Halaman

Selasa, 25 Ogos 2009

Sungai Pahang.....Dimana Hulunya

                                                                             Sungai Jelai

                                                              Mengalir di Sungai Pahang

Lagu Keindahan Sungai Tembeling

Beberapa hari selepas Rodgers dilantik menjadi Residen British di Pahang dan Hugh Clifford sebagai Pegawai Jajahan Hulu Pahang (Lipis) pada Julai 1889, Sultan Ahmad Shah yang handal bermain catur cuba bermain dengan Rodgers di istana di Pekan, Pahang. Permainan ini disaksikan oleh ramai pembesar Melayu Pahang dan juga lain-lain pegawai British.

Antara pembesar Melayu yang hadir itu ialah Tengku Mahmud (putera Sultan Ahmad), Bendahara, Temenggung, Engku Muda Mansur, Engku Andak, Wan Muhamad (Maharaja Perba Jelai), Orang Kaya Chenor (Orang Kaya Indera Pahlawan) dan Orang Kaya Indera Syahbandar.

Bagi pihak British selain daripada Rodgers dan Clifford turut serta Belfield, pentadbir di Pekan; W.W. Michell, pentadbir di Kuala Pahang; A.H. Wall, pentadbir di Kuantan dan E.A.Wise pentadbir di Temerloh

Permainan
Yang tidak turut sama dalam permainan catur itu hanyalah Tuk Gajah (Rasu) dan Mat Kilau. Mereka berdua berada di Budu kerana tidak puas hati campur tangan Inggeris di Pahang.

Dalam permainan catur antara Sultan Ahmad dengan Rodgers itu, secara kebetulannya Rodgers telah bertanya kepada Sultan Ahmad akan makna menteri yang dipanggil dalam permainan catur itu. Sultan Ahmad tidak dapat menjawab pertanyaan Rodgers itu, lalu Rodgers berpaling kepada Sheikh Muhammad Saleh, seorang ulamak dari Minangkabau yang turut bersama menyaksikan permainan catur itu.



Demikian jawapan Sheikh Muhammad Salleh... "Saya tentu tahu kerana saya orang Melayu dan pertanyaan tuan pun bahasa Melayu. Ada pun erti menteri itu, tiap-tiap seorang yang telah dilantik oleh raja buat mendatangkan manfaat dan menolak mudarat yang datang kepada raja.


Inilah erti menteri." Maka Rodgers pun mengangguk-anggukan kepalanya tanda puas hati akan pertanyaan itu. pertanyaan itu. Sambil bermain catur itu Rodgers mengambil kesempatan bertanya lagi kepada Sultan Ahmad Shah mengenai Sungai Pahang. Demikian pertanyaan beliau... "Patik Tuanku sangat hairan dari hal Sungai Pahang. Di mana-mana negeri yang ada sungai tak dapat tiada nama sungai tidak berubah daripada kuala terus ke hulu jikalau banyak sekalipun cawangannya. terus ke hulu jikalau banyak sekali pun cawangannya.


Maka Sungai Pahang nampaknya tidak begitu, dari kuala bernama Sungai Pahang hingga sampai ke pertemuan Sungai Jelai dan Sungai Tembeling. Sepatutnya mana yang besar antara Sungai Jelai dan Sungai Tembeling itu dinamakan Sungai Pahang terus ke hulunya. Harap diampun tuanku apakah sebabnya yang demikian itu? dinamakan Sungai Pahang terus ke hulunya. Harap diampun tuanku apakah Pertanyaan Rodgers itu tidak dapat dijawab oleh Sultan Ahmad, hanya berkata... " Saya tidak tahu, begitulah sudah terjadi daripada orang-orang tua dahulu kala. Barangkali datuk-datuk yang ramai ini ada yang tahu," sambil Sultan Ahmad bertanya kepada datuk-datuk yang sedang melihat permainan catur antara Rodgers dengan Sultan Ahmad itu. Sultan Ahmad bertanya kepada datuk-datuk yang sedang melihat permainan Pembesar.


Semua para pembesar Pahang itu tidak seorang pun dapat menjawabnya. Lalu Rodgers bertanya pula kepada Sheikh Muhammad Salleh. Beliau lalu menjawab demikian... "Tentu saya tahu, saya orang Melayu, yang tuan tanya itu hal negeri Melayu. Ada pun nama itu tuan bukan ikut badan, kerana tuan hairankan mengapa tidak dinamakan yang besar daripada salah satu daripada Sungai Jelai dan Sungai Tembeling dengan nama Sungai Pahang.


Jikalau sebagaimana kehendak itu sepatutnya Tuan Clifford jadi Residen kerana besar badannya dari Tuan (Rodgers) dan tuan jadi pemerintah jajahan kerana badan tuan kecil." sebagaimana kehendak itu sepatutnya Tuan Clifford jadi Residen kerana besar Maka Rodgers termenung sekejap kemudian berkata: "Betul sangat kata tuan Sheikh itu....


(catatan daripada buku Riwayat Hidup Sheikh Muhammad Salleh Tongkar Minangkabau yang ditulis oleh Mohd. Saleh Mendailing, 1933. M. Rahimadiah Press, Ipoh).

KOMEN

Catatan daripada buku Riwayat Hidup Sheikh Muhammad Salleh. Setelah membaca kisah hidup Sheikh Muhammad Salleh itu, saya sungguh tertarik dengan pertanyaan Rodgers mengenai Sungai Pahang yang tidak mempunyai hulu, memang benar Sungai Pahang dari kualanya yang terletak di Kuala Pahang hinggalah mudik ke hulu, kita tidak akan bertemu dengan hulu Sungai Pahang yang sebenarnya. Kalau diperhatikan pula sungai Jelai mempunyai hulu tetapi tiada pula berkuala. Pendapat anda bagaimana........?

5 ulasan:

  1. assalamualaikum..
    bolehkah saudara memberi apa-apa maklumat berkaiatan dengan Orang Kaya Temerloh..
    itu pun sekiranya saudara mempunyai maklumat tersebut..
    sekiranya tiada, jadi tidak mengapalah..
    sekian.

    BalasPadam
  2. Maklumat yang saya dapat daripada buku sejarah yang sangat terhad seperti : Jang Aisjah Mutalib- Pemberontakan Pahang, 1891-1895, Prof Madya Dr Muhamad Yusof Hassim dan Dr Aruna Gopinath - Tradisi Persejarahan Pahang Darulmakmur 1800-1930, Zafuan Haji Manap - Bingkisan Sejarah Raub Rao dan Pagaruyung Pertalian Dengan Raub Dan Pahang. Zakaria Hitam – Asal usul Nama tempat bersejarah Negeri Pahang.(Tun) Suzana bt (Tun ) Hj M.Othman - Institusi Bendahara Permata Melayu Yang Hilang, Kalthum Jeran -Hikayat Pahang dan cerita dari mulut kemulut warga Lipis.

    Kalau dalam buku-buku tersebut ada menceritakan Orang Kaya Temerloh bolehlah kita kaji dan kongsi bersama.

    Terima kasih.

    BalasPadam
  3. pasni tolong cerita pasal pawang dipahang boleh? xde info..susah nk cari..

    BalasPadam
  4. Sungai Pahang dan Sungai Jelai adalah sungai yang sama.

    BalasPadam
  5. Pada pendapat saya memang betul sg Jelai adalah hulu Pahang.Bila kita lihat dipertemukan sungai Jelai dan Tembeling nyata air sungai Jelai lebih besar drpd Tembeling.Patutlkatakan kuala Tembeling.kalau perkataan orang asli keturunan saya tak pasti Jelai bermaksud kepala air

    BalasPadam

Ulasan