Halaman

Jumaat, 31 Julai 2009

Sudah Merebak Ke Lipis




Kesan Domino H1N1

Oleh : My

Selama ini saya memandang ringan kes berkaitan H1N1 di negara kita. Seperti juga pihak sesetengah pihak yang mahu menukarkan istilah tersebut kepada selsema babi, bagi saya ianya tidak berapa penting. Namun sejak dua hari lepas di kawasan saya terdapat dua pelajar disyaki menghidap H1N1 dan hari ini saya mendapat tahu pelajar terbabit sah dijangkiti H1N1 barulah saya sedar betapa seriusnya wabak ini. Dan serta-merta sekolah pelajar terbabit iaitu Sek. Men. Keb. Clifford Kuala Lipis menjadi institusi terbaru yang mengumumkan penutupannya hari ini.

Apa yang menjadi persoalan di sini, adakah dengan menutup dan mengarahkan pelajar pulang kerumah (bagi pelajar asrama) akan menutup peluang merebaknya virus ini?

Seperti yang saya baca dari internet, "Seseorang yang dijangkiti mungkin boleh menjangkiti seorang lain bermula sehari sebelum simptom itu merebak hingga ke hari ke-7 selepas dijangkiti (sakit)"
(http://pmr.penerangan.gov.my/)

Dalam bahasa yang mudah, apabila pelajar A dikesan menghidap H1N1 dan merebak kepada pelajar B pada hari ini. Sekolah kemudian ditutup dan pelajar A ditahan di hospital sementara Pelajar B yang belum menunjukkan simptom pulang ke kampung/rumah dan dengan cara ini kesan seperti teori domino pun meletus! Cuba bayangkan selama ini IPT, Politeknik, Sekolah dan Kolej yang menutup dan membenarkan pelajar-pelajarnya pulang, berapa ratus agaknya dari mereka pembawa virus yang tidak dapat dikesan membawa pulang H1N1 ke kawasan masing-masing. Justeru itu kita sepatutnya memberi perhatian serius kepada isu H1N1 ini berbanding isu-isu lain seperti GMI, SPRM, PPSMI dan sebagainya.

Dalam pada parti pembangkang berura-ura mahu berhimpun berkenaan isu ISA pada 1 Ogos nanti, negara kita sebenarnya menghadapi satu masalah yang maha besar iaitu H1N1. Oleh itu wajarlah kiranya wakil-wakil dari pembangkang dan kerajaan duduk semeja bagi mencari satu jalan penyelesaian yang lebih sesuai berbanding dengan hanya menutup sekolah.

Percayalah bahawa wabak ini tidak mustahil menjadi sangat melarat hingga tidak mampu dikawal jika tiada langkah pencegahan yang lebih efisien. Harap pihak kementerian mengkaji semula prosedur penutupan IPT/Sekolah ini atau melakukan penambah-baikan supaya negara kita tidak musnah gara-gara kesan domino.

Antara cadangan saya adalah pihak media lebih banyak menyiarkan info berkaitan H1N1, simptom dan gejala penyakit serta maklumat terperinci tahap-tahap penyakit daripada awal jangkitan dan sehingga tahap kronik supaya masyarakat sedar peri-bahayanya H1N1.

Untuk lebih lanjut berkaitan H1N1, layari http://www.andiza.net/2009/06/influenza-h1n1-selesema-babi.html

Selasa, 21 Julai 2009

Silat Gayung Pancasila


Upacara mandi minyak di Tempoyang Kuala Lipis.

Asal Usul

Silat ini dibawa ke Semenanjung Tanah Melayu oleh Sheikh Ibrahim yang berasal di Indonesia. Di Pahang, Silat ini telah dikembangkan oleh Pak Yaakub yang berasal dari Kedah dan telah menetap di Panching, Kuantan. Silat ini juga pernah dikembangkan di Semantan, Raub oleh Guru Kamaruzaman Alias dan Tengku Mat di Batu Burok, Kuala Terengganu. Diantara pewaris yang masih bergiat mengembangkan Silat ini adalah Yahya bin Othman yang menetap di FeldaTersang, Raub.
Tujuan

Tujuan pembukaan gelangang silat ini adalah untuk memperkenalkan dan menarik minat anak-anak muda tempatan untuk melibatkan diri dengan seni persilatan tradisional melayu. Usaha ini juga dapatl kita menghindar anak-anak muda dari melakukan aktiviti kurang sihat disamping dapat mengembang ilmu seni persilatan melayu.
 
Syarat Menjadi Ahli

Bagi mempelajari Silat ini ahli dikehendaki menyediakan perkara berikut:-

1. Wang berjumlah RM15.25 (pengeras)

2. 7 biji limu nipis

3. Akar sintuk

4. Sirih pinang dan ramuannya

5. Sebatang lilin


Jumaat, 10 Julai 2009

Empat projek agro bantu kurangkan kadar kemiskinan tegar

Projek Prosdet Kampung Pantos
Rumah di penempatan tersebut yang sedang dalam pembinaan

KUALA LIPIS 9 Julai - Kerajaan sedang melaksanakan empat projek agropolitan bagi mengurangkan kadar kemiskinan luar bandar dan membasmi kemiskinan tegar menjelang 2010.
Sasaran kali ini ialah 10,000 peserta melibatkan empat kawasan baru iaitu di Batang Lupar dan Batang Sadong di Sarawak, Gana di Sabah dan Chemomoi di Pahang.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, projek itu merupakan usaha kerajaan untuk membantu masyarakat luar bandar dan warga miskin tegar keluar daripada garis kemiskinan.
"Program ini memberi fokus kepada pembangunan ekonomi, prasarana fizikal dan pembangunan manusia," katanya ketika ditemui selepas melakukan lawatan kerja ke Projek Agropolitan Gahai dan Program Pembangunan Bersepadu Desa Terpencil (Prosdet) Kampung Pantos di sini hari ini.
Hadir sama timbalannya, Datuk Hassan Malek; Exco Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Pahang, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail dan Ahli Parlimen Lipis, Datuk Shaharom Osman.
Projek agropolitan pertama di Pulau Banggi, Sabah dilaksanakan pada 11 Ogos 2007 manakala projek kedua di Gahai dirasmikan pada 5 Ogos tahun lalu.
Menurut Mohd. Shafie, keutamaan akan diberikan di kawasan terpencil tetapi mempunyai potensi ekonomi tinggi seperti pertanian, pelancongan dan industri yang boleh menjana pembangunan.
Mengulas projek agropolitan di Pulau Banggi, beliau berkata, ia telah menunjukkan perkembangan positif dan amat berpotensi untuk diteruskan.
Namun katanya, minat orang ramai terhadap projek ini masih kurang walaupun keberkesanannya amat nyata.
Sementara projek agropolitan Gahai pula yang mempunyai keluasan 222.58 hektar meliputi ladang getah dan nenas, seramai 50 peserta telah diberikan hak milik rumah dan menetap di kawasan tersebut manakala 30 lagi diberi milikan saham.
Mengenai lawatannya ke projek Prosdet di Kampung Pantos pula, beliau berkata, ia bermatlamat meningkatkan kualiti hidup dan pendapatan para peserta.
Katanya, seramai 173 keluarga Orang Asli daripada suku kaum Semai, Batik dan Temuan terlibat dalam projek tersebut yang merangkumi kawasan seluas 478 hektar.
"Sebahagian penempatan yang disediakan masih dalam pembinaan dengan 159 rumah sudah siap dibina," katanya.
Jelas beliau, projek Prosdet Kampung Pantos dijangka siap sepenuhnya pada 3 Disember ini yang melibatkan kos keseluruhan kira-kira RM11 juta. UM

Selasa, 7 Julai 2009

Kerajaan berhasrat jadikan Felda gedung makanan negara - Najib



SEGAMAT: Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkata kerajaan berhasrat menjadikan tanah rancangan Felda di seluruh negara sebagai gedung makanan negara yang mampu mengeluarkan tanaman berskala besar.

Perdana Menteri berkata Felda sebagai pengeluar makanan bertepatan untuk menjadikan rancangan pertanian yang berusia 53 tahun itu bersifat lebih moden yang bukan hanya menumpukan pertanian kelapa sawit semata-mata.

"Banyak kawasan lapang dalam kawasan penempatan Felda ini seperti di pekarangan rumah atau tanah kosong. Kita mesti tanam tanaman yang boleh memberi hasil seperti cili pulai, terung, bunga kantan dan pisang berangan," katanya semasa berucap pada majlis Hari Peneroka Felda 2009, di Felda Maokil, di sini, Selasa ini.

mstar.com.my/

KOMEN.

Menarik cadang PM untuk warga Felda. Apa yang berlaku pihak Felda telah mengagihkan 20 pokok cili kulai pada setiap rumah peneroka Sungai Koyan Lipis Pahang. Peneroka yang tidak berminat bahagiannya diambil oleh jiran menyebabkan sebuah rumah dipenuhi tanaman cili tersebut. Pihak Felda sekali sekala membuat pemantauan dengan meracun serangga/kulat dan memberi khidmat nasihat. Oleh kerana ramai peneroka yang terlibat, terdapat tanaman yang subur dan dijaga dengan sempurna, terdapat juga tanaman tersebut tidak memuaskan kerana kurang perhatian penanam. Apabila pokok mengeluarkan, FAMA pun datang untuk membeli dari peneroka dengan harga RM 2.00 kg sesudah dibuat pengkelasan. Bayangkan dengan harga tersebut dengan kos yang dibelanjakan bukan untung tapi rugi. “Lebih baik kita jaga ladang atau kutip buah relai…” rungut peneroka

Isnin, 6 Julai 2009

Kadar Baru Saman PDRM

BIL

JENIS


KADAR KOMPAUN LAMA


KADAR KOMPAUN BARU


KESALAHAN


KENDERAAN


1.


KEMALANGAN
(TIDAK MELIBATKAN KES NC)


LORI / BAS /
4WD / TEKSI / VAN / KERETA

MOTOSIKAL


RM 300

RM 300

RM 300


RM 200

RM 150

RM 100


2.


PANDU LAJU


LORI/ BAS/
4WD / TEKSI / VAN / KERETA
MOTOSIKAL


RM 150

RM 150

RM 150


RM 90

RM 70

RM 50


3.


TIDAK PAKAI TALIPINGGAN KELEDAR


TEKSI

VAN

4WD / KERETA


RM 150

RM 80

RM 70


RM 50

RM 50

RM 50


4.


KESALAHAN YANG TIDAK BOLEH DI KOMPAUN


SEMUA KESALAHAN TIDAK BOLEH DIKOMPAUN MENGIKUT KAEDAH-KAEDAH PENGANGKUTAN JALAN (PENGOMPAUN KESALAHAN) 2003 CTH: KEMALANGAN MAUT, MEMANDU DALAM KEADAAN MABUK, PEMANDU DI BAWAH UMUR TANPA LESEN, MEMANDU DENGAN CUAI DAN MERBAHAYA, TIADA PERLINDUNGAN INSURAN, LUMBA HARAM.


NO COMPOUND

(NC)


NO COMPOUND

(NC)


5.


TIDAK PAKAI TOPI KELEDAR


MOTOSIKAL


RM 70


RM 30


6.


TIDAK BOLEH BUAT PUSINGAN 'U'


LORI/ BAS/
4WD / TEKSI / VAN / KERETA

MOTOSIKAL


RM 200

RM 100

RM 70


RM 90

RM 70

RM 50


7.


POTONG CARA BAHAYA - POTONG 'Q'


LORI/ BAS/
4WD / TEKSI / VAN / KERETA

MOTOSIKAL


RM 200

RM 100

RM 70


RM 90

RM 70

RM 50


8.


MENERUSKAN PERJALANAN SEMASA ISYARAT LAMPU MERAH


LORI/ BAS/
4WD / TEKSI / VAN / KERETA

MOTOSIKAL


RM 200

RM 200

RM 150


RM 200

RM 150

RM 100


9.


MEMANDU GUNA TELEFON BIMBIT/ALAT KOMUNIKASI


LORI/ BAS/
4WD / TEKSI / VAN / KERETA

MOTOSIKAL


RM 200

RM 100

RM 70


RM 90

RM 70

RM 50


10.


TIDAK BERI LALUAN SEBELUM MEMBELOK


LORI/ BAS/
4WD / TEKSI / VAN / KERETA

MOTOSIKAL


RM 200

RM 100

RM 70


RM 90

RM 70

RM 50



11.



KESALAHAN LESEN MEMANDU



LORI/ BAS/
4WD / TEKSI / VAN / KERETA

MOTOSIKAL



RM 150

RM 80

RM 70



RM 90

RM 70

RM 30


12.


KESALAHAN LESEN KENDERAAN MOTOR (ROAD TAX)


LORI/ BAS/
4WD / TEKSI / VAN / KERETA

MOTOSIKAL


RM 150

RM 80

RM 70


RM 90

RM 70

RM 30


13.


MEMANDU DI LORONG KECEMASAN


LORI/ BAS/
4WD / TEKSI / VAN / KERETA

MOTOSIKAL


RM 200

RM 100

RM 70


RM 90

RM 70

RM 50


14..


KES WARAN


LORI/ BAS/
4WD / TEKSI / VAN / KERETA

MOTOSIKAL


RM 300

RM 300

RM 300


SEKALI GANDA DARI HARGA TAWARAN TETAPI TIDAK MELEBIHI RM 300

Jumaat, 3 Julai 2009

Hari Penutup Kanival Lipis 2009


Malam ini hari penutup Karnival Lipis 2009, saya keluar dari rumah untuk melihat upacara tersebut, hujan sedikit gerimis tapi saya gagahi juga mungkin ada keseronokan malam ini. Sesudah sampai menapak dataran Lipis hujan turun dengan lebat. Saya meluru menuju ke khemah garai promosi ‘Streamyx’ sambil melihat apa yang dipaparkan.


Sambil itu saya terdengar dua orang dalam lingkungan 50-an bersembang. “mengapa ya setiap kali Kanival Lipis diadakan mesti hari hujan ..? jawab seorang lagi, “sebab apa…? tanah dataran Lipis ini milik ‘Orang Kaya Haji’(Wan Daud) yang diambil oleh Clifford secara paksa. jadi perbuatan tak baik mesti ada musibah dan petanda”. katanya.

“Dalam hati saya, oh begitu” saya pun berlalu.

Ceramah Isu Semasa



Tarikh : 05 Julai 2009

Masa : 0930 Malam

Tempat : Markas PAS Berchang Lipis.

Penceramah : Ustaz Yusuf Embong - Timbalan Pesuruhjaya Pas Pahang.

Mohd Sani Hamzah - Naib Ketua Pemuda PAS Selangor

"Hadir untuk mendengar isu yang diutarakan..."