Halaman

Sabtu, 31 Disember 2011

Sambut Tahun Masihi

Sambutan Tahun Masihi
Soalan 
Saya pernah terbaca bahawa haram bagi kita umat Islam menyambut perayaan Tahun Baru pada malam 31 Disember? Apa pandangan ustaz dalam perkara ini?

Jawapan 
Pertamanya, sebagai umat Muhammad SAW, kita di ajar untuk mengira peredaran hari menggunakan bulan Islam, ia terlebih afdhal. Pengiraan zakat perlu menggunakan bulan Islam bagi mengetahui "hawl" (tempoh wajibnya) sudah sampai atau belum. Justeru, secara umumnya adalah lebih baik untuk kita mengingati bulan Islam ini bagi terus menjaga identiti Islam yang tersendiri. Islam juga telah meletakkan dua hari raya yang patut disambut dan dirayakan oleh Umat Islam iaitu Eidil Fitri dan Eid Adha. 
Oleh itu, sebarang sambutan majlis lain mestilah tidak menyerupai sambutan perayaan dua hari raya Islam tadi. Islam juga terbuka dalam menilai sambutan keraian yang tidak bersifat keagamaan, diterima adat dan tiada unsur yang bercanggah dengan hukum dalam sambutannya.
Tidak dinafikan bahawa terdapat para ulama yang mengharamkan sama sekali sambutan tahun baru dalam apa jua bentuk. Namun, menyambut tahun baru Masehi (yang mengikut kiraan Gregorian calendar ciptaan Pope Gregory), menurut pandangan saya, ia adalah HARUS secara bersyarat serta bergantung kepada cara sambutan dan keraian yang dibuat.
Walaupun kalendar masehi adalah ciptaan bukan Islam, namun melihat kepada penerimaan kalendar moden ini, ia tidak lagi kelihatan bersangkut paut dengan agama malah amat ramai yang tidak lagi mengetahui dan ambil endah tentang asal usulnya, apatah lagi kaitannya dengan mana-mana agama. Ia sudah dikira sebagai sebuah kalendar moden yang diterima di atas asas adat dan kebiasaan. Namun begitu, syarat-syarat seperti berikut mestilah diambil perhatian dalam sambutannya:-
* Sambutan tersebut dilakukan atas asas ‘Uruf atau ‘Adat dan bukannya di anggap sebagai suatu upacara keagamaan. Jika ia diasaskan atas dasar ibadah maka ia perlu mempunyai sandaran dalil yang jelas. Bagaimanapun jika menyambutnya atas asas adat dan diisi dengan progam yang boleh membawa kesedaran keagamaan dan kebaikan, maka saya masih berpendapat ia adalah HARUS kerana ia termasuk di bawah umum kelebihan majlis ilmu.
Justeru, sambutan tahun baru menurut adat setempat adalah HARUS DENGAN SYARAT berdasarkan penerimaan Islam terhadap adat yang tidak bercanggah dengan Islam. Kaedah Islam yang menerima adat seperti ini adalah " Al-‘Adat Muhakkamah"
Ertinya : "Adat yang tidak bercanggah dengan Syara' boleh menentukan hukum sesuatu perbuatan dan tindakan". (Rujuk Al-Madkhal al-Fiqhi Al-‘Am, Syeikh Mustafa Az-Zarqa, 2/885 ; Syarh alQawaid al-Fiqhiyyah, Syeikh Ahmad Az-Zarqa, ms 219).
Terdapat satu keadah lain berbunyi : " Innama tu'tabaru al-‘Adat iza attaradat aw ghalabat"
Ertinya : Sesungguhnya diiktiraf sebagai adat (yang tidak bercanggah) apabila ianya berterusan dilakukan dan dilakukan oleh majority". (Al-Qawaid al-Fiqhiyyah, Ali Ahmad An-Nadawi, ms 65)
* Tiada percampuran rambang lelaki dan wanita yang bukan mahram yang dikebiasaan membawa kepada maksiat. Bagaimanapun, syarat ini hampir mustahil untuk dijaga pada zaman ini kecuali jika dianjurkan oleh badan agama yang disertai mereka yang mempunyai ilmu agama yang baik dan bukan terbuka sebagaimana sambutan besar-besaran umum. Tatkala itu,  sambutan akan menjadi haram jika syarat ini tidak dijaga. Namun ia tidak semestinya menjadikan seluruh sambutan menjadi haram jika percampuran itu tidak menjadi satu agenda penganjur, tatkala itu, mereka yang bercampur atas kehendak sendiri melakukan dosa secara individu dan ia dari jenis 'haram lighairihi' atau haram yang datang akibat dari sebab-sebab luaran.
* Tidak dicampur adukkan dengan hiburan-hiburan yang bertentangan dengan kehendak Islam. Seperti lagu-lagu memuji muja kekasih, wanita, arak. Tidak kira samada ianya lagu biasa atau nasyid (terutamanya dengan kebanjiran kumpulan nasyid hari ini tersasar dari tujuan asal mereka sehingga memperkenalkan lagu-lagu memuji-muja wanita sebagai kekasih).
* Kandungan majlis sambutan ini juga mestilah bertepatan dengan kehendak syara'. Majlis sambutan tahun baru dengan penganjuran majlis ilmu sebagai mengambil sempena cuti umum adalah diharuskan pada pandangan saya.

 Sekian

Ust Zaharuddin

Khamis, 29 Disember 2011

Gulai Batang Pisang

bersama dengan nasi
gulai batang pisang


Kalau pergi  kenduri  kahwin di daerah SIk/Baling tak sah kalau tak makan gulai batang pisang  . Masakan ini jarang ditemui di tempat lain. Gulai ini, yang dicampurkan dengan daging, pasti menjadi rebutan dan masakan ini lazimnya akan habis dahulu berbanding yang lain.  Kebiasanya  penduduk kampung mengunakan pokok pisang hutan yang terdapat di kawasan kaki bukit berhampiran dengan kampuing sekitar.  Untuk memasak, umbut batang pisang dimasukkan ke dalam kawah apabila daging hampir separuh masak, jika batang pisang dimasukkan lebih awal, ia akan menjadi terlalu lembut. Bagi saya masakan ini sungguh enak walaupun sebelum ini saya tidak pernah menjamahnya.

Rabu, 21 Disember 2011

Pengganas Komunis yang berjasa kepada British.


PKM Bintang Satu
Lim Bo Seng seorang anak kelahiran Singapura, menyambung pelajaran di Universiti Hong Kong. Berasal daripada sebuah keluarga yang terkenal di Singapura sebagai pedagang biskut dan batu bata.  Semasa tentera Jepun mendarat di Kota Baharu, Lim Bo Seng terlibat sebagai peneraju pergerakan ‘Chinese Mobilization’ di Singapura dan akan menjadi orang buruan apabila tentera Jepun memasuki Singapura.

British mencadangkan supaya Lim Bo Seng berundur bersama mereka ke India. Sebelum itu Lim Bo Seng dikehendaki berlepas ke Chungking untuk menrekrut anggota di kalangan anak Cina kelahiran negeri-negeri selat untuk dijadikan agen bawah tanah.

Setelah mendapat latihan sebagai egen bawah tanah dengan segala kemahiran senjata, alat letupan. Perhubungan wireless dan sebagainya. Lim Bo Seng dihantar semula ketanah Melayu dengan kapal selam dari Pelabuhan Trincomalee, Ceylon(Sri Langka) dan mendarat di pantai Segari utara Tanjung Hantu dekat Lumut , Perak.  Pada 6 November 1943.

Lim Bo Seng yang mengunakan nama samara Tan Coon Lim di sambut oleh seorang ejen komunis Chin Peng(yang kemudian menjadi Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya) yang mengunakan nama samaran Chen Shin Sheng.  Lim Bo Seng kemudian bertemu dengan Mejar John L.H Davis(bekas Ketua Polis Daerah Kampar) di penempatan penganas Komunis di Kem Belantan dekat Pekan Bidor.

Semasa persidangan pertama antara egen British dengan Parti Komunis Malaya (PKM) diadakan di Kem Belantan, Perak pada 31 Disember 1943, ejen British yang hadir ialah Major John Davis, Major Frederick Spencer Chapman dan Captain Richard Broome dengan Lim Bo Seng sebagai pentermah.  Pihak PKM pula di wakili oleh Setiausaha Agung PKM ketika itu, Lai Te mengunakan nama samara Hong dan hadir ialah Chin Peng ketika itu Pemangku Setiausaha PKM negeri Perak.  Walaupun ‘Stay Behind Party’ tentera British bekerja sama dengan PKM melalui Malayan People’s Anti Japanese Army (MPAJA),           

Lim Bo Seng tidak menyertai PKM kerana sebenarnaya dia adalah seorang ejen Parti Komunis Kumintang(Bintang Satu) yang sangat aktif menentang tentera Jepun di Hulu Perak.

Lim Bo Seng telah ditangkap oleh tentera Jepun di Bandar Ipoh, diseksa dengan dahsyat dan kemudian mati semasa dalam tahanan. Selepas tamat perang kerajaan British telah menganugerahkan Lim Bo Seng dengan bintang Medal of the British Empire.

Rujuk:

Selasa, 20 Disember 2011

Durian...Durian...di Bentong.

pilih...pilih 




dataran Bentong

"Durian, durian...!!!! ada  1 biji RM 5, 3 biji  - RM 10,  4 biji  - RM 10, Musang King 1 kg RM15, D 24  1 kg RM 8...."

Selasa, 13 Disember 2011

Jangan persenda hudud



Merujuk kepada satu klip video yang dimuat naik oleh ‘kawasaki9722’ berkenaan hudud, saya menyatakan kekesalan yang amat tinggi atas gurau senda yang dilakukan oleh pelakon-pelakon tersebut. Kejahilan dan kebiadaban pelakon-pelakon tersebut amat jelas apabila mereka mempersoalkan kerelevenan hukum hudud di dalam melahirkan masyarakat yang baik. Dengan menyebut-nyebut beberapa dapatan mudah yang masih boleh dipertikai dalam satu sesi berbual bersama beberapa orang bukan Islam, jelas pengarah klip video tersebut tidak menghormati perasaan umat Islam.
Hukum hudud adalah hukum Allah yang wajib dilaksanakan apabila cukup syaratnya. Ia tidak dipertikai oleh masyarakat Islam sejak zaman berzaman. Perebutan kuasa politik sesama parti-parti Melayu Muslim tidak sepatutnya membawa kepada pertikaian perkara-perkara yang dianggap thawabit (tetap) di dalam syariat Islam. Penangguhan perlaksanaan hukum hudud tidak boleh disekalikan dengan penolakannya.
Ulamak adalah satu kelompok manusia yang perlu dihormati. Menyindir-nyindir mereka dengan menggunakan lafaz-lafaz yang menyakitkan hati bukanlah dari adab Islam. Walaupun berselisih pendapat, kata-kata seumpama itu tidak sepatutnya dilafazkan. Ditambah lagi dengan jelas dapat dilihat di dalam klip video tersebut bagaimana hinanya pelakon Islam tersebut yang memberi ruang juga kepada bukan Islam untuk tumpang sekaki mempersendakan ulamak Islam. Lidah adalah antara penyebab manusia dihumban ke neraka. Rasulullah s.a.w. bersabda di dalam hadis:
وهل يكب الناس علي وجوههم في النار الا حصائد السنتهم
 “Tidakkah hasil tuaian lidah manusia itulah yang menghumbankan mereka ke dalam neraka?”
Satu lagi perkara yang membimbangkan dengan tersebarnya klip video seumpama itu adalah tentang arus liberal yang kuat menyerang umat Islam sekarang. Kewujudan generasi muda hari ini yang tanpa rasa bersalah mempersendakan hukum-hukum Islam adalah petunjuk kepada betapa dalamnya pemikiran liberal telah memasuki alam umat Islam. Hilang rujukan hidup dan hilang kebanggaan terhadap agama dan bangsa telah menjadi ciri sebahagian generasi muda sekarang.
Saya menyeru kepada pengarah klip video tersebut dan pelakon-pelakonnya supaya bertaubat atas keceluparan lidah mereka. Saya juga menyeru agar klip video tersebut dipadamkan dari tayangan umum.

Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
Naib Presiden II,
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Jumaat, 9 Disember 2011

BANTUAN RM 500


Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) RM500 bagi pendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah boleh  muat turun borang tersebut  ;  www.treasury.gov.my bermula 10/12/2011di Cawangan  LHDNM yang terdekat atau Pejabat Tanah Daerah yang berdekatan...yang penting bawa SALINAN MyKad & SLIP GAJI terkini bagi pemohon yang terima gaji...dah siap isi nanti hantar  borang tersebut ke Cawangan LHDNM atau Pejabat Tanah Daerah  yang terdekat
SENARAI LOKASI KAUNTER : Click disini 

BORANG BR1M DEPAN/BELAKANG : Click disini 
Satu talian hotline bagi menjawab persoalan dan memberi penjelasan mengenai pelaksanaan Bantuan Tunai RM500 - Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, YAB. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 7 Oktober 2011 yang lalu telah disediakan seperti berikut:
Talian hotline : 1-800-222-500 (Bebas Tol)
Waktu operasi : 9.00 pagi hingga 5.00 petang (hari bekerja)

Orang ramai menyemak borang BR1M di Pejabat Daerah/Tanah Lipis

info terbaru Penyerahan BR1M : [17/1/2012]-DUN Benta di SMK Benta Jam 10.00pg......DUN Jelai di Pej. DUN Jelai jam 3.00ptg...... [18/1/2012]-DUN Padang Tengku di Dewan Padang Tengku Jam 10.00pg & Dewan Merapoh Jam 3.00ptg........ ... 
[20/1/2012] DUN Cheka di Dewan Jubli Perak SHAS,Kuala Lipis jam 10.00pg....

Khamis, 8 Disember 2011

Seratus Tokoh yang Paling Berpengaruh dalam Sejarah


Kahbah


Oleh: Michael H. Hart, 1978

Jatuhnya pilihan saya kepada Nabi Muhammad dalam urutan pertama daftar Seratus Tokoh yang berpengaruh di dunia mungkin mengejutkan sementara pembaca dan mungkin jadi tanda tanya sebahagian yang lain. Tapi saya berpegang pada keyakinan saya, dialah Nabi Muhammad satu-satunya manusia dalam sejarah yang berhasil meraih sukses-sukses luar biasa baik dilihat dari ukuran agama maupun ruang lingkup duniawi.
 
Berasal-usul dari keluarga sederhana, Muhammad menegakkan dan menyebarkan salah satu dari agama terbesar di dunia, Agama Islam. Dan pada saat yang bersamaan tampil sebagai seorang pemimpin tangguh, tulen, dan efektif. Kini tiga belas abad sesudah wafatnya, pengaruhnya masih tetap kuat dan mendalam serta berakar. 

Sebagian besar dari orang-orang yang tercantum di dalam buku ini merupakan makhluk beruntung karana lahir dan dibesarkan di pusat-pusat peradaban manusia, berkultur tinggi dan tempat perputaran politik bangsa-bangsa. Muhammad lahir pada tahun 570 M, di kota Mekkah, di bahagian agak selatan Jazirah Arabia, suatu tempat yang waktu itu merupakan daerah yang paling terbelakang di dunia, jauh dari pusat perdagangan, seni maupun ilmu pengetahuan. Menjadi yatim-piatu pada umur enam tahun, dibesarkan dalam situasi sekitar yang sederhana dan rendah hati. Sumber-sumber Islam menyebutkan bahwa Muhamnmad seorang buta huruf. Keadaan ekonominya baru mulai membaik di umur dua puluh lima tahun tatkala dia kahwin dengan seorang janda berada. Bagaimanapun, sampai mendekati umur empat puluh tahun nyaris tak tampak petunjuk keluarbiasaannya sebagai manusia. 

Umumnya, bangsa Arab saat itu tak memeluk agama tertentu kecuali penyembah berhala Di kota Mekkah ada sejumlah kecil pemeluk-pemeluk Agama Yahudi dan Nasrani, dan besar kemungkinan dari merekalah Muhammad untuk pertama kali mendengar perihal adanya satu Tuhan Yang Mahakuasa, yang mengatur seantero alam. Tatkala dia berusia empat puluh tahun, Muhammad yakin bahwa Tuhan Yang Maha Esa ini menyampaikan sesuatu kepadanya dan memilihnya untuk jadi penyebar kepercayaan yang benar. 

Selama tiga tahun Muhammad hanya menyebar agama terbatas pada kawan-kawan dekat dan kerabatnya. Baru tatkala memasuki tahun 613 dia mulai tampil di depan publik. Begitu dia sedikit demi sedikit punya pengikut, penguasa Mekkah memandangnya sebagai orang berbahaya, pembikin onar. Di tahun 622, cemas terhadap keselamatannya, Muhammad berhijrah ke Madinah, kota di utara Mekkah berjarak 200 mil. Di kota itu dia ditawari posisi kekuasaan politik yang cukup meyakinkan. 

Peristiwa hijrah ini merupakan titik balik penting bagi kehidupan Nabi. Di Mekkah dia susah memperoleh sejumlah kecil pengikut, dan di Madinah pengikutnya makin bertambah sehingga dalam tempo cepat dia dapat memperoleh pengaruh yang menjadikannya seorang pemegang kekuasaan yang sesungguhnya. Pada tahun-tahun berikutnya sementara pengikut Muhammad bertumbuhan bagai jamur, serentetan pertempuran pecah antara Mektah dan Madinah. Peperangan ini berakhir tahun 630 dengan kemenangan pada pihak Muhammad, kembali ke Mekkah selaku penakluk. Sisa dua setengah tahun dari hidupnya dia menyaksikan kemajuan luar-biasa dalam hal cepatnya suku-suku Arab memeluk Agama Islam. Dan tatkala Muhammad wafat tahun 632, dia sudah memastikan dirinya selaku penguasa efektif seantero Jazirah Arabia bahagian selatan. 

Suku Badewi punya tradisi turun-temurun sebagai prajurit-prajurit yang tangguh dan berani. Tapi, jumlah mereka tidaklah banyak dan senantiasa tergoda perpecahan dan saling melabrak satu sama lain. Itu sebabnya mereka tidak bisa mengungguli tentara dari kerajaan-kerajaan yang mapan di daerah pertanian di belahan utara. Tapi, Muhammadlah orang pertama dalam sejarah, berkat dorongan kuat kepercayaan kepada keesaan Tuhan, pasukan Arab yang kecil itu sanggup melakukan serentetan penaklukan yang mencengangkan dalam sejarah manusia. Di sebelah timurlaut Arab berdiri Kekaisaran Persia Baru Sassanids yang luas. Di baratlaut Arabia berdiri Byzantine atau Kekaisaran Romawi Timur dengan Konstantinopel sebagai pusatnya. 

Ditilik dari sudut jumlah dan ukuran, jelas Arab tidak bakal mampu menghadapinya. Namun, di medan pertempuran, pasukan Arab yang membara semangatnya dengan sapuan kilat dapat menaklukkan Mesopotamia, Siria, dan Palestina. Pada tahun 642 Mesir direbut dari genggaman Kekaisaran Byzantine, dan sementara itu balatentara Persia dihajar dalam pertempuran yang amat menentukan di Qadisiya tahun 637 dan di Nehavend tahun 642. 

Tapi, penaklukan besar-besaran --di bawah pimpinan sahabat Nabi dan penggantinya Abu Bakr dan Umar ibn al-Khattab-- itu tidak menunjukkan tanda-tanda stop sampai di situ. Pada tahun 711, pasukan Arab telah menyapu habis Afrika Utara hingga ke tepi Samudera Atlantik. Dari situ mereka membelok ke utara dan menyeberangi Selat Gibraltar dan melabrak kerajaan Visigothic di Spanyol. 

Sepintas lalu orang mesti mengira pasukan Muslim akan membabat habis semua Nasrani Eropa. Tapi pada tahun 732, dalam pertempuran yang masyhur dan dahsyat di Tours, satu pasukan Muslimin yang telah maju ke pusat negeri Perancis pada akhirnya dipukul oleh orang-orang Frank. Biarpun begitu, hanya dalam tempo secuwil abad pertempuran, orang-orang Bedewi ini -dijiwai dengan ucapan-ucapan Nabi Muhammad- telah mendirikan sebuah empirium membentang dari perbatasan India hingga pasir putih tepi pantai Samudera Atlantik, sebuah empirium terbesar yang pernah dikenal sejarah manusia. Dan di mana pun penaklukan dilakukan oleh pasukan Muslim, selalu disusul dengan berbondong-bondongnya pemeluk masuk Agama Islam. 

Ternyata, tidak semua penaklukan wilayah itu bersifat permanen. Orang-orang Persia, walaupun masih tetap penganut setia Agama Islam, merebut kembali kemerdekaannya dari tangan Arab. Dan di Spanyol, sesudah melalui peperangan tujuh abad lamanya akhirnya berhasil dikuasai kembali oleh orang-orang Nasrani. Sementara itu, Mesopotamia dan Mesir dua tempat kelahiran kebudayaan purba, tetap berada di tangan Arab seperti halnya seantero pantai utara Afrika. Agama Islam, tentu saja, menyebar terus dari satu abad ke abad lain, jauh melangkah dari daerah taklukan. Umumnya jutaan penganut Islam bertebaran di Afrika, Asia Tengah, lebih-lebih Pakistan dan India sebelah utara serta Indonesia. Di Indonesia, Agama Islam yang baru itu merupakan faktor pemersatu. Di anak benua India, nyaris kebalikannya: adanya agama baru itu menjadi sebab utama terjadinya perpecahan.
 
Apakah pengaruh Nabi Muhammad yang paling mendasar terhadap sejarah ummat manusia? Seperti halnya lain-lain agama juga, Islam punya pengaruh luar biasa besarnya terhadap para penganutnya. Itu sebabnya mengapa penyebar-penyebar agama besar di dunia semua dapat tempat dalam buku ini. Jika diukur dari jumlah, banyaknya pemeluk Agama Nasrani dua kali lipat besarnya dari pemeluk Agama Islam, dengan sendirinya timbul tanda tanya apa alasan menempatkan urutan Nabi Muhammad lebih tinggi dari Nabi Isa dalam daftar. Ada dua alasan pokok yang jadi pegangan saya. Pertama, Muhammad memainkan peranan jauh lebih penting dalam pengembangan Islam ketimbang peranan Nabi Isa terhadap Agama Nasrani. Biarpun Nabi Isa bertanggung jawab terhadap ajaran-ajaran pokok moral dan etika Kristen (sampai batas tertentu berbeda dengan Yudaisme), St. Paul merupakan tokoh penyebar utama teologi Kristen, tokoh penyebarnya, dan penulis bahagian terbesar dari Perjanjian Lama. 

Sebaliknya Muhammad bukan saja bertanggung jawab terhadap teologi Islam tapi sekaligus juga terhadap pokok-pokok etika dan moralnya. Tambahan pula dia "pencatat" Kitab Suci Al-Quran, kumpulan wahyu kepada Muhammad yang diyakininya berasal langsung dari Allah. Sebagian terbesar dari wahyu ini disalin dengan penuh kesungguhan selama Muhammad masih hidup dan kemudian dihimpun dalam bentuk yang tak tergoyangkan tak lama sesudah dia wafat. Al-Quran dengan demikian berkaitan erat dengan pandangan-pandangan Muhammad serta ajaran-ajarannya karena dia bersandar pada wahyu Tuhan. Sebaliknya, tak ada satu pun kumpulan yang begitu terperinci dari ajaran-ajaran Isa yang masih dapat dijumpai di masa sekarang. Karena Al-Quran bagi kaum Muslimin sedikit banyak sama pentingnya dengan Injil bagi kaum Nasrani, pengaruh Muhammad dengan perantaraan Al-Quran teramatlah besarnya. Kemungkinan pengaruh Muhammad dalam Islam lebih besar dari pengaruh Isa dan St. Paul dalam dunia Kristen digabung jadi satu. Diukur dari semata mata sudut agama, tampaknya pengaruh Muhammad setara dengan Isa dalam sejarah kemanusiaan. 

Lebih jauh dari itu (berbeda dengan Isa) Muhammad bukan semata pemimpin agama tapi juga pemimpin duniawi. Fakta menunjukkan, selaku kekuatan pendorong terhadap gerak penaklukan yang dilakukan bangsa Arab, pengaruh kepemimpinan politiknya berada dalam posisi terdepan sepanjang waktu. 

Dari pelbagai peristiwa sejarah, orang bisa saja berkata hal itu bisa terjadi tanpa kepemimpinan khusus dari seseorang yang mengepalai mereka. Misalnya, koloni-koloni di Amerika Selatan mungkin saja bisa membebaskan diri dari kolonialisme Spanyol walau Simon Bolivar tak pernah ada di dunia. Tapi, misal ini tidak berlaku pada gerak penaklukan yang dilakukan bangsa Arab. Tak ada kejadian serupa sebelum Muhammad dan tak ada alasan untuk menyangkal bahwa penaklukan bisa terjadi dan berhasil tanpa Muhammad. Satu-satunya kemiripan dalam hal penaklukan dalam sejarah manusia di abad ke-13 yang sebagian terpokok berkat pengaruh Jengis Khan. Penaklukan ini, walau lebih luas jangkauannya ketimbang apa yang dilakukan bangsa Arab, tidaklah bisa membuktikan kemapanan, dan kini satu-satunya daerah yang diduduki oleh bangsa Mongol hanyalah wilayah yang sama dengan sebelum masa 

Jengis Khan 

Ini jelas menunjukkan beda besar dengan penaklukan yang dilakukan oleh bangsa Arab. Membentang dari Irak hingga Maroko, terbentang rantai bangsa Arab yang bersatu, bukan semata berkat anutan Agama Islam tapi juga dari jurusan bahasa Arabnya, sejarah dan kebudayaan. Posisi sentral Al-Quran di kalangan kaum Muslimin dan tertulisnya dalam bahasa Arab, besar kemungkinan merupakan sebab mengapa bahasa Arab tidak terpecah-pecah ke dalam dialek-dialek yang berantarakan. Jika tidak, boleh jadi sudah akan terjadi di abad ke l3. Perbedaan dan pembagian Arab ke dalam beberapa negara tentu terjadi -tentu saja- dan nyatanya memang begitu, tapi perpecahan yang bersifat sebagian-sebagian itu jangan lantas membuat kita alpa bahwa persatuan mereka masih berwujud. Tapi, baik Iran maupun Indonesia yang kedua-duanya negeri berpenduduk Muslimin dan keduanya penghasil minyak, tidak ikut bergabung dalam sikap embargo minyak pada musim dingin tahun 1973 - 1974. Sebaliknya bukanlah barang kebetulan jika semua negara Arab, semata-mata negara Arab, yang mengambil langkah embargo minyak. 

Jadi, dapatlah kita saksikan, penaklukan yang dilakukan bangsa Arab di abad ke-7 terus memainkan peranan penting dalam sejarah ummat manusia hingga saat ini. Dari segi inilah saya menilai adanya kombinasi tak terbandingkan antara segi agama dan segi duniawi yang melekat pada pengaruh diri Muhammad sehingga saya menganggap Muhammad dalam arti pribadi adalah manusia yang paling berpengaruh dalam sejarah manusia. 

Seratus Tokoh yang Paling Berpengaruh dalam Sejarah
Michael H. Hart, 1978
Terjemahan H. Mahbub Djunaidi, 1982
PT. Dunia Pustaka Jaya
Jln. Kramat II, No. 31A
Jakarta Pusat

Tokoh-tokoh lain sila Download  : Klick disini

Jumaat, 2 Disember 2011

Ceramah Agama: Ceramah Maal Hijrah 1433H

Poster Jemputan
Dato' Abu Hassan Din


Penceramah : Ybhg. Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz

Tajuk :  "Berhijrah Bahagiakan Keluarga"

Tarikh : 7 Dis 2011 (Rabu)

Masa  : 9.00 Malam

Tempat : Dataran Residen, Kuala Lipis

MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR BERSAMA KELUARGA

Ahad, 27 November 2011

Ceramah Politik : Mohd Sabu


Ceramah Politik

Buku Jingga
Bajet 2012
Mat Indera

Penceramah :  Mohd Sabu (Timbalan Presiden PAS)

Tarikh : 28 Nov 2011

Masa : 0900 Malam

Tempat : Kampung Berchang Kuala Lipis Pahang


ANDA DIJEMPUT HADIR

Khamis, 24 November 2011

PROGRAM LATIHAN 1 MALAYSIA

Plan lokasi

HARI TERBUKA KOLEJ KOMUNITI LIPIS

ANJURAN : KOLEJ KOMUNITI LIPIS BERSAMA AHLI PARLIMAN LIPIS

TARIKH : 29 NOV 2011 (SELASA) DI KOLEJ KOMUNITI LIPIS
                 30 NOV 2011 (RABU) DI DEWAN RESIDEN

               DIRASMI OLEH : Y.B.DATO' DR. MOHAMAD SHAHRUM B OSMAN

ORANG RAMAI DI JEMPUT HADIR


Sabtu, 19 November 2011

Tanaman Koko: Pendapatan Sampingan


Resit jualan koko
Tanaman Koko

Koko merupakan satu tanaman yang boleh menghasilkan pendapatan sampingan.  Kalau  ditanam  50 pokok dibelakang rumah setelah dijaga seperti membaja, memangkas ianya menambah duit poket.  Kerajaan melalui Lembaga Koko Malaysia telah mengadakan program ‘Koko Untuk Rakyat’ yang bertujuan mengalak rakyat Malaysia menanam tanaman tersebut.  Mengikut kajian, 25 biji buah boleh menghasilkan 1 kg biji koko kering.  1 kg  koko kering berharga RM 7.50. Jika ada 30 kg dapatlah RM 225.00.

Maklumat Koko di Indonesia

Rabu, 16 November 2011

Ceramah Politik


PENCERAMAH : SUHAIMI SAAD (KETUA PENERANGAN PAS PAHANG)

TARIKH : 19 NOV 2011 (SABTU)

MASA : 9.00 MALAM

TEMPAT : RUMAH SAHUDIN KAMPUNG LADA KERING KECAU  LIPIS

"ANDA DIJEMPUT HADIR MENDENGAR"

Jumaat, 11 November 2011

Rancangan Tempatan Daerah Lipis


 aktiviti menarik di Lipis
Permandangan Sungai Jelai dan Bandar Lipis
Rancangan Tempatan Daerah Lipis merupakan satu dokumen perancangan yang menyatakan semua cadangan pembangunan gunatanah dan fizikal secara terperinci Daerah Lipis sehingga tahun 2020. Penyediaan Rancangan Tempatan Daerah Lipis(RTDL) merupakan peringkat ketiga dalam sistem perancangan gunatanah selepas Rancangan Fizikal Negara dan Rancangan Struktur Negeri Pahang. Laporan ini menyediakan panduan kepada pihak Majlis Daerah Lipis (MDL) dan agensi-agensi kerajaan lain yang terlibat di dalam melaksanakan cadangan-cadangan yang dikemukakan di dalam RTDL. Ia mengenalpasti program, projek pembangunan, kaedah dan kos pelaksanaan serta agensi pelaksana.

Daerah Lipis berkeluasan 540,778 hektar yang mana gunatanah utama adalah pertanian dan hutan simpan. Daerah Lipis merangkumi sepuluh mukim dengan mukim yang terbesar adalah Mukim Ulu Jelai dan mukim yang terkecil adalah Mukim Budu. Kawasan petempatan utama adalah Bandar Kuala Lipis, Benta, Padang Tengku, Sg. Koyan, Kerambit, Mela dan Merapoh. Daerah Lipis merupakan sebuah daerah yang terletak di Koridor Utara Pahang yang aktiviti ekonominya tertumpu kepada aktiviti pertanian, perlombongan dan pelancongan alam semulajadi.

Daerah Lipis terletak dalam lingkaran Central Gold Belt Semenanjung Malaysia dan mempunyai kawasan perlombongan emas yang masih aktif di Penjom dan Selinsing. Lipis juga kaya dengan keindahan khazanah semulajadi kerana mempunyai Taman Negara Pahang Sg. Relau, Hutan Lipur Terenggun, Taman Rimba Kenong dan terdapat lebih tiga puluh buah gua batu kapur yang berpotensi untuk dimajukan sebagai Taman Geopark Negara. Keunikan khazanah semulajadi diintegrasikan dengan kesenian warisan peninggalan sejarah menjadi daya tarikan pelancong ke Daerah Lipis. Sinonim dengan imej Bandar Warisan Sejarah dan bekas Ibu Negeri Pahang (1898-1955), Daerah Lipis juga segar dengan kemahsyuran tokoh negara yang menjadi ikon kebanggaan Lipis iaitu Tan Sri Ghazali Shafie, Dato’ Siti Nurhaliza Tarudin dan Chef Wan Ismail.

Matlamat dan objektif pembangunan Daerah Lipis adalah “Menjadikan Daerah Lipis Dengan Persekitaran Yang Bersih, Indah, Bercahaya Menerusi Pembangunan Yang Terancang Di Samping Mengekalkan Warisan Sejarah”. Pembangunan Daerah Lipis dirancang dengan pembangunan koridor terancang, perbandaran mampan, pengukuhan bandar warisan, memperkasa aktiviti pertanian, pengekalan kualiti alam sekitar dan mengenalpasti potensi aktiviti perlombongan emas dan memantapkan sektor pelancongan eko dan agro.

Cadangan utama RTDL antaranya ialah cadangan IPTA di Bukit Sarang, cadangan UIAM di Kg. Atong, pengindahan 14 bangunan warisan, cadangan pembangunan semula Stesen Keretapi Lipis, Cadangan Pembesaran Bandar Lipis, Pembangunan Bandar Perlombongan Penjom, Pembangunan Semula Bukit Bius dan Lipis Valley Golf Club (LVGC) dan cadangan jalan baru kesinambungan dari Cameron Highlands dengan Kg. Berchang-Kuala Lipis ke Kemaman serta cadangan jalan Central Spine Road (CSR) Fasa 3 dari Simpang Pelangai ke Gua Musang yang melalui Daerah Lipis.

Sehubungan dengan itu, orang awam, agensi kerajaan atau swasta serta pihak yang berkepentingan dijemput hadir sepanjang tempoh Rancangan Tempatan Daerah Lipis ini dipublisitikan bermula 1 November hingga 31 November 2011 untuk memberikan pandangan ulasan dan bantahan sekiranya ada untuk pemantapan kajian ini. Semakan secara online juga boleh dibuat melalui:

Komen

Menarik cadangan jalanraya Kampung Kuala Medang - Aur Gading – Cegar Perah 42km, Jalanraya Simpang Kampung Bercang – Kuala Lipis – Kemaman Terengganu, Jalan Kg Sungai Padi – Tersang Raub 11km, dan jalan Merapoh - Kg Relong 90km. Segala bantahan dan cadangan boleh dikemukaan kepada Pegawai Perancang Bandar dan Desa melalui borang yang disediakan.



http://www.mdlipis.gov.my



Peta : Rancangan Tempatan Daerah Lipis 2020






Cerita dari Lipis


Rujukan Peta