Halaman

Khamis, 29 Disember 2011

Gulai Batang Pisang

bersama dengan nasi
gulai batang pisang


Kalau pergi  kenduri  kahwin di daerah SIk/Baling tak sah kalau tak makan gulai batang pisang  . Masakan ini jarang ditemui di tempat lain. Gulai ini, yang dicampurkan dengan daging, pasti menjadi rebutan dan masakan ini lazimnya akan habis dahulu berbanding yang lain.  Kebiasanya  penduduk kampung mengunakan pokok pisang hutan yang terdapat di kawasan kaki bukit berhampiran dengan kampuing sekitar.  Untuk memasak, umbut batang pisang dimasukkan ke dalam kawah apabila daging hampir separuh masak, jika batang pisang dimasukkan lebih awal, ia akan menjadi terlalu lembut. Bagi saya masakan ini sungguh enak walaupun sebelum ini saya tidak pernah menjamahnya.

2 ulasan:

  1. Sallam,

    Saya ingatkan umbut pisang tu rasanya pahit2 kelat..rupa2nya sedap dibuat gulai yee. Disamping itu umbut pisang ni boleh melembutkan daging yee..

    BalasPadam
  2. "yang saya tahu tak semua umbut pisang boleh dibuat gulai, petua nak ambil umbut pokok pisang tersebut daun yg pucuk sekali mesti bergulung..."

    BalasPadam

Ulasan