda balik kampung mempengaruhi 20 peratus orang tua, itu sudah menjadi 50 peratus dan besar kesannya.

Agama perspektif UMNO. Soal agama Umno dilihat tidak berjuang untuk agama menyebabkan Pas mengambil alih peranan tersebut . Sebab itulah orang Melayu berpecah. Mereka yang fikirkan soal agama, memilih Pas. Kita juga patut melihat sebab apa Dato Seri Anwar berjaya dalam menawan ahli UMNO menyokong beliau semasa dalam UMNO kerana agama yang dibawanya. Saudara Muhamad Sabu pernah menyatakan “kalau Anwar Jadi PM, PAS bertambah susah” berbanding dengan Tun Dr Mahathir. Pemimpin UMNO kebanyakan tidak mempunyai semangat agama yang tinggi, kita sebenarnya tidak semestinya berkelulusan agama tetapi menghormati orang beragama sudah cukup. Pemimpin perlu mengadakan aktiviti agama di kawasan masing-masing, kalau boleh jengguhlah ke masjid sesekali jangan tunggu semasa pilihanraya sahaja.

Menghadapi krisis dalaman yang parah. Kebanyakan Bahagian UMNO diseluruh Negara berpecah kepada dua puak atau team. Sebab apa mereka merebut jawatan, sebab beringinkan kuasa , kuasa boleh mendatangkan keuntungan, diri sendiri atau kroni bukan lagi kepentingan parti. Cuba bayangkan sesuatu team yang hendak menang dalam pemilihan berbelanja wang dengan begitu banyak hingga menjankau ratusan ribu kadang-kadang mengalahkan perbelanjaan pilihanraya umum. Kalah bererti jatuh susah. Sebab itu ahli UMNO berempas pulas untuk menang. Umno sekarang bersifat eksekutif, buat program pun di hotel lima bintang, pemimpin dihormati berlebihan hinggakan menegur pemimpin dianggap kurang ajar. Ahli bertambah tetapi tidak menjurus kepada pengorbanan.

Empat factor tersebut perlu ditangani oleh BN dan UMNO jika mahu memenangi PRU ke 13. Jika tidak BN akan ditolak oleh rakyat, cabaran tersebut memang payah untuk ditangani terutama terlibat dengan sikap, terguris hati, ego, benci yang ditanam dalam hati pengundi. Hanya pemimpin yang berkarisma, menakjukan sahaja boleh mengharumi permasalah tersebut. Buat masa sekarang saya tidak nampak Dato’ Najib boleh mengharumi permasalahan tersebut. Berbanding dengan Tun Razak selepas negara mengharumi cabaran getir selepas 13 Mei 1969. Adakah BN akan bangkit seperti zaman sebelum ini selepas melakukan perubahan selepas Mac ini…? atau sebalik. Sama-sama kita saksikan- Terima Kasih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan