lori angkut bijih besi. |
Oleh : MAT TEMPUA,
Saya merupakan antara pengguna jalan raya dari
bandar Jerantut ke Kuala Lipis berasa kesal dengan pihak berwajib kerana masih
membenarkan kenderaan berat muatan bijih besi ke pelabuhan melalui kawasan
kampung di dua daerah ini.
Kekesalan saya berasas kerana kami
berhadapan dengan risiko keselamatan malah memberi ketidakselesaan penduduk
berdekatan laluan itu sejak kenderaan bijih besi menggunakan laluan Kuala Lipis
- Jerantut beberapa tahun lepas.
Untuk pengetahuan semua, struktur
jajaran jalan yang begitu sempit, berselekoh dan berbukit-bukau tentu
mengundang bahaya kepada pemandu kereta dan penunggang motosikal ketika
berselisih dengan kenderaan berat.
Saya dan pemandu lain kerap
terkandas di laluan berbukit berdekatan Sungai Yap dan Kampung Besul, Jerantut
apabila mengekori lori berat berkenaan secara tiba-tiba terhenti di tengah
jalan.
Keadaan itu menyebabkan kenderaan
bersesak-sesak di belakang kenderaan itu dan ada yang cuba memintas di kawasan
berbukit berhadapan dengan risiko kemalangan.
Senario membahayakan pemandu dan
penunggang, iaitu ketika berselisih dengan kenderaan itu dari depan atau ketika
memintas dengan laju dari arah belakang boleh mengancam nyawa pengguna.
Keduanya, sejak kenderaan bijih besi
beroperasi membawa galian itu dari lombong berdekatan Pekan Kerambit
menyebabkan jalan raya rosak terutama di laluan berdekatan Kampung Kerambit,
Kampung Jeram Landak, Kampung Ganding dan Kampung Mela.
Saya pernah membaca saranan Menteri
Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob tersiar di akhbar tempatan pada bulan
lepas agar agensi tertentu mengkaji semula laluan kenderaan berat di negeri ini
untuk mengurangkan kerosakan jalan selain keselamatan penduduk.
Walaupun cadangan kajian semula dan
saranan beberapa alternatif dibuat, tetapi sehingga ini tidak nampak perubahan
malah kenderaan itu masih menjalar megah di beberapa jalan raya utama
membabitkan kawasan kampung yang ramai penduduk.
Sehubungan itu, saranan Menteri
Besar Pahang wajar dikaji oleh pihak berwajib menerusi alternatif tertentu
supaya pengguna jalan raya lebih selesa dan terhindar daripada ancaman
kemalangan.
Pihak berwajib tidak wajar mengukur
sesuatu kemajuan berasaskan banyak hasil dan kepentingan ekonomi serta
menguntungkan pengusaha yang rakus tetapi perlu diutamakan keselamatan dan
keselesaan penduduk setempat khususnya di luar bandar dan pedalaman.
INGIN MERASAKAN KEMENANGAN DI DALAM BERMAIN TOGEL TLP KI ANGEN JALLO DI NMR (_0_8_5_2_8_3_7_9_0_4_4_4_) JIKA INGIN MENGUBAH NASIB KAMI SUDAH 304X TERBUKTI
BalasPadamTRIM’S ROO,MX SOBAT
INGIN MERASAKAN KEMENANGAN DI DALAM BERMAIN TOGEL TLP KI ANGEN JALLO DI NMR (_0_8_5_2_8_3_7_9_0_4_4_4_) JIKA INGIN MENGUBAH NASIB KAMI SUDAH 304X TERBUKTI
TRIM’S ROO,MX SOBAT
INGIN MERASAKAN KEMENANGAN DI DALAM BERMAIN TOGEL TLP KI ANGEN JALLO DI NMR (_0_8_5_2_8_3_7_9_0_4_4_4_) JIKA INGIN MENGUBAH NASIB KAMI SUDAH 304X TERBUKTI
TRIM’S ROO,MX SOBAT
INGIN MERASAKAN KEMENANGAN DI DALAM BERMAIN TOGEL TLP KI ANGEN JALLO DI NMR (_0_8_5_2_8_3_7_9_0_4_4_4_) JIKA INGIN MENGUBAH NASIB KAMI SUDAH 304X TERBUKTI
TRIM’S ROO,MX SOBAT