Perdana Menteri berkata, ini untuk memastikan gagasan 1Malaysia tidak hanya bersifat ‘upacara’ atau sebutan semata-mata.
“Saya nampak gagasan 1Malaysia daripada segi penerimaan boleh dikatakan pada paras yang tinggi... menyeluruh, cuma perlu lakukan ialah memberi pengisian konsep 1Malaysia supaya tidak bersifat ‘ceremonial’ (upacara) atau beri kefahaman saja,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penghayatan 1Malaysia Masyarakat Orang Asli peringkat negeri di Rancangan Penempatan Semula (RPS) Pos Betau, dekat sini, semalam.
Najib berkata, rakyat sebenarnya mahu gagasan itu benar-benar berhubung kait dengan kehidupan mereka dan mereka diberi layanan sama rata tanpa mengira status apabila mereka menerima perkhidmatan kerajaan.
Terdahulu, ketika berucap pada majlis yang dihadiri lebih 7,000 orang itu, Najib berkata, 1Malaysia adalah satu gagasan yang sebenarnya diperjuangkan oleh semua perdana menteri sebelum ini.
“Saya melihat ia sebagai satu gagasan untuk melihat masa depan negara mencapai wawasan dan impian kita,” katanya.
Perdana Menteri berkata, gagasan itu akan mudah tercapai jika rakyat
KOMEN.
Sejarah awal Rancangan Penempatan Semula (RPS) Pos Betau adalah untuk mengumpul seluruh penduduk asli tinggal di satu tempat untuk melindung mereka daripada dipengaruhi oleh pihak penganas Komunis. Sekitar tahun 1980 hingga 1998an penduduk orang Asli dari Pos Betau ke Felda Sungai Koyan masih lagi berjalan kaki melalui jalan tanah merah yang hanya boleh dilalui kenderaan pacuan 4 roda. Pada hari ini jalan tersebut telah boleh dilalui hingga sampai ke Cameron Highland .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ulasan