Halaman

Isnin, 9 Julai 2012

Masjid Al Muhajirin Sungai Koyan


Masjid Koyan

Seingat saya, masjid  pertama  dibina di tapak kedai sebelah pejabat JKKK  Sungai Koyan 1, selepas itu masjid  kedua dibina pada tahun 1974 yang mana masjid tersebut yang akan diroboh dan ganti dengan masjid baru.   Imam pada masa itu dikenali sebagai  Haji Osman bin Abdul Hamid  yang merupakan jurunikah dan beliau pernah menjadi calon PAS bertanding di DUN Jelai  tahun 1990 (PRU ke 8) sehingga  meninggal dunia pada tahun 2010  : AL- Fatihah.  
Apabila tiba musim raya masjid ini sesak  kerana anak-anak balik ke kampung. Pada hari ini didapati ianya mengalami kerosakan pada bahagian tertentu telah pun uzur. Kalau kita perhatikan masjid ini merupakan mercu tanda penduduk Sungai Koyan dan tempat persinggahan pelancong apabila ingin ke Cameron Highland melalui Sungai Koyan. Melihat situasi ini tidak dapat tidak Perdana Menteri telah meluluskan peruntukkan 4.2 juta membina masjid baru semasa beliau melawat Pos Betau tempoh hari.
Masjid baru yang dicadangkan
Menurut Dato’ Wan Rosdy, (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli negeri Pahang)  masjid baru yang boleh memuatkan seramai 1,500 jemaah itu akan menempatkan wakaf musafir, dewan mesyuarat, bilik majlis pernikahan, ruang masak dan sajian, tandas, ruang wuduk dan kemudahan lain yang lebih selesa. "Ia juga menjadi transit musafir dan pelancong yang berulang alik ke Cameron Highlands dari Lembah Klang, Pahang dan Kelantan antara laluan alternatif paling dekat ke destinasi tanah tinggi berkenaan," ujarnya.
Selain dari masjid, kerajaan juga perlu memikir perumahan generasi kedua(G2) yang masih lagi menumpang dengan orang tua.  Masjid tersergam indah tapi generasi muda yang akan menjadi jemaah masjid tersebut tiada tempat tinggal bak kata lirik lagu  Jimmy Palikat “rumah pun ku tiada ada pun bapak  punya”.
Di sini tidak ada satu pun projek taman perumahan yang dilaksanakan sama ada melalui kerajaan Negeri atau pun pihak FELDA itu sendiri. Selain dari dari generasi ke-2, pekerja ladang yang kebanyakan ‘buruh seberang’ perlu juga mendapat satu kediaman yang selesa, tidak adil bagi kita peneroka atau FELDA  mendapat pendapatan lumayan tapi tidak mengambil kesah nasib buruh-buruh tersebut.
Walaubagaimana pun kita perlu bersyukur dan berterima kasih kepada insan yang telah berusaha membina masjid baru ini moga-moga perancangan projek baru akan datang mendapat laluan mudah tanpa ada halangan yang besar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan