Halaman

Sabtu, 17 November 2012

Koko merupakan tanaman yang perlu difikirkan


boleh ditaman bersama durian
Selain dari kelapa sawit dan getah tanaman koko berpotensi untuk ditanam secara meluas di daerah Lipis. Tanah terbiar yang tidak diusahakan boleh dimajukan dengan tanaman ini.  Kalau diperhatikan penjagaannya tidak begitu susah, kerjanya sangat santai berbandingkan dengan tanaman kelapa sawit ataupun getah. 

Pihak kerajaan sangat mengalakan petani menanam tanaman ini sebagai tanaman sampingan berbagai kempen dan peruntukkan telah disalurkan kepada petani yang berminat. Lembaga Koko Malaysia (LKM) telah diberikan peruntukan sebanyak RM12.54 juta untuk Program Tanaman Baru Koko 2012 dalam membangunkan kira-kira 1,567 hektar tanaman koko di seluruh. Negara kita perlu mengimport 95 peratus koko dari luar Negara terutamanya dari Indonesia.

Bajet 2013 pula kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi memperuntukkan hampir RM23.5 juta bagi bantuan tanaman baru dan pembangunan nurseri koko, selain lada dan kenaf.

LKM  juga akan mempertingkatkan keluasan dan pengeluaran tanaman koko di mana peserta akan diberikan kursus tanaman koko, insentif baja dan anak pokok koko di samping khidmat nasihat.

Masalah utama adalah generasi muda kurang pendedahan dan tidak meminati dengan tanaman tersebut  mereka lebih suka makan gaji.  Masalah peningkatan kos pembangunan tanaman merupakan cabaran yang perlu ditanggung oleh penanam. Masalah tanah pusaka yang menjadi rebutan menyebabkan usaha mengkomesialkan tanaman ini menjadi sukar. Masalah musuh tanaman seperti tupai, babi hutan dan monyet merupakan cabaran yang memenatkan  sehingga kebanyakan penanam putus asa.

Kerajaan juga perlu mengalakan pembukaan tanah untuk tanaman ini kepada generasi muda supaya tidak bergantung pada hasil tradisional milik orang tua. 

Harga Semasa
Harga koko berubah-ubah setiap tahun, bergantung kepada pengurangan atau lebihan biji koko di pasaran dunia. Rekod harga yang tertinggi adalah pada tahun 1977, iaitu pada harga RM 13,000 se tan. Pada tahun 2007, purata harga biji koko kering (SMC 2) di Tawau adalah RM 5,852 se tan, lebih tinggi berbanding RM 4,992 se tan pada tahun 2006. Purata harga biji koko kering (SMC 2) di Raub pula, adalah RM 6,277 se tan, berbanding RM 5,300 se tan pada tahun 2006.

Harga biji koko boleh SMS LKM HARGA dan hantar ke 15888  contoh  LKM HARGA RAUB SMC1 hantar ke 15888.

Fakta Koko
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan