Upacara mandi minyak di Tempoyang Kuala Lipis.
Asal Usul
Silat ini dibawa ke Semenanjung Tanah Melayu oleh Sheikh Ibrahim yang berasal di Indonesia. Di Pahang, Silat ini telah dikembangkan oleh Pak Yaakub yang berasal dari Kedah dan telah menetap di Panching, Kuantan. Silat ini juga pernah dikembangkan di Semantan, Raub oleh Guru Kamaruzaman Alias dan Tengku Mat di Batu Burok, Kuala Terengganu. Diantara pewaris yang masih bergiat mengembangkan Silat ini adalah Yahya bin Othman yang menetap di FeldaTersang, Raub.
Tujuan
Tujuan pembukaan gelangang silat ini adalah untuk memperkenalkan dan menarik minat anak-anak muda tempatan untuk melibatkan diri dengan seni persilatan tradisional melayu. Usaha ini juga dapatl kita menghindar anak-anak muda dari melakukan aktiviti kurang sihat disamping dapat mengembang ilmu seni persilatan melayu.
Syarat Menjadi Ahli
Bagi mempelajari Silat ini ahli dikehendaki menyediakan perkara berikut:-
1. Wang berjumlah RM15.25 (pengeras)
2. 7 biji limu nipis
3. Akar sintuk
4. Sirih pinang dan ramuannya
5. Sebatang lilin
sekiranya saya berminat, dengan siapakah seharusnya saya berhubung ? -euwarga lipis-
BalasPadamAssalamualaikum, ada x guru/anak murid silat dari or berhijrah ke kuala lipis. bernama mat asit? dari tahun 1900-1950 mybe.
BalasPadam