Allahyarham Ibrahim Omar |
Sasterawan Ibrahim Omar meninggal dunia di kediamannya di Kampung Mela semalam.
Beliau dilahirkan pada 17 Jun 1936 di Kampung Jeram Landak, Mela, Lipis Pahang. Pernah belajar di Sek Men Inggeris Clifford, Kuala Lipis sebelum memilih kerjaya sebagai guru dan penulis kreatif berupa novel dan skrip drama Radio Malaysia sejak awal 1960-an.
Kemuncak kejayaan Ibrahim ialah apabila novel "Desa Pingitan" memenangi tempat pertama dalam sayembara anjuran DBP pada tahun 1962 di Kuala Lumpur dan dipilih menjadi buku teks di sekolah menengah bagi Sijil Pelajaran Malaysia dari tahun 1966 hingga 1968.
Beliau meninggalkan banyak antologi cerpen dan 50 buah novel. Antaranya:
"Desa Pingitan" DBP 1964 diterjemah ke dalam bahasa Inggeris
"Embun dan Tanah" PMB 1965
“Hilang" PNS 1966
"Hujan Panas" PTKT 1966
"Patah Galah Haluan Perahu" UM 1973
"Tiba Masanya" UP&D 1977
Kali terakhir Ibrahim menghadiri majlis ilmu di Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan Kuala Lipis empat bulan lalu. Watak beliau sebagai insan merendah diri serta gemar bercakap tentang motivasi, falsafah dan selitan jenaka bermutu.- Al Fatihah
perginya seorang lagi permata dari lipis
BalasPadam