Nizar mohon menghadap Sultan Perak
IPOH 8 Mac - Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin akan menghantar surat bagi mohon menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah pada Selasa ini.
Menurutnya, tujuannya adalah untuk mempersembahkan tiga usul yang diputuskan semasa sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di bawah pokok pada 3 Mac lalu.Utusan Malaysia
Nizar tiada hak
KUALA LUMPUR 8 Mac - Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tiada hak untuk memohon perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, kata Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir.
Menurut Zambry, Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak memperuntukkan bahawa hanya Menteri Besar yang mempunyai hak menghadap Sultan Perak untuk memohon perkenan baginda bagi membubarkan DUN. Utusan Malaysia
KOMEN
Saya umpamakan kes Perak ini seperti dua pasukan bola sepak yang ingin menunjukan kekuatan tetapi tidak mengadakan perlawanan. Seorang penyokong menyatakan pasukan N sangat kuat kerana mempunyai penjaga gol yang hebat tangannya panjang tangkap bola terus melekat. Penyokong Z menyatakan penyerangnya sangat hebat tendangan bolanya sangat laju hingga boleh mematah tangan penjaga gol. Berbagai andaian yang dibuat berkenaan dengan kehebatan pasukan tersebut. Saya ingin menanyakan kepada orang ramai boleh kita menyelesaikan masalah tersebut juga tiada perlawanan bola sepak dibuat. Berbagai aduan, lapuran polis, saman menyaman tidak akan selesai yang menjadi mangsa adalah rakyat dan anak cucu kita akan mengetawakan kita suatu hari nanti.
Pasukan N ajak buat perlawanan... tapi pasukan Z takut nak mampuih nak lawan... sebab depa tau depa akan kalah lawan dengan pasukan N... mungkin kena 5-0 kut...
BalasPadamBagus sekali posting ni...Ye kalau rasa pasukan kuat beradu kat padang aja lah...buat apa sorak2 mengaku kuat...buat aja lah pilihanraya semula
BalasPadammaka penyokong cina yang tak sedar diri bukan negeri mike yang digadai tanah jangan bising!
BalasPadamtgk nanti kalau tanah kene ceroboh !
pangkah lah DAP dan geng cilaka
Kita kena sedar dalam Pahang UMNO memerintah pun tanah tergadai ke bangsa asing, Di Jerkoh/Ulu Atok ratusan ekar tanah dah AQ5 dah sapu.Siapa Yang kasi?
BalasPadamBetulah Tok Gajah bila kita tengok 'Googel Map'.
BalasPadam