Halaman

Khamis, 1 April 2010

Generasi Maharaja Perba Jelai

Generasi Maharaja Perba Jelai.
Maharaja Perba Jelai merupakan salah seorang dari Orang Besar berempat Pahang, iaitu suatu jawatan yang amat tinggi dalam hirarki pemerintahan negeri. Kekuasaan serta pengaruhnya sangat besar di Ulu Pahang, khususnya di kawasan Jelai . Begitu tinggi penghormatan orang Jelai pada Maharaja perba atau Tok Raja bagi mereka orang jelai akan duduk menjunjung duli terlebih dahulu sebelum memulakan percakapan dengannya serta berbahasa ‘Engku’ pula pada Tok Raja.

Maharaja sendiri mempunyai bendera dan meriam kebesaran. Kekuasaan Maharaja Perba begitu Besar sehingga boleh menjatuhkan hukuman bunuh tanpa merujukkannya terlebih dahulu kepada Bendahara di Pekan. Tok Raja dibantu oleh beberapa Panglima dikenali sebagai ‘Apit Limpang” dan menjadi orang yang sehidup semati dengan Tok Raja dan ‘ganti mata dan telinga’ baginya.

Rujuk: Norazit Selat, Pahang Dahulu & Sekarang, 1996 dibawah tajuk kecil oleh Zakarian bin Mat Dom . Wan Muhamad bin Wan Ideris’ Orang Kaya Indera Maharaja Perba Jelai ke-6 & peranan dalam perang saudara di Pahang, hlm 40-41.

3 ulasan:

  1. Salam Saudara Zaini. Terima kasih atas keprihatinan saudara terhadap secebis riwayat Orang Besar Ulu Pahang yang dipaparkan dalam blog saudara.

    Setiap yang berlaku dan berlalu telah menjadi SEJARAH. Semua yang berlaku patut menjadi iktibar kita yang ada sekarang.

    Sistem politik sentiasa mengalami perubahan sejajar dengan peredaran masa dan keperluan modenisasi.

    Namun apapun, kesedaran kita terhadap sejarah seperti yang saudara alami adalah sesuatu yg amat baik sebagai peringatan. Fenomena yang sama boleh berlaku kepada sesiapa. Sejarah seumpama itu mungkin berulang. Tq

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Isteri kepada Orang Kaya Indera Perba Jelai, Datuk Wan Abdul Rahman Wan Ibrahim, Toh Puan Wan Shahrom Bariah Wan Ali kembali ke rahmatullah pada 21 Jan 2018

    Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir di samping ahli keluarga kira-kira jam 12.45 pagi di Hospital Kuala Lipis pada usia 84 tahun...Al Fatihah


    http://www.sinarharian.com.my/edisi/pahang/isteri-orang-kaya-indera-perba-jelai-meninggal-dunia-1.787470

    BalasPadam

Ulasan