Talian Kecemasan Polis 09-3122222/09-3122204, Bomba 09-3124444/09-3121539. Hospital 09-3123333, APM Lipis 09-3122999/09-3101710
Halaman
Isnin, 30 Mac 2009
Kuala Sepetang Bukit Gantang
Mee udang Kuala Sepetang
Saya berjalan di Kampung Menteri Kuala Sepetang seperti juga di Sungai Dua Permatang Pauh ada Chow Kueh Tew yang sangat sedap di sini ada Mee udang yang sangat enak. Harga RM 7.00 ke RM 10.00. yang paling menarik ada seorang pak chik yang berada di warong mee udang menceritakan isterinya sepupu kepada Arwah Bapa kepadaDato Siti Nurhaliza. Barulah saya tahu kampung arwah bapa siti kawasan ini.
Selasa, 24 Mac 2009
Bekas MB sembah derhaka dinamakan calon PAS di Bukit Gantang
PAS Isnin malam menamakan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin sebagai calon parti itu bagi bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang. Pengumuman tersebut dibuat oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada satu majlis di Padang Kota, Taiping Isnin malam. Keputusan PAS meletakkan Nizar memang telah dijangka kerana parti berkenaan mahu menguji 'populariti' ekoran isu politik yang berlaku di negeri itu ekoran pengambil alihan kerajaan negeri oleh Barisan Nasional (BN) atas perkenan Sultan Perak. BN mengambil alih kerajaan setelah tiga ADUN kerajaan campuran pembangkang iaitu dua dari PKR dan satu dari DAP meninggalkan parti masing-masing. Nizar akan berhadapan dengan calon BN Ismail Saffian. - 23/3/2009
KOMEN
Kalau BN kalah ditangan MB sembah derhaka malu besar ho...
Khamis, 12 Mac 2009
"Mereka dulu kawan"
Rabu, 11 Mac 2009
Isnin, 9 Mac 2009
Zamri Vs Nizar :
Nizar mohon menghadap Sultan Perak
IPOH 8 Mac - Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin akan menghantar surat bagi mohon menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah pada Selasa ini.
Menurutnya, tujuannya adalah untuk mempersembahkan tiga usul yang diputuskan semasa sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di bawah pokok pada 3 Mac lalu.Utusan Malaysia
Nizar tiada hak
KUALA LUMPUR 8 Mac - Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tiada hak untuk memohon perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, kata Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir.
Menurut Zambry, Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak memperuntukkan bahawa hanya Menteri Besar yang mempunyai hak menghadap Sultan Perak untuk memohon perkenan baginda bagi membubarkan DUN. Utusan Malaysia
KOMEN
Saya umpamakan kes Perak ini seperti dua pasukan bola sepak yang ingin menunjukan kekuatan tetapi tidak mengadakan perlawanan. Seorang penyokong menyatakan pasukan N sangat kuat kerana mempunyai penjaga gol yang hebat tangannya panjang tangkap bola terus melekat. Penyokong Z menyatakan penyerangnya sangat hebat tendangan bolanya sangat laju hingga boleh mematah tangan penjaga gol. Berbagai andaian yang dibuat berkenaan dengan kehebatan pasukan tersebut. Saya ingin menanyakan kepada orang ramai boleh kita menyelesaikan masalah tersebut juga tiada perlawanan bola sepak dibuat. Berbagai aduan, lapuran polis, saman menyaman tidak akan selesai yang menjadi mangsa adalah rakyat dan anak cucu kita akan mengetawakan kita suatu hari nanti.
Jumaat, 6 Mac 2009
Promosi projek inap desa
KUALA LIPIS 5 Mac – Agensi pelancongan diminta membantu kerajaan negeri dalam mempromosikan projek inap desa (homestay) di Kampung Kuala Medang dan Kuala Koyan di Hulu Jelai dekat sini, bagi menarik kedatangan lebih ramai pelancong ke kawasan tersebut.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail berkata, terdapat banyak tarikan di kedua-dua kawasan tersebut yang boleh ditonjolkan kepada pelancong tempatan dan asing.
Beliau berkata, ketika ini, projek inap desa terutama di Kuala Medang banyak menerima pelancong asing dari Korea, Jepun, Singapura, United Kingdom, Australia dan China yang ingin menyaksikan lebih dekat kehidupan tradisional masyarakat Melayu termasuk Orang Asli di Betau.
Katanya, untuk kemudahan pelancong, kerajaan negeri telah pun menyediakan pelbagai kemudahan asas termasuk jalan raya di kedua-dua kawasan berkenaan.
Selain itu, katanya, kerajaan negeri juga telah memperuntukan sebanyak RM200,000 untuk kerja-kerja menaik taraf kemudahan asas di Kuala Koyan bagi membolehkan sebuah lagi pusat inap desa berasaskan kehidupan Orang Asli dibangun di kawasan itu.
“Kita berharap, kerjasama daripada agensi pelancongan dapat menarik kedatangan lebih ramai pelawat ke kawasan terbabit seterusnya membantu penduduk dalam memasarkan hasil kraftangan mereka bagi menambah pendapatan,” katanya di sini hari ini. Utusan Malaysia
Ahad, 1 Mac 2009
Bersatu hadapi kesan kemelesetan ekonomi sehingga 2010
PULAU PINANG 28 Feb. Malaysia dijangka akan terus merasai kesan kegawatan ekonomi yang melanda dunia ketika ini sehingga tahun depan.
Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, kesan itu akan dirasai sehingga 2010 kerana dasar negara yang begitu terbuka dalam perdagangan menyebabkan negara berada dalam zon tidak selesa.
Katanya, justeru, kerajaan akan mengambil langkah segera bagi mengurangkan kesan kegawatan itu.
''Jumlah pekerja yang diberhentikan semakin meningkat setiap hari. Begitu juga dengan syarikat yang mengalami aliran tunai dan bankrup. Apa yang melanda dunia ketika ini seperti tiada penghujungnya.
''Kita juga nampak dari petunjuk-petunjuk itu kemungkinan kegawatan ini tidak akan berakhir tahun ini serta dijangka ia akan berlarutan sehingga tahun 2010.
''Inilah cabaran yang perlu kita semua hadapi," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Pelancaran Program Kewangan Mikro Bandar cawangan Geogetown di sini hari ini.
Komen
Cuba bayangkan jika harga sawit turun kepada RM 60.00 satu tan, harga getah turun 60 sen satu Kilo. Pekerja kilang balik kampung kerana diberhentikan kerja. Cuba bayangkan sekali lagi bagaimana suasana social ekonomi maysarakat pada hari itu. Sebenarnya saya sebagai anak peneroka pernah melihat kesusahan itu, peneroka terpaksa menjual barang yang diambil dari kedai felda dengan harga murah untuk mendapat duit ‘cash’.
Kalau diperhatikan politik kita hari ini juga tidak menentu, parti politik berebut inginkan kuasa. Sepatutnya kita bersatu menangani permasalahan ekonomi yang kian parah. Saya risau politik Negara akan gawat seperti gawatnya ‘bolasepak Negara’dan ‘Filem Negara’ . Kita masih menunggu Mokhtar Dahari baru masih tidak menjelma, kita menunggu P. Ramlee baru masih juga tidak menjelma. Hari mendatang ini politik makin gawat kita menunggu Tun Razak dan Tun Dr Mahathir baru masih tidak menjelama. Masa itu Negara kita sudah tidak digeruni dan diketawa oleh dunia seperti mereka mengetawakan bolasepak Negara kita. Cuba bayangkan….