Pokok Sawit
KUANTAN, 29 Sept: Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini memutuskan peneroka Felda berhak mendapatkan bayaran tanam semula sebanyak RM1,700 seekar dari Felda walaupun mereka tidak menanam semula ladang mereka melalui badan berkanun itu.
Kaputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Mariana Yahya ekoran saman yang dikemukakan oleh 10 peneroka Felda Sungai Koyan 2 dan 3 terhadap Felda kerana enggan membuat bayaran itu kepada mereka.
Namun, Hakim itu memutuskan, bayaran itu hendaklah dibuat oleh Felda dengan syarat peneroka memenuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh Felda.
Hakim menolak hujjah pembelaan Felda yang menyatakan peneroka tidak berhak mendapatkan jumlah itu kerana jumlah caruman mereka tidak sampai.
Namun, hakim memutuskan Felda perlu membayar jumlah itu kerana ia telah ditetapkan oleh Felda sendiri.
10 peneroka Felda itu diwakili oleh peguam Mohamed Hanipa Maidin manakala Felda diwakili oleh Tetuan Abdullah Zainudian yang diwakili oleh Puan Doshi.- Harakah

KOMEN
Menyingkap sejarah, 90 peratus peneroka Felda Sungai Koyan Dua dan Tiga merupakan bekas anggota Anggota Tentera Malaysia yang telah berkhidmat selama 22 tahun dan mendapat pencen dari kerajaan Malaysia, ini membukitkan mereka ini merupakan insan yang telah berjaya menabur bakti kepada Negara terutama apabila Negara menghadapi ancaman dari Penganas Komunis.
Dengan semangat setiakawan dan displin yang ajar dalam ATM menjadikan bekas anggota tentera ini tidak kekok apabila menjadi peneroka Felda. Nama seperti Chef Wan dan Datuk Mariana Yahya merupakan anak anggota tentera yang berhijrah ke Felda Sungai Koyan kerana mengikut ibubapa yang telah menjadi peneroka Felda sekitar tahun 1970an.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ulasan