Jabatan Meteorologi pada Sabtu mengeluarkan
amaran ribut petir dan hujan lebat di Sabah, Sarawak, Selangor, Negeri
Sembilan, Melaka, Pahang, Kuala Lumpur, dan Putrajaya yang dijangka berterusan
sehingga lewat petang Sabtu.
Dalam kenyataannya, jabatan itu memaklumkan
bahawa kawasan yang terlibat di Sabah ialah di bahagian pedalaman Tambunan
serta di bahagian pantai barat, daerah Kudat, Kota Kinabalu, Sandakan,dan
Tawau.
Amaran yang sama dikeluarkan di beberapa
tempat di Negeri Sembilan (daerah Jelebu, Jempol, Tampin dan Kuala Pilah),
Melaka (daerah Alor Gajah dan Melaka Tengah), Pahang (daerah Bentong, Temerloh
dan Bera) Turut menghadapi keadaan yang sama ialah Sarawak di bahagian Mukah
daerah Mukah dan Dalat.
Keadaan cuaca yang sama juga dijangka berlaku
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Keadaan ini mungkin
menyebabkan angin kencang dan banjir kilat. - BERNAMASejarah Banjir Di Pahang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ulasan