Halaman

Rabu, 29 September 2010

Kes Peneroka Koyan saman Felda

Pokok Sawit

KUANTAN, 29 Sept: Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini memutuskan peneroka Felda berhak mendapatkan bayaran tanam semula sebanyak RM1,700 seekar dari Felda walaupun mereka tidak menanam semula ladang mereka melalui badan berkanun itu.

Kaputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Mariana Yahya ekoran saman yang dikemukakan oleh 10 peneroka Felda Sungai Koyan 2 dan 3 terhadap Felda kerana enggan membuat bayaran itu kepada mereka.

Namun, Hakim itu memutuskan, bayaran itu hendaklah dibuat oleh Felda dengan syarat peneroka memenuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh Felda.

Hakim menolak hujjah pembelaan Felda yang menyatakan peneroka tidak berhak mendapatkan jumlah itu kerana jumlah caruman mereka tidak sampai.

Namun, hakim memutuskan Felda perlu membayar jumlah itu kerana ia telah ditetapkan oleh Felda sendiri.

10 peneroka Felda itu diwakili oleh peguam Mohamed Hanipa Maidin manakala Felda diwakili oleh Tetuan Abdullah Zainudian yang diwakili oleh Puan Doshi.- Harakah


KOMEN

Menyingkap sejarah, 90 peratus peneroka Felda Sungai Koyan Dua dan Tiga merupakan bekas anggota Anggota Tentera Malaysia yang telah berkhidmat selama 22 tahun dan mendapat pencen dari kerajaan Malaysia, ini membukitkan mereka ini merupakan insan yang telah berjaya menabur bakti kepada Negara terutama apabila Negara menghadapi ancaman dari Penganas Komunis.

Dengan semangat setiakawan dan displin yang ajar dalam ATM menjadikan bekas anggota tentera ini tidak kekok apabila menjadi peneroka Felda.  Nama seperti Chef Wan dan Datuk Mariana Yahya merupakan anak anggota tentera yang berhijrah ke Felda Sungai Koyan kerana mengikut ibubapa yang telah menjadi peneroka Felda sekitar tahun 1970an.

Jumaat, 24 September 2010

Jalanraya Sempit Dan Sesak

Jalan 8 Lipis-Gua Musang
Jalan yang menghubungkan lalun dari Bentong-Raub-Lipis ke Gua Musang amat sesak setiap kali musim perayaan. Ini kerana majoriti warga Kelantan yang ingin balik ke kampung halaman masing-masing akan menggunakan laluan alternatif tersebut. Ini menyebabkan jalanraya di kawasan berkenaan menjadi begitu sibuk akibat dilalui oleh beribu-ribu kenderaan. Masalah timbul apabila, jalan yang terlalu sempit itu digunakan oleh orang awam. Ini menyebabkan penduduk di kawasan sekitar terpaksa membatalkan hasrat mereka untuk keluar ke bandar bagi mendapatkan barangan keperluan masing-masing. Apa tidaknya, mereka terpaksa mengambil masa berjam-jam lamanya hanya kerana ingin membeli barangan keperluan di bandar yang berdekatan. Justeru itu kebanyakan daripada mereka lebih selesa menghabiskan masa dirumah sahaja, bagi mengelakkan masalah yang lebih besar terjadi. Akibat daripada itu juga banyak kemalangan berlaku apabila ada pemandu yang tidak bertimbang rasa cuba memotong kenderaaan lain dalam keadaan jalan sesak dan tidak mengizinkan. Ia adalah fenomana biasa bagi penduduk di kawasan ini sebenarnya. Tambah malang lagi apabila jalan sesak itu turut menghalang laluan pasukan keselamatan seperti bomba dan ambulan untuk menjelaskan tugas. Ini menyebabkan banyak kes-kes kemalangan serius gagal ditangani dengan kadar segera - pahangdaily.blogspot.com

Sesak: Jalan 8 Kuala Lipis- Merapoh

Khamis, 23 September 2010

Penantian penduduk Pahang berakhir


KUALA LIPIS 22 Sept. – Penantian rakyat Pahang untuk mengunjungi Cameron Highlands tanpa melalui dua negeri jiran kini berakhir apabila pembinaan jalan ke pusat peranginan itu dari negeri ini siap sepenuhnya sedikit masa lagi.
Kini rakyat negeri ini boleh terus bercuti atau melawat saudara-mara mereka di Cameron Highlands melalui Jalan Sungai Koyan-Cameron Highlands.
Mereka tidak lagi perlu melalui Tapah atau Simpang Pulai, Perak atau melalui Jalan Loging-Gua Musang, Kelantan ke pusat peranginan terkemuka itu.
Jalan Sungai Koyan-Cameron Highlands sepanjang 79.1 kilometer dijangka dibuka tidak lama lagi dapat memendekkan jarak perjalanan sejauh 80 kilometer dari Kuantan.
Laluan tersebut mula dibina pada 1999 dengan perbelanjaan sebanyak RM608 juta.
Sebelum pembinaan jalan baru itu, Cameron Highlands yang terletak dalam negeri Pahang lebih ‘dekat’ dengan penduduk Perak berbanding negerinya sendiri gara-gara kesukaran perhubungan di laluan yang merentasi Banjaran Titiwangsa itu.
Malah penduduk daerah Lipis yang berjiran dengan Cameron Highlands yang merupakan daerah ke-11 di Pahang menjadi terlalu jauh kerana ketiadaan jalan raya yang menghubungi kedua-dua daerah itu sebelum ini.
Akibatnya rakyat Pahang terpaksa berbelanja lebih untuk minyak kenderaan serta tempoh perjalanan yang panjang apabila hendak ke Cameron Highlands.
Dengan keluasan 71,225 hektar, Cameron Highlands merupakan tempat percutian tanah tinggi apabila suhu dingin sekitar 17 darjah Celsius hingga 23 darjah Celsius sepanjang tahun.
Bagaimanapun ada dakwaan mengatakan kesejukan di tanah tinggi tersebut semakin berkurangan akibat penerokaan hutan secara berleluasa.
Sumber pendapatan penduduk Cameron Highlands sebahagian besarnya daripada industri pertanian dan pelancongan.
Jika difikirkan secara mendalam, bergantung kepada hanya satu jalan masuk sahaja tidak praktikal kerana ia tertakluk kepada risiko-risiko terputus hubungan dengan dunia luar seperti tanah runtuh dan sebagainya.
Pembinaan jalan baru yang juga dikenali sebagai Jalan Pos Betau-Lembah Bertam itu dapat mengurangkan risiko terputus hubungan jika hanya menggunakan jalan melalui Tapah yang berliku dan mempunyai banyak selekoh berbahaya pada musim tengkujuh.
Ini memandangkan jalan dari Tapah ke Cameron Highlands terpaksa melalui lereng-lereng bukit yang terdedah kepada bahaya apabila hujan berpanjangan atau cuaca buruk.
Jalan Pos Betau-Lembah Bertam dibina melibatkan empat pakej iaitu Pakej 1A yang meliputi jarak sejauh 19 kilometer dari Sungai Koyan ke Pos Betau.
Jalan itu yang mula dibina pada 1999 telah siap sepenuhnya pada penghujung 2001 dengan menelan belanja RM52 juta.
Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, pakej kedua iaitu pembinaan jalan itu dari Pos Betau ke Bukit Petubung sejauh 22 kilometer juga telah siap dengan kos sebanyak RM151 juta.
“Jalan pakej kedua ini siap 15 hari lebih awal apabila pembinaannya bermula pada 2002 dan siap pada Jun 2005 manakala pakej ketiga iaitu dari Bukit Petubung ke Sungai Temahang siap pada 2007 dengan kos projek RM232 juta,” katanya kepada Utusan Malaysia, baru-baru ini.
Menurut Adnan, pakej terakhir yang melibatkan jalan dari Kampung Susu ke Sungai Bertam sepanjang 18.6 kilometer juga telah siap.
Jalan berkenaan yang menelan belanja sebanyak RM173 juta mula dibina pada 2005 dan kini hanya di peringkat penyudah sahaja.
Menurut beliau, jalan baru itu bukan sahaja memendekkan masa perjalanan tetapi turut membuka peluang ekonomi kepada penduduk sekitar terutama kepada Orang Asli dan peneroka Felda Sungai Koyan.
Katanya, mereka boleh mengusahakan gerai makanan dan kraftangan kepada pelancong yang melalui jalan tersebut di beberapa perhentian rehat dan rawat (R&R) yang akan dibina nanti.
“Masyarakat Orang Asli di Pos Betau dan penempatan yang dibina sepanjang jalan itu bakal menerima perubahan apabila wujud banyak peluang perniagaan yang mampu meningkatkan lagi taraf hidup mereka.
“Kedudukan Pos Betau yang strategik boleh dimajukan sebagai kawasan rehat dan pusat perniagaan bagi membantu Orang Asli untuk memasarkan hasil kraftangan dan hasil dusun seperti buah-buahan dan sebagainya,” kata Adnan.
Jalan Sungai Koyan-Cameron Highlands akan menjadi pilihan rakyat Pahang sebagai jalan pintas untuk ke Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.
Ia menjimatkan masa hampir dua atau tiga jam berbanding jalan sedia ada melalui Kuala Lumpur atau Genting Highlands yang jauh dan mengambil masa.
Tambah beliau, persekitaran alam semulajadi Pos Betau yang masih terpelihara juga boleh menjadi produk pelancongan kerana mempunyai hutan, sungai dan air terjun yang belum tercemar.
Malah, orang ramai atau pelancong yang melalui jalan tersebut dapat mengenali dengan lebih dekat kehidupan sebenar Orang Asli yang tinggal di sepanjang jalan berkenaan. Utusan Malaysia

Utusan Malaysia

Tingkat peluang ekonomi lebih 15,000 penduduk





   

Jumaat, 17 September 2010

Sejarah Akan Berulang

 Suspek Utama Pembunuh Dato' Sosilawati

Pada tahun 1993 kita digemparkan dengan kehilangan Datuk Mazlan Ideris,
diakhir kehilangan beliau,  kita dapati beliau  telah dibunuh dan dikerat 18 oleh artis  yang juga dikenali sebagai bomoh Mona Fendey.

Pada hari ini kita digemparkan sekali lagi dengan pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan kesemua mangsa yang dikatakan dibunuh oleh Peguam, kira-kira jam 10 malam, 30 Ogos lalu, iaitu pada hari sama keempat-empat mangsa dilaporkan menemui seorang peguam di Banting, Selangor, untuk urusan jual beli tanah.

Kronologi Kejadian Pembunuhan Sosilawati

Detik sebelum dibunuh

Pada 30 Ogos 2010

1 0.00 pagi : Sosilawati memasuki pejabatnya di Kampung Baru, Kuala
Lumpur.

4.00 petang : Sosilawati membeli kerepek di Kampung Sungai Lang, Banting.

5.00 petang : Kamaruddin menghubungi anak saudaranya, Khairul Izuan
Ismail.

5.00-6.00 petang: Sosilawati menghantar SMS kepada suami memberitahu dia ke Banting.

8.15 malam: Noorhisham menelefon isterinya, Suzana Radim Pangat.

10.00 malam: Keempat-empat mangsa dibunuh dan dibakar di Ladang
Gadong, Tanjung Sepat, Banting.

KOMEN

Sejarah itu akan berulang apabila kita sudah lupa. Kata orang sejarah merupakan guru yang paling baik. Kalau kita perhatikan dalam kes pembunuhan Datuk Sosilawati ini, inilah hasil pendidikan selepas merdeka ‘peguam’ sunggup membunuh kerana wang. Mereka hilang sifat kasih kepada manusia. tidak dapat dinafikan kalau beginilah keadaanya jauh sekali mereka ini untuk mempertahankan negara jika ada ancaman dari luar. 
  


   
           

Isnin, 13 September 2010

Sejarah: Pertempuran di Sungai Yu Kuala Lipis.


Sebulan sebelum darurat diisytiharkan pada 17 Julai, dijalan keretapi tanpa rel dekat Sungai Yu, antara Kuala Lipis dan Gua Musang, penganas komunis yang dianggarkan 50 anggota telah menyerang hendap satu platun Askar Melayu yang berpangkalan di Kuala Lipis. Pemerintah Kompeni Mej Anderson yang  memimpin platun yang sedang bergerak menuju Gua Musang bagi menyiasat berita yang menyatakan bahawa Balai Polis Gua Musang telah ditawan oleh penganas Komunis.  Mejar Anderson bersama tiga anggota menaiki land rover, sementara anggota platun yang lain menaiki tiga trak yang turut membawa beberapa anggota Polis. 

Semasa konvoi melalui satu pergentingan dekat Merapoh, penganas komunis telah menyerang mereka dari dua penjuru dengan senjata bren gun dan lain-lain senjata outomatik.  Dalam serangan awal, land rover menjadi sasaran dan Mejar Anderson serta perajurut Nazri(batman) terus terkorban sementara Koperal Ismail dan pemandu, Perajurit Muhd Radzi tercerdera.

Seterusnya tiga buah trak juga menjadi sasaran dan beberapa anggota juga telah terkorban dan cedera.  Anggota yang lain lantas terjun daripada trak mencari perlindungi dan menbalas tembakan penganas komunis.  Berdasarkan jeritan kesakitan yang dapat jelas didengar, dijangkakan beberapa penganas komunis turut tercedera atau terkorban.

Memandangkan platun berada di bawah tebing, kedudukan mereka terancam oleh tembakan penganas yang berada di atas tebing.  Memikirkan semua mereka yang berada dalam land rover telah terkorban, Sarjan Usman yang juga telah cedera kena tembakan di lengan, mengarahkan anggota untuk keluar daripada kawasan serang hendap. Sambil anggota lain membalas tembakan pengganas komunis, tiga anggota meluru menaiki trak dan berjaya menghidupkan semula enjin  trak. Mereka kemudiannya telah berjaya mengundurkan trak keluar daripada kawasan bahaya.  Mereka tiba di Kuala Lipis pada jam 7.00 malam.

Dalam serang hendap tersebut, pasukan Askar Melayu mengalami empat anggota yang terbunuh iaitu Mejar Anderson, Perajurit Nazri (Batman) Perajurit Wan Abdul Rahman (operator wireles) dan Perajurit Ahmad . Sementara itu seramai tiga anggota iaitu Koperal Ismail (lengan) dan Perajurit Muhd Radzi (cedera parah di peha).  Perlu dinyatakan bahawa Perajurit Muhd Radzi hanya dijumpai enam hari kemudiannya dalam keadaan pengsan dan luka dipeha sudah berulat sebesar pangkal lidi.

KOMEN

Sempena kita menyambut Penubuhan Malaysia pada 16 Sept sebenarnya ramai perajurit kita berkorban demi anak  bangsa dan agama daripada ancaman yang mahu mengugat keamanan. Berbanding dengan kita............................... ??????

Rujuk
BTDM Bil 160  Julai 07 m/s 79