Talian Kecemasan Polis 09-3122222/09-3122204, Bomba 09-3124444/09-3121539. Hospital 09-3123333, APM Lipis 09-3122999/09-3101710
Halaman
▼
Selasa, 10 November 2009
FIKIR-FIKIR : Hendak Ke mana Anda...?
Walaupun kita selaku manusia diberikan akal oleh Allah, kita jarang mahu menggunakannya untuk berfikir dengan mendalam, untuk bertanya kepada
diri kita sendiri erti kehidupan: “... HENDAK KE MANA AKU?”
Kita TIDAK ADA MASA untuk memikirkannya. Kita TIDAK MAHU untuk memikirkannya. Kita MENGELAK daripada memikirkannya.
Pelbagai cara dibuat, secara sedar atau tidak sedar untuk MENGHALANG kita dari memikirkannya. Apa yang menyebabkan kita lalai? Apa yang melalikan
kita? Kenapa kita tidak ada masa? Apa di sana ada perancangan musuh Islam untuk melalai dan melalikan kita??
Terang dan jelas bagi kita, salah satu sumber utama ialah...HIBURAN. .Kita dilalikan dan dilalaikan dengan hiburan yang berpanjangan. . Hampir keseluruhan hidup kita diselubungi, dihantui, dikelabui oleh hiburan. Untuk berhibur kita perlukan set tercanggih..
- Kita sanggup bergadai bergolok untuk mempastikan rumah kita mempunyai set TV, Hi-Fi, DVD paling canggih... Tidak cukup dengan saluran TV percuma...
- kita merasa perlu pula untuk melanggan puluhan saluran satelit berbayar..
Untuk pastikan kita tidak perlu berfikir dalam kereta...- Kita berlumba melengkapkan peralatan audio paling mahal dalam kereta, lengkap dengan DVD player, agar
anak-anak kita tidak terlepas rancangan hiburan kegemaran mereka.
Tidak cukup dengan itu...- Kita penuhkan fikiran dengan pelbagai rancangan
import; filem Hollywood, American Idol, Survivor, Fear factor, Extreme Makeover etc ,
- Kita serabutkan hidup kita dengan rancangan hiburan tempatan, ada yang diciplak 90%.- Malaysia Idol, Akademi Fantasia, Muzik-muzik, Musik-musik, Mencari
Cinta etc. Jika rancangan drama tempatan tidak cukup menarik... - Kita semakkan hidup kita dengan drama dan telenovela dari Amerika Selatan, Filipina, Indonesia, Thailand etc. Agar kita tengelam dalam alam fantasi tanpa perlu berfikir...- Kita biarkan isteri, suami dan anak-anak kita dibuai dengan produk-produk Bollywood yang tidak
berputusan.. . - Kita ajak keluarga kita lepak di Padang dengan Konsert Sure Heboh biarpun Mufti mengharamkannya. . ahh! pedulikan itu semua!
Sekiranya kita ada sedikit masa luang untuk berfikir, orang lain sudah menjadualkan kita untuk berhibur... - Pelbagai konsert telah diatur seolah-olah secara
berjadual sepanjang tahun, agar kita tidak ada masa untuk berfikir lagi... konsert Hari Kebangsaan, Sure Heboh, Raya, tahun baru Cina, Deepavali, Keputeraan,
Citrawarna, Krismas, Tahun Baru dan pelbagai lagi pesta-pestaan. - Hidup kita diprogramkan dengan pelbagai Majlis anugerah dari masa ke semasa, Anugerah Industri Muzik,Oscar, Pesta Filem, Juara Lagu, Penyanyi Popular, Bintang Pujaan, Pelakon Terhebat, dan seribu satu macam lagi majlis. Maka di mana ada masa untuk kita berfikir?
Tidak hairanlah jika kitaran rutin hidup kita nerkisar di sekitar.. makan..cari makan.. BERHIBUR.. tidur..
Bilakah kita boleh keluar dari kitaran rutin ini?
catatan dari sebuah e-mel
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ulasan