Kota Ngah Ibrahim Matang merupakan kawasan dan rumah kediaman Ngah Ibrarim anak kepada Che Long Jaafar, orang yang mula-mula menemui dan meneroka perusahan bijih timah di Bukit Gantang, Taiping pada pertengah kurun ke 19. Dengan penghasilan bijih timah ini Ngah Ibrahim telah menjadi kaya raya melebihi dari sultan perak sendiri, Sultan telah menganugerakan geleran Menteri Larut kepada Ngah Ibrahim.
Kemasukan kaum cina yang ramai telah mengakibatkan tertubuhnya kumpulan kongsi Kongsi gelap antara kumpulan Chee Hin dan Hai San. Kedua-dua kumpulan kongsi gelap ini sering bermusuhan. Begitu juga dengan Kompeni Hindia Timur Inggeris yang ingin campur tangan di negeri Perak untuk monopoli perniagaan bijih timah ini.
Atas ancaman ini kota Ngah Ibrahim di buat dengan kukuh. Tembok kotanya dibuat dengan beberapa lapisan batu bata setinggi lebih dari 1.5meter. Rumah Ngah Ibrahim didirikan betul-betul ditengah kota ini . Pembinaan kompleks ini dipercayai siap pada tahun 1858. Kompleks ini juga dijadikan pejabat dan pusat memungut cukai bijih timah jajahan Larut.Kota ini dihubungkan dengan Kuala Sepetang melalui jalan darat dan terusan.
Rumah ini juga dijadikan tempat perbicaraan Dato’ Maharaja Lela dan Si Puntum yang telah membunuh J.W.W Birch, Residen InggerisPertama pada 02 November 1784 di Pasir Salak. Bangunan rumah Ngah Ibrahim pernah dijadikan Maktab Perguruan yang pertama sebelum dipindahkan ke Tanjung Malim, Perak. Kemudian Bangunan ini dijadikan Sekolah Kebangsaan Matang sehingga ke akhir tahun 1970an. Akhir sekali kawasan dan bangunan rumah Ngah Ibrahim ini dijadikan Pusat dan Pejabat Kompleks Sejarah Matang dan Jabatan Muzium dan Antikuti.
KOMEN
Bangunan bersejarah tersebut perlu dijaga untuk generasi akan datang. Sebelum ini saya hanya mendengar cerita tersebut dari guru yang mengajar sejarah semasa bersekolah dahulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ulasan