Kawasan hutan Taman Negara dan hutan sekitar Merapoh, Lipis telah diwartakan sebagai kawasan kajian habitat harimau di Pahang.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang, Khairiah Mohd Sharif berkata mengikut kajian Perhilitan, terdapat kira-kira 500 ekor harimau di kawasan hutan di Semenanjung Malaysia.
"Harimau suka di kawasan sejuk tanah lembab seperti di kawasan hutan Taman Negara dan kawasan Banjaran Titiwangsa yang mempunyai sumber makanan cukup. Haiwan itu dilindungi sepenuhnya," katanya di Temerloh.
Beliau berkata selain di Taman Negara, Pahang dan Banjaran Titiwangsa, haiwan itu juga terdapat di beberapa kawasan hutan di Perak, Terengganu dan Johor.
Katanya mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010, mereka yang memburu atau memiliki haiwan berkenaan akan dikenakan hukuman lebih berat.
Mereka yang membunuh, menyimpan daging, kuku, kulit atau bahagian lain haiwan tersebut boleh didakwa mengikut Seksyen 68, akta berkenaan yang jika sabit kesalahan, boleh didenda sehingga RM500,000 dan penjara sehingga lima tahun.- Bernama

KOMEN
Di cerita oleh orang kampong hasil hutan seperti kayu gaharu, gajah, dan harimau telah di teroka, di buru oleh Pendatang Tanpa Izin Thailand yang telah memasuki kawasan ini secara haram. Terdapat bukti-bukti seperti pondok sementara, pokok kayu yang telah ditanda dengan tulisan Siam .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ulasan