“Pilihan
raya umum ke-13 wajar diadakan dalam masa terdekat memandangkan sokongan rakyat
terhadap kerajaan sekarang berada pada tahap yang baik.” Kata Tun Dr.
Mahathir.
Mandat kerajaan sekarang
akan berakhir pada April tahun depan. Berbagai ramalan telah dibuat oleh
mereka yang dikatakan pakar dalam membuat analisa. Cuba kita lihat perbandingan
PRU lepas bagi P79 Parlimen Lipis.
|
Perbandingan
PRU lepas |
|
Statistik perbandingan undi lepas
|
Barisan Nasional kehilangan 1259 undi
berbanding 2004 dengan penambahan undi PAS sebanyak 2228 menjadikan Parlimen
Lipis satu kawasan yang boleh dikatakan sengit
apabila menghadapi pilihanraya ke-13 nanti. BN perlu berusaha merapati kaum
bukan melayu yang mempunyai 25 peratus dari seluruh pengundi Parlimen Lipis. Trend
pengundi melayu masih tidak banyak berubah jika ianya PAS ia tetap akan
mengundi PAS begitu juga BN, undi atas pagar tidak nampak boleh mengubah
kenaikan atau penurunan undi melainkan terdapat isu yang besar yang tidak
dijangka. Strategi PAS mengadakan hubungan rapat dengan PKR dan DAP perlu bagi
parlimen ini, PAS tidak mampu untuk
menghadapi BN jika ianya berseorangan.
Rujuk:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ulasan