Halaman

Khamis, 28 April 2011

Tanah merupakan maruah.

contoh geran tanah

Kalau kita pergi minum kopi di warong sekitar  kampong kita dapati  setengah orang kampung  merungut untuk mendapat sebidang tanah untuk mendiri rumah.  Permohonan tanah ditolak tanpa alasan munasabah oleh Pejabat Tanah Daerah.

Tanah bukan sekadar harta yang mempunyai nilai ekonomi tapi merupakan maruah sesuatu bangsa. Boleh kah kita berbangga sebagai rakyat Malaysia jika kita tidak mempunyai tanah atau sebuah rumah untuk didiami,  berbanggakah kita sampai ‘beranak pinak’ masih lagi menyewa atau menumpang di rumah orang tua.

Apabila British memerintah tanah melayu mereka membawa masuk orang cina memajukan perlombongan bijih India pula untuk membina jalanraya, landasan keretapi serta ladang getah.  Kaum imigran menyeberang lautan untuk mencari kekayaan. Dari awal lagi mereka sudah berfikir jauh kehadapan untuk mencari kekayaan dan menguasai ekonomi.  Salah satu unsur utama kekayaan ialah tanah. 

Seperti kata Tun Mahathir dalam Dilema Melayu 1970 “Apabila pendatang Cina semakin banyak maka perniagaan mereka pun semakin turut berkembang, harga tanah dikawasan bandar turut naik.  Orang Melayu mula tertarik dengan tawaran harga yang tinggi bagi tanah mereka.  Mereka mula menjual tanah mereka berpindah semakin jauh dipinggir Bandar.  Tegas Tun, “Orang cina lebih cekal menghadapi cabaran dan rajin berusaha”.

Selepas tragedi 13 Mei melalui DEB pelbagai perbadanan ditubuhkan oleh kerajaan untuk memajukan orang melayu, tetapi sedikit sekali tercapai matlamatnya.  Orang melayu tertinggal jauh dalam pemiliki tanah dan rumah terutama di bandar hanya FELDA satu Perbadanan yang berjaya membantu rakyat yang tidak bertanah.

Orang melayu masih lagi merasa terjamin dengan adanya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, Enakmen Tanah Rezab Melayu 1913 dan kuasa politik yang dominan, tetapi sampai bila orang melayu hendak bergantung dengan perkara tersebut. 

Apabila kita melihat harga tanah dan rumah yang ada pada hari ini, memang tidak mampu dibeli oleh penduduk kampong yang kais pagi makan pagi. Kerajaan perlu memikirkan bagaimana untuk menyelesaikan permasalah tersebut yang semakin kritikal. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan